The Lost World Of Tambun
Apr 23rd, 2008 oleh Qaiyum
Sebenarnya banyak warkah edisi terkini yang ingin disampaikan kepada pembaca setia blog ini. Tetapi agak kekangan masa dan tenaga untuk berkongsi kisah yang lebih ranum seperti kebiasaannya. Mungkin saya akan mencoretkannya pada edisi yang lain. Hari ini saya ingin kemukakan aktiviti menarik yang saya dan rakan-rakan serumah bersama seorang senior UKM akan lakukan dalam masa terdekat.
Masa yang paling tepat adalah esok. Kerana esok dengan selambanya saya akan memonteng kerja dan mengikuti rombongan cuti² Malaysia ke Tambun, Perak. Sesudah subuh selepas menonton perlawanan penting malam ini antara Manchester United & Barcelona kami akan bertolak, menuju ke destinasi strategik - The Lost World Of Tambun.
Kami akan menginap semalaman di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Dan Aktiviti kami sekitar 2 hari itu adalah di dalam radius persekitaran Ipoh - Tambun. Tetapi sudah semestinya aktiviti di The Lost World Of Tambun itu adalah aktiviti utama kami. :D=
The Lost World Of Tambun adalah anak menantu kepada Sunway Lagoon Park. Makanya keriangan adalah berunsurkan air dan juga taman tema yang semestinya diketahui ramai ke’asyik’annya.. Saya pun belum pernah ke Lost World Of Tambun ini. Sunway Lagoon Theme Park juga telah lama tidak dikunjungi. Paling akhir adalah tatkala saya berada dalam darjah 5 kalau tak silap. :D= Maka memori dan keriangan waktu kecil muda akan dikembalikan pada percutian kali ini. Yahuu!!
Kepada yang telah mengunjungi Tambun dan Pusat Keriangan & Rekreasinya, diharapkan boleh berkongsi cerita di sini. Dan kepada yang teringin untuk melawat ke tempat yang akan saya lawati ini, nantikanlah berita baik yang akan saya bawa dari sana.. (Sudah semestinya berserta gambar yang menarik juga..)
Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua.. Ehh!! Sekarang musim cuti ke ??
#p/s : Ada apa mahu kirim ??

Pusat Keriangan

Arah Tuju Destinasi Kami Esok !!









dekat umah aku bro!!!
afham Telah Menulis Entri Terbarunya.. Afham di Tranungkite
Yeke? Area Mane ??
Wah!menariknya:)Mau pergi juga.uhuhu
Mehla Ikot..
Nak ikut! Dah lama tak balik Perak!
Hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. ::Natijah Cemburu::
aku nak pegi pun exam lom mula lagi la bro..tension ni
wow…deen yg dekat sgt dgn sunway pon tak pg lagi sunway..hehe
erm,
kirim bleh?
beli le dgn kitorang buah tangan..keychain pon jadilah~
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Anda Berbakat? atau Tidak?
Selamat ber holiday….
PeneRockers Telah Menulis Entri Terbarunya.. VIVA
umah aku depan sunway la geng..
afham Telah Menulis Entri Terbarunya.. Hadiah yangku teringin dari anda
Haha.. lain kali menginap di rumah Dekan ajer..
Dekat gak.
dekan Telah Menulis Entri Terbarunya.. Recover password Windows XP anda dengan 4 patah perkataan