Selamat Datang Ke Universiti & Selamat Bergelar Mahasiswa/i
Jun 23rd, 2008 oleh Qaiyum
Rasanya keputusan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam telah pun dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Mungkin ramai yang telah berpuas hati dengan Universiti yang ditawarkan dan juga jurusan pengajian. Namun pasti ada juga yang beremosi sebaliknya. Molek jika kali ini saya berkongsi sedikit suasana tatkala bergelar seorang mahasiswa. Apa juga skop yang saya bakal nukilkan adalah skop pengalaman saya sewaktu mula² bergelar mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kisahnya adalah berlatar-belakangkan tahun 2004. Jurusan seperti yang tercatat di atas surat tawaran masuk adalah Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Sains Komputer). Pastinya saya agak gembira dengan tawaran ini memandangkan bidang inilah yang mengisi 7 daripada 8 ruang pilihan jurusan pengajian semasa mengisi borang UPU secara online dahulu. Tetapi saya agak termangu² samada untuk ke IPTA mahupun IPTS memandangkan saya juga telah mendapat tawaran daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di atas jurusan yang sama. Mempertimbangkan cadangan ayahanda dan bonda agar saya lebih terarah ke universiti awam saya ikutkan sahaja. Kerana salah satu sebabnya adalah dapat mengurangkan belanja. (Mungkinkah??). Yaa.. Pasti sekali.
Sejurus tawaran itu diterima juga saya mencari² rakan sewaktu di Kolej Matrikulasi dan juga sekolah dahulu jika ada antara kenalan saya yang mendapat tawaran sama di universiti yang sama. Tidak dinafikan terasa UKM waktu itu didominasi oleh para² bekas pelajar Kolej Matrikulasi Johor. Sahabat² karib saya dan juga rakan² serumah saya ketika inipun majoritinya adalah daripada kolej matrikulasi berkenaan. Berpusing² di UKM pun sering terjumpa muka yang sama sepertimana muka² di KMJ dahulu.
Maka telah ditakdirkan bahawa hidup saya bersama 3 tahun (lebih) akan datang adalah di dalam dunia kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Maka segala cabaran dan dugaan saya akan cuba rentasi dengan sebaik mungkin dan di samping itu juga saya berazam untuk memajukan diri bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang² luar kuliah. Yang mana mampu untuk membentuk jatidiri yang secukupnya terhadap diri saya agar bersedia menghadapi dunia luar kelak.
Tips Awal Kepada Mahasiswa Baru :
Jika anda tidak berpuas hati dengan tawaran jurusan yang diberikan. Usah khuatir. Peluang masih wujud jika anda benar² inginkan jurusan yang anda dambakan sejak dari kecil lagi. Minggu Orientasi sebenarnya adalah minggu yang agak penting untuk anda mengetahui selok² kampus dan pengurusannya. Pada tempoh itu juga anda akan dikelolakan oleh para senior yang mungkin anda suka atau menyampah dengan tingkah-laku mereka. Tetapi inilah sebenarnya platform untuk mendapatkan informasi yang penting.
Apapun urusan rayuan untuk menukar jurusan boleh dikemukakan kepada bahagian Akademik universiti anda. InsyaAllah antara tawaran yang telah dikeluarkan, tidak semua pelajar akan mendaftar pada hari pendaftaran berkenaan. Anda masih berpeluang untuk menukar kursus jika terdapat kekosongan. Gunalah sebanyak mana ‘kuasa emosi’ anda dalam membuat rayuan kepada kakitangan akademik berkenaan jika anda merasakan tipis harapan untuk menukar kursus. Tetapi berbincanglah dengan sebaik mungkin dan tunjukkan kenapa diri anda layak untuk ditukarkan kepada kursus berkenaan. InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar.
Tetapi… Jika anda tidak berjaya untuk menukarkan kursus ataupun sememangnya anda menyampah dengan universiti berkenaan. Saya cadangkan agar anda laju² mencari IPTS ataupun kolej² kemahiran di luar sana yang lebih dipastikan masa depan anda berada dalam keadaan cerah.
Tetapi dalam pengamatan saya, banyak kes yang menunjukkan banyak pelajar yang tidak ditawarkan kursus pilihan mereka tetap mengikuti pengajian seperti biasa. Walaupun tidak berminat dengan jurusan berkenaan, mereka cuba untuk menerima jurusan itu secara sepenuhnya. Lebih² lagi setelah mengetahui skop pasaran kerja dan sejauh mana kursus mereka itu dapat membawa mereka, maka tidak menjadi masalah kepada mereka untuk melupakan cita² lama mereka. Apa yang penting pada tahap ini adalah cuba memupuk minat belajar di dalam diri anda.
Tetapi jika anda masih merasakan tidak wujud langsung minat selepas 2 semester dan pointer anda tidak memberangsangkan, maka nasihat saya tulislah surat berhenti. Agak membahayakan diri anda jika situasi itu diteruskan buat beberapa semester lagi. Kebarangkalian untuk anda mendapat status Gagal Berhenti (GB) sangat tinggi. Atau dalam maksud lainnya adalah ditendang universiti.
Akan Bersambung…
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Ribut Petir Semenanjung
- Selamat Tahun Baru Cina
- Salam Aidilfitri 2008
- Camar Yang Hilang
- Konvokesyen UKM 35
- Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri











La asal bersambung lak qai.. smngt ak nk bc…kalu ikutkn pn jurusan yg ak amik masa kat UKm bkn bidang pilihan.. nk jd doktor sbnrnye.. kalu ikut pointer matrik mmg dah layak.. tp ramai lg yg lbh bagus dr ak.. ape pn syukur dpt tamatkn pengajian kat ukm.. plg berharga dpt member2 yg best mcm korg =)
Yela.. Baru Suspen Sket. Ader Banyak Siri. Hehehe.. Nak Jadi Doktor? Boleh Lagi Nie. Ko Sambungla Blaja Lagi. Jadi Doktor Pakar Lutut. Mesti Mantap Punyer Aa..
eh,ada sambungan la pulak!
ixora Telah Menulis Entri Terbarunya.. Happy Birthday Linda!
Hehe.. Suspen Tak ??
huhu.sambungan la plak;)ahaks
qai ni mmg suke buat camni ek…. apepon… mahasiswa, melanjutkan pelajaran diperingkat sekarang bukanlah bermakna anda telah benar2 berjaya… berusaha tanpa rasa kalah… usaha dan usaha dan usaha… berapa byk usaha la… idup di kampus mmg best, klu pandai cari peluang, kawan dan aktiviti2 yang menyeronokkan… selamat menjadi mahasiswa yang cemerlang dan bisa berbakti pada agama, diri, keluarga dan masyarakat…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Sheikh Mishari Al Afasy
Bagus2.. aku pun idea nak tulis pasal siswa siswi ni…
Ko bagi idea kat aku..
Caiyoklah
zool Telah Menulis Entri Terbarunya.. Perbelanjaan Jangka Pendek dan Panjang
Boleh. Minta juga bagi pandangan entri baru pasal Starbucks di Kampus.
Hamdi Hanapi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Starbucks di kampus?
Ak kat unimas, ramai gak budak mengeluh dpt kursus tendang… especially bdk2 semenanjung. Tp pada ak sape2 yg dpt msk U ni dah kire ckp bertuah. Kl nk tgk kat luar tu ramai lg yg sungguh2 nk msk IPT tp x dpt, x kesah la kursus ape pun… And one thing for sure, campus life is not all about academics, culture and life there itself is a priceless experience.
PS: Gus tlh menulis entri terbarunya bertajuk AKU, CINTA & … II