Memiliki Sebuah JIWA
Apr 4th, 2008 oleh Qaiyum
JIWA.. Apa yang anda dapat definisikan dengan perkataan tersebut? Sangat mudah dan ringkas untuk dieja mahupun disebut dengan hanya 4 perkataan - JIWA. Pasti definisi secara kasarnya anda boleh berikan dengan jawapan mantap ditambah lagi dengan hujah² terkeluar dari topik. Saya tidak mahu membawa anda pergi terlalu jauh. Cukuplah jika saya kecilkan skop perbincangan kita hari ini dengan kata yang mudah; Adakah anda mempunya JIWA?
Bagaimanakah saya menggambarkan orang yang mempunyai JIWA? Orang yang mempunyai jiwa adalah sepatutnya mereka yang berhati kudus, bersih, putih, mulus, suci lagi mulia. Adakah manusia selain sanjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang mempunyai nilai sebegitu selain baginda? Walaupun manusia hari ini tidaklah mungkin dapat menandingi kehebatan keperibadian Baginda Rasulullah, tapi sekurang²nya masih ada mereka yang berJIWA. Berikut sedikit contoh dapat saya gambarkan berdasarkan pengalaman saya memerhati masyarakat :
- Seorang pegawai wanita di sebuah agensi kerajaan menolong makcik² kelas bawahan untuk membersihkan meja, pinggan-mangkuk, dan lain-lain sejurus selepas sebuah majlis makan selesai diadakan.
- Seorang cikgu yang mengajar anak-muridnya dengan tekun dan hati yang ikhlas tidak kira latarbelakang muridnya, kaumnya, agamanya, kenakalanya dan lain² lagi. Demi untuk memastikan anak muridnya berjaya dalam hidup.
- Pertolongan pakcik² & makcik² dalam memberikan layanan terbaik kepada saya dan ahli kumpulan sewaktu kami sedang menjalani kursus jatidiri dalam aktiviti Explorace. Berbekalkan dengan hanya RM50 dan perlu Survive mana mungkin kami seramai 8 orang dapat meneruskan aktiviti jika tanpa bantuan pakcik² & makcik² itu. Menyediakan kami makanan, tumpang tidur di rumah mereka, menunjukkan kasih saya ibubapa kepada kami walaupun tidak pernah kenal antara satu sama lain. Ini adalah satu pengalaman yang hebat.
Kebanyakan contoh² di atas adalah contoh orang yang menunjukkan keJIWAan mereka terhadap orang yang tidak ada kaitan terhadap hidup mereka. Bukannya adik-beradik mahupun saudara-mara mereka, bukan juga sahabat-handai. Tetapi sekadar hubungan sesama manusia. Contoh di atas juga biasanya berlaku di kalangan mereka yang sudah berumur. Namun keJIWAan itu saya rasa agak luntur di kalangan generasi muda. Kenapa? Saya pun tidak pasti.
Kalau ada pun mereka hanya menunjukkan keJIWAan kepada adik-beradik mereka, saudara-mara mahupun sahabat-handai sahaja. Kurang menunjukkan hal yang serupa kepada orang yang mereka tidak kenal langsung. Mungkin sikap saling mempercayai antara manusia itu semakin terhakis. Ataupun sememangnya generasi muda hari ini terlalu sombong untuk memberikan muka kepada manusia lain. Manusia yang mereka tidak kenal.
Saya tanya anda :
- Berapa ramai antara kita akan membantu orang buta melintas jalan atau memimpin mereka ke destinasi yang ingin mereka tujui?
- Berapa ramai antara kita akan menyedekahkan wang mereka kepada yang memerlukan seperti pengemis jalanan, OKU yang meminta sedekah, anak kecil yang memohon sumbangan derma dan lain² situasi lagi ?
- Berapa ramai antara kita menolong seseorang itu dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang sumbangan mahupun balasan ?
- Berapa ramai antara kita memberikan ucapan salam kepada orang yang mereka tidak kenal ?
- Berapa ramai antara kita lebih mendoakan kesejahteraan komunitinya berbanding kesejahteraan diri sendiri ?
- Berapa ramai antara kita menganggap sekalian umat manusia itu sebagai satu dan tidak membeza²kan mereka walau sedikitpun ?
Tepuklah dada tanya JIWA. Harapan saya agar dapat melihat generasi muda hari ini lebih menunjukkan keJIWAan bukan sahaja kepada ahli keluarga dan sahabat-handai, tetapi juga kepada seluruh masyarakat dan umat manusia. Marilah sama² memiliki JIWA sebenar.
Wassalam.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Sean Ghazi - Semalam
- Mari Berpuisi Bersama Kopratasa
- Ladang..
- Antara Jurulatih Dan Fasilitator..
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)
- Wat Nak Prok
- Kafarah Dosa









JIWA… sesuatu yang sukar untuk di tafsirkan, dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, maka elok lah klu kita terlebih dahulu melihat sekeliling kita.. hayati setiap perkara yang berlaku.. kepada saudara penulis.. soalan2 yang ditnya..
Berapa ramai antara kita akan membantu orang buta melintas jalan atau memimpin mereka ke destinasi yang ingin mereka tujui?
Berapa ramai antara kita akan menyedekahkan wang mereka kepada yang memerlukan seperti pengemis jalanan, OKU yang meminta sedekah, anak kecil yang memohon sumbangan derma dan lain² situasi lagi ?
Berapa ramai antara kita menolong seseorang itu dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang sumbangan mahupun balasan ?
Berapa ramai antara kita memberikan ucapan salam kepada orang yang mereka tidak kenal ?
Berapa ramai antara kita lebih mendoakan kesejahteraan komunitinya berbanding kesejahteraan diri sendiri ?
Berapa ramai antara kita menganggap sekalian umat manusia itu sebagai satu dan tidak membeza²kan mereka walau sedikitpun ?
soalan2 tersebut sememangnya sukar dijawab, tp hakikatnya ianya bermain di setiap benak fikiran sesiapa sahaja yang membaca soalan tersebut, apatah lagi kepada mereka2 yang selalu menjalankan aktiviti “memerhati” gelagat2 manusia..
ape yang boleh dikatakan.. JIWA.. sesuatu yang unik…
p/s = 1st time komen blog org, klu mengarut tu maafla yek
Wahai Mohd Fauzi - Adakah Anda Enchik PuG ? Hehe.. Takpela.. Bagusla Kita Komen. Kerana Apabila Kita Komen Sesuatu Sebenarnya Kita Memaksa Minda Untuk Berfikir Dan Bertindak Ke Atas Sesuatu. Terus²kanlah Komen Di Blog Ini? :D=
jiwa yang bersih maka luarannya turut bersih.Lakukan sesuatu dengan meletakkan jiwa kita sekali di dalamnya.barulah perkara yang dilakukan memberi kesan kepada yang lain.
emmm…JIWA..perkataan y mudah utk ducap, dluah..& sebagainya…
word keramat ini juga y dpt mentafsirkan segala mcm maksud y teresembunyi…right..
bole jd juga pkataan y slalu dguna pakai dlm kehidupan org y bcinta…mane tau kn…
mugkin jua diguna pkai oleh manusia y bgelar pnulis utk membicrakan kata2 lalu ditafsirkan menerusi perkataan keramat ini…right..
emmm….bg dr ku..JIWA dpt mentafsirkn segala bentuk…bentuk ape ek…ntah laa…maybe…emm xpela..bia aku shj y tau isinya…
#abrar - Hehe.. Pakar JIWA Nampak Bro.. Tapi Tepat Sekali Apa Yang Dinyatakan..
#helsi - Cewah.. Berahsia² Lak Cik Linda Nih.. Huhu..
sekadar belajar dari pengalaman.Tapi Bro Qaiyum lagi hebat..hehehe
jiwa…bahasa JIWA bangsa, sakit JIWA, kehilangan JIWA,
penting betul JIWA kan?
kalau deen, antara senarai kat atas tu, bagi salam kat orang yang tak kenal je yang payah…
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. PULAU REDANG HARI PERTAMA