BOOM!! Negaraku Malaysia..
May 15th, 2008 oleh Qaiyum
Dipetik dari Utusan Malaysia.
Ibu pejabat DAP Perak dilontar bom petrol
15/05/2008 12:14pm
IPOH 15 Mei - Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.
Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.
(Tamat Laporan)
——————-
Bulan ini adalah Bulan Mei. Dan saya seboleh² mengelakkan diri daripada menyentuh peristiwa 13 Mei. Kerana rasanya sangat banyak peringatan dan input yang telah saya berikan berkenaan dengan peristiwa berdarah tersebut yang saya kongsikan di dalam blog ini. Makanya pada tanggal 13 Mei beberapa hari yang lepas, tidak tersentuhpun saya berkenaan peristiwa 39 Tahun lepas itu.
Tetapi artikel paling terkini yang saya perolehan dari laman web Utusan Malaysia itu agak mengejutkan saya. Rasanya pasti bulan ini adalah bulan paling sensitif bagi kebanyakan kaum di Malaysia ini. Terutama di antara kaum Melayu dan Cina. Oh! Mungkin kerajaan mewujudkan banyak cuti dalam bulan ini semata-mata demi mengelakkan ‘memori’ ketegangan antara kedua kaum ini terungkit kembali. Nasib baik kita tidak menyambut peristiwa 13 Mei. Tetapi kita gantikan ia dengan Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Wesak.
Namun rasanya ada antara mereka di luar sana cuba untuk membangkitkan sejarah bulan Mei tahun 1969 dahulu. Cuba untuk lebih mengurangkan ketidakharmonian antara kedua kaum ini. Cuba untuk mewujudkan kesangsian sesama kita. Cuba untuk menidakkan kestabilan perpaduan kaum yang menjadi keunikan negara Malaysia. Ooohh..
Tapi mungkin bukan itu sebenarnya yang berlaku. Tidak tertulis langsung pun di dalam artikel tersebut bahawa orang Melayulah yang melemparkan Bom Petrol tersebut. Apa yang tidak diinginkan adalah kita cuba untuk mewujudkan kembali jurang keharmonian antara kaum Melayu dan Cina. Cukuplah dengan isu yang wujud buat masa ini.
Melayu tidak perlu bermain keris lagi. Apa yang perlu Melayu lakukan adalah menyiapkan diri dengan ilmu di dada. Ilmu untuk bersaing dengan kaum lain. Ilmu untuk membangunkan kaum sendiri. Dan ilmu untuk memastikan kesejahteraan negara Malaysia sentiasa terjamin. InsyaAllah..
—-
Terima kasih kepada pengarang blog http://asylum60reloaded.blogspot.com kerana telah menjadikan entri saya - Resolusi Kongres Pemuafakatan Melayu sebagai rujukan anda. Translali bahasa Inggeris Resolusi berkenaan boleh anda baca di sini.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- NameWee - Negarakuku & Kawanku
- Oh! Jiranku.. Dimana Silapku ??
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #1
- 1957 Hati Malaya
- Ipoh & Tambun
- Merantau Jauh
- Warisan











Ganas jugak ye orang kerajaan ni.
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. :: SLOW ::
anyway. please update my blog url
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Ini bukan tag - harap maklum
Eh! Blog Baru Ke??
jgnla berulang lagi… dengar citer dr org yg sezaman dan merasa kejadian 13 mei tu takut rasanya… “Apa yang perlu Melayu lakukan adalah menyiapkan diri dengan ilmu di dada” yang ni paling orang MELAYU perlu fikir dan cuba improve… juga MELAYU… jgn setakat melayu saja, MELAYU ISLAM yang berjaya lagi mantoopp… insyaAllah. Orang Melayu kena bangun…. kena basuh muka yang mamai tu. Ayuh bangsaku utk bangsa dan agama.
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Selamat Hari Guru
aku saspek yg bom office DAP Ipoh tu SB Police gak laaa…saje je kasi huru-hara, tgk sape yg lempar cat merah kat rumah pengarah SPR itu hr diorang gak
Truckster Telah Menulis Entri Terbarunya.. EURO 08: Demam Datang Lagi.
tak tak.. tukar url je
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Baju Kurung
#fiza - Hehe.. Berapi Nampak Akak .. Jangan Terbakar Udah Le.. :D=
#Truckster - Hmm.. Kalau Benar Konspirasi Teori Itu Makanya Pepandai Polis Balikla Lepas Ni Untuk Tenteramkan Keadaan Kalau Sesuatu Yang Buruk Berlaku..
#hawa - OK
owh…tidak berapi la pakcik… tp sedikit membara. harap ramai la basuh muka pasni… :)=
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Cuti atau Tidak Bercuti?