Kita Yang Terlupa Sejarah : Gerakan Islah Di Tanah Melayu
Apr 17th, 2008 oleh Qaiyum
Ini adalah salah satu slot yang akan saya selitkan tatkala kurangnya isu yang ingin diperbahaskan. Kita Yang Terlupa Sejarah adalah nama yang diberikan kepada slot ini yang akan memperbincangkan fakta² sejarah sepertimana yang pernah kita pelajari sewaktu di bangku sekolah satu ketika dahulu.
Biasalah. Bila sebut sahaja sejarah pastinya ia menjadi suatu subjek yang amat membosankan bagi mereka yang membenci subjek berbentuk fakta semata². Melainkan orang itu mempunyai semangat patriotik yang tinggi, subjek ini bukanlah pilihan ramai. Namun hakikat kepentingan kita mempelajari sejarah bukanlah semata² untuk menjawab peperiksaan. Tetapi lebih dari itu. Sangat jauh lebihnya… Kita Yang Terlupa Sejarah.
Bagi mengisi ruang yang pertama di dalam slot ini marilah kita sorot kembali PERJUANGAN KAUM MUDA suatu ketika dahulu tatkala sedang berjuang bersama² seluruh warga yang lain.
PERKEMBANGAN KAUM MUDA
- Pelajar tempatan yang berpendidikan Arab melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.
- Pelajar tempatan dipengaruhi oleh perubahan yang dialami oleh masyarakat Islam di Timur Tengah melalui gerakan Islah Islamiyah.
- Tokoh yang terkenal ialah Sheikh Tahir Jalaluddin dan Mohd Yunus bin Abdul Hamid.
- Kaum Muda menggunakan akhbar al-Imam untuk menyebarkan idea mereka.
- Al-Imam diterbitkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi, Abas bin Mohd Taha, Sheikh Mohd Salim al-Khalili, dan Tahir Jalaluddin.
- Akhbar lain yang menyebarkan idea Kaum Muda ialah Seruan al-Azhar, Saudara, Neraca dan al-Ikhwan.
PERJUANGAN KAUM MUDA DI TANAH MELAYU
- Perjuangan Kaum Muda ialah untuk menegakkan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis.
- Menyeru raja dan pembesar Melayu menubuhkan persatuan untuk meningkatkan pelajaran dan ekonomi orang Melayu.
- Meningkatkan pelajaran orang Melayu dengan menghantar mereka ke luar negeri.
- Memperjuangkan supaya kaum wanita diberi pendidikan yang sama dengan kaum lelaki.
- Menggalakkan orang Melayu menerima pengetahuan Barat.
KESAN PERJUANGAN KAUM MUDA
- Perjuangan Kaum Muda mendapat penentangan daripada Kaum Tua iaitu golongan agama yang sedia ada seperti ulama kampung.
- Kaum Muda telah mnggugat kerajaan British hingga mereka melihat perjuangan Kaum Muda sebagai ancaman kepada sistem politik dan sosial.
- Sebuah sekolah agama iaitu Maahad II Ihya Assyariff telah ditubuhkan di Gunung Semanggul, Perak kemudian, sebuah bangunan baru untuk pelajar wanita juga dibina.
- Kaum Muda telah menyebarkan idea-idea nasionalisme di kalangan orang Melayu walaupun tumpuan mereka di dalam isu agama dan kebudayaan.
Sedikit ulasan yang boleh digarap dalam penulisan kali ini adalah peranan yang dimainkan oleh Pemuda-pemudi Melayu sewaktu berjuang menyebarkan idealisme di Tanah Melayu demi sama² memperbaiki taraf hidup orang Melayu. Semangat dan api perjuangan orang muda waktu itu begitu membara dan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi di luar negara terutama dalam penyebaran ilmu agama Islam amat penting bagi percambahan ilmu pengetahuan di rantau ini.
Persoalannya sekarang bagaimanakah anak muda pasca merdeka hari ini?? Berapa ramai antara kita yang mempunyai api semangat perjuangan dapat melihat dan menggerakkan anak muda untuk membawa kemakmuran pada bangsa kita? Berapa banyak kesedaran dan ilmu pengetahuan anak muda hari ini dalam mengharungi dunia tsunami globalisasi dan ancaman yahudi dan nasrani? Entahlah.. Persoalan ini juga ditujukan kepada saya.
Semoga kita ‘tidak kalah’ dengan Orang Muda zaman dahulu.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Melayu Mudah Lupa
- Melayu
- 10 Tahun Sebelum Merdeka..
- Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Melayu, Sejarah & Islam
- Warisan
- Borak-Borak Politik









rasnya, anak muda dulu lebih tegar, lebih tabah dan lebih hebat jika mahu dibandingkan dgn skrg..tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berubah..
hafifi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Masalah Domain Settle
AUKU.. (ehem ehem.. )
Hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. ::Natijah Cemburu::
Orang muda sekarang cepat melatah sedangkan sepatutnya bersuara lantang menyoal patuh dan daulah~
benar atau salah~
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Over My Dead Body