Saya baru tiba dari melalui sebuah perjalanan yang jauh (jauh la sangat..). Semalam saya telah dikerah tenaga oleh ibunda untuk menjadi pemandu peribadi beliau ke Jasin, Melaka. Sebenarnya di rumah Jasin inilah keluarga sebenar saya berada sepertimana yang pernah saya kongsikan dulu bahawasanya saya dibesarkan oleh keluarga angkat semenjak kecil.
Mak Sebenar dan mak angkat saya adalah adik beradik. Makanya mak angkat saya juga adalah mak saudara saya. Dalam erti kata lain juga saya mempunyai 2 ibu. Woho.. Walaupun saya telah mengetahui saya adalah anak angkat, tetapi saya tetap menganggap mak dan ayah angkat saya sepertimana mak dan ayah kandung. Uih.. Pening jugak kalau nak sambut hari Ibu macamnie…
Kenapa destinasi kami (saya dan bunda) hujung minggu adalah ke Jasin ? Kerna adik perempuan saya (adik kandung) yang telah menerima keputusan SPM dengan sangat cemerlang dengan memperoleh 10A1 (tak macam abang die nie). Huhu.. Dengan keputusan yang sebegitu rupa maka mencurahlah tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi syukur Alhamdulillah beliau akan melanjutkan ‘pertapaan akademiknya’ ke luar negara. Maka kenduri kesyukuran diadakan oleh keluarga saya di Jasin ini untuk meraikan kejayaan beliau.
Selain itu, kenduri kesyukuran ini turut diadakan di atas kelahiran cucu ke-2 ayahanda dan ibunda sebenar saya. Bayi itu baru 2 minggu umurnya dan masih di dalam pantang. Semakin besarlah gamaknya keluarga nenda saya dengan kelahiran cicit beliau yang tah keberapa tah, malas nak kira. Apepun tahniah diucapkan buat kedua-dua mereka di atas kurniaan dan kejayaan yang telah diperolehi. Semoga berbahagia selalu hendaknya.. Kepada adik saya selamat ber-’hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..’ Tapi lambat lagi gamaknya mahu ‘terbang’. Lagi 2 tahun kita cerita balik selepas tamat pengajian A-Level beliau. :D=
#p/s : Entri tanpa gambar sangat mencacatkan. Saya terlupa bawa kamera. Uhuu..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- 8 Perkara Rawak Mengenai Qaiyum
- Revolusi Terakhir Untuk Dekad Ini..
- Pirates of Silicon Valley
- Dilema Tun Dr Mahathir











huhu..
pening jugak..
mak sebenar, mak kandung..
tapi orait la tu..
byk kasih sayang..
hehe..
congraz untuk adik ko tu..
hehe..
menteil Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kenakalan dan Kepercayaan
Ada 2 mak 2 ayah tu..
mrozaidi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Tun Dr. M Keluar Parti
ooooo00000
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Baju Kurung
congrat tul adik qai ek. ini sorang lagi anak bangsa yg harapnya menjadi teladan dan harta baru bangsaku. InsyaAllah…. Semoga kuat berada ditempat org. InsyaAllah…
Full of loves la kamu ni… jeles plak rasanya. saya kini hanya merasai kasih sayang 1 ibu kerna kasih ayah telah diambil tuhan… tapi mungkin suatu hari nanti akan merasa kasih 1 lagi ibu…. qai lagila. hehehe… mungkin bertambah lagi la kot kasih sayang itu
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Cuti atau Tidak Bercuti?
#menteil - Hehe.. 2 Kali Gandalah Kasih Sayang Gamaknya. Belum Masuk Ibu Angkat Waktu Join Program Anak Angkat Masa Kat Kampus Dulu.. Huhu..
#mrozaidi - Tapi Belum Masuk Mak Ngan Ayah Mentua La..
#hawa - Menyamar Tarzan Kah Cik Hawa ??
#fiza - Hmm.. Sebenarnya Susah Jugak.. Biler Dah Banyak Sangat Kasih Sayang.. Kita Kena Bahagikan Secara Adil Dan Saksama La.. Takut Nanti Ader Antara Ibu² Ini Terguris Hati.. Hui.. Pening Kepala Nak Jage Ramai²..