Google Adsense Masih Relevan ?
Apr 13th, 2008 oleh Qaiyum

Pembaharuan yang saya lakukan ke atas blog ini adalah dengan meletakkan paparan iklan Google Adsense pada setiap laman entri pada blog ini. Pernah satu ketika dahulu saya cuba untuk meletakkan iklan Google Adsense ini di bahagian widget blog ini namun crawler bot Google gagal untuk mencari kata² kunci di dalam laman Qaiyum.net .
Saya bukanlah orang yang begitu ghairah menggunakan kemudahan internet untuk tujuan mencari pendapatan tambahan. Namun masih wujud dalam naluri untuk mengikuti jejak langkah para problogger² di luar sana yang mampu hidup dengan hanya menulis blog. Begitu teruja melihatkan pendapatan bulanan mereka yang mencecah 4 mahupun 5 angka sebulan. Siapa tidak mahu wang bukan?
Namun mungkin kini saya perlu lebih melihat kepada ‘kekuatan’ internet dan mengkaji dengan lebih mendalam terhadap peluang² internet dalam menambahkan pendapatan kita bagi menampung kehidupan yang serba mencabar ini. Namun yang sukarnya adalah memastikan bahawa pendapatan itu adalah sah dan halal di sisi undang² Islam dan bukannya terlibat dengan sebarang skim² yang merepek dan jahanam tah hapa-hapa.
Oleh itu langkah permulaan saya adalah dengan menggunakan platform Google Adsense yang sememangnya popular. Namun setakat yang saya pernah selidiki dahulu bahawa ramai antara usahawan² yang menggunakan perkhidmatan Google Adsense ini telah ‘lari’ atau kecewa dengan polisi² baru mereka yang menyebabkan pendapatan bulanan mereka berkurang dan tidak seperti dahulu lagi.
Apapun saya tidak kisah dengan apa jua pendapat luaran yang mengatakan Google Adsense masih lagi tidak relevan. Yang pastinya perkhidmatan ini masih berupaya untuk menjanakan pendapatan sampingan penggiat blog mahupun laman web seantero dunia. Dan kepada Otai² Adsense yang tersinggah dan terbaca entri di blog ini. Kongsilah maklumat dan pengalaman anda berurusan dengan perkhidmatan Google Adsense ini. Semoga kita sama² dapat bantu membangunkan ummah. :D=

Di sini saya paparkan sedikit perubahan yang berlaku pada iklan Google Adsense ini. Saya telah meletakkan iklan² google pada fail index.php dan single.php (saje nak bagitau sebagai maklumat kepada newbie. Huhu..) Antara pembaharuannya adalah terdapat butang navigasi pada iklan² Google Adsense ini. Anda boleh memaparkan iklan² lain yang berkaitan dengan klik pada butang² navigasi ini. Pelan strategik yang mantap ditambahbaik oleh pihak Google.
Selain itu penggunaan bahasa melayu yang tidak terlalu ala-ala Indonesia telah diperbaiki lagi. Mungkin kewujudan Google Malaysia telah berjaya membuatkan mereka dapat membezakan antara Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Indonesia. Huhu.. Oleh itu kepada anda yang memiliki blog berbahasa Melayu. Rasanya kini tidak ada masalah untuk anda memaparkan iklan Google Adsense di blog anda. Menarik bukan? Sambil memperjuangkan Bahasa Melayu sambil mendapat pendapatan sampingan. Selamat menulis dalam Bahasa Melayu kalian. Ayuh perjuangkanlah bahasa ibunda.
Hidup Google Adsense !!!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Posto Dari Teratak Nurani Dan Google Adsense
- Malaysian Idol-Ku
- Tiada Lagi Youtube ??
- Meneruskan Kehidupan & Soal Jawab Mahasiswa
- Jangan Rasuah Sana Rasuah Sini..
- Warisan
- Kisah Misteri Dan Fakta Yang Disembunyikan..











sy tidaklah expert dlm hal ini namun pada saya google adsense masih lagi releven. Lagipun, ramai di luar sana yang senang hasil drpd google adsense
hafifi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Happy Birthday Mohd Hafifi
buat masa ni blog aku masih blom begitu sesuai dan serasi dgan adsense ni..hohooh ckuplah sekadar iklan nuffnang
topo Telah Menulis Entri Terbarunya.. saya sedang mencari hosting yg best..
Salam Qaiyum.
Google Adsense dah accept Bahasa Malaysia sekarang, memang best la bila diorang dah terima bahasa kita…
Tak bestnya, nilai klik tu rm0.01…
Kalau nasib baik je dapat Rm0.60 per klik 
emme Telah Menulis Entri Terbarunya.. Using MySpace to Get More Exposure for Your Online Business
Uhhh… google adsesnse dah ada yang berbahasa melayu? Hoh…
Azhar Ahmad Telah Menulis Entri Terbarunya.. Bila Jadi Robot
cukuplah guna advertlets~
hehe….
terpulanglah..rasanya baik pakai nuffnang..hehehe
abrar Telah Menulis Entri Terbarunya.. jom baca - perjalanan hidup ini
layan je bro, jangan tak layan… yeah! pada aku, orang yang layan google adsense ialah orang yang ‘work hard and smart’
qaiyum, betul ke google adsense terima blog/website dalam bhsa melayu??
hafifi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Aku Salah Seorang Pemenang
#hafifi - Betul. Masih Relevan..
#topo - Tukarlah Ke Platform Yang Seswai.. Huhu..
#emme - Yeke? Sadisnye Rm0.01 Je Perclick. Takpela. Jadila Tuh..
#Azhar Ahmad - Ya Bro.. Takmau Guna Adsense?
#deennasour - Kira mantap La Ni Income Ngan Advertlets? Hehe..
#abrar - Nuffnang Ok?
#musnaz - Hehe.. Betul Tu Bro..
#hafifi lagi - Ye.. Cubela. Rasa Takde Masalah Dia Nak Integrate Ngan Web Berbahasa Melayu.
Ak br tau google adsense tuh leh tambah duit.. menarik gak cr duit dgn cara cmnih…
Selamat Malam ,
Berbagi Tips Tentang Google Adsense kunjungi Situs saya :
http://www.businessolo-indonesia.blogspot.com
Alternatif Google Adsense kunjungi Situs saya :
http://alternatif-jobonline.blogspot.com/
Peluang Usaha Terbaru :
http://job-onlineindonesia.blogspot.com/
Stategi Pemasaran Dan Marketing :
http://www.marketing-onlinebisnis.blogspot.com/
Peluang Bisnis di Tahun 2010 :
http://business-new2010.blogspot.com/
http://job-onlineindonesia.blogspot.com
bayucahsolo Telah Menulis Entri Terbarunya.. Apa itu Google Adsense ?
Oh dah ade bahasa Melayu kah? Atau cuma Google Adsense membiarkan sahaja kita letak di blog bahasa Melayu? MAri kita kaji. hehe. Menurut Adsense policies https://www.google.com/adsense/support/bin/answer.py?answer=9727&hl=en_US tiada polisi untuk Bahasa Melayu secara rasmi lagi.
dekan Telah Menulis Entri Terbarunya.. Upgrade Google Adsense dari Bahasa Indonesia ke English
pasa saya masih lagi relevan. cuma income dia main berkurangan kerana persaingan yg sengit
zaki blogjer Telah Menulis Entri Terbarunya.. Fill up your article directory with articles from Unique Article Wizard
Saya dah try banyak kali.respon dari google….bahasa melayu tak laku hahahaha.kalau bahasa indonesia ok ler.Andai kata sahabat2 semua ada link yang menceritakan tentang boleh nya penggunaan web berbahasa melayu untuk adsense,sudi apalah kiranya berkongsi maklumat.wassalam.