Teknologi Maklumat Yang Tiada ROH
Jul 11th, 2008 oleh Qaiyum
Dalam sejenak dua ini saya telah merenung masa depan…
Saya bertanya kepada diri adakah kerjaya dalam bidang IT ini benar² saya jiwai ? Saya melihat dan mengolah segala isi hati sepanjang beberapa hari ini. Selain itu saya juga membuat kajian semasa terhadap situasi persekitaran dan apa juga sumber yang menyumbang ke arahnya. Lalu saya sudah semakin menghampiri keputusan mutlak yang hakiki…
TIDAK
Itulah jawapannya. Memang ini adalah bidang yang saya minati semenjak kecil lagi. Dan sehingga kini minat itu masih membara. Namun selepas seketika bergelumang dalam dunia sebenar bidang ini, saya masih tidak dapat mencari kepuasan yang sebenar. Gaji? Gaji sememangnya suatu yang dapat menarik seseorang untuk melupakan cita² mereka. Tetapi saya sanggup meletakkan tuntutan gaji bulanan itu ke tangga nombor 2. Apa yang lebih penting pada saya adalah suatu yang digelar…
ROH
Itulah suatu yang pada saya dapat menjamin kebahagiaan saya. Haha! Bukannya saya bermaksud bekerja dalam bidang IT saya tidak memiliki roh. Analogi yang boleh diberikan bahawasanya saya seperti kurang komponen yang penting di dalam diri ini. Apatah lagi perlu mengabdikan diri kepada mesin dan binari semata²…
Saya yang sewaktu di kampus sangat aktif membuat kerja² kemasyarakatan dan juga lebih cenderung kepada bidang kepimpinan. Tetapi apabila mula melangkah ke bidang IT, dunia seperti berubah 360 darjah. Dirasakan sebahagian diri saya sedang menghadapi kemurungan. Lalu kini saya tidak lagi ingin membiarkan separuh diri saya dari terus bermurung. Saya perlu melakukan revolusi sekali lagi. Berubah kembali kepada diri saya yang sebenar. Iaitu bukan lagi mengabdikan diri kepada mesin dan huruf² aturcara yang tidak langsung mempunyai roh. Saya akan kembali berkhidmat demi masyarakat dan negara melalui kepimpinan yang ada pada diri. Bukan aturcara yang ada di minda saya.
Kini saya mula cuba membakar kembali roh² perjuangan yang kian tunduk dan pudar. Saya cuba menghidupkan kembali separuh diri saya yang sudah sekian lama bermurung. Platform² yang mana saya boleh merealisasikan impian saya ini sedang saya dekati. Dan dalam masa terdekat ini InsyaAllah saya akan mula hilang dari dunia IT.
Hmm.. Entahlah. Tidak berapa lama dulu saya berfikir bahawa saya ingin menyambung pelajaran lebih jauh. Tetapi kini saya padamkan sahaja niat itu. Kerana seolah² ia tidak membawa apa² makna kepada saya nanti. Saya akan kekal sebagai seorang yang tidak mempunyai ROH!!
…
Yaa.. Maafkan saya IT. Walaupun negara kita mempunyai Lagu IT, tetapi hubungan kita tetap tidak dapat diselamatkan lagi. Ianya akan berakhir tidak lama lagi. Namun usah khuatir, jika sudah ditakdirkan kita mempunyai jodoh, ianya tidak akan ke mana. Tetapi buat masa ini saya akan meninggalkan awak buat sementara waktu. Mungkin juga buat selamanya. Tetapi ini juga salah awak sebenarnya. Awak tidak melayan saya dengan baik. Memanglah. Awak bukan ada Roh pun. Awak membuatkan saya cepat bosan setiap kali berhadapan dengan awak. Oh!!
Maafkan saya IT.
Selamat Tinggal…
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












sampai begitu sekali ye qaiyum..kekadang kita perlu juga mengikut naluri..
abrar Telah Menulis Entri Terbarunya.. renungan sebentar
does it mean that u would stop blogging?
blogging pun IT kan? hehehe
qai smpi cm2 sekali ko xde roh.. tp ko kira beruntung la.. tension2 pn ade member2 kat sekeliling.. ak pn mmg xminat ngan keje ak skrg.. ye la mungkin betol ms kat U wat byk progrm berbentk kemsyrktn..seronok!!! so bile keje kat office mengadap komputer 24 hours mmg membosankan.. tp nk xnk ak kena sesuaikn diri.. skrg ak rasa ak makin ok n serasi kat sini.. tp nk kata seronok sgt xde la.. jeles ngan korg duduk satu umah.. kalu boring leh mengarut ngan diorg.. ak kalu boring@tension ak g main game coz xde sape yg ak leh citer…
apepn ko jgn la stop kn blog ko nih.. ko dah ade peminat tersendiri kat alam maya nih.. hehe.. termasuk ak.. n ak doakn ko dpt kerjaya yg sesuai ngan roh ko.. =)
#abrar - Betul Tu..
#faiztaufik - Oh Tidak! Blog ini hanyalah wadah diri melunaskan sesuatu di dalam diri. Tiada kaitan dengan kerjaya. Hehe. Makanya blog ini akan terus sentiasa segar meniti hari² yang mendatang. Cewah!!
#herda - Ko beli la mengkarung ke panda ke. Pastu biler bosan² ko borak²la ngan diorang. Huhu.. Tula.. Jom aa pindah Bangi. Hehehe..
Ape ko meracau ni.
Qai, kerja kemasyarakatan tu ko bleh buat, tapi jangan sampai tinggalkan dunia kerjaya sebenar - IT. (Marah dan sikit lagi merajuk).
Aku pun volunteer gak sekarang.. sabtu ahad wat keje2 kemasyarakatan.. isnin-jumaat keje.. malam rancang2 keje2 kemasyarakatan tu.. best2.. dapat duit, dapat kepuasan..
Aku rase bukan IT yg patut ko hukum.. tapi ko kena tengok balik keje2 yg ko dah sumbangkan pada IT. Environment tak betul pun bleh buat kite cepat bosan, walaupun apa yg kita buat tu mmg kita minat!!
Aku tak kasik ko tinggalkan dunia IT, programming mahupun angka 1 dan 0 tu.. MEh sini aku ikat ko kat kerusi.. ngadap pc!!
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. AUKUku
Wawawawa.. Lalalaa..
Padan muke kena bebel!
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kawan aku dah kawen!
erm…nak join… hehehe… sebenarnya bukan harusnya meninggalkan terus… sebenarnya tak rugi sedikitpon, sebab ilmu kan, cuma kadang2 kita ni nk ikut kata hati yg kita percaya lebih memahami kehendak diri, apepon… good luck yea… kadang2 tidak semua org bernasib baik di mana bisa membuat keputusan sendiri dalam hidupnya, dr kerjaya, pelajaran, pasangan dan sebagainya… jadi kamu bertuah sebab tahu dan boleh memilih mengikut gerak hati sendiri….
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Cerita di Kemaskini…
Saya setuju dengan awak..dulu mula2 saya ingat saya cintakan bidang saya sekarang, tapi lama kelamaan saya hilang kepuasan, bidang saya sekarang membuatkan saya kehilangan diri saya yang sebenar..dan yang paling utama saya tak happy dan tiada kepuasan..uhuu..Alhamdulillah saya dah tahu apa yang saya inginkan sebenarnya..tak sabar nak say good bye kepada bidang yang lama ni dan say welcome kepada bidang yang baru!!!yeehaaa..:)
JuliaNa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Nilai Mendengar
roh it tidak kuat kah?
roh dunia penerbitan dan penyiaran bagaimana pula ek?
roh dunianya dihentam2 dgn kempen politik..ngiahahaha…
seronok dpt berkhidmat dgn masyarakat!!
dulu ada panggilan temuduga pegawai pembangunan masyarakat,.
haha, tapi tak datang sbb dah ada yg hari ini~
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kalau ada sumur di ladang~