Mari Aktif
Jul 21st, 2008 oleh Qaiyum
Oh.. Panggilan untuk saya memperbaharui domain Qaiyum.net ini telah sampai ke meja inbox saya. Maknanya sudah hampir 1 tahun laman blog ini keudara. Tetapi dalam bulan ini hanya 5 entri yang berjaya dipaparkan. Suatu perkara yang tidak memberangsangkan. :D=
Apa khabar saudara sekalian di alam maya ini? Saya sememangnya agak sibuk dalam 3 dan 4 hari ini. Inilah yang saya terima apabila saya berniat untuk lari daripada dunia IT dan kembali kepada masyarakat. Bermula hari khamis yang lepas saya telah menerima tugasan untuk mengendalikan sebuah kursus. Kursus yang agak besar. Peserta²nya juga adalah dari kalangan golongan profesional.
Saya bertindak sebagai fasilitator simpanan. Hehe.. Nasib baik tidak ada kumpulan yang dipertanggungjawabkan ke atas saya. Kerana terasa ilmu di dada belum mencukupi untuk berdepan dengan golongan profesional ini. Namun walaupun bertugas di sebalik tabir kursus ini. Saya memperoleh kepuasannya. Tidak sepertimana jika saya hanya berinteraksi dengan mesin² binari.
Namun kepada profesional IT di luar sana yang tersinggung dengan ungkapan saya ini, usah khuatir. Saya tetap seperti biasa bertugas macam biasa dalam arena IT. Saya masih lagi mempunyai rasa sayang terhadap bidang ini. Dan InsyaAllah saya tidak akan meninggalkan bidang ini sekaligus. Yaa.. Saya janji. Namun segalanya adalah ketentuan Allah S.W.T. Sesungguhnya tuhan lebih tahu apa yang baik untuk diri kita.
Oleh itu saya menyeru rakan sekalian, walau dalam arena apa pun kalian berada. Ayuh kita bergerak aktif dan tingkatkan produktiviti. Saya akan berusaha untuk meningkatkan produktiviti blog ini kembali. Hihi..
Ayuh!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












ye! marilah kita meningkatkan produktiviti. majulah blog untuk negara. hehe..
penyubiru Telah Menulis Entri Terbarunya.. Lift Rosak??
tahniahla..
chot Telah Menulis Entri Terbarunya.. John Mayer and Kaws Guitar Picks
ayuh2!!! kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi!!!
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kalau ada sumur di ladang~