BABI : Antara Politik Dan Sensitiviti Masyarakat
Apr 9th, 2008 oleh Qaiyum
Sesungguhnya bukan mudah untuk membuat keputusan yang melibatkan kepelbagaian antara kaum dan agama di bumi Malaysia ini. Kenapa isu BABI ini yang dipanaskan sedangkan banyak isu kebajikan dan pembangunan lain yang perlu diperjuangkan oleh pemimpin atasan.
Artikel ini menggambarkan ketidakpuasan hati penduduk setempat di daerah sepang terhadap isu projek ladang ternak BABI di daerah itu.
Kerajaan Negeri Selangor pula memberikan kenyataan seperti di dalam Artikel ini, berhubung isu itu. Antara kenyataannya mengatakan bahawa projek ternakan BABI itu telah mendapat kelulusan daripada barisan Kerajaan Negeri Selangor sebelumnya di bawah Pentadbiran BN.
Namun hari ini, Bekas MB Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menafikan bahawa projek itu telah mendapat kelulusan kerajaan sebelumnya. Hanya perbincangan yang telah berlaku dan kerajaan BN sebelum ini masih mengkaji status projek tersebut yang tidak mencapai kata putus lagi.
Itulah politik.
Namun saya sebagai salah seorang anak kelahiran Selangor pastinya tidak ingin melihat kewujudan projek itu yang sememangnya bakal mengganggu-gugat sensitiviti umat Islam di Negeri ini. Walaupun sebelum ini telahpun wujud ladang ternakan BABI, tetapi dengan nilai anggaran projek sebanyak RM100 juta itu pastilah menggusarkan sedikit-sebanyak sensitiviti masyarakat Umat Islam negeri ini.
Ramai yang sudah pasti bahawa apa yang boleh ‘disumbangkan’ oleh binatang bergelar BABI; Atau dalam Bahasa Melayu sopannya disebut KHINZIR ini. Kesihatan dan kebersihan kawasan sekitar adalah perkara utama yang menyebabkan ramai umat Islam menentang projek sebegini. Penyakit merbahaya yang datangnya daripada binatang ini sepertimana yang diungkapkan di dalam Al-Quran, pastinya merisaukan penduduk. Sepertimana yang menimpa tragedi di Bukit Pelanduk suatu ketika dahulu dengan munculnya penyakit berpunca daripada BABI - Japanese Enchipilitis (JE).
Perlukah projek sebegini besar dilaksanakan di bumi Malaysia? Dengan anggaran projek sebanyak RM100 juta, pastinya bukan sahaja untuk menampung permintaan dari dalam negara, pastilah ianya akan digunakan untuk aktiviti eksport ke luar negara. Adakah kita sanggup melihat aktiviti ekonomi yang mana orang Melayu tidak langsung terlibat ini berkembang pesat di negeri Selangor? Seterusnya mengancam keselamatan, kesihatan dan kebersihan penduduk setempat. Pada saya jika ianya dilaksanakan di daerah Lahad Datu, Sandakan Mahupun Pedalaman Sarawak, Pastinya tidak mendatangkan masalah atau mengganggu sensitiviti umat Islam. Tapi mengapakah ianya mesti diluluskan di Bumi Selangor?
Antara politik dan sensitiviti masyarakat? Mana yang perlu dijaga? Itulah yang menghantui ahli politik di Bukit Pelanduk, Alor Gajah dan kini Sepang…
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #1
- Tiada Lagi Youtube ??
- 1957 Hati Malaya
- Oh! Jiranku.. Dimana Silapku ??
- Melayu
- Perjuangan Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
- Unity Band









Ini lah namanye perubahan yg di buat oleh kerajaan yg baru… masalah nye isu air free pn xsettle lg dah nk bukak isu baru.. xpaham dunia politik skrng.. pelik..
please visit http://www.makubex.cq.bz
rasa-rasanya sudah hilang perasaan kemanusiaan dek politik dan wang..Biasalah bila sekularisme ada dalam diri mereka…
abrar Telah Menulis Entri Terbarunya.. cinta?
#herda - Pakatan Rakyat Perlu Lebih ‘Ikhlas’ Dalam Pakatan Mereka. DAP Tersangatlah Radikal Dan Agresif..
#abrar - Apa Yang Anda Lihat Baru Luarannya Sahaja. Jika Anda Lebih Cuba Untuk Berenang Di Lautan Politik, Makanya Anda Akan Mati Kelemasan…
pada pandangan saya.. kita orang Melayu (UMNO) sekarang sibuk dengan pertelingkahan.. DAP pula boleh buka ladang babi.. termoden dan lain-lain…
ada satu petikan.. tak ingat siapa yang kata.. Cina… babi juga haiwan yang dicipta apa salahnya… hoho~
semua orang sekarang sepatutnya berganding bahu bukan mendiamkan diri..huhu~
azmi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Anak-anak Patut Kita Awasi
Qai, u have to read between the lines.
tahukah anda Qai, byk ladang2 babi yg kecik di seluruh malaysia? LAdang 100 juta itu ialah untuk hapuskan ladang2 kecil ni (yang sentiasa datangkan masalah pada penduduk sekitar). Ldang 100 juta ini juga bertujuan untuk kerajaan negeri pantau dan sentiasa kawal keluaran babinye. It is a SOLUTION, not a PROBLEM.
“menerusi projek ini, TIADA ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming.
”
“Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa”
Sekian.
Hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Sembilu + Impak Maksima
pakatan rakyat wajib pertimbangkan semula isu babi demi kebaikan rakyat..
hafifi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Isu Penternakan Babi
aku pon orang selangor gak (tanjung karang - shah alam). malu siot! kedah jelapang padi, selangor jelapang babi? adeh deh
musnaz Telah Menulis Entri Terbarunya.. Tau tak apa makna JIHAD secara literalnya?
Saya Rangkumkan Sekali Apa Dapatan Saya Untuk Isu Ini. Saya Pasti Orang Melayu Dan Islam Mengundi Parti Pakatan Rakyat Adalah Kerana Inginkan Berubahan Drastik Di Dalam Negara. Antara Harapan Rakyat Adalah Untuk Melihat Ketamadunan Islam Benar² Bersinar Di Bumi Malaysia. Sememangnya Itu Pastinya Niat Perjuangan Mereka Yang Berada Di Dalam Aliran Pasti PAS.
Yang Menjadi Masalah Hari Ini Kepada Orang Melayu Dan Islam Adalah Perjuangan Pakatan Rakyat. Memang Malaysia Terdiri Daripada Negara Pelbagai Kaum. Tetapi Apa Bezanya Pakatan Rakyat Dan Juga Barisan Nasional Yang Terdiri Dari Parti Pelbagai Kaum? Apa Bezanya Kita Menukar Kerajaan Jika Akhirnya Kasino Semakin Banyak, Pusat² Hiburan Tidak Berkurang, Dan Juga ‘Kebangkitan’ Binatang Haram.
Diberitakan Pusat² Nombor Ekor Di Kedah Bakal Ditutup. Tetapi Sehingga Hari Ini Tiada Sebarang Pelaksanaan. Adakah Hanya Retorik Politik? Karpal Singh Pula Menyelar PAS Yang Ingin Mewujudkan Negara Islam? Heh.. Kesimpulannya..
Barisan Nasional = Pakatan Rakyat. Secara Konsepnya..
cemuih arr depa ni…bekelai sana bekelai sini… PKR…asalnya tu pon org UMNO jgk… bangunlah bangsaku… jgn berantakan lagi
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Hijau dan Kuning…
Qai,
Anda perlu belajar cara Allah mengharamkan arak pada umat Islam. Adakah secara melulu? Adakah secara terus? Atau secara beransur-ansur?
Anda telah menghukum pemimpin Barisan Rakyat terlalu awal dengan menyatakan,
[”Jika Akhirnya Kasino Semakin Banyak, Pusat² Hiburan Tidak Berkurang, Dan Juga ‘Kebangkitan’ Binatang Haram”]
Berapa lama mereka telah memerintah? Setahun? Dua Tahun? Dua bulan pun tak sampai!
Jadi, apa hak kita untuk menghukum mereka terlalu awal? Sedangkan kerajaan Barisan Nasional telah memerintah terlalu lama tetapi,
Akhirnya Kasino Semakin Banyak, Pusat² Hiburan Tidak Berkurang, Dan Juga ‘Kebangkitan’ Binatang Haram (sehingga JE melanda?)
Saya kasihan melihat pemimpin Barisan Rakyat yang terpaksa membersihkan dahulu sisa-sia kekotoran yang ditinggalkan Barisan Nasional (sehingga mereka terpaksa menangguh dahulu projek realisasi manifesto mereka..).
Hawa Telah Menulis Entri Terbarunya.. Sembilu + Impak Maksima
pas nih kalo org tny selangor yg mana..leh lah ngan bangga kata “selangor yg ladang babi terbesar tuh ler”..ehehehe
nurul Telah Menulis Entri Terbarunya.. Zakwan yg mengamuk…
dakwah iman dan taqwa kurang… tu la punca haru biru
musnaz Telah Menulis Entri Terbarunya.. Sila lah bangun dari tidur!
aku mmg tak setuju..tak setuju!!argh..
p/s–salam perkenalan
kimie Telah Menulis Entri Terbarunya.. Gambar pokok Yahudi
Seorang sahabat saya di Tumbok menceritakan kisah menjadi penunjuk perasaan upahan dan mendedahkan cukai ufti kepala babi yang dibayar oleh tokey2 babi di Selangor kpd ketua2 kampung Umno selama ini.
http://bulanpenuh2012.blogspot.com
anakbulan Telah Menulis Entri Terbarunya.. Tahniah Umno Johor
When there are plenty of OTHERS IMPORTANT agendas, both for the Malay and Non-Malay, to be DONE, SCRUTINIZED, SUGGESTED and IMPLEMENTED in Selangor; THE VERY FIRST THING Tan Sri Khalid (a Muslim) and colleagues (from PAS too) eagerly put their hands and SAID “AYE (YES)” TO, is the RM100 MIL WORTHS OF HARAM in the likes of BLOODY PIG FARM!!!
Khalid and friends can stop ILLUMINATING us with such excuses in saying that the project has been pre-approved by the previous Selangor govt and the villagers concerned! IF SO, DONT PROCEED! STOP THE PROJECT! IT CAN DONE AS WHAT WE HAVE SEEN WITH NUMEROUS OTHER PROJECTS WHICH WERE STOPPED BY THE GOVT EVEN IF AN AGREEMENT HAS BEEN SIGNED!
When your ELECTION SLOGAN is to work for the Rakyat. To UNDERSTAND THE FEELINGS of the Rakyat. To not against the Rakyat. The right thing to do is to LISTEN to the majority of the Rakyat, not just in Langat but also the whole of Selangor. And since the majority of the Rakyat (that voted for you) HAVE SPOKEN AGAINST the building of those bloody pig farms, then PLEASE STOP! If YOU, TAN SRI KHALID CANT STOP IT IN THE NAME OF THE RAKYAT, THEN STOP IT IN THE NAME OF GOD ALLAH SWT!
Benarlah ada yang mengatakan BABI telah lama bertapak di Selangor. Benarlah ada yang mengatakan BABI adalah hak juga kepada kaum lain. Benarlah ada yang mengatakan projek tersebut menggunakan teknologi German yang tercanggih. Saya tak mempertikaikan 3 perkara tersebut. We’re living in a Multi-racial country, hence the Multi-racial aspects of understanding and collaborating must co-exist among all of us. But im talking (pleading) about the future impact of this MEGA-BIGGEST-SCALE PIG project due establishment in a MUSLIM POPULATED PLACE (of concerning radius) and the COMING of the same at any other places; AND TOO the clear STAND OF ISLAM about things which is Haram and what related to it both economically and socially, which must be seen as the utmost priority in the act of course in finding a YES or NO DALIL. We may not be as SMARTand well iINTELECTUALLY educated as some of the USTAZs, hence we dont want to be the geniuses when comes to Halal and Haram, the can and cannot. But as SIMPLE as a muslim individual we are, the SIMPLEST as stated in the TAECHING of QURAN, is to stand for what is written in the Quran itself. If matters concerning PIG is a definite HARAM. I dont see why we cant at least BE OUR OWN-SELF without associating one thought to any political party and stand to the TRUE PRINCIPLE of Haram. Its the safest and best solution in approaching matter as highly sensitive as this Pig issue. We DONT NEED to follow others thought and revised preaching just so to accommodate others (the non-muslim) thoughts, needs and principles. Not that we against it but rather protecting the very right, respect and teaching of Islam from being DETERIORATED further and further by the UNSEEN AGENDAS of others.
This battle (against the RM100mil pig farm) may be lost in the coming days. Our cries may not last beyond that. We may fall and be the laughing stocks. BUT WE MUST stand up, say it without fear, NOW. We must have to be seen doing things which is right and good for Muslim and Malay in Malaysia. Or else the teaching and RESPECT for the MAJORITY OF PEOPLE AND RELIGION shall literally vanished and left only in Quran. Think!
https://www.100patahperkatan.blogspot.com
wakmasnoor Telah Menulis Entri Terbarunya.. KHALID ASKED SELANGOR FM TO LEAVE BUILDING
alolaaaa… citer babi ke? aduhai… nanti gua nak buat list entry babi pulak lepas nih… banyak mana dah orang cari citer pasal babi? nanti nak selongkar… alahai babi dan khinzir…
Hai semua sahabatku. aku amat bersetuju bahawa isu babi membuatkan dua perkara berlaku seperti kata azmi. Pertama, kita orang Melayu berpecah. kedua orang Cina dapat buat kandang babi besar2an. Kita undi untuk tgk perubahan tp yang dapat perubahan orang cina sahaja. orang Melayu dapat apa? Baru ja cakap nak buat negara Islam dah melenting puak hitam tu. Wajar ke kerajaan selangor mudah cakap nak guna tenologi Jerman ja. Tapi mana pelan2 nak laksanakan semua tu? Jarak adang ngan rumah penduduk? cukup cekap ke kita nak nak wat mcm Jerman? kepada orang Selangor, sabarlah. Jangan biarkan orang negeri lain Provok anda dengan babi. aku faham orag selangor terpaksa
babi dah masuk parlimen daaaaa….