Alhamdulillah, Hari Ini Hujan Turun..
May 21st, 2008 oleh Qaiyum

# Hujan RAHMATKAH ini ?? Adakah ia membawa makna Manchester United bakal membawa pulang Piala Kegemilangan Eropah itu ke bumi Old Trafford ?? Sama²lah kita nantikan awal pagi ini.. Perlawanan yang sememangnya dinanti²kan oleh penggemar bolasepak dunia. Pasukan manakah yang lebih utuh mindanya, kental jiwanya dan mantap fizikalnya? Semuanya bakal diketahui sebentar lagi… Berdebar² ni. Bukan cemas kerana takut Manchester United kalah, tetapi cemas bagaimana mahu berdepan dengan mereka² yang anti-MU kelak jika MU gagal merebut kejuaraan tersebut. Huhu.. :D=

# Esok pagi saya akan berangkat ke pulau ini atas jemputan menjadi Fasilitator bagi kursus yang akan dijalankan. Sudah lama rasanya saya tidak terlibat dengan arena kursus. Ini adalah satu peluang untuk saya merehatkan minda daripada suasana pejabat disamping dapat menghayati keindahan alam yang terdapat di pulau tersebut. Sudah lama rasanya saya tidak melawat tempat tumpahnya darah Mahsuri ini. Dalam memori saya, kali terakhir saya menjejakkan kaki di sana adalah ketika saya mengikuti rombongan selepas peperiksaan SPM yang dianjurkan oleh batch saya waktu itu. Ini bermaknsa sudah lebih 4 tahun saya meninggalkan pulau ini. Entah apa perubahan yang menanti. Tunggulah saya pulang nanti.
Apapun tugas saya di sana adalah sehingga Isnin depan. Satu jangka waktu yang lama bagi melaksanakan kursus ini. Diharapkan saya masih lagi konsisten dan mampu memberikan komitmen dan fokus yang terbaik. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang Fasilitator memandangkan kali ini peserta adalah dikalangan belia² yang mungkin sebaya atau lebih tua daripada saya. Yah! Ayuh!! Berkenaan program dan pengisiannya saya belum diberikan perinciannya. Yang pastinya ini bukanlah tugas ringan atau main². Ianya pasti mencabar minda, fizikal dan rohaniah kita. Belum pun sampai ke pulau terbabit fizikal dan mental saya dicabar apabila perlu berada di dalam bas selama masa lebih kurang 8 jam. Tidakkah mencabar itu ? Lagi pula perlu menaiki Feri. Tidak dapat dipastikan adakah mabuk laut saya sudah hilang atau belum. Haha.. :D= Tunggulah kedatanganku wahai Pulau Langkawi…
# Sebenarnya banyak perancangan saya untuk minggu ini. Saya sepatutnya perlu hadir ke majlis perkahwinan adik angkat saya dalam keluarga angkat di Sabak Bernam hari Sabtu ini. Terpaksa saya batalkannya. Lagi pula saya sudah berkobar² untuk menonton persembahan Artis Indie kita iaitu Saudari Yuna pada Ahad ini. Terpaksa juga saya batalkannya. Hmm.. Mungkin jodoh kami adalah pada lain pertemuan yang lain. Sesiapa yang ber’jiwa’ seperti saya bolehlah menyokong beliau di :

# Setakat ini dahulu. Selamat meneruskan kehidupan buat anda semua. Doakan saya selamat pergi dan kembali. Semoga bersua lagi.
Wassalam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Cita-cita
- Esok Pulang
- Download Drama Bersiri English Popular
- Penat..
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Kisah Tragik : Kepulangan Dari Melaka
- Hujan











bro..hujan rahmat atau rahmat tu sepatutnya tak dikaitkan dengan MU menang atau kalah. Lain la kalau kita nak dapat rezeki sebab turunnya hujan itu. Itu boleh dikatakan rahmat. MU menang atau kalah memang ada kena-mengena dengan ketentuan Allah tetapi bukan sebab dirahmati. Mungkin maksud bro, kalau MU menang dan bro dapat sesuatu yang lebih atau baik atas kemenangan itu maka itu boleh dikatakan rahmat. Bukan sebab hujan adalah rahmat MU bakal menang. Sekian. Wassalam.
kumb@ng Telah Menulis Entri Terbarunya.. Terlepasnya Pedra Branca a.k.a Pulau Batu Putih