Maxis Euro Fantasy League
Jun 16th, 2008 oleh Qaiyum

Dengan Roh EURO yang telah terwujud dalam diri ini semenjak bermulanya sepak mula pertandingan Euro 2008 yang lalu, saya telah berani mencuba kehebatan diri ini dalam bidang pengurusan pasukan bola sepak. Maxis Euro Fantasy League adalah platform yang telah saya pilih bagi mencuba nasib. Saya akan bertanding kekuatan mental, strategi, kreativiti dan intuisi yang tinggi dengan lebih dari 5000 orang yang telah mendaftarkan diri mereka dalam Liga Fantasi ini.
Syaratnya mudah. Saya hanya perlu menyusun 11 orang pemain dari campuran sebarang pasukan yang akan membentuk pasukan saya sendiri. Objektif kita adalah untuk mengumpul mata terbanyak daripada setiap pemain ini. Cara² untuk mengumpulkan mata adalah berdasarkan perlawanan sebenar Euro 2008 yang sedang berlangsung. Jika ada pemain pasukan saya yang menyumbat gol dalam perlawanan sebenar, maka pasukan saya akan mendapat mata.
Mata² juga dapat diperolehi sekiranya pemain bermain lebih dari 60 minit, menjadi assist suatu gol, penjaga gawang menyelamatkan sepakan gol dan lain² lagi. Tetapi sekiranya pemain dilayangkan kad kuning atau kad merah, maka mata akan ditolak. Saya perlu mengkaji, meneliti dan membuat spekulasi sendiri tentang pemain mana yang akan bermain, pemain mana yang akan direhatkan, pemain mana yang akan gol dan lain² lagi. Saya melakukan ini setiap hari dan seterusnya menyusun kesebelas² pemain saya mengikut perlawanan yang akan berlangsung pada sebelah malamnya.
Begitulah cara permainan ini. Dan inilah hasilnya setakat hari ini :

Profil saya & susunan pemain pada hari ke 10. (Slogan mengampu. Hehe..)

Dan inilah ganjarannya..

Ya.. Setelah berhempas-pulas memikirkan strategi, menguji minda & tak tidor malam… akhirnya saya berjaya menduduki tangga tertinggi saya setakat ini iaitu tempat ke-20. Saya bermula pada kedudukan pasukan saya adalah pada ranking ke-3300++. Saya agak puas hati dengan pencapaian setakat ini Tetapi untuk mengekalkannya adalah sesuatu yang amat sukar. Saya akan berusaha yang terbaik untuk mendapat ganjaran² yang telah disediakan oleh pihak Maxis. Bukan calang² ganjaran tu.
Saya hanya perlu mendapat sekurang²nya tempat ke-15. Tetapi dengan baki 3 hari lagi sebelum Fasa 1 (peringkat kumpulan) tamat. Dan selepas itu hanya ada 7 perlawangan lagi sehingga ke peringkat akhir untuk saya menyusun pasukan dan mengumpul mata.
Ucapkan selamat maju jaya kepada saya… :D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Berehat Sebentar Demi Penyusunan
- Esok Pulang
- Meneruskan Kehidupan & Soal Jawab Mahasiswa
- Roh EURO
- Budi Bahasa Budaya Kita
- Joost - Tonton TV Online Percuma
- Bolehkah Seorang Pengadil Bola Sepak Menjadi Perdana Menteri ?











hi,
i would like my website http://www.fyroo.com to be review by your blog. how much does it cost?
also if possible to exchange link?
please contact me at support@fyroo.com
Ok
qai… sori smlm. tak bley nk review entry ni sebab kepala pusing sgt. tido awal pon still tak oke sebab, tak bley nk tido. today, tgh configure smthng kt tempt client, even kepala berat jer, tp still kena buat jugak. waaa… sabar jerla, ada vacancy yg bolehkan fiza kuar dari sini?? hehehe… so far alhamdulillah, today dh oke skit berbanding smlm…
erm, demam euro noh, nanti tgk tau italy vs france. tak tau mana menang nih… seram… and good luck utk maxis contest ni… menang jgn lupa blanja fiza ek, tekak ni rasa mcm nk makan salad yang kt pizza hut tu. sedapnya…. nyum nyum nyum
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Rasa Tidak Sehat
salam, tahniah atas kejayaan anda! tapi adakah anda perasan bhw pemberian markah berbeza utk setiap manager walaupom mengambil player yg sama?? Pada saya ini adalah satu ketidak adilan yg telah berlaku..apa pendapat anda??
#fiza - Tula.. Keje² Jugak. Tapi Janganla Pressure Sangat. Amik Masa Untuk Rest Tu Pun Penting. Hehe.. Salad Pizza ? Boleh. Ape Salahnye. Kalau Menangla. Hehehe..
#sleep - Yeke? Saya Pun Tak Pasti Tentang Tu. Bukan Ade Masalah Dari Pihak Maxis. Pada Saya Ini Hanya Permainan. Tidaklah Kita Perlu Mengambil Terlalu Serius Untuk Mencari Keadilan. Sesungguhnya Bola Sepak Memang Tak Adil Biler Referee Salah Membuat Keputusan. Oh!! Sungguh Diktator Referee Itu..
Yup.Memang Btul. Saya dah buat komplen pada maxis dari minggu lepas…Tapi nampaknya tiada tindakan diambil oleh mereka.
Hahaha..mmg sekadar permainan yg memberikan ganjaran yg hebat sehingga anda pom mungkin pening kepala pikir nk letak player utk mendapatkan point yg tinggi,kan??
Ya.. Betul Tu. Terpaksa Amik Masa Lebih 3 Jam Untuk Kita Menganalisa Situasi Semasa Sebelum Kita Betul² Puas Hati Dengan Pasukan Kita. Nasib Baik Saya Hanya Buat 1 Pasukan. Sebab Ramai Yang Buat Lebih Dari 1 Pasukan. Kalau Tak Lagi Pening Kepala Nak Susun.
Sleep Main Jugak? Cemane Ngan Ranking ??
fuyoo…hoho~
azmi Telah Menulis Entri Terbarunya.. “Abdullah & Najib” - TDM
Waahhh~tahniah2..anda dapat ranking no 4 skrang…Hebat!!
Skrang tinggal satu matchday lagi..jika anda berjaya maintain kedudukan anda or dpt kumpul point lagik banyak..dah tentu dpt bawak pulang home theatre..takpom dpt ipod touch..saya hanya ranking ratus-ratusan sahaja…oh!
sleep Telah Menulis Entri Terbarunya.. Maxis Euro Fantasy League Scamm??
wah… teruja nya baca… cayyok qai…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Semoga Panjang Umur
ok la tu! aku punyer rangkin 1k++ . jauh pangang dari api ngan hadiah LCD tu. hehe..
penyubiru Telah Menulis Entri Terbarunya.. Ubah gaya hidup
#sleep - Tulatu. Terase Magic Lak Raser Tetibe Leh Sampai No 4. :D=
#fiza - Caiyook!!!
#penyubiru - Hui.. Boleh Lagi Kejar Tue.. Berusaha.. Berusaha.. Yah!!
argh!!!
mantap..nyesal tak tau~
segalanya telah terlambat~
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Review Filem - SEPI
Hihi.. Boleh Cuba Lagi..
hye qaiyum…u r da winner of da maxis euro fantasy rite…did any maxis site contact you to collect da prize yet??? i wonder when the date will be…
ble maxis nk bagi hadiah euro qaiyum…
Siang Tadi Maxis Ada Call Saya Minta Alamat. Hadiah Akan Dihantar Ke Rumah Katanya…