Entri ini dilahirkan secara rawak dan idea spontan saya tanpa persediaan rapi. Walaupun tajuknya agak berat, tetapi saya akan cuba untuk mengupaskan segala macam benda yang terbuku di hati ini.
MELAYU. Kepada yang telah mengikuti blog ini sejak sekian lama, akan dapat menilai bahawa semangat juang yang terdapat dalam setiap penulisan saya adalah bertujuan untuk menyedarkan diri sendiri dan jika termampu ingin cuba untuk menyedarkan mereka yang rasanya belum tersedar lagi. Sangat luas sejarah dan penceritaan Melayu ini. Mereka yang tergolong dalam kelompok ini juga sangat pelbagai dan bermacam. Kelompok² yang kecil ini akhirnya boleh dinamakan sebagai Melayu apabila ia mempunyai ciri² seorang Melayu. Yang mana mempunyai status Bumiputra dan beragama Islam.
Masyarakat Melayu telah melalui banyak pahit getirnya berbanding kemasyuran. Kemasyuran itu hanya wujud pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu. Tatkala Melaka jatuh ke tangan penjajah, begitu juga beberapa negeri yang wujud di Tanah Melayu dahulu, di situlah bermulanya kehidupan masyarakat Melayu yang sukar dan pahit. Penjajah datang dan pergi. Tatkala ada yang datang demi memperjuangkan nasib masyarakat Melayu di Nusantara ini, namun hakikatnya semata² adalah kerakusan mereka untuk mengaut segala hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu waktu itu.
31 Ogos 1957 tarikh merdeka kita. Titik tolak permulaan kebangkitan masyarakat Melayu. Tanah Melayu ditukarkan kepada negara merdeka Malaysia. Masyarakat majmuk dan pelbagai terdiri daripada berbilang kaum dan penganut agama adalah janji kita untuk memperoleh kemerdekaan itu. Maka dengan ini perpaduan adalah satu kata semangat yang perlu dikecapi oleh sekalian masyarakat majmuk ini untuk kekal harmoni hidup di negara merdeka Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei sebenarnya banyak menyentuh sensitiviti satu² kaum. Meninggalkan titik hitam paling pahit di negara ini tatkala Malaysia telah merdeka.
Rupa²nya Melayu masih belum mampu bernafas tatkala mereka sudah mempunyai hak untuk menguruskan tanah air sendiri.
Dasar pecah dan perintah penjajah telah mewujudkan masyarakat Melayu yang hanya mahir dalam satu² bidang seperti perikanan dan pertanian. Tidak ramai Melayu mempunyai pendidikan yang tinggi dan mempunyai pekerjaan dalam bidang profesional seperti kedoktoran, kejuruteraan, guaman dan sebagainya. Hanya segelintir sahaja. Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Berkat usaha pemimpin negara dan pejuang bangsa telah mewujudkan Malaysia sepertimana hari ini..
Anak Melayu telah mampu bernafas dengan selesa. Anak Melayu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi serta telah wujudnya genius dikalangan mereka. Anak Melayu mampu membawa kenderaan yang dahulunya hanya dipandu oleh golongan penjajah. Kalau adapun Anak Melayu yang membawanya hanyalah kerana beliau seorang pemandu ataupun pomen. Anak Melayu hari ini telah duduk di atas katil empuk, menonton siaran berwarna, makan lebih dari yang sepatutnya, dan tidak memiliki kerisauan melampau sepertimana yang dimiliki oleh Anak Melayu penuntut kemerdekaan. Anak Melayu telah menawan puncak tertinggi, telah melalui badai lautan dan menawan dunia sekaligus, dan terbaru sekali Anak Melayu kini telah melihat bumi dari atas sana.
Namun… Adakah Melayu telah kembali masyur semasyurnya Zaman Kesultanan Melayu Melaka? Ya.. Malaysia mungkin telah gak di mata dunia. Tetapi jika kita melihat kelompok terbesar masyarakatnya iaitu Melayu di manakah mereka hari ini?
Oh.. Sejuta dikalangan Melayu ini berada di pusat pemulihan dadah. Separuh dari majoriti ini mungkin berada di penjara setiap pusat bagi jenayah yang mereka lakukan. Mungkin separuh dari majoriti itu sedang merempit di jalanan, menagih dadah, ponteng sekolah, membuat jenayah, membuat maksiat, derhaka ayahanda dan bondanya, terlupa pegangan agamanya dan sekalian lain lagi masalah sosial. Anda namakan sahaja…
Tapi yang pasti BUKAN MAJORITI dari mereka berada di bidang PROFESIONAL. Bukan Majoriti dari mereka yang mengusai EKONOMI negara. Jadi apakah yang tinggal? Bagaimana dengan POLITIK ? Yaa.. Melayu hanya tinggal kuasa politik demi memastikan bahawa Melayu masih lagi bernafas. Supaya Melayu yang dikatakan pemalas ini masih mampu disuntik KEBIJAKSANAAN di institusi dalam dan luar negara. Supaya Melayu yang dikatakan pendengki ini mampu dibimbing supaya mampu berdiri di atas kaki sendiri. Uhuk.. Adakah bangsa lain dipimpin sebegitu rupa? Dan juga supaya Melayu yang dikatakan bermentaliti kelas ketiga ini tetap dijaga ketuanannya yang membawa maksud imuniti terhadap pemilik asal Tanah Melayu.
Oh.. Tapi bagaimana POLITIK Melayu hari ini? Rupa² mereka sedang bercakaran di atas sana. Samada yang sedang berada dalam parti politik yang sama atau parti politik yang bermusuh. Ludah²an sudah menjadi perkara biasa. Ya.. Memang bagus kita bertikam demi perjuangan bangsa Melayu. Tetapi sampai bila. Dimanakah keutamaan kepada rakyat yang perlu diperjuangkan? Masih ramai lagi rakyat yang perlu dibela.
Janganlah bahawa kita lupa, apabila kita bercakaran dan menembak sesama sendiri. Di luar sana sedang tersedia bom² nuklear untuk menyapu kita apabila tiba masanya nanti. Demi untuk melihat Islam tidak kembali bersinar sepertimana yang termaktub dalam kitab suci bahawa perjuangan golongan tertentu untuk memusnahkan Islam sentiasa wujud sehinggalah dunia ini kiamat kelak.
Bukan hanya pemimpin dan pejuang bangsa sahaja perlu bersedia. Rakyat yang dibawah ini juga mempunyai peranan yang sangatlah penting. Demi untuk memastikan masyarakat kita sentiasa berada di landasan yang betul. Supaya Anak² Melayu hari ini sentiasa bersedia menyahut cabaran akan datang. Supaya Anak² Melayu kita tidak sentiasa terleka. Kerana merekalah yang akan mewariskan kita kelak. Jangan sekali² kita sebagai rakyat biasa terlupa memberikan nasihat kepada mereka, terlupa membimbing mereka ke jalan yang benar, semata² merasakan diri kita sibuk menguruskan urusan duniawi. Itulah Fardhu Kifayah dan tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat sekeliling.
Ayuh! Marilah sama² kita ingat-mengingati walau dengan cara apa sekalipun. Saya rasanya telah cuba untuk berkongsi dengan kalian menerusi penulisan ini. Dan saya akan sentiasa mengingatkan mereka yang lain yang tidak berada pada platform ini. Sedarkanlah mereka yang masih lagi tidak sedar di luar sana..
Wassalam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Melayu Mudah Lupa
- Peruncit Melayu
- Minda Era Baru..
- Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Kita Yang Terlupa Sejarah : Gerakan Islah Di Tanah Melayu
- BOOM!! Negaraku Malaysia..
- Melayu, Sejarah & Islam









Asal mat rempit itu MELAYU..betapa hebat motor yang dirempit nya itu masih lagi anak melayu x dapat mencipta teknologi enjin sendiri tanpa bantuan bangsa lain……dan kita hanya pengikut teknologi sahaja…
PeneRockers Telah Menulis Entri Terbarunya.. 3B (Babi, Beras dan BN )
aku bisa sedih membaca entry kamu kali ini… T_T, bukan sedih kerana kecewa atau apa, tp kasihan melihat bangsa kita makin lama makin hilang… bukan hilang jumlahnya… tp hilang kesepakatan… aku yakin pasti ada kalangan manusia2 lain yg sukakan melayu jadi begini akak bersorak dan bergembira melihat bangsa kita jd begini…
kalau tak mampu untuk mengubah secara besar-besaran, mari kita mulakan suntikan semangat kepada keluarga dan jiran2 kita. Ajak mereka berusaha untuk memajukan diri…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Poem : Starting A New Life ~ Love’s Journey
harap melayu sedar agar tidak layu…
jom kita berubah..
afham Telah Menulis Entri Terbarunya.. Daulat Tuanku!! Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak ke 80
Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa~
Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa~
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Review Filem Congkak
tidak byk yang aku ingin katakan di sini, cum aku bangga menjadi anak melayu..dan jangan d lupa asal usul kita..
Senang aku katakan aku benci melayu…benci ngan perangai dorang yg bengong. kekadang aku pelik yg masuk u belajo tinggi2 lagi bengong dari mereka yg sekolah pun cukup makan. melayu dengki melayu, makan melayu…hurmmm
Tapi aku sedar aku ni melayu gak…aku pun masih bnyk yg kurang. Aku tau aku bukannye suke campur tangan hal org. mungkin silap aku tiada kesedaran menegur, menyedarkan mereka sbg seorang Islam dan Melayu.