Pengkorporatan
May 10th, 2008 oleh Qaiyum
Sadis.. Blog ini kelihatan sungguh sadis tanpa dibelai oleh tuannya dalam jangkamasa seminggu ini. Lihatlah keadaannya yang sungguh kasihan yang berhabuk dan jijik.. Ohh..
Mungkin saya tidak segigih Encik MohdIsmail yang sentiasa menyediakan tetamunya dengan pengisian penulisan yang mantap setiap hari. Saya pernah merasakan bahawasanya saya perlu menarik diri daripada dunia penulisan blog memandangkan kehidupan harian saya yang superaktif dan sentiasa mendahagakan benda² baru didalam dunia realiti. Yaa.. kita mungkin akan dapat benda baru dalam dunia maya ini. Tetapi adalah lebih seronok jika kita memperolehinya di dalam dunia realiti kerana cabarannya lebih asyik.. Hinggakan saya tiada masa untuk menyentuh ‘mesin-atas-peha’ saya ini. Uhh..
Tetapi sehingga setakat ini, saya belum lagi membuat keputusan untuk berhenti menulis. Mungkin sesudah Internet Maxis Broadband saya terputus akibat saya tidak membayar bil. Bukan kerana tidak punya wang untuk membayarnya, tetapi saya telah kecewa dengan perkhidmatan ini. Hahaha.. Entahlah.. Apanya yang saya sangat hiperaktifnya di dalam kehidupan hari² sehinggakan tiada masa untuk bertemu blog ???
Untuk cerita besar minggu lepas, saya telah meletakkan jawatan saya sebagai Pengerusi Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM), UKM. Dan saya juga telah melantik Pengerusi termasuk Ahli Majlis Tertinggi Pemegang Amanah yang baru bagi sesi 2008/2009 di dalam mesyuarat Pemegang Amanah terakhir kendalian saya itu. Semoga pewaris saya kelak bakal membawa tanggungjawab besar ini dengan saksama hendaknya walaupun segala cabaran membadai terhadap persatuan ini. InsyaAllah.. Kini saya semakin jauh dengan UKM walaupun saya ada memohon penjawatan untuk bertugas di UKM :D=
Tetapi apa sebenarnya yang pengkorporatan yang tidak langsung saya sentuh lagi. Baiklah.. Untuk tidak mengelirukan anda lagi, saya mengandaikan bahawa hidup saya kini sebagai seorang ahli korporat. Sebagai contohnya seperti semalam. Bermula dengan bertugas seperti biasa di pejabat BPR. Tengaharinya cawangan IT saya telah dijemput untuk makan tengahari bersama² dengan bos lama cawangan ini yang ingin meraikan kenaikan pangkatnya. Lokasinya ialah di Kelab Tasik, Putrajaya. Yaa.. Sememangnya satu keadaan yang eksklusif. Dimana hanya golongan² VIP yang gemar untuk makan tengahari di sini. Ahaks..
Dengan perut sangat penuh, terus bergerak ke Precint 11 untuk mengerjakan solat Jumaat. Pulang ke pejabat dan bersedia untuk mesyuarat cawangan pada pukul 3. Oh! Mood Big Madam (Bos Besar Cawangan) tidak begitu baik. Tetapi masih relaks. Akhirnya tamat hampir pukul 6 petang. Ahh.. Saya sudah berjanji dengan rakan mahasiswa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk bertemu. Sepatutnya saya perlu bergerak ke Nilai pada pukul 5 petang. Seperti biasa aksi Impak Maksima dan KL Drift telah dapat disaksikan di lebuhraya Utara-Selatan dengan mekanismanya ialah Kancil CJ7. Huhu.. Berbual dengan rakan lama saya itu sambil memeriksa 2 buah laptopnya yang bermasalah kritikal. Susah betul takde pakar IT kat USIM nih.. Wuu.. Saya cadangkan supaya usahawan IT sekalian supaya membuka cawangan anda di USIM untuk mengelakkan orang seperti saya terherat ke lembah sebegini. :D=
Nah! Sekali lagi aksi Drift kelihatan pada pukul 8 malam di lebuhraya itu. Saya bergegas pulang untuk mengejar masa kerana malam itu pukul 9 saya perlu menghadiri Re-union bersama rakan² bekar Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM sesi 2006/2007. Lokasinya ialah di Kafe Nu-in (Kafe ala Starbucks tetapi citarasa Perak). Pertama kali ke kafe ini yang terletak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Meja khas telah ditempah oleh rakan MPP. Mungkin sudah terbiasa agaknya, keadaan meja disusun seperti akan bermesyuarat pula selepas makan.
Antara menu yang telah ditempah : Mee Kari Kuala Kangsar (saya order ni), Mee Bandung Menara Condong, Laksa Perak, dll lagi. Antara resipi tradisi keluarga yang popular di kafe ini ialah Kek Berlauk. Tetapi kami tidak mencubanya. Haha.. Usai makan seperti biasa mulut kami yang sememangnya tidak boleh berdiam diri rancak berbincang hal-hal seperti situasi semasa UKM, kerjaya, masa depan, soal politik negara disentuh juga, Oh! Faisal Tehrani juga dimasukkan di dalam topik antara saya dengan Bekas Presiden MPP. Sedih sungguh mendengar kisah beliau dengan saudara Faisal Tehrani. Takpelah Bos.. Apepun hidup mesti terus.. Huhu :D=
Dan malam saya berakhir di gelanggang bowling kerna menyahut cabaran rakan serumah. Rekod kalah tetap saya pegang kerana menduduki tangga ke-5 daripada 6 pendekar. Akibat daripada kekalahan itu, mereka yang menduduki tangga ke 4, 5 dan 6 perlu belanja makan supper mereka yang menjadi juara, naib juara dan tempat ke-3.. Aaahh.. Rugi betul !!!
Akhirnya dengan lutut dan ibu jari yang cedera, malam itu saya terpaksa banyakkan berehat kerana esoknya (hari ini) saya ada pertandingan bowling terbuka Badan Pencegah Rasuah (BPR). Akan saya kongsikan kisah ini pada entri akan datang. InsyaAllah. Begitulah kisahnya apakah yang berlaku kepada diri ini yang membawa imej diri saya sebagai seorang tokoh korporat walaupun saya hanya seorang biasa.
Hidup mesti beramal dan berisi dan dipenuhi cabaran..
:D=









berhabuk dan jijik??mane ade la bro..klu mcm tu, yang aku lagi berhabuk dan jijik..aku respect ngan mohd ismail, penulisan dia mmg mantap..
hafifi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Selamat Hari Ibu
penatnya aku membaca perjalanan pakcik cenyum berjanggut. sangat baek kamu sebab sanggup travel jauh2 dan ulang alik dr suatu tempat ke tempat yg lain utk memenuhi setiap undangan dan menghulurkan bantuan. baeknya, semoga Allah makin sayang pada kamu. Fifi, ayat dia “berhabuk dan jijik” tu sungguh tak besh utk blog ini. heeheh… berhabok okla, jijik? hehehe… takde pon
apepon, “selamat hari ibu buat bunda pakcik cenyum berjanggot okey”
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Selamat Hari Ibu
hoho bro!!
berhati2 di jalan raya,
kang drift2….nyawa melayang susah….
caiyok2…nak masuk bowling yer
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Jangan Lupa Lirik!!!!