Anda dan Pengurusan Di Universiti
Jun 27th, 2008 oleh Qaiyum
Sambungan … SUASANA KAMPUS
Perbedaan suasana sewaktu di kolej mahupun di sekolah dahulu pastinya begitu terasa sewaktu mula melangkah ke alam kampus. Untuk itu terpulang kepada diri masing² sekuat mana kekuatan diri untuk menyesuaikan diri dengan suasana berkenaan. Mungkin bagi memudahkan penyampaian, saya membahagikan kelompok manusia yang baru bergelar mahasiswa ini kepada dua iaitu :
(i) Kelompok yang mampu menyesuaikan diri
Kelompok ini adalah kelompok yang sudah biasa dengan suasana hidup berjauhan dengan keluarga. Suasana asrama juga bukan sesuatu yang asing bagi mereka. Segala pengurusan diri dapat diadaptasi dengan lancar dan berkesan. Bermula dari kelengkapan hidup seperti pemakaian, keperluan pembelajaran, bahan makanan (bagi yang masak sendiri), dan lain² lagi. Ini adalah kebiasaan hasil daripada kehidupan berasrama yang lalu.
Pengurusan masa adalah sesuatu yang sangat penting sewaktu di kampus. Anda perlu merancang kehidupan anda sendiri. Tidak ada orang lain yang akan menguruskan sesuatu untuk anda. Kecuali atas alasan sesuatu yang munasabah (sakit, kecemasan, dsb). Bermula dari pengurusan kewangan hinggalah kepada pengurusan masa. Semuanya tergantung di atas diri anda sendiri. Tetapi jangan khuatir. Universiti sebenarnya adalah platform untuk anda menguruskan dan belajar sesuatu yang tidak dipelajari di sekolah mahupun kolej dahulu. Jangankan atas alasan yang remeh, anda takut dan lari dari tanggungjawab tersebut.
Berbalik kepada pengurusan masa, waktu kuliah, tutorial, makmal dan lain-lain majlis ilmu hendaklah dirancang dengan baik agar anda mampu untuk mengikutinya seterusnya menyiapkan segala projek, tugasan, turorial, mahupun tesis yang dipertanggungjawabkan. Kelompok yang sudah biasa dengan pengurusan masa ini pastinya akan keluar melangkah daripada universiti dengan CGPA yang tinggi dan kredibiliti seorang graduan yang ditagih industri.
Sebarang perkara yang tidak berfaedah atau tidak mendatangkan kesan positif akan dielakkan sedaya-upaya oleh golongan ini. Walaupun mungkin ada pada sesuatu tahap golongan ini sikit terlalai, namun ada masanya mereka masih mampu melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. Tidak terus hanyut dibawa arus kebebasan hakiki.
Kelompok yang gagal menyesuaikan diri
Kelompok ini akan menghasilkan dua keputusan akhir samada menjadi seorang graduan dengan CGPA rendah dan kurang kredibiliti seorang graduan ataupun langsung gagal menjadi seorang graduan (ditendang universiti).
Kebebasan mutlak di universiti sebenarnya juga adalah suatu ancaman kepada golongan remaja yang mempunyai sedikit-sebanyak sifat radikal di dalam diri. Jika remaja ini tidak mampu untuk mengawal diri terhadap kebebasan mutlak yang terdapat di universiti maka remaja dan mahasiswa/i ini kelak akan terus hanyut dengan gelombang² negatif yang pelbagai. Di kolej kediaman (asrama) hanya terdapat felo dan bukannya warden. Satu²nya golongan yang mungkin akan mengawal anda hanyalah pengawal keselamatan universiti. Nama pun dah pengawal. Apakah lagi tugasan yang sesuai buat mereka melainkan untuk mengawal anda ??
Setiap universiti mempunyai sistem yang berbeza. Tidak semua universiti anda boleh keluar masuk sesuka hati pada sebarang waktu. Namun di Universiti Kebangsaan Malaysia anda bebas bergerak tidak kira waktu samada siang atau malam. Di sinilah rasional pemikiran mahasiswa diuji. Samada mereka akan menggunakan kebebasan itu dengan sebaik mungkin ataupun melampaui batas² kebebasan itu sendiri.
Remaja yang mempunyai sifat radikal yang sebelum ini terlalu dikongkong oleh keluarga mahupun warden asrama akan ‘mengamuk’ terhadap kebebasan yang diberikan. Apatah lagi tanpa orang² yang selalunya mengawal golongan ini. Mereka bakal bermaharajalela. Paling tidak pun akan ada antara kelompok golongan ini mencari keseronokan duniawi. Waktu malam adalah waktu mencari keseronokan bagi menghilangkan tekanan setelah siang harinya bergelumang dengan fakta dan teori di dewan kuliah.
Jika tidak berpada² maka malanglah bagi mereka.
Antara situasi yang menyebabkan golongan ini gagal menyesuaikan diri adalah kerana menganggap masa pengajian mereka selama 3, 4 atau 5 tahun adalah satu jangkamasa yang lama. Ini adalah suatu pemikiran yang tidak benar. Tahap anda diukur pada setiap semester. Ini membawa maksud setiap semester adalah sangat penting. Pemikiran anda terhadap target menjadi seorang graduan bukanlah dipandang sewaktu akhir² pengajian. Ianya bermula dari saat anda duduk di bangku dewan kuliah pada awal setiap semester.
Jika pemikiran ini tidak diubah. Akan lahirlah mereka yang hanya mentelaah pada saat² akhir. Ingat ! Masa yang anda ada sangatlah singkat dan pendek. Hargailah masa yang ada.
Setakat ini dulu.. Nak sambung lagi tak ??? :D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Suami Suri Rumah Sepenuh Masa ??
- Selamat Datang Ke Universiti & Selamat Bergelar Mahasiswa/i
- Posto Dari Teratak Nurani Dan Google Adsense
- Panggilan Ajaib
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod III)
- Keteguhan Iman
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod I)











harap pelajar baru dapat sesuaikan diri dalam suasana yang baru..
azmi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Iklan
tpkn ada yg pikir once dh jejak masuk ‘U’ maka dah capai la hajat mak+ayah ..so tu sebab dorg sambil lewa je dkt ‘U’
syia Telah Menulis Entri Terbarunya.. Day 14 Practical @ MMC (Northern)
Hmm.. tajuk dengan isi macam tak kena je…
Aku mati-mati ingat ko nak cite pasal pengurusan universiti.. maksudnya.. pentadbiran universiti.. hahahha…
Pengurusan diri mungkin lebih tepat kot (?)
Anyway, aku nak pesan sket kat budak2 yg baru masuk U ni.. Korang jangan belajar, study kat bilik je.. mungkin korang fikir, takpe, dah lepas dah masuk U, so tak yah kokurikulum dah.. tapi sebenarnye, pd pendapat aku la.. kegiatan luar kuliah ni sebenarnye yang mematangkan seorang mahasiswa/i dan senang dapat keje!!
Tapi ramai antara mahasiswa/i sekarang, lebih suka senang lenang belajar kat bilik, nanti korang dah keje korang tau la.. Ingat korang nanti keje je ke.. Aku dah keje ni pun kena gak lagi organize itu ini, yang diluar skop kerja aku. Tapi aku tak rasa susah langsung macam AJK2 lain.. Sebab aku dah bese susah organize itu ini masa bljr kat U dulu.. Ko tau la Qai, jabatan bendahari UKM tu macam mana..perit giler nak mintak duit persatuan sendiri pun.. Tapi kompeni aku ni provide duit untuk setiap aktiviti, dalam USD lak tu.. So, kat sini tinggal nak jalankan aktiviti tu dengan berjaya je.. Aktiviti bukan aktiviti kecik2 lak tu.. Tapi sebab dah bese ngan ‘penangan’ hidup masa kat U dulu, aku bleh lepak n senyum je..sedangkan AJK lain gelabah giler.. Kena marah tu biasa la.. header surat tak betul la, format protokol tak ikut style U la.. macam-macam. Tapi baik kena marah masa tengah budak-budak lagi.. daripada kena marah bila dah besar panjang.. kena marah dengan bos lak tu.. Bos ni bukan reti marah suara perlahan, mau satu ofis dengar suara dia.. Malu..
aku nak kate ialah Univerisiti adalah kuliah kehidupan. Kalau korang tak nampak gak , memang korang rugi!!
*erk… terpanjang lak.. sory qai.. ngeeeeeeee*
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. 3 baris aje !
erm…. seperti yang fiza selalu remind diri sendiri dan adik2… melangkah kaki ke universiti…. hanya satu platfom utk mengembangkan ilmu…. jangan leka kerana hanya diri sendiri yang bisa membantu mencapai apa yang diinginkan…. hati ibu dan ayah mana tidak gembira melihat anak yang dulunya kecil dalam dakapan, kita menginjak dewasa dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran? jadi utk menambahkan level kegembiraan, harusnya pelajar yg berpeluang ke uni harus menggunakan peluang sebaiknya. bijak mencari kawan, mencari ruang aktiviti dan membuat perkara2 yang menguntungkan… barulah keluarga, bangsa dan agama terbela… tak gitu??? hehehe…..
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. 1st Short Story
#azmi - Yaa.. Jangan Memain Kat U Tau Budak²..
#syia - Tu Kira Cita² Separuh Jalan Je. Padahal Macam² Boleh Berlaku Masa Kat U Nie.. Kena Tetapkan Target Yang Rasional & Menjamin Masa Depan.. Hehe..
#hawa - Betulla Tu Tajuk Dia. Bukannya Tajuk “Anda dan Pengurusan Universiti”. Kan Ader Perkataan “di” Tu. Hehe.. Yaa.. Berkenaan Aktiviti Luar Kuliah Akan Disambung Pada Entri Akan Datang.. Takpe.. Selalu²lah Bagi Komen Yang Panjang². Takdehal Punye. Space Banyak. :D=
#fiza - Melangkahkan Kaki Ke Universiti Adalah Suku Daripada Kegembiraan Ibu Bapa. Memegang Skrol Pada Hari Konvokesyen Adalah Kegembiraan & Kesyukuran Nyata Mereka Sepenuhnya.
Universiti tempat yang paling ideal untuk mengumpul teman-teman wanita.
Hamdi Hanapi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Anwar dan liwat: Dilema konspirasi
#Hamdi Hanapi - Waahh.. Playmaker La Ni? Bukan Playboy La Kan? Hehe..