Family Day UPSM Ke-22
Jun 2nd, 2008 oleh Qaiyum
2 minggu lepas saya berada di kepulauan Langkawi, semalam saya baru pulang daripada program santai Hari Keluarga UPSM - Persatuan yang saya dan sahabat-sahabat lain usahakan untuk tempoh selama 4 tahun ini. Dan kini urusan persatuan ini digalas oleh bahu² para junior yang telah dilatih erti perjuangan, pengorbanan dan keikhlasan.
Program selama 2 hari ini bermula pada hari sabtu sememangnya sebuah program yang ringkas lagi santai. Bertujuan untuk mengumpulkan keluarga² kami para Super Senior, Senior dan juga adik² junior. Masa singkat yang ada telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh setiap dari kami untuk memahami dengan lebih jauh lagi hati budi masing² dan melihat sejauh mana pengembangan mahupun kekurangan yang wujud dalam UPSM hari ini.
Lokasinya adalah di Bagan Lalang, Sepang. Satu daerah yang mungkin akan dijadikan pusat penternakan khinzir utama negara kelak. Dan jika itu berlaku, tidak mungkin Hari Keluarga kami kelak akan dilaksanakan di sini berikutan sensitivitinya ; bukan kerana cetek minda.

Alhamdulillah rasanya semuanya telah dilaksanakan dengan jayanya oleh junior tahun 2 bersama² keluarga baru kami iaitu ahli tahun 1. Walaupun pada hakikatnya tidak ramai Super Duper Senior & Super Senior berjaya dikumpulkan, tetapi memadai untuk melihat muka² yang telah lama tidak kelihatan yang pernah berjuang bersama² suatu ketika dahulu pada majlis ini sudah cukup. Tahniah diucapkan kepada adinda² sekalian. Tetapi janganlah bangga dari. Tetap cari kelemahan diri yang ada dan perbaiki untuk kebaikan akan datang.

Sehingga hari ini di pejabat, sengal² kaki masih lagi terasa. Keterujaan untuk menggondol juara pada acara sukaneka sememangnya berbaloi. Kumpulan saya berjaya mengungguli carta kejuaran. Macam biasa, jika saya berada pada mana² kumpulan untuk acara sukaneka, makanya saya akan melobi nama kumpulan. Untuk acara itu saya masih lagi mengekalkan penggunaan nama “BULU” seperti tahun² sebelumnya. 2 tahun sebelumnya saya menggunakan nama kumpulan “BULU HALUS” dan tahun ini diubahsuai dan kumpulan kami digelar kumpulan “BULU DAH PANJANG”. Hahaha.. Akhirnya nama ini telah berjaya memberikan kesan psikologi yang tinggi terhadap kumpulan lawan sehinggakan berjaya membawa kepada kejuaraan kami. Hahaha.. Nama BULU telah menjadi sebuah LAGENDA. Tahniah kepada ahli kumpulan BULU.


Batch 18 - Ahli Kumpulan Pemikir Bebas

Formasi KLCC - Bersama Senior Kak Nini
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- EKSKLUSIF - LELAKI & NAFSU SEKS
- Kemaskini - Ramadhan
- Update Empayar Qaiyum.Net
- Revolusi Terakhir Untuk Dekad Ini..
- Rumahku Syurgaku Lagi..
- Camar Yang Hilang
- Hingga Akhir Disember Ini…











now kt bilik server m@P% ni, bosan tak terkata…so masuk cni ada entry baru plak… seronok membaca betapa semangatnya kamu berprogram… tak sabar jugak nk berkumpul balik dgn rakan2 pertama utk program kt utm dulu. tp nampak mcm jauh lagi tok wat reunion… huhuuhu…
Komen seterusnya jauh menyimpang sket –> “Qai! Cumey nyer kak nini tu. kecik jer. kalau dok sebelah fiza… erm erm erm… hehehe… tak tau nak kata apa”…. lawa t-shirt? hihihhi….
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kastard Jagung untuk Faiz
#fiza - Sejuknye Dok Bilik Server Tue.. Tak Suker Btul Masuk Bilik SErver.. Huhu.. Kalo Kak Nini Dok Sebelah Fiza Jadi Cmane? Kire Jadi Formasi Lain La Ni Eh ?? Heh.. T-Shirt Penyokokng Fanatik Tu. Tapi Beli Kat Padang Besar Je..
:D=
Wah.. kumpulan BULU menang…..
nice .. everybody enjoy 
Etavasi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Big Family Gathering for Kaamatan
wah..pakai baju mu yg xtahan tu..
chot Telah Menulis Entri Terbarunya.. selamat datang cinta…
#Etavasi - Hehe.. Enjoy For Happiness..
#chot - Murahan Je Tu.. Angkat Kat Padang Besar.. Huhu..
hehe.. qai… tau tak smlm punya la tunggu, last2 sket jer borak. and dh blk. dekat kul 5 la jgk. kak nini klu dok sebelah fiza akan jadi spt seorang putri yg comel dgn seorang princess yg lebih comel lagi (perasan la plak)… jd mcm si kecil cumils dan si gagah tinggi.
fiza ada selai jer.. color hitam.. MU jgk, watpela beli mahal2 kt psr mlm belambak kan… fiza beli kt uptown kt stadium a.setar. cantek woooo
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Mengapa Baby Menangis??
#fiza - Hehe.. Okla Tu. Jangan Jadi Macam Beauty And The Beast Dahla… :D=
Betul Tu. Lagipun Tidak Cukup Kaya Lagi Mahu Beli Original Punye.. Laa.. Semalam Tunggu Ke? Kelam-Kabut Sket Smalam. Sebab Hari Hujan.. Uu.. Lame Tak Ujan Sini..
Bestnya byk akitviti..kekekek..kalau aku buat kelab sebegitu mmg susah nak naik di sebabkan ramai sgt yg anti sosial..kakakak..erm Bagan lalang sgt cantek tp akan hodoh dek kehadiran kerbau pendek nanti..adei..cukup2lah makan babi diaorg ni.
catzer Telah Menulis Entri Terbarunya.. Webmaster is Super M
huh muka ak xde.. sape yg kena tanam tu??? ko nih xde pembaharuan la..guna nama group lama.. paan nmpk gemuk.. =p
#catzer - Kerbau Pendek?? Asik Terpikir APebendetu Kerbau Pendek.. Last² Faham Jugak. Terlampi Sekejap. Hehe..
#Herda - Sape Suh Muke Ko Takde. Nak Aku Superimpose? Hehe… Alan Yang Kene Tanam. Dah Name Kumpulan BULU Tu LEGEND. Nak Buat Cmane..
Huh tragis sungguh gaya ak menangisi pemergian seorg teman…. wei ape cite reunion batch 2010?