Memori Langkawi …
May 27th, 2008 oleh Qaiyum
Masa 5 hari yang dikongsikan bersama Pulau Langkawi amat bermakna. Walaupun tujuan utama adalah demi perjuangan mendidik anak bangsa terutamanya golongan belia, masa emas yang wujud diantaranya digunakan sebaik mungkin untuk berehat, mencari ilham, menghirup udara segar, lari dari hiruk-pikuk kota dan sebagainya.
Oleh kerana waktu 5 hari berada di sana adalah satu jangkawaktu yang agak panjang. Makanya jika saya ingin menulis perihal perkara yang berlaku pada kelima-lima hari itu adalah agak sukar. Kerana terlalu banyak pengisian yang termaktub di dalamnya, terutamanya aktiviti tidur. Haha.. Apapun saya kongsikan sedikit setakat mana yang saya rajin menulis.
Peserta yang dihantar kepada kami adalah mereka yang digelar Belia² dari Tanah Melaka. Rata² antara mereka adalah lepasan SPM yang mungkin dipaksa datang ke kursus tersebut. Tapi tidak mungkin dipaksa, kerana dapat menikmati keindahan Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam secara percuma bukanlah sesuatu yang mudah ditolak. Adapun antara mereka telah wujud roh kepimpinan, namun kebanyakkan antara mereka masih mencari² hala tuju hidup. Perangai nakal dan radikal sesetengah peserta sentiasa terserlah di sepanjang kursus. Mereka ini telah diamanahkan oleh urusetia mereka agar dapat membentuk jatidiri yang sempurna di dalam diri mereka. Jika tidak banyak, sedikit perubahan pun sudah cukup melegakan hati urusetia² ini.
Maka modul yang digubal pada saat akhir yang bergantung kepada ’situasi’ peserta dijalankan dengan bijaksananya oleh para Fasilitator, yakni termasuk juga diri saya. Alhamdulillah kumpulan LDK saya terdiri daripada mereka yang tidaklah terlampau superAktif. Cukup sekadar mudah untuk berbicara dan mudah untuk menjalankan aktiviti bersama. Modul yang dipilih kebanyakannya adalah modul berbentuk aktiviti kumpulan besar. Aktiviti berbentuk permainan ditekankan memandangkan mereka lebih sesuai untuk ‘diasuh’ menggunakan aktiviti permainan sebegini. Berbanding jika kita berbicarakan isu² yang terlampau berat, dikhuatiri objektif dan matlamatnya tidak akan tercapai. Itulah lumrah kursus. Walau apa jua alat yang digunakan, rasional dan matlamat adalah segala²nya. Tidak guna jika kita membuat aktiviti yang tidak dapat mencapai matlamat.
Antara peserta yang ‘dibelasah’..
Lagi gambar di Flickr
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Memori
- Memori Qaiyum
- Memori Keluarga
- Memori Sahabat
- Memori Situasi
- Alhamdulillah, Hari Ini Hujan Turun..
- Memori Setahun











lastly..u update ur blog… tingat zaman masa kt utm dulu.. byk kenangan bersama2 rakan fasi lain… dari tahun satu hingga tahun akhir, ada saja aktiviti yang berbekas dihati.. mungkin tiap program tak sama situasinya, namun…. kenangan yang dilakar susah nk padam dari hati… tiber jer jeles kt kamu
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Love <3
#Fiza - Hehe.. Roh Menjadi Fasi Sewaktu Di Kampus Dulu Sentiasa Boleh Dihidupkan. Rerajinla Cik Fiza Ajak Kengkawan Dedulu Tu Buat Program Sekali-Sekala. Disamping Mengubati Rindu, Ia Juga Telah Menjadi Fardhu Kifayah Kepada Kita Dalam Mendidik Masyarakat.
Masing2 senior dh jauh, dh ada their own commitment, ngan family masing2… tahla… roh tu ada… cuma tak membara tok terus idup jer kot
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Love <3
Hehe.. Takpelah.. Nanti Dah Beranak Pinak. Jadila Fasi Untuk Anak² Pulak Ye..
salam qaiyum… nampak mcm seronok je ber-LDK kat langkawi…
diya Telah Menulis Entri Terbarunya.. C22 : Andai Ku Tahu Versi Unplugged
insyaAllah… doakanlah… harap dpt jadi yg terbaik utk mereka…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Selembar Benang
kau tidur kat ne? hotel mane?
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. ::Terlalu Busy Mode::
#diya - Hehe.. Best LDK Kat Pulau Sambil Merasai Angin Petang Dan Deruan Ombak Pantai..
#fiza - InsyaAllah
#hawa - Sandy Beach Resort. Bahaya Btul.. Banyak Betul Godaan Dan Cabaran Dari Pelancong Asing. Huhu..