Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Jadikan Dunia Sebuah Tempat Tinggal Sementara Yang Harmoni Untuk Sekalian Umat Manusia

  • Home
  • Qaiyum
  • Mesej
  • Pautan
  • Testimonial
Qaiyum Dalam DilemaGaya Saorang PemuisiTawan Kinabalu

Blue Theme Green Theme Red Theme Red Theme Red Theme
RSS Feeds:
Posts
Comments

Tuan Tanah

  • Qaiyum Versi Manga

    Abdul Qaiyum Borhan. Meliputi Putrajaya, Kajang & Bandar Baru Bangi. Seorang Pelakon Tambahan Di Dunia Penuh Pementasan Ini. Berusaha Untuk Berjuang Terhadap Sesuatu. Perjuangan Utamanya Adalah Untuk Membentuk Pemikiran Diri Yang Optimis Agar Kurang Diganggu Oleh Emosi Dan Perasaan Radikal Anak Muda.

1Malaysia

  • 1Malaysia Pemandu Wawasan 2020 !!

Empayar Qaiyum.Net

  • Blog KempenKitaMestiBersatu Sokonglah Blogger Pembela Negara

Sembang


Komuniti

Lokasi Semasa




Statistik Laman

Takwim

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Menarik Di Dalam



Arkib

    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • December 2009
    • November 2009
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008
    • March 2008
    • February 2008
    • January 2008
    • December 2007
    • November 2007
    • October 2007
    • September 2007
    • August 2007

Entri Terdahulu

    • Eksklusif Temubual Bersama YB Zulkifli Nordin di NSTLive
    • Anwar : Jaringan CIA/NED, Jesuit, Yahudi, Freemason, Illuminati & New World Order
    • Panji Hitam Ufuk Timur
    • BAB 8 : Jejak-Jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah
    • BAB 7 - ILLUMINATI : Merovingian
    • BAB 6 - ILLUMINATI : Rockerfeller & Rothschild Bloodline
    • Bab 5 - ILLUMINATI: Li & Kennedy Bloodline
    • BAB 4 - ILLUMINATI: Collin Bloodlines
    • BAB 3 - ILLUMINATI: Keturunan Elit, Astor & Bundy Bloodline
    • BAB 2 - PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden

Komentator Terajin

    • nazhat
    • Unknown

Komentar Terkini

    • Unknown: So narrow minded people...
    • Qaiyum: Hawa : Jomla Borak Dajjal. Hehe.. Oohh. Kire Dah Wujudla Tentera Dajjal Nieh? KAFIR Betul. Ishishish...
    • Qaiyum: Hawa : Oo.. Itulah. Sebelum Ni Aku Pun Tak Pernah Perasan. Lepas Ni Boleh Pegi Sana Untuk Tengok Den...
    • nazhat: berhati-hatilah dgn gollem..dan my precious jgk..hehe
    • nazhat: org da lame da join silat..underground punyer..hehe =)
    • Suhaib: Salam perbahasan. Jujurnya aku x follow cerite pasal illuminati ni. Cume tahu dajjal akan muncul men...
    • Qaiyum: Jom Masuk Silat. Abang Nak Masuk Silat Kuntau Ni. Nak Ikot? : )~
    • nazhat: ouh..ni laa die pasal panji hitam ufuk timur tu eyh..hehe..so da ready ker nk buat band nie?jom siap...
    • akmal: tlg sent kat syer ttg salsilah dajjal,keturunan nye d'bumi nie...ttg freemason and many more yg b'ka...
    • hawa: Added info : Dari Anas bin Malik r.a yang mana Rasulullah bersabda, ‘Tiada seorang nabi pun ya...


Aura Senat

May 29th, 2008 oleh Qaiyum

Tuan/Puan,

PENGESAHAN SENAT MENGENAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Senat Universiti dalam mesyuarat ke 336 bertarikh 21 Mei 2008 telah mengesahkan tuan / puan telah lulus semua peperiksaan dan layak dianugerahkan Ijazah :

 

Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian


Ijazah akan dianugerahkan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia pada 9 Ogos 2008.Sekian, terima kasih.

…….

 

Tersebut di atas adalah sedikit ungkapan dalam surat yang telah diposkan ke rumah saya. Pada saya ungkapan² tersebut biasa sahaja dan tidak langsung menunjukkan apa² perubahan emosi pada diri ini. Kerana saya memang dengan bongkaknya telah pasti bahawa saya akan naik pentas Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM bagi menerima segulung Ijazah samada daripada Canselor mahupun Pro-Canselor pada Majlis Konvokesyen tahun ini.

Tetapi..

Ungkapan tersebut sangat memberi seribu makna bagi beberapa orang..

……..

Semalam.

(Beberapa jam sebelum surat itu berada di tangan saya)

Telefon bimbit saya bergetar di dalam seluar. Agak payah untuk saya menyeluk saku tatkala sedang memandu Kancil CJ7 menuju ke The Mines Shopping Complex selepas pulang dari pejabat di Putrajaya. Tertera nama di skrin - Urusan Seri Paduka Baginda (Hehe..)

“Hello !?“

“Hello.. Ayum (Panggilan manja gitu), ini ada surat dari UKM, Ayah buka ye.“

“Ok! Nanti call balik. Tengah bawak kete ni.“

“Ok!“

Talian ditamatkan. Telefon bimbit diletakkan di seat sebelah. Perjalan diteruskan dan usai mendapatkan tempat meletak kenderaan saya mencapai telefon bimbit dan melihat terdapat 2 misscall. Tertara nama Urusan Seri Paduka Badindasebanyak 2 kali. Saya misscall kembali nombor ayahanda (Ahaha.. Jimat betul). Ayahanda di hujung talian. Tetapi kali ini dengan nada suara yang berbeza daripada tadi. Antara saya dengan dan tidak kerana situasi di dalam lif dan di kompleks beli-belah yang sememangnya bising. Telefon kembali bergetar.

Saya pun mengajukan soalan mudah kerana telah pasti apa isi kandungan surat tersebut.

“Macamana keputusan ?“

“Ayum.. Ayah nangis yum..” (Senyap seketika)

“Aaaa !?“

Tiba² saya berasa sangat hairan. Suspen pun ada. Apa yang sedang berlaku dan soalan² yang berkaitan menerobos diri. Adakah sesuatu yang buruk telah diumumkan oleh pihak UKM ataupun sebaliknya ?

“Ayah nangis ni yum tak boleh nak cakap..“

Saya kekal pelik dan suspen. Telefon diserahkan kepada ibunda.

“Ayum.. Ayah bukan menangis sedih. Tapi Ayah menangis gembira tu. Tahniah Yum. Mak baca keputusan surat ye.“

Satu persatu isi kandungan surat termasuklah ungkapan yang dinukilkan di atas dibacakan oleh ibunda. Terdengar juga suara ibunda yang sedikit sedu tetapi masih kedengaran tabah membacakannya. Perbualan disambung dengan saya menanyakan isi kandungan surat dengan lebih lanjut. Dan sebelum telefon dimatikan, ibunda berpesan kepada saya supaya pulang ke rumah.

Perasaan saya ketika itu masih tertanya². Mengapa situasi sebegitu boleh berlaku? Apakah aura yang terkandung di dalam surat daripada Penolong Pendaftar Akademik itu. Jawapan itu saya dapat tatkala saya pulang ke rumah.

…..

Ibunda memeluk dan mencium saya beberapa kali. Ayahanda mula menitiskan air mata apabila wajah saya muncul di dalam rumah. Ibunda yang melihatkan reaksi ayahanda itu turut menitiskan air mata.

Saya sengih sambil salam tangan ayahanda. Dan saya juga dipeluk. Jarang sekali sebenarnya saya memeluk ayahanda. Biasanya hanya dengan sekadar bersalam-salaman.

Perbicaraan dimulakan. Berbeza dengan hari² sebelumnya, kami berbicara dengan unsur² sentimental emosional (adeke istilah ni?). Tetapi macam biasa saya cuba lari untuk terus terlibat dalam drama emosi ini. Memang sikap saya yang tidak gemarkan adegan sedih dan emosi seperti ini. Saya ke halaman rumah buat² basuh kereta.

Ayahanda keluar dan kini emosinya telah kembali stabil. Berbual² mengenai kereta dan macam biasa nasihat dan teguran tetap diberikan kepada anaknya yang seorang ini. Ya.. Ayahanda adalah seorang yang tegas. Kerjaya sebagai seorang anggota polis berpangkat tinggi telah membentuk jatidiri beliau sebegitu rupa. Unsur² disiplin diri yang tinggi sentiasa diterapkan ke dalam diri saya yang sememangnya degil lagi nakal ini. Tetapi jika ayahanda berasa sedih. Beliaulah manusia yang paling sukar untuk menahan kesedihan. Begitulah adanya keadaan hero saya ini.

Selesai basuh kereta saya lihat hari hampir maghrib. Saya ambil keputusan untuk pulang ke rumah sewa memandangkan pukul 9 saya perlu bergerak ke Hutan Pendidikan Alam, UKM. Para junior saya sedang menjalankan kursus untuk rekrut ahli baru. Saya dipinta untuk memberikan ceramah pada pukul 9.00 malam. Saya bergegas bersiap untuk pulang.

Dan sewaktu bersalam-salaman di depan pintu…

Air mata ayahanda kembali bergenang dan menitis. Ibunda juga turut serta. Saya kembali Jem.

Sedikit kata terpacul dari mulut ayahanda.

“Ayah rasa lega yum. Tanggungjawab ayah membesarkan ayum dan mak selama ni..” (Senyap lagi.. Semakin berjujuran..)

Saya pakai kasut. Situasi senyap agak lama. Saya setabah mungkin cuba untuk menahan sebak. Tiba² kata² berikut terpacul dari mulut saya.

“Terima kasih sebab besarkan Ayum..“

Air mata ayahanda dan ibunda seperti tsunami. Sungguh sebak. Saya berusaha untuk tidak menitiskan air mata. Dialog² berikutnya tidak saya nukilkan disini. Cukup sekadar itu untuk saya simpan di dalam hati. Anda fahamlah sendiri…

Dan..

Sewaktu kereta saya mahu berundur keluar dari pintu pagar, ibu menghampiri di tepi tingkap. Dia menyampaikan kata² dan nasihat terakhirnya pada hari itu.

“Jangan lupa tuhan...“

Saya menjawab ringkas..

“Baik..“

Ibu seolah-oleh tahu bahawa anaknya yang seorang ini acapkali lalai dalam soal menunaikan tuntutan agama. 3 patah perkataan ibu itu sangat menusuk di dalam hati dan sentiasa berlegar² hingga ke hari ini. Insaf. Tapi adakah seketika mahupun selamanya? InsyaAllah.. Saya akan cuba lebih membaiki diri.

Itulah AURA SENAT. Tajuk yang pelik tapi saya menulis dengan penuh motivasi dan keinsafan diri. Situasi ini tidak pasti akan berlaku jika saya orang pertama yang membuka surat daripada SENAT itu. Tapi ALLAH SWT telah takdirkan segala²nya yang berlaku. Dan takdir itu membawa HIKMAHNYA yang membawa makna sangat besar.

Syukur Alhamdulillah.

Kepada anda, setinggi mana gunung anda kejar, berbaliklah kepada institusi keluarga. Utamakan mereka kerena keluarga adalah segala²nya. Saya sentiasa terlalai perihal itu.

Wallahua’lam

Mari Baca Tulisan Yang Lain :

    [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]
    • Kisah Misteri Dan Fakta Yang Disembunyikan..
    • Selamat Datang Ke Universiti & Selamat Bergelar Mahasiswa/i
    • Konvokesyen UKM 35
    • Revolusi Teknologi 2 ; + Sony Ericsson P1i
    • Tun Mahathir, Auranya & UMNO
    • Perodua Kancil & CJ7
    • Bagaimana Rasanya Lega ?



10 Komentar

10 Komentar Dalam “Aura Senat”

    MyAvatars 0.2
  1. pada 29 May 2008 jam 3:23 pm#1hawa

    sama!

    hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. ::BUSY MODE::

  2. MyAvatars 0.2
  3. pada 29 May 2008 jam 3:35 pm#2Qaiyum

    Apetu Yang Same Cik Hawa ??

  4. MyAvatars 0.2
  5. pada 29 May 2008 jam 5:18 pm#3fiza

    Qai… tahniah la… Atas penganugerahan ini “Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian”, hampir sama tapi tak serupa nama… Tapi itu kisah 2 tahun lalu….

    Ibu dan ayah mmg lebih merasa sebab mereka yg besarkan kita… Jangan lupa mereka ya Qai. Rindu plak kt mak, esok blk kampung lagi.. Lalalaala… Hehhee… Tiap minggu balik… Syioknya…

    fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Selembar Benang

  6. MyAvatars 0.2
  7. pada 29 May 2008 jam 7:40 pm#4Qaiyum

    Huhu.. Betul Tu.. Balik²la Selalu Sebelum Kita Frust Menonggeng Nanti Biler Kite Balik Kampung Takde Orang Yang Sambut Kite…

  8. MyAvatars 0.2
  9. pada 31 May 2008 jam 3:31 am#5faiztaufik

    dah grad!!? congrats..

  10. MyAvatars 0.2
  11. pada 31 May 2008 jam 3:54 am#6Qaiyum

    Belum Laie.. Baru Surat Aje.. Huhu.. Hampir Suda..

  12. MyAvatars 0.2
  13. pada 03 Jun 2008 jam 3:22 pm#7acidz

    poyo je la ko nihhh!!! hahaha….aku konvo aritu biasa je….poyos! ;p

  14. MyAvatars 0.2
  15. pada 03 Jun 2008 jam 3:54 pm#8Qaiyum

    #Acidz - Tula.. Nampak Sangat Family Ko Tak Prihatin. Huhu..

  16. MyAvatars 0.2
  17. pada 05 Jun 2008 jam 12:56 pm#9ixora

    err.. tumpang gembira utk anda memandangkan saya mgkn grad thn dpn. insyaAllah. oh,ya.. tahniah sbb dah grad! :)
    ixora Telah Menulis Entri Terbarunya.. Jom pizza~~

  18. MyAvatars 0.2
  19. pada 17 Apr 2009 jam 2:52 am#10Casino redem coupon

    Casino redem coupon…

    Casino redem coupon…

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]] © 2010 All Rights Reserved.
Dark Effect by Free WordPress Themes
Myspace Friend Adder | Forum Signatures | Free Webmaster Resources | PHP Arcade Script [x]
Back to Top