Panggilan Ajaib
Jun 18th, 2008 oleh Qaiyum

Gambar sekadar hiasan. Sila rujuk entri lepas untuk pemahaman lanjut.
Tadi di pejabat tiba² tergerak hati untuk menelefon Prof Madya Dr Shahrul dari pensyarah di Fakulti FTSM, UKM. Sebelum ini saya diajak oleh kawan sepengkuliahan untuk memohon menjadi RA di bawah seliaan Prof berkenaan. Saya 50-50 samada ingin menjadi RA sambil menyambung pengajian ke peringkat Sarjana ataupun mencari pekerjaan tetap dengan gaji lebih stabil. Sehingga tadi saya tidak membuat sebarang keputusan.
Lalu panggilan pun dibuat semasa saya berada di bilik pantri di pejabat semasa waktu rehat :
Assalamualaikum Prof Shahrul. Saya Qaiyum bekas student FTSM. Berkenaan dengan permohonan saya untuk menjadi RA di bawah seliaan Prof, bagaimanakah statusnya? Adakah masih ada lagi kekosongan?
Awak ni yang mana satu? Qaiyum ke? Awak dah hantar resume dah?
Ya. Abdul Qaiyum. Resume telah saya submit ke e-mel gmail Prof minggu lepas.
Baik. Begini. Jawatan RA telah dipenuhi dan tiada lagi kekosongan buat masa ini. Tetapi saya boleh tawarkan awak untuk menjadi Pegawai Penyelidik. Namun begitu tawaran untuk sambung ke peringkat Sarjana tidak boleh dibuat pada waktu sekarang. Awak boleh memohon untuk menyambung Sarjana pada bulan Disember nanti dan saya akan menukarkan geran awak ke GRA.
Pegawai Penyelidik ??? Apa bidang tugasnya Prof dan apa bezanya dengan RA ??
Pegawai Penyelidik lebih menguruskan hal² pengurusan dan pentadbiran. Awak akan lebih fokus kepada kertas kerja projek, latihan atau pengurusan web dan lain-lain yang berkaitan. Tugas awak seperti Puan Norizan.
(Puan Norizan? Tak Kenal Pun. Blasahla) - Berbisik di hati saya
Macammana? Berminat?
Boleh Prof. Saya tiada masalah. (Sebenarnya keliru lagi ni..)
Baik. Awak boleh mulakan tugas pada 1 Julai ini. Borang² yang awak perlu isi akan saya e-melkan ke e-mel awak. Ada apa² lagi ?
Tiada Prof. Terima kasih banyak².
…… (Terkesima sebentar)
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












Ape ko ni.. Pn norizan pun tak kenal.. adeh… PEgawai Penyelidik ni kan lebih tinggi dari RA. gaji pun ikut gaji gomen.. Amik jela qaiyum.. aku ni dah lame nak sambung master + jadi tutor kat ftsm tu.. tak penahnye nak dapat.. almaklumla.. sape la daku ni berbanding mpp.. huhu….
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. ::Ukhuwah::
Yang Mane Satu Ek Puan Norizan ? Ingat² Luper pLak.. Ala.. Rezeki Ader Di Mana². Bukan MPP Pun Mantap² Je Yang Ade. :D=
Ha tu la pasal. Aku rasa ko dapat jugak sebab mamat tu ada 2 akaun.
Adehh.. Keeper Russia Tu Point Banyak. Akinfeyev.
Team Portugal Vs Germany Pun Pening Gak Nak Susun.. Sumer Mahal.. Terpaksa Korbankan 2 Defender.. Huhu..
German sgt mahal ma… aku terpaksa pakai 3 patung untuk memakai player german. sgt hampeh german ni. mintak2 la portugal memang malam ni. Ko apsal xkeje hari ni? Bz pikir strategi utk mlm kang ke? hehehehe
Tula.. Hehe.. Harini Tak Larat Lak Pergi Keje. Member Pulak Mintak Tolong Hantarkan Pergi Hospital. Takpelah. Dah Taknak Pening² Dah. Blasah Je Letak. Dapat Iphone Pun Jadila. Hehe..
bagusla… jawatan tu oke jgk tau qai sebenarnya… klu tak nak bak sini kt fiza. hehehe…. wah wah… bagus2 tahniah mr manager, teruskan berjuang… erm erm erm… bgaimana dgn salad pizza itu yer??? hihihihih….
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Semoga Panjang Umur
Hehe.. Tak Buleh Blanje. Ranking Sudah Jatuh. Uuu..
Pengawai Penyelidik atau Research Official a.k.a RO. Ok la tu dapat job tu, gaji ikut stardard ijazah. masa aku jadik RO dulu dapat RM1,800 sebulan. tapi 2,3 bulan pertama, gaji blum dapat lagi,pasal dalam proses.pahtu bila masuk,dapat tunggakan gaji la. fuh! masyuk wa cakap lu. skop keje? hehe.. biasa aar..tenet memanjang.. time pening bila nak kena buat kertas keje. dah abis kertas keje rasa cam dah abis exam. layan beb keje RO nie.
penyubiru Telah Menulis Entri Terbarunya.. Jalan² ke Cari Makan
#penyubiru - Wah.. Cam Menarik Je Jadik RO. Hehe.. Tapi Seksa Gak Tu Kalau 2,3 Bulan Takde Gaji. Mau Jadi Puaka Agaknya. Hoho..
kekekek..ko layankan jerklah keje tu qaiyum..akupun tak tau pasal RO ni..RA tu aku tahulah sbb ramai kengkawan jadi RA.Tp bab gaji tu aku mmg konpem itulah situasinya dimana2 U pun.
catzer Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kembali Membina Empayar
Cam Tak Jadik Pulak Nak Keje Jadi RO. Hehe..
haha, lama dah tak masuk blog ni,
dah tak tau berita and kureng paham,
jpj camna?
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Review Filem - SEPI
JPJ ?? Apenye Yang JPJ Enchik Deen ? Hehhe..