Kehidupan Bujang
Apr 12th, 2008 oleh Qaiyum
Uh.. Blog ini sejak akhir² ini jarang dibelai. Maafkan tuanmu wahai encik blog Qaiyum.net. Beberapa hari ini saya agak kesibukan dengan projek² mega di pejabat BPR, melayan novel² Faisal Tehrani, dan semalam kepala berpusing² tanda terlalu lama dalam keadaan penghawa dingin. Ah.. Betapa seksanya hidup di dalam penghawa dingin. Saya benci penghawa dingin. Jauhkanku dari penghawa dingin..
Untuk itu saya akan menulis sesuatu yang ringan hari ini. Kehidupan Bujang.. Apakah definisi kehidupan bujang? Biasanya kehidupan bujang dikaitkan selepas kita tamat belajar dan berada di ambang kerjaya. Tempoh waktu sebelum berkahwin ini adalah waktu paling ‘berharga’ bagi diri lelaki² bujang yang masih belum lagi terdesak untuk berkahwin. Atau dalam erti kata lain belum gersang yang teramat lagi. Kehidupan bujang pastinya sangat berbeza berbanding kehidupan selepas kahwin. Tidak banyak perkara² yang kita dapat lakukan selepas berkahwin sepertimana kita lakukan sewaktu zaman bujang. Oleh itu kepada anda di luar sana yang masih bujang, hargailah kehidupan bujang ini.. :D=
Disini saya ingin berkongsi watak² yang hadir dalam kehidupan bujang saya waktu ini. Merekalah yang turut sama² bergelumang dengan saya dalam mewarnai kehidupan bujang kami. Selain dianggap sahabat karib, kami masih mengamalkan konsep adik-beradik yang diperjuangkan sewaktu berada di kampus dahulu. Mereka² ini adalah yang duduk dalam 1 rumah sewa dengan saya di gugusan bandar baru bangi ini. Antaranya :

Nama Sebenar : Abdul Qaiyum Borhan
Nama Bujang : Qoqoi
Latarbelakang Akademik : Bidang Sains Komputer
Kerjaya : PKS BPR Putrajaya Bahagian IT (Sambil Menanti Majlis Konvokesyen)
Jawatan Dalam Rumah Sewa : Interior Decor & Bendahari
Nama Sebenar : Mohd Azrin Md Ali
Nama Bujang : Pong
Latarbelakang Akademik : Bidang Mikrobiologi
Kerjaya : Research Analyst di UKM
Jawatan Dalam Rumah Sewa : Kemasan dan Pembuat Air Profesional
Nama Sebenar : Mohd Farhan Izhar
Nama Bujang : Paan @ Botak
Latarbelakang Akademik : Bidang Biokimia
Kerjaya : Eksekutif di ALKEM, UKM Holdings
Jawatan Dalam Rumah Sewa : Pengkorporatan & Perancang Tengah
Nama Sebenar : Padlee Akirul
Nama Bujang : BumBum
Latarbelakang Akademik : Bidang Ekonomi
Kerjaya : Eksekutif di Jabatan HR, UKM Pakarunding
Jawatan Dalam Rumah Sewa : Tukang Masak Profesional

Nama Sebenar : Muhd Rozaidi Ibrahim
Nama Bujang : Edy
Latarbelakang Akademik : Bidang Linguistik
Kerjaya : Sambung pengajian peringkat Master
Jawatan Dalam Rumah Sewa : Perhubungan Tuan Rumah

Nama Sebenar : Mohd Syafiq Abd Rahim
Nama Bujang : Orang Tua
Latarbelakang Akademik : Bidang Genetik
Kerjaya : PKS di Jabatan Pinjaman Perumahan, Kementerian Perumahan (Belum Konvo)
Jawatan Dalam Rumah Sewa : Kemasan & Logistik
Nama Sebenar : Mohd Shahrizan Shahruddin
Nama Bujang : Ejan
Latarbelakang Akademik : Bidang Genetik
Kerjaya : Menanti Kertas Peperiksaan Terakhir (Belum Konvo)
Jawatan Dalam Rumah Sewa : Hal-ehwal Dapur
Nama Sebenar : Mohd Firdaus Md Sahat
Nama Bujang : Aus
Latarbelakang Akademik : Bidang Bioinformatik
Kerjaya : Menjalani Latihan Intensif dalam bidang Bioteknologi
Jawatan Dalam Rumah Sewa : Penumpang rumah sewa sejati
Haa.. Begitulah sedikit sebanyak biodata² mereka yang kini bersama² tinggal di rumah sewa di apartmen yang sempit ini. Gambar paling buruk mereka telah dipilih untuk menghiasi blog ini. Oleh itu lain kali berhati²lah tatkala di mana jua anda berada kerana lensa kamera sentiasa menanti untuk snap wajah anda yang tidak sempat posing.
Saya ingin berkongsi antara aktiviti yang dilakukan oleh kami bagi mengisi masa² lapang sebagai orang bujang. Antaranya ialah pertandingan boling peringkat rumah sewa. Aktiviti ini sering diadakan. Sekurang²nya dua kali seminggu pasti pertandingan ini diadakan sekiranya ada pencabar yang ingin mencabar kedaulatan juara boling. Tetapi pertandingan ini tidak semudah yang disangka. Kepada mereka yang kalah yakni yang mengumpul jumlah jatuhan pin terendah, hukuman seperti perlu memasak nasi atau membuat air kepada semua ahli rumah sewa dikenakan. Kutukan dan hinaan juga akan sering dilemparkan kepada mereka yang sering menduduki tanda tercorot. Begitulah hinanya menjadi orang yang tidak bersungguh² merubah rangking diri sendiri dalam dunia boling. Heheh..
Selain itu turut diselitkan selalu aktiviti sukan lain seperti futsal yang sememangnya kini popular dikalangan lelaki² bujang mahupun yang masih bergelar pelajar. Aktiviti ini sering diadakan bersama dengan rakan² mahasiswa lain mahupun diadakan pertandingan antara rumah sewa. Haa.. Ni yang unik ni. Jaringan dan hubungan antara rumah sewa-rumah sewa sering dilakukan dengan beraktiviti sebegini. Antara yang biasanya dilakukan adalah pertandingan futsal, boling dan juga permainan komputer Counter Strike. Menarik bukan? Sesiapa yang ada pasukan rumah sewa dan ingin mencabar kami silakan menghantar surat cabaran melalui blog ini. :D=
Aktiviti² sampingan lain juga selalunya dilakukan bersama seperti berjalan-jalan melawat rakan² seperjuangan sewaktu di kampus dahulu yang kini sudah berada jauh di perbatasan. Aktiviti melawat ke tempat² menarik seperti pantai, air terjun, berkhemah, ber-BBQ, bersantai, membeli-belah, dan lain-lain lagi. Wah.. Sungguh seronok kehidupan bujang ini. Adakah aktiviti² sebegini masih akan dilakukan apabila berkahwin kelak? Entahlah.. Tapi yang pasti kehidupan bujang sebegini akan dihargai sebaik mungkin dan tidak akan disia²kan sama sekali.
Dan kepada anda. Selamat menjadi bujang.. Wassalam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Qaiyum
- The Lost World Of Tambun
- Perjuangan Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee #2
- Hingga Akhir Disember Ini…
- Memori Setahun
- Perjuangan Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
- Revolusi Terakhir Untuk Dekad Ini..









Wah.. Hensem Jugak Aku Ek..Huhu..
mrozaidi Telah Menulis Entri Terbarunya.. 5 Perkara Pertama Dalam Hidup
Aku tak tau nak kata ape..
Hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Komuter #1
#mrozaidi - Yeke? Hahahaha.. (Gelak Sinis)
#Hawa - Kanape Tak Terkata? Terkedu Dengan Kehenseman Kitorang? Heheh.. :D=
Tak.. masih terkejut dengan identiti yang di-revealkan.
Hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. ::Natijah Cemburu::
Weh ni dh di kira promosi kaum kerabat sendiri.. haha.. tp gmbo abg long@org tua (OT) paling hensem.. steady la abg long..
sempoi..hidup orang bujang.hehehe
hidup anak dara….ahaahaa…semoga berbahagia la hendaknya…jgn jd sampai bujang telajak plak ek..hehehheee
ade gaye pemain bass yg bergaye betol ako nih…
azrinbasis Telah Menulis Entri Terbarunya.. PERHATIAN..!!!
ah best lagi time sekolah~
hehe
#herda - Hensem Ke Tua? Huhuhu..
#abrar - Jom Hidupkan Pakatan Bujang..
#liza - Same Jugak. Jangan Jadi Andartu Pulak Kepada Anak Dara Sekalian.
#azrinbasis - Bukan Gaya Ahli Sumo Ke Tu? Hahaha..
#deennasour - Betul. Skolah Pon Best. :D=
salam… sekali lagi aku menjejakkan kaki ke blog Qaiyum.. dan entry ini benar2 menarik aku utk memperkatakan sesuatu di sini. Hehhe… Masing2 punya tugas sendiri. Seronok dok ngan kawan2 ni. Tambah plak yang close dengan kita. Jadi hargailah selagi teman ada di sisi.
Tp gambar2 anak2 bujang itu sungguh kelakar terutamanya gambar kamu dan saudara Pong…. Sekian saja…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Super Power
[…] Kehidupan Bujang […]