Perodua Kancil & CJ7
May 1st, 2008 oleh Qaiyum
Assalamualaikum.. Setelah sekian lama menyepi, izinkanlah saya kembali.. Watchaa..
Memang agak kesibukan pada hari² melalui dunia kerjaya. Malah pada waktu hari ini cuti Hari Pekerja, saya juga sibuk menyibukkan diri di rumah sewa untuk beristirehat. Mm.. Oh! Bulan Mei ini rasanya adalah bulan menulis. Marilah kita berkongsi cerita apakah yang perkara baru yang melanda diri penulis blog ini.
Salah satunya adalah berita sedih. Iaitu saya telah kehilangan motor peribadi saya yang telah saya gunakan sekian lama. Yamaha Nouvo AT115 berwarna biru ini telah saya gunakan semenjak saya Tahun 1 lagi sewaktu berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sudah banyak khidmat beliau dalam membantu saya melalui hari² yang sukar. Uhh..

Begitu juga dengan Perodua Kembara yang telah bersama-sama saya sejak sekian lama. Yang mana saya sering gunakan untuk membawa saya ke tempat² jauh lagi menarik di sekitar semenanjung Malaysia. Walaupun ini bukannya kenderaan rasmi saya, ia adalah kenderaan rasmi bapa saya, tapi banyak sumbangan yang telah dicurahkan oleh pacuan 4 roda ini. Kembara ini juga pernah mengalami beberapa siri kemalangan kecil sewaktu saya memandunya. Pahit getir telah kami harungi bersama. Tapi kini beliau tidak lagi bersama saya.. Uhukkss..

Jeng Jeng..
Tetapi hakikat sebenarnya adalah hanya PERODUA KEMBARA yang telah meninggalkan saya. YAMAHA NOUVO tetap setia bersama tetapi kini bukan lagi kenderaan rasmi saya. Ia telah menjadi kenderaan wakaf di rumah bonda dan ayahanda saya nun di Kajang sana. Kerana bapa saya telah berjaya transformkan rupawajah PERODUA KEMBARA kepada rupawajah HONDA CITY ini.

Tapi saya tidak sama sekali diizinkan (belum cukup matang) untuk membawa HONDA CITY kekasih baru ayahanda saya itu. Hingga sekarang saya belum pernah menumpang, apalagi memandu pacuan ini. Nah! Apa lagi yang tinggal untuk membawa saya ke destinasi hari² ???
Bagi melahirkan keadaan win-win situation, ibunda saya dengan kasih sayangnya terhadap saya telah menganugerahkan sebuah KANCIL 660 EX. Ini adalah hasil rekod baik saya dalam menunjukkan contoh anak mithali yang baik. Huhu.. Tetapi bukan tangan pertama. Ianya adalah tangan kedua. Tetapi masih agak baru dengan perjalanan hanya sejauh 23000 KM dan kancil ini juga adalah model tahun 2005. Dan dengan ini secara rasminya kancil yang comel molek ini telah menjadi kenderaan rasmi tuannya. Walaupun agak kontra sebenarnya dengan jisim tuan dia sebab tuan dia yang sorang ini mempunyai ketinggian 175 cm, tetapi beberapa ciri² kancil sememangnya mampu mengoptimiskan penggunanya.
Mari kita lihat apa yang telah berlaku ke atas kancil ini setelah jatuh ke tangan saya. Hahahaha !!!! (Gelak Maut)…





Comel tak cover kepala gear ??
Haa.. Hanya interior decor kereta ini sahaja baru disentuh oleh saya. Belum lagi punya kelapangan untuk mengubahsuai rupa luaran kancil ini. Mungkin selepas dapat gaji akan diusahakan pulak untuk menyolek rupa luarannya. :D=
Entah kenapa aura CJ7 ini menyelubungi kancil ini. Mungkin otak gila saya waktu itu ingin cuba bereksperimen ataupun mungkin saya cuba untuk menyamar sebagai seorang lelaki metroseksual. Hahaha.. Entahlah.. Tapi gabungan gabungan warna silver dan juga hijau muda ini akan menarik. Lagi pula aksesori² alian CJ7 ini sedang rancak diniagakan dimana². Saya telah memborong separuh daripada aksesori ini sewaktu berada di Ipoh Minggu lepas. Dan selebihnya ada yang saya borong sewaktu ke Down Town Cheras.
Adakah anda gila seperti saya ??
Ini juga ada sebuah cerita pasal kancil yang comel - Silentblog.net
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]













kau kancil baru..aku sekend..takp2…nanti aku hias…hehe
gie Telah Menulis Entri Terbarunya.. Trip to Taman Negara
LOL! mcm keta pompuan
I pon ada C7j yg leh lekat-lekat tu dlm keta. Tp satu je la.
Icednyior Telah Menulis Entri Terbarunya.. Review : Iron Man
hehehe… ala comeynya kancil enchek. hehehe… takpa…kancil pon ok ape
comel lagi bergaya. hehehe… sy nampak MU nyer fans la kt kancil tu? betoika? hehehe… Sy jg menghias kereta sy secara biasa, dasat gk enchek ini
barang paling comey dlm keta sy hanya bekas tisu sj, dan hiasan lain, sy lebih suka nampak ganaz sedikit, seperti sebiji ferrari merah ke…hehehe… ape sy ckp ni… apepon kancil enchek sgt comel 
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Senyum
aisey.. saspen je baca memula td. ingatkan ilang ke ape.. huhu
comel la menatang ijau tu.. bak satu CJ7 tu~
iXora Telah Menulis Entri Terbarunya.. I’m going home II
Syukurlah apa yang ko dapat..
Nanti dah banyak duit beli je la keta apa nak pun…
Tapi ukur baju badan sendirilah…
Apahal pun selamat menjaga kereta.//
zool Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kenapa Sedih???
#gie - Aku Punyer Pun Second Jugak.. Tapi Cam Baru.. Huhu..
#IcedNyior - KuiKui.. Orang Akan Terkeliru Kalau Tengok Kete Ni Ngan Pemandu Dier Skali. Hahah..
#fiza - Tula.. Sebenarnya Nak Wujudkan Suasana Ceria Je Dalam Kete Tu.. Terjadi Jambu Pulak.. Takpela.. Blasah Jek.. Janji Tenang Je Masuk Kete Tu.. Sebab Biler Kite Masukkan Unsur² Ganas Dalam Kete, Pemanduan Kita Pun Secara Automatik Akan Menjadi Ganas. Ahaks.. Oleh Itu Kalau Rase Nak Selamat Ceriakanlah Kenderaan Anda Dengan Unsur² Ceria..
#iXora - Nak Satu Alien CJ7? Meh La Sini Amek.. :D=
#zool - Tu Ah.. Rase Macam Tak Lame Je Nak Pakai Kete Ni.. Tapi Takpe.. Sameje Sumer..
mak!!! kite nak kancil gak!!
yg tak tahan..wana ijoo itoo!!!
wargh!!!
nanti nak tgk wayang ke, teaterke,
boleh tumpangkan ek?
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Review Filem :: Fool’s Gold
PEnuh la kancil tuh.. muat ke kepala ko nk masuk..
me again… nk post komentar cini lg… hehee… “herda said: muat ke kepala ko nk masuk..” hehehe… i can imagine klu kepala enchek betol2 tak muat masuk. hehehe… make me smile huh. :D= sy nk senyum janggot gak kt sini
Tenang dan tomey sungguh klu masuk kancil tu agaknya.
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Senyum
#deennasour - Hehe.. Buleh Tumpang. Takde Hal Punyer..
#Herda - Aku Dah Berjaya Kecikkan Kepala Aku..
#Fiza - Memang Tenang. Raser Macam Berada Di New Zealand Biler Masuk Kancil Nih.. Hihi..
Eleh.
hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. :: SLOW ::
i pn nak tumpang..hehe:)
#Hawa - Alaa.. Jeles Ke?
#adek manis - Biler Mase Lak Ko Berubah Jadi Adek Manis Ni Fifi Oi !??
perjalanan hidup kancil di tangan qaiyum.. hehe..
afham Telah Menulis Entri Terbarunya.. Hadiah yangku teringin dari anda
wei kete ko ni lawak lah..erm aku rasa tak lama lagi boleh terbang ke angkasa kete kancil ni..apapun ko patut syukur parent ko nak bg kete kat ko..
catzer Telah Menulis Entri Terbarunya.. Webmaster Blog - Quality or Quantity
ape ni koyum. tak kool langsung. dah la warne ijau. tp xpe. aku sapot ko. asal jgn ko taruk pink panther sudah. aku benci kete yg taruk pink panther.
nota:jgn calar kete aku ek.
noris Telah Menulis Entri Terbarunya.. Interview Questions, and I Failed
MAk aih.. banyaknye haiwan ijau itu.. jaga2.. hehe. Kajang kat ne?
dekan Telah Menulis Entri Terbarunya.. Recover password Windows XP anda dengan 4 patah perkataan
macam pernah ku lihat keta ini..ihiiikkkkk…tertarik sebab ade bende2 ijo tu..:D
JuliaNa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Bumi pasti rancak
alhai biasa je i tgk kncil tu.x de yg special pn.my car lg lawa.bcoz i br je tkar cat kaler kelabu pearl.deshbod mira.sport rim 2 face 16″.n i tgh operate bumbung die.i nk wt sunroof.u all ade tmpt x nk wt sunroof tu kat ne…