Karier & Mimpi
Jul 6th, 2008 oleh Qaiyum
Maaf Kerana Masih Gagal Mengisi Ruang² Entri Yang Kian Kosong Saban Bulan. Oh! Bulan Depan Perlu Perbaharui Hosting Qaiyum.Net Ini. Tolong Ingatkan Saya..
Karier
Ke mana saya menghilang ? Tidak lari daripada diameter kebiasaan di antara Kajang - Bandar Baru Bangi - Putrajaya. Kini saya telah bergelar seorang Pembantu Penyelidik di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kerja yang setakat ini dirasakan tidak terlalu memeningkan kepala, iaitu menyambung projek sistem RA lepas yang belum siap sepenuhnya. Bertajuk - Enjin Carian Web Semantik Namun tugas yang tinggal tidaklah terlalu banyak.. Tetapi tidak dapat dipastikan lagi kemungkinan projek yang bakal menemui saya tidak lama lagi selepas ini.
:D=
Namun tugas di BPR Putrajaya masih lagi saya teruskan. Surat berhenti notis 24 Jam belum diserahkan. Mungkin saya akan terus sehingga kontrak tamat pada akhir Ogos nanti. Makanya saya terpaksa membahagikan hari² saya antara UKM & Putrajaya. Haha.. Ganas bukan? Memegang 2 tugasan serentak. Tetapi macam seronok begini kerana cabaran yang terkandung di dalamnya.
Selamat maju jaya kepada saya….
Mimpi
Buat julung² kalinya saya ingin menulis berkenaan dengan mimpi saya. Sebenarnya agak jarang untuk saya mengingati mimpi, tetapi mimpi malam tadi seolah² membawa kesan kali ke-2 buat diri saya. Mimpi yang pertama kali memberikan kesan ke atas diri saya suatu ketika dahulu membuatkan saya benar² menginsafi kejadian diri. Tetapi biarlah saya simpankan sahaja penceritaan mimpi itu.
Di sini saya ingin berkongsi penceritaan mimpi yang telah saya mimpikan malam tadi. Namun ianya tidaklah terlalu memberikan kesan yang sangat mendalam. Cuma saya terasa ada sesuatu yang unik berkenaan dengan mimpi ini. Kisahnya begini :
…
Di dalam sebuah keramaian, saya sedang berada di celahan orang ramai di sebuah tempat. Manusia sangat ramai yang dilihat sedang meraikan sesuatu. Sedang tiba² saya meilhat keadaan awan yang berubah-rubah. Mula² gumpalan² awan seperti membentuk objek berupa robot, kemudian berubah² lagi menjadi objek yang tidak dapat saya pastikan, hinggalah gumpalan awan tersebut berubah menjadi bentuk kapal bahtera yang besar dan sedang terbang. Suasana tiba² mendung dan berubah seperti ingin ribut. Awan² gelap itu masih lagi membentuk objek² kapal bahtera yang kelihatan semakin banyak.
Saya cuba lari daripada keramaian itu. Tatkala hampir sampai ke jalan keluar, dilihat bahtera² yang sangat besar dan banyak itu benar² telah muncul dari gumpalan² awan. Sangat banyak jumlahnya. Mungkin beratus dan mungkin juga beribu buah. Kapal² itu menuju ke arah kami. Tiba² ada suara muncul meminta kami menaiki kapal tersebut. Suara itu mengatakan perang semakin hampir, mereka memerlukan kekuatan para pemuda untuk turut serta dalam perang itu.
Entah mengapa tiba² hati saya terdetik untuk turut serta dalam gerombolan itu. Saya merasakan bahawa inilah perang terakhir umat manusia yang ditulis di dalam al-Quran yang mana peperangan ini akan membawa kepada kejayaan Islam dan seterusnya kepada hari Kiamat. Tetapi sebenarnya saya tetap was-was dengan situasi ini. Namun hati saya tetap mengatakan saya perlu menaiki bahtera itu. Yakni membawa maksud saya perlu berjuang atas nama Islam.
Saya melihat sekeliling. Mereka yang lain masih enggan untuk menaiki bahtera itu. Saya dengan serta-merta membuat keputusan dan menjadi orang pertama yang bersemangat menaiki bahtera itu. Seterusnya saya menaiki bahtera yang paling hampir dengan saya. Di dalamnya saya melihat manusia² yang mana wajah mereka seperti jin dalam cerita aladin. Botak tetapi mempunyai sejemput rambut panjang yang diikat (Ala.. macam jin dalam iklan Super Power tu jugakla..) Tidak berbaju tetapi berseluar dan berkasut. Saya berdialog dengan mereka. Namun antara yang saya ingat adalah saya bertanyakan dari mana asal mereka. Salah seorang daripadanya menjawab; mereka berasal dari perut bumi. Dan soalan lagi satu saya bertanya adakah ini perang demi Islam? Salah seorang dari mereka dengan lagak gaya was² menjawab “Ya!”.
Kemudian salah seorang daripada mereka meminta bantuan saya untuk memujuk yang lain agar menyertai perang. Saya tanpa banyak soal pun turun dari bahtera dan kembali kepada manusia di bawah. Saya terlihat sebuah kumpulan manusia yang berimej islamik. Memakai serban dan berjubah putih. Ada dalam 5 orang barangkali. Saya pun memujuk mereka agar menyertai perang ini. Dengan alasan bahawasanya saya yakin dengan gerak hati saya ini adalah perang yang ditunggu² umat Islam. Saya juga bertanya kapada mereka :
“Bukankah ini yang dicari² oleh umat Islam seperti mereka? Untuk menemui Syahid?”
Mereka berfikir sejenak dan salah seorang daripada mereka menjawab “Ya!”. Seterusnya mereka pun bersetuju untuk menyertai perang dan terus menaiki bahtera. Dan yang lain² juga saya berjaya memujuk untuk menaiki bahtera itu. Melihatkan semakin ramai yang menaiki bahtera, lebih ramai juga manusia yang semakin yakin akan perjuangan itu. Maka semakin ramailah yang menaiki bahtera bersama² kami. Melihatkan bahtera sudah penuh dengan pemuda-pemuda. Maka bahtera² itupun bergerak menuju ke sebuah destinasi.
Di tengah² perjalanan tiba² terdengar suatu bunyi dari kapal bahtera yang dibelakang sekali. Saya yang berada di bahtera paling hadapan menoleh ke belakang dan melihat kapal itu sedang dimusnahkan oleh orang berpakaian aladin tadi. Tubuh mereka berubah menjadi besar dan menghancurkan kapal² yang didalamnya penuh dengan pemuda tadi. Mereka mengetuk kapal itu dengan penukul kayu yang sangat besar. Satu persatu kapal bahtera itu dimusnahkan. Semakin lama semakin dekat dengan bahtera yang saya naiki.
Rupa²nya saya telah salah perhitungan. Berdetik di dalam hati mengatakan bahawa mereka ini sebenarnya musuh. Mereka menggunakan cara ini untuk membunuh pemuda² Islam bagi mengurangkan kekuatan umat Islam. Saya terjun dari bahtera itu dan mendarat di sebuah tempat yang sedang terbengkalai. Rumah² yang pecah² seperti baru sahaja mengalami perang. Saya cuba untuk menyorok. Manusia² ala aladin tadi turun untuk mencari dan membunuh saya. Saya lihat pemuda berimej islamik tadi juga turun terjun dan menuju ke arah saya. Beliau marah² mengatakan bahawa sayalah punca sahabat²nya dibunuh.
Saya rasa bersalah namun masih cuba untuk menyelamatkan diri. Aksi² di dalam mimpi saya selepas itu adalah aksi² menyelamatkan diri. Saya melalui padang yang luas dan melalui pagar berkawat duri yang sangat banyak. Manusia² ala aladin semakin jauh hinggalah akhirnya saya berjaya sampai ke rumah bertemu dengan keluarga. Dan sejurus itu saya terjaga dari tidur. Mimpi tadi sangat² segar berada di dalam memori. Mungkin mimpi tadi berlaku semasa saya sedang mengalamai REM (Rapid Eye-Movement). Sebab itulah saya boleh mengingati mimpi itu dengan jelas.
Kemudian sambil di dalam perbaringan saya kembali cuba untuk mengolah mimpi² tadi dan mencari sebarang mesej yang boleh memotivasikan diri. Antara yang saya dapat ambil adalah jangan terlalu mengikut gerak hati. Adakalanya kita akan mengambil jalan yang betul tetapi akan adakalanya tidak. Dan mungkin yang keduanya adalah jangan sekali² terperangkap dengan musuh² kita. Mereka akan sentiasa cuba untuk memperdayakan kita dan melemahkan kita.
Heh! Mungkinkah saya mengalami mimpi ini kerana terlalu banyak membaca novel² Faisal Tehrani mahupun komik² kepahlawanan dari Hong Kong? Entahlah..
p/s : Apapun mimpi itu adalah mainan Syaitan..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Hingga Akhir Disember Ini…
- Kahwin & Hutang PTPTN
- Prospek Kerjaya : Mana Satu Idaman Kalbu ??
- Antara Jurulatih Dan Fasilitator..











Wah dah abis karaoke 15 lagu leh lak mimpi cmnih..pelik tol mimpi ko… pengajaran nya jgn byk sgt karaoke.. ho3.
HAHAHAHA~
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. ::Majalah::
#Herda - Manada 15 lagu. 5 lagu je setiap seorang. Huhu..
#Hawa - Apekah yang lucunya cik Hawa ?
mimpi oh mimpi…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Fiza windu pada Piza
hahahhaa, ini memang mimpi versi aladin, dasyat…teringat cerita doreamon versi padang pasir…
lieliq Telah Menulis Entri Terbarunya.. bertapa…….
semua mimpi amalan syaitan?
tak gak kan..
maybe petunjuk kot!!
erm, igatkan blog ni tadi,
latest entry pasal anwar and kes liwat..
hehe..menanti~
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. XPDC::Gua Tempurung
kadang kala gerak hati adalah petunjukNYA.
JuliaNa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Calm seas never make skillful sailors
#fiza - Slalu Bermimpi ?
#lieliq - Doraemon ??? Huhu..
#deennasour - Hehe.. Dah Ramai Orang Tulis Hal Politik. Takpelah. Sikit Masa Nanti Mungkin Saya Pun Akan Menulis Hal Politik Juga.. Nantikanlah.. :D=
#JuliaNa - Betul Tu..
hm.. tak tau la..
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. AUKUku
tak semua mimpi mainan syaitan.
may be suatu petunjuk.
atau otak sedang memproses maklumat.
ntah.. mimpi adalah sesuatu yg sukar diterangkan.
hehehehe
fara Telah Menulis Entri Terbarunya.. Jangan Bohong!