Keluargaku Yang Besar
Apr 22nd, 2008 oleh Qaiyum

Ini adalah sebahagian apabila keluarga ibunda aku anak cucu Wak Kimin berkumpul di Sg. Sekamat, Kajang. Ingat !! Ini baru sebahagian. Ada lagi wajah² tali persaudaraan yang tidak muncul di dalam gambar ini. Suasana ini tidak akan selalunya berlaku. Kecuali hanya apabila hari² perayaan, sambutan, majlis keramaian, atau kenduri-kendara yang dilaksanakan di kampung kami. Memang riuh satu kampung apabila kami ‘bersatu’. Hahaha..
Ini sebenarnya adalah cubaan menggunakan mesin pengimbas (scanner) yang telah lama tidak digunakan. Nasib baik mesin ini masih beroperasi seperti biasa. Makanya gambar berukuran A3 ini telah berjaya di-scan dengan cantik-moleknya. Agak berguna juga sebenarnya mesin pengimbas ini tatkala ia mampu mendatangkan kualiti yang tidak dapat dihasilkan oleh kamera digital berharga murah. :D=
Makanya selepas ini saya akan menyelongkar gambar² berteknologi percetakan yang sekarang kurang digunakan khidmatnya oleh manusia akibat ledakan teknologi digital. Lalu gambar² itu akan saya imbas untuk meninggalkannya dalam bentuk digital sebagai backup jika berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap gambar nostalgia kita. Oh.. Ada 3 album yang mempunyai wajah saya di dalam koleksi. Saya akan memilih gambar mana yang akan diimbas bergantung pada kualiti dan memori yang terkandung di sebalik gambar itu.
Terima kasih wahai mesin pengimbas Canon Canosan D646U yang masih hidup walaupun telah berumur 5 tahun…
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Destinasi - Ijok (DUN Menteri Besar Baru)
- Futsal Dan Kasut
- Hingga Akhir Disember Ini…
- Pengkorporatan
- Thesis Yang Baru Bermula..
- Warisan
- Majlis Buka Puasa - Destinasi Pertama Negeri Sembilan









Boleh tahan ramai la.
Sudah ada berapa jenerasi ek?
Mesti ko ramai adik beradik ni.
emme Telah Menulis Entri Terbarunya.. Using MySpace to Get More Exposure for Your Online Business
aku ade reunion aritu..besar g siot..
afham Telah Menulis Entri Terbarunya.. Afham di Tranungkite
enchek, wah bestnya…. itu generasi dai berapa ke berapa itu?… ngntoknya mata ini… tp kena siapkan sedikit tugasan lagi. Okla… nite nite enchek qaiyum…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Bye Bye
Mencari Qaiyum di dalam gambar. Hehe..
dekan Telah Menulis Entri Terbarunya.. Upgrade Google Adsense dari Bahasa Indonesia ke English
#emme - Adik-Beradik Saya Tak Ramai. Adik-Beradik Mak Ramai.. Ader 11 Orang Kesemuanya. Huhu..
#afham - Best Reunion Reramai Kan?
#fiza - Saya Generasi Ke-3. Stakat Ni Baru Sampai Generasi Ke-5. Generasi Ke-6 Belum Muncul Lagi. Huhu..
#dekan - Carik Jangan Tak Carik..
waaa..ramai gak famili ko..famili aku tak pernah nak bergambar ramai2 ni..klu bergambar mmg ramai sbb adik-beradik ayahku ade 14 dan mak aku pun ramai gak adik beradik die..purata anak mak cik dan pakcik aku sekitar 5 orang..:-)
aku masa kecik2 dulu ade la reunion besar2..skang nie..hm..kurang dah..
#hafifi - Hehe.. Orang Dulu² Memang Produktif Btul Kan?
#syamsulariff - Apepun Yang Kita Lakukan Di Dunia Ini. Family First! Keluarga Hendaklah Diutamakan Bukan ??
Ko orang jawa ke qaiyum…?
PeneRockers Telah Menulis Entri Terbarunya.. VIVA
Separa Jawa La Kire.. :D=
Tak Tulen..
kembali lah kepada yang lama..wah gi mana rupamu satu ketika dulu..silalah upload…
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Anda Berbakat? atau Tidak?
Kluarga aku tak sebesar ni lagi. tunggula bila sume dh kawin
zaki blogjer Telah Menulis Entri Terbarunya.. Fill up your article directory with articles from Unique Article Wizard
gile ar bsr family ko.. br ak tau.. tp ko yg plg kurus ak tengok.. apa rahsia leh maintain kurus??