Atas Nama Perjuangan
Jul 23rd, 2008 oleh Qaiyum
Malam semalam saya menerima SMS daripada seorang senior saya :
“Nama anda telah sy hantar utk di ‘recommandation’ sbg Pegawai Latihan di BTN.. InsyaAllah akan ada panggilan temuduga. Jika ada apa yg nak ditanya boleh contact sy. Semoga ada rezeki utk kita berjuang dlm satu pasukan yg sama, InsyaAllah…Tq…”
Tengahari tadi saya menerima satu panggilan telefon :
”Anda dijemput hadir untuk sesi temuduga pada hari khamis ini jam 9.30 pagi di ibu pejabat BTN, Putrajaya.”
Nah.. Mungkin di sinilah bakal bermulanya era perubahan kerjaya saya secara total. Meninggalkan dunia IT sudah hampir menjadi realitinya. Dengan ini roh perjuangan yang kian menyepi di hati ini akan kembali terbakar. Yaa.. Inilah peluang terbaik saya.
Pernah satu ketika saya mengenangkan ke manakah saya akan berada suatu hari nanti? Adakah saya akan berada di pentas² politik Tanah Air sepertimana saya lakukan ketika di kampus dahulu? Ataupun saya hanya akan berada di kalangan organisasi² bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan sesuatu demi rakyat dan tanahair? Ataupun seperti dahulunya hanya bergiat sebagai pekerja yang pergi dan pulang dari pejabat lalu menghabiskan duit gajinya? Hmm..
Memandangkan arena politik tanahair agak ’sesak’ dan telah diasak dengan pelbagai isu, saya menetapkan dalam diri mungkin saya tidak akan berada di arena politik. Sesungguhnya politik itu suatu yang kotor dan amanah yang sangat besar untuk dipertanggungjawabkan kepada saya. Walau pun begitu tidak sesekali saya akan biarkan api perjuangan dalam ini terus malap. Masih banyak platform yang sesuai untuk saya lakukan sesuatu demi masyarakat.
Biro Tatanegara (BTN). Berjuang atas nama patriotisme. Di sinilah saya merasakan wujudnya tokoh² pejuang yang benar² berjuang demi semangat cintakan tanahair. Walaupun ianya sebuah badan yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, tetapi semenjak saya berkecimpung bersama badan ini melalui kursus² yang dianjurkan sewaktu di kampus dahulu perjuangannya yang ikhlas dapat saya rasakan.
Dengan skop objektif dan matlamat yang luas, BTN menggarap suatu tanggungjawab yang besar kepada negara. Terutama yang melibatkan sosiopolitik dan sosioekonomi masyarakat. Isu² berat yang dibawa adalah perlu demi kesedaran dan tindakan masyarakat seluruh negara terutamanya pegawai² kerajaan, pemimpin² masyarakat, belia² yang sememangnya penting kepada negara, dan lain² lagi.
Pernahkah anda ke kursus BTN ?
Ya. Saya lahir bulan Disember. Pernah diceritakan di dalam zodiak saya bahawasanya saya adalah seorang yang patriotik. Mungkin begitulah adanya. Apa yang saya bawa sepanjang masa ini dirasakan sudah sampai masanya untuk diaplikasikan secara total. Walaupun kita sudah merdeka, tetapi semangat perjuangan itu jangan sesekali dibiarkan terpadam. Tanah air tercinta ini perlu sentiasa dikekalkan keharmoniannya dan sentiasa berwaspada dengan pelbagai ancaman yang telah dan sedang menunggu masa untuk menyerang negara ini.
Atas Nama Perjuangan. Doakan saya untuk jawatan itu.
Wassalam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Perjuangan ProWaris
- Tun Mahathir, Auranya & UMNO
- Pelancaran Kempen Kita Mesti Bersatu
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)
- Kita Yang Terlupa Sejarah : Gerakan Islah Di Tanah Melayu
- Family Day UPSM Ke-22
- Mari Berfantasi Menjadi Seorang Superhero













salam..
semoga berjaya..insyaALLAH
azmi Telah Menulis Entri Terbarunya.. 25 divided by 5 equal 14 ???
bila cerrita pasal btn nih, rasa cam bengang jerk,
dah setahun dah keje dgn kerajaan nih, tak de lagi dpggil pg kursus nih…aiya!!!!
dah smgt gile nih…hehe
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kalau ada sumur di ladang~
#azmi - Terima Kasih Atas Dorongan..
#deennasour - Tak Dipanggil Lagi? Dah Apply Ke Kursus Kenegaraan @ SSM? Hehe.. Kalau Kite Terserempak Tetiba Dalam 1 Kursus Tu Buat² Tak Kenal Je La Eh.. Hehe..
good luck qai~!
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Natural Mode
k qai selmt berjuang dlm masyrakat.. alamak ak dah lupa kata2 hikmah UP.. “dr masyrkt kt dtg, kepd msrkt kt kembali”… tol ke???
#fiza - TQ Fiza..
#HErda - “Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada Masyarakat Kami Kembali”.. Apada..
Tahniah qai…smoga dpt ikut jejak senior yg lain spt abg faizul, abg jai, kak zana, kak ninie dll dlm BTN…
Sapa yg rekemen Qai tu hehe…???
abg_rafik Telah Menulis Entri Terbarunya.. Alhamdulillah…akhirnya..:)
#abg_rafik - Tq abang Rafik. InsyaAllah jika ada rezeki boleh berjuang bersama senior yang lain. Abang Jai Rekeman saya ke sana.. :D=
Salam!
Harap bila saudara masuk ke dalam BTN tidaklah menyebabkan saudara hilang prinsip atas kebenaran lebih2 lagi apabila saudara melihat sesuatu yang tidak benar yang giat diwar-warkan semasa kursus yang berkaitan.Ingatlah andai ada satu yang tak benar saudara iyakan dan kalau ia menjadi satu yang diikuti umum maka saudara tetap ada saham mungkar dan bersedialah untuk menghadapi pembalasannya suatu masa….jangan asyik mengira gaji bulanan sahaja,kira sama apa untungnya zahir dan batin…Ad-Dinun Nasihah!!!
Kebenaran Hakiki Itu Hanya Di Tangan Allah SWT
mwahaha…buat2 tak kenal?
confirm punya~
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Review Filem | Susuk the movie