Bolehkah Seorang Pengadil Bola Sepak Menjadi Perdana Menteri ?
Jun 19th, 2008 oleh Qaiyum

Pengadil bola sepak adalah pengadil yang paling glemer berbanding dengan pengadil² sukan lain. Ia adalah selari dengan populariti sukan bola sepak itu sendiri. Sementelah musim Euro 2008 ini, mari kita sorot sedikit-sebanyak perihal pengadil perlawanan bola sepak.
Jika anda menonton perlawanan bola sepak, sejauh mana anda menilai dan menganalisis diri seorang pengadil itu ? Pernahkah anda terfikir untuk menyarung ‘jersi’ pengadil bola sepak ? Jika tidak marilah kita kupas apakah sebenarnya cabaran menjadi seorang pengadil dan seterusnya menjawab adakah pengadil bola sepak ini mampu untuk menjawat jawatan perdana menteri.
Teori Satu
Pengadil suatu perlawanan bola sepak saya anggapkan sebagai seorang yang paling diktator di atas padang itu. Bagaimana pertandingan itu bakal berlangsung segala²nya adalah di bawah kuasanya dirinya dan juga 2 orang pembantunya. 3 orang inilah yang bertindak sebagai hakim yang mana perlu membuat sesuatu keputusan penting dalam masa yang paling singkat.
Bukankah sebenarnya mereka lebih hebat daripada seorang perdana menteri ? Keputusan yang dibuat mereka biasanya terlalu pantas. Sesaat, dua saat paling lama pun mungkin selama 15 saat masa diambil. Bolehkah seorang perdana menteri membuat keputusan getir sepantas itu ? Tidak boleh bukan?
Teori Dua
Mereka adalah penentu emosi pemain bola sepak, jurulatih dan kakitangan² pasukan masing², penyokong di stadium dan juga penonton di rumah. Sebarang keputusan yang dibuat samada tepat, kurang tepat atau tidak tepat bakal melegakan sebelah pihak. Tetapi keputusan itu juga bakal mengganggu emosi pihak yang satu lagi.
Maknanya keputusan yang bakal dibuat pengadil sentiasa tidak akan memenangkan kedua² belah pihak. Salah satu pihak pasti ada yang akan tidak puas hati, marah, kecewa, sedih dan sebagainya. Hebat bukan ? Mereka yang hanya seramai 3 orang di atas padang itu mampu mempengaruhi emosi berbilion² masyarakat di dalam dan di luar stadium. Bahkan emosi mereka yang berada puluhan ribu batu dari stadium itupun boleh terganggu.
Ya.. Begitulah sukarnya menjadi seorang pengadil. Begitulah juga keadaannya seorang perdana menteri. Mungkin ada keputusannya yang tidak akan memenangkan hati semua pihak.
Teori Tiga
Pengadil juga mampu menentukan pembangunan dan masa depan diri seseorang pemain bola sepak. Sebagai contohnya, jika pengadil melayangkan kad merah terhadap seorang pemain yang melakukan kesalahan, apa yang akan terjadi kepada pemain itu? Terfikirkah pengadil yang keputusannya itu bakal menjatuhkan nilai seseorang pemain. Bukan sikit nilai yang akan terkurang. Ia mungkin bernilai jutaan ringgit. Pemain itu juga bakal dicemuh penyokongnya, mungkin juga pengadil dan rakan sepasukannya.
Ini akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri pemain itu. Worse Case Scenario pemain itu kelak mungkin akan terus hilang dari arena bola sepak. Keputusan melayangkan kad merah adalah seperti seorang pelajar sekolah rendah yang sangat nakal lalu telah dibuang sekolah oleh jawatankuasa disiplin sekolah. Tidakkah itu nanti bakal membuatkan pelajar sekolah itu membuat onar dijalanan hingga merosakkan masa depannya? Hmm.. Kesian.
Teori Empat
Dan yang paling penting, pengadil mampu menentukan kemenangan dan kekalahan sesuatu pasukan itu. Bagaimana ? Penalti yang dihadiahkan kadang² mampu mengubah keputusan pertandingan. Sepakan percuma yang dihadiahkan juga pada minit² terakhir kadang² mampu membantu pasukan yang dilihat hampir kalah. Selain itu, penjaga garisan juga mempunyai kuasa menentukan samada pemain itu offside atau tidak. Jika tidak mungkin pemain yang offside itu bakal menyumbatkan gol kemenangan.
Ohh.. Sungguh berkuasa seorang pengadil.
Kesimpulan
Oleh itu adakah seorang pengadil boleh menjadi seorang perdana menteri ? Jawapannya boleh jika pengadil itu memasuki arena politik kelak. Kerana Malaysia negara demokrasi. Sesiapa juga boleh menjadi perdana menteri.:D=Selamat menonton bola sepak dan analisislah diri seorang pengadil perlawanan itu.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












boleh atau tidak terpulang kepada individu yang terbabit..hehe~
azmi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Puji-Pujian
ermmmm…. tahla, dr segi perkara “mengadili” itu mungkin ya… tp susah nk jumpa pemimpin yg betol2 bagus. tp klu pengadil jd pm… erm erm… betolla kata azmi… bergantung pd org tu sendiri….
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Aku Yang Di Sayangi
Boleh.. Semua Orang Boleh Jadi PM. Kalau diberi peluang la.. Itu pun tak ada “potong-memotong” atau “menjatuhkan” orang.
mrozaidi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Harga Minyak = Tun Dr Mahathir
Bayangkan PakLah menjadi pengadil..hurmmm..
Fahmishah Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kehidupan Aku #8
Boleh je asalkan seseorang tu ade sifat kepimpinan..:)
off topic : takutnya tgk muka refferee tu. huhuhuhu
fara Telah Menulis Entri Terbarunya.. Happy.. Happy.. Lalalalala
psstt…. fara… aku pon gerun jgk tgk muka dia ni… ko nak lagi gerun tak?? cube search nama referee ni… Collina… hehehe…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Bisikan Nurani
Referee Yang Dalam Gambar Tu Colina La Name Die
amat lah sesuai kerana keputusan pengadil amat sukar untuk di sangkal…kalau nak bg kad mmg tak leh lawan laa sebab keputusan dia amat tepat a…lg pon kalau nak bg penalti sapa pon tak leh kacau…
adib. Telah Menulis Entri Terbarunya.. The Best High Tech Prank
ok la tuuuuuuuuu
boleh apa salah nya…he he