Respon Terhadap Kenaikan Harga Minyak Negara Daripada RM1.92 Kepada RM2.70 Seliter
Jun 5th, 2008 oleh Qaiyum

Malaysia malam tadi seperti dilanda bencana. Seperti huru-hara berlaku di mana². Kecoh dengan hiruk-pikuk hon² kenderaan. Tetapi saya masih lagi tenang di rumah…
Beberapa jam sebelum huru-hara ini berlaku saya sedang berada di sebuah bengkel sepertimana gambarajah di atas telah tunjukkan. Tujuannya adalah untuk menggantikan rim tayar saya kepada sportrim baru second hand. Tayar juga turun diganti dengan yang baru. Hehehe.. Terbang beberapa ratus semata² untuk keanggunan kancil CJ7 dan keselesaan pemanduan.
Tiba² apek -apek mekanik di bengkel tersebut seperti agak kelam-kabut melihat keadaan di luar. Saya sangkakan kemungkinan kemalangan sedang berlaku di seberang jalan. Rupa²nya deretan kenderaan yang beratur di stesen minyak Caltex Kajang mencuri tumpuan. Bos (supervisor mungkin) bengkel itu menyatakan bahawa khabar angin mengatakan harga minyak akan naik malam ini. Saya yang tidak mendapat apa² perkhabaran mengenai situasi minyak ini setakat pukul 5.30 itu hanya mampu terpinga-pinga.
Waktu itu saya cuba untuk mengimbas kembali memori² beberapa tahun lepas tatkala minyak akan dinaikkan daripada RM1.20 seliter kepada RM1.92 seliter. Waktu itu saya masih bergelar mahasiswa dan menunggang Yamaha Nouvo AT110. Waktu itu ramai rakan² yang melenting, menggigit kuku, memaki-hamun kerajaan dan tidak kurang juga yang buat selamba badak. Saya waktu itu macam biasa cuba untuk optimiskan diri…
Dan sekarang juga saya begitu. Tetap tenang. Tidak terlalu mengikut huru-hara malam tadi. Tidak tergesa² untuk mengisi minyak. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah sewa, ribuan kenderaan sedang tersusun cantik. Rasanya ke semua stesen minyak sepanjang Kajang ke Bandar Baru Bangi telah ‘ditawan’. Sebenarnya teringin juga untuk mengisi minyak waktu itu. Tetapi memandangkan keadaan tsunami kereta di stesen minyak tersebut, saya batalkan niat. Adalah lebih baik saya menghargai masa yang ada jika dibandingkan dengan RM8 yang saya dapat jimat.
Minyak naik = Harga segala barang naik. Begitulah formula yang telah wujud sejak sekian lama. Mereka yang berpendapatan rendah (seperti saya) terpaksa membuat 2 pilihan. Samada memerah otak untuk memikirkan penjimatan maksimum yang dapat dilakukan ATAU memerah keringat mencari pendapatan lebih. Saya akan mencuba kedua² kaedah. Tetapi buat masa ini saya cuba untuk lebih berjimat. Lihat sahaja sportrim yang baru saja diangkat. Itu telah menunjukkan bahawa saya seorang yang boros. Tapi tak selalu.
Langkah² penjimatan yang saya fikirkan efisien buat waktu ini adalah :
- Membawa kancil CJ7 pada kelajuan tidak lebih 80 km/j
- Melancarkan lagi pertukaran gear agar tidak terlalu mengganggu RPM.
- Pinjam motor kengkawan untuk destinasi yang dekat.
- Tak bukak penghawa dingin.
- Bukak radio perlahan².
- Tidak membunyikan hon.
- Tidak pergi ke destinasi yang tidak membawa apa² manfaat.
Haa.. Banyak bukan yang boleh dilakukan ? Itu baru sedikit penjimatan minyak yang difikirkan mampu saya lakukan. Tetapi ia perlu pergi lebih luas seperti menjimatkan perbelanjaan yang merepek², dan lain² lagi.
Apapun mari kita kekal OPTIMIS. Jangan terlalu menyalahkan pihak lain. Jika kita asyik ingin menyalahkan pihak lain dan kurang melihat kesalahan diri, kita sendiri yang akan stress.
Stay Cool !!!Cewah..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












yup, saya suka entri ini berbanding dengan entri saya sendiri. Hahahahha…
Kita kena optimis JIKA tidak boleh buat perubahan yang besar.
Kita tidak ada kuasa dan keupayaan menentang perubahan.
Namun, optimis ini jangan sampai nasib dan hidup kita jadi pertaruhan.
bayan Telah Menulis Entri Terbarunya.. Apabila Harga Minyak Naik
Ya.. Kuasa rakyat hanya pada pilihanraya dan juga jika demonstrasi besar²an dilaksanakan. Selain itu, segalanya terpulang kepada kepimpinan negara untuk membangunkan rakyat & negara. Kita sebagai rakyat jika mampu bantulah juga membangunkan negara dengan sebaik mungkin.
Selimat berjimat En. Bayan walaupun naik bas.. :D=
saya beratur panjang gak,..
bila sampai turn saya.. abis lak minyak tu
bengang betul..
p/s: tima kasih eh, g blog…
naek gak le tambang bas and lrt..hancus!!!
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Trip Ke Melaka~ last week
semalam semua stesen minyak jam rasanya. kwn ofis akak saya singgah sini semalam cakap jalan pun jam teruk.. dia nak balik rumah pn tak boleh. haha
naik beskal la pasni.. huhuhu
ixora Telah Menulis Entri Terbarunya.. Jom pizza~~
heh. kebetulan plak gi isi minyak petang semalam.
tapi setuju jugak …. kita kena optimis. we should be grateful of wat we have, kalo rasa azab sangat, takyah bawak kenderaan, back to basic lah; jalan kaki or naik beskal! huhu!
uISH positif tol ko nih.. bkn nk menyalahkn org lain..tp kalu ko keje tmpt yg jauh mcm ak.. mmg tension sesgt.. terasa tol nih.. belum kira nk byr duit kete lg.. argh!!! sume duit..byk benda yg kena cut pas nih.. xleh nk enjoy..huhu
#nurulnana - Uish.. Stress Btul. Beratur Pepanjang Lepastu Tak Dapat Isi.. Saya Pun Takut Jadi Camtula Smalam. Tu Yang Malas Isi Tu..
#deennasour - Yeke ? LRT Pun Naik Ke? LRT Kan Pakai Letrik..
#ixora - Tula.. Risau Gak Smalam. Sampai Simpang Nak Masuk Umah Pun Jam Teruk. Siap Eksiden Bagai. Huru-Hara Betul..
#fara d - Heh.. Betultu. Kita Kena Optimis. Tapi Siapala Yang Nak Jalan Kaki & Beskal Kan Waktu Malaysia Mengejar Kemajuan. Adalah Lebih Mudah Menggunakan Pengangkutan Awam.. :D=
#Herda - Tula. Ko Brenti Keje Je La Chelem. Ko Tunggu Orang Masuk Minang. Kan Senang Hidup ? Heh..
Langkah ko aku tambah skit dr aku punya langkah2:
1. Kurangkan dating, so just chatting..kekek..itupun limitkan gak. Amik 3 jam jerk ke..mcm aku skang..sbb nak productivekan diri..
2. Car pool, pi mana2 pilih satu tempat yg semua ada kat situ. Contoh aku nak pi beli comic kat one utama..aku parking area lowyat then jln kaki jerk pi mana2 tempat lain.
3. Kurangkan ber ‘enjoy’ byk luangkan masa ber riadah bersama keluarga dan mengadap Allah. Sudah2lah buang duit pi karaoke, minum kedai mamak ngan kengkawan (mcm bini korang tak reti bancuh air), tak pyh pasang astro kat rumah cite bukan bestpun alik2 ulang tayang jerk. Then kalau korang kat rumah,boleh ajar anak tuisyen sendiri jerk..Dah jimat duit tuisyen.
4. Pergi keje awal pagi, so takde jammed sgt dan senang nak cari parking. Aku dulu parent htr pi sekolah awal gile sbb diaorg nak pi noreh..kekekeke..layanlah aku tido kat kelas dulu takpun buat2 rajin study subjek yg mudah tu.
5. Mknlah di rumah jerk, jimat tak kuar selalu then time masak tu jgnlah lebih2. Mcm aku yg bujang ni mmg kengkadang mkn luar gak sbb saje nak hidu udara luar. Tp masak kat rumah mmg kerap, satu lauk, satu sayur nasi byk2..Beras dah naikkan jadi aku mkn buah byk2.
6. Bab kuar shopping biasanya aku shopping sethn sekali jerk kot..kakakaka..mungkin sbb aku ni wasatiah sgt..takderlah..aku shopping bile ada sale jerk..To be honest mmg beli branded tp sume tu thn 4-5 thn tak tukar.Aku tak gile fashion so no hal.
Aiyak ni mcm belanjawan aku plak padahal nak cite isu minyak..kakakaka
catzer Telah Menulis Entri Terbarunya.. Webmaster is Super M
Inflasi… Inflasi…
Dulu mase aku sekolah rendah ada kempen inflasi sifar…
emme Telah Menulis Entri Terbarunya.. Harga Minyak Petrol dan Diesel Naik malam Ni!! 05/06/2008
heiho!
Salam.
Selamat berkenalan. Terima kasih sb tgk space akak. Nice entri. Stay cool.
Langkah berjimat tu lebih berfaedah. Optimistik gitu.
Naik basikal idea yang baik. Apa kata anak menantu dan cucu cicit pak-pak menteri kita yang mulakannya.
Supaya orang marhan yang macam kita ni tak terasa kecik hati sangat hahaha!
ohohhh…saya suka bukak radio dalam keta kekuat..patutla..info yang bagus!!:)
JuliaNa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Bumi yang rancak
#catzer - Wah.. Komen Yang Panjang Leber Disitu. Terima Kasih Kerna Sudi Berkongsi Tips² Yang Rasanya Boleh Dipraktikkan.. Berguna Jugak Tu Tatkala Dalam Keadaan Terdesak Camni.
#emme - Ha’a. Sronok Gak Tngok Iklan Inflasi Sifar Kat TV..
#Ayumi - Helo..
#Kak Lily - Hehe.. Sifat Ape Naik Basikal. Leh Hidup Lame.. :D=
#Juliana - Apa² yang menggunakan tenaga elektrik lebih sebenarnya menggunakan minyak yang lebih..
assalamualaikum…
ehe, nak tanye, bukak radio kuat2 bukan ke melibatkan bateri, bukan minyak, macam lampu jugak. if aircond betul la minyak, sbb die menyebabkan beban kereta bertambah, tenaga diperlukan lebih banyak<—- betul ke?
nak komen banyak la kot pasal minyak naik.. tensen tol la sebenarnye. cube kawan2 baca kat http://www.umm-mujahid.blogspot.com. mari kita tgk perbandingan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak.
lagi satu kan… kenape erk, sekarang harga minyak dunia melonjak naik dan kite sedia maklum bahawa crude oil di negara kite adalah sgt bagus kualitinya kerana kandungan sulfur yg rendah lantaran kedudukan malaysia di luar lingkaran api pasifik (sejak sekolah rendah kite didedahkan ngan ni) dan kita tahu malaysia mengeksport minyak ini ke luar dgn harga yg tinggi dan kemudiannya membeli minyak yg jauh lebih murah utk kegunaan domestik. bukankah sepatutnya kita bertepuk tangan bergembira krn ini bermakna duit yg masuk ke dalam negara bertambah banyak?lagi2 nilai RM kita naik dan USD turun. laaaaagiiiilah banyak kan? tapi kenape erk, minyak naik ngan sangat banyak.
kawan2, optimis tuh optimis jugak, but some how, this is our right, we have chosen our leader to bring our country forward, to bring development, not to make us suffer. yes, maybe ade sebahagian yg xterasa, tp, cube pk lower class people, pendapatan kurang seribu..
beb, minyak naik kalau barang xnaik, xper beb. tapi…dengan food crisis nye, minyak naik, cukai baru nak diperkenalkan, tarif elektrik naik, mati la jugak beb. minyak naik=almost 100% barang di dunia naik (melainkan korang tanam padi, sayur sendiri, pancing ikan..bela ayam itik).Ini aku yg masih bujang dgn pendapatan ‘ok’ ni ha.kerajaan keep saying, do some saving, but nak save duit cemane?ader tak pak2 menteri makan ubi?dorg usulkan kan?dorang buat tak?jimatkan penggunaan sumber tenaga, dorg buat x?dorang kongsi kereta tak?junior2 aku yg baru abis belaja, dpt duit xsampai 1k sebulan, kesian tau aku dengar dorg merintih. mana nak bayar rumah sewa, mana nak makan, minyak moto lagi..baru nak bernapas pegang duit sendiri, nak berdikari xmau susahkan keluarga..kesian
lagi satu, cube baca ;
http://www.zaharuddin.net
marilah kite renungkan..aku bukan pembangkang k?aku xsuh wat demo, but we have rights.tp..ini da melampau beb.tak sampai 5thn, minyak naik lagi. mane pegi untung petronas (plg senang nak tengok) yg dekat2 80 BILLION (i repeat again. BILLION, not million!!!!)
itu jela erk
sorry ah kalau kawan2 igt aku ni anti-kerajaan. bersuara tidak bermaksud anti-kerajaan. tp kita perlu tahu ketelusan kerajaan kita.
#orangelily - Ya.. Benar Seperti Apa Yang Diperkatakan Oleh Saudari. Cumanya Kita Sekarang Ini Hanyalah Rakyat Biasa. Kita Memang Boleh Bersuara. Tapi Sejauh Manakah Suara Itu Akan Didengari Oleh Pihak Atasan Kita Tidak Pasti. Jadi Setakat Ini, Terpaksalah Kita Jalani Kehidupan Seperti Biasa. Mencari Alternatif Ataupun Lari Daripada Rutin Harian Kita. Itulah Seadanya…
Pada Saya Daripada Kita Salahkan Kerajaan, Lebih Baik Kita Salahkan Globalisasi. Mungkin Ya Pemimpin Negara Ada Yang Sedang Tersenyum Riang Di Atas Sana Tatkala Mengaut Harta Negara, Dan Mungkin Tidak. Tetapi Golongan Yahudi Dan Nasranilah Yang Kini Sedang Ketawa Riang Terbahak² Melihat Dunia Dlm Genggaman Mereka.
yerp qai..memang suara kita takkan didengari pihak2 yg anda sendiri tahu. tapi….janganlah terlalu positif terhadap pemimpin kita. kita adalah manusia yang bijak menilai..
Semua org amik dr sudut politik, pemimpin raja..bla bla bla..apa kata tgk diri sendiri. Jgn harapkan org utk menaikkan taraf hidup kita, kalau kita berharap pada pemimpin inilah yg berlaku padahal kita skang perlu ada minda globalisasi. Aku tidak pangkah mana2 tp isu minyak ini akan membuang “minyak” aku jerk untuk diperdebatkan. Erm hari ni aku mahu keluar utk menyelesaikan beberapa urusan rasmi, so aku akan plan betul2 route untuk hari ini supaya aku tidak membazirkan minyak
catzer Telah Menulis Entri Terbarunya.. Webmaster is Super M
#orangelily - Saya Tidak Kata Saya Terlalu Ambil Positif Terhadap Pemimpin. Cumanya Saya Tidak Mahu Langsung Menentang Kepimpinan. Saya Tidak Mahu Dalam Diri Ini Wujud Sifat Radikal Untuk Menentang Tampuk Pimpinan. Jika Kita Terbiasa Dengan Sifat Menentang Itu, Jika Kerajaan Baru Ambil Alih Tampuk Pimpinan Dan Masih Gagal Untuk Memuaskan Hati Kita, Dikhuatiri Kita Masih Akan Menentang Kepimpinan Yang Ada. Jika Tidak Proses Penentangan Itu Akan Sentiasa Berlaku Selagi Kita Tidak Puas Hati Terhadap Pentadbiran Kerajaan.
Oleh Itu Janganlah Kita Biarkan Sifat Radikal Menguasai Diri. Buatlah Sesuatu Yang Masih Di Tahap Terkawal.
#catzer - Setuju Dengan Saudari Yang Comel Ini.. :D=
“Cumanya Kita Sekarang Ini Hanyalah Rakyat Biasa. Kita Memang Boleh Bersuara. Tapi Sejauh Manakah Suara Itu Akan Didengari Oleh Pihak Atasan Kita Tidak Pasti. Jadi Setakat Ini, Terpaksalah Kita Jalani Kehidupan Seperti Biasa”
lagi satu saya tlupa, saudara memulakan entry dengan optimis tapi semasa menjawab comment saya saudara sangat pesimis ehe..kalu xcuba bersuara sampai bila2 pn xakan didengar kn?
aku pon gomen server, bukan nya aku membangkan pemimpin sedia ada, tp aku xlah nak jadik macam kerbau dicucuk idung. i have a question to ask. What are the considerations you take before you vote your leader? as for me, i want a leader who can bring my country forward, stressing the development for the people, not only for those who are close to them. we have right to speak, but this doesn’t mean we’re radical. please, differentiate both terms, ok?
kawan2, sedangkan saidina umar alkhattab, khalifah agung kita, as a leader mendengar suara rakyatnya bile beliau nak naikkan harga mahar…bab kecik tuh je beb. ni minyak, bab besaq ni…agak2 la wei.
kak lily: naik beskal dimulakan pak menteri..haram dorg nak naik. kalau naik pon, time pelancaran kempen jela
ha, pnah dgr tak ader rumours, harga minyak nak naik lagi by this august jd RM3 or xmustahil RM4. amacam?any comment?
[...] Respon Terhadap Kenaikan Harga Minyak Negara Daripada RM1.92 Kepada RM2.70 Seliter [...]