Qaiyum Di Majalah Remaja
Mar 31st, 2008 oleh Qaiyum

Maaf kerana tidak dapat menulis sehari dua ini. Badan tiba² sekali lagi diserang demam panas yang merencatkan aktiviti sosial. Huhu.. Cuaca semenjak dua-menjak ini memang senang untuk kita diserang penyakit. Oleh itu nasihat saya kepada anda sekalian, jagalah kesihatan diri anda sendiri dan tingkatkan antibodi tubuh :D=
Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi kisah tulisan saya yang telah muncul di dalam majalah REMAJA edisi 15 Disember 2005. Sepertimana gambar berlatar-belakangkan bendera malaysia pada header blog ini, itu adalah gambar sewaktu saya mengikuti ekspedisi ke Negeri Di Bawah Bayu anjuran UPSM, UKM. Saya telah menghantar artikel hasil ekspedisi itu untuk ruangan XPDC di dalam majalah REMAJA edisi tersebut. Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu adalah antara aktiviti ekspedisi kami di negeri itu. Selain itu kami menjalankan aktiviti lawatan ke tempat² menarik di Sabah dan juga menjalankan motivasi di beberapa sekolah di daerah Tambunan.
Ikuti artikel saya yang telah disiarkan sepertimana di dalam majalah REMAJA edisi 15 Disember 2005.
SAMBUT MERDEKA DI PUNCAK KINABALU
Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia, Program Rakan Masyarakat UKM 2005 telah dianjurkan oleh Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM), Rakan HEP, UKM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Universiti Malaysia Sabah pada 28 Ogos hingga 4 September lalu. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kunjungan kami ke Negeri di Bawah Bayu itu adalah Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu. Berbekalkan Latihan di Batu Caves dan Genting Sempah serta pengalaman mendaki gunung-gunung lain di Semenanjung, seramai 58 pelajar dan 3 kakitangan UKM menyahut cabaran menawan puncak Kinabalu.
30 OGOS 2005
Tiba di Taman Negara Kinabalu-Majoriti daiprada kami yang tidak pernah menjejakkan kaki di Sabah mnghirup udara segar dan nyaman di Taman Negara ini. Taman Negara yang terletak lebih 1500 meter di atas Kota Kinabalu ini menyimpan khazanah alam sekitar yang tidak ternilai harganya warisan bumi Malaysia ini seperti bunga Rafflesia dan periuk kera. Kami bermalam di hostel yang disediakan oleh pihak Taman Negara serta menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca yang sejuk dan bertekanan rendah. Selepas makan malam kami mengambil kesempatan sebelum tidur untuk membahagikan barang makanan dan keperluan lain secukupnya.
31 OGOS 2005
Setelah bersarapan kami berkumpul mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Sebanyak empat kumpulan telah dibentuk daripada 61 orang daripada kami dan setiap kumpulan perlu mempunyai dua orang penunjuk arag (guide). Setiap guide berperanan mengawasi peserta dan mencatat peserta yang berjaya sampai ke puncak. Setelah diberi taklimat dan bersiap-sedia, kami bertolak ke Pondok Timpohon yang sudah setinggi 1960m dari paras laut. Seblum memulakan pendakian, kami melakukan aktiviti regangan badan dan diakhiri dengan bacaan doa. Dengan semangat kemerdekaan yang tinggi kami memulakan pendakian pada pukul 9.15 pagi mengikut kumpulan dari Kumpulan 1 hingga Kumpulan 4.
Pendakian perlu mengambil masa selama dua hari. Cabaran Gunung Kinabalu tidak seperti pendakian gunung-gunung yang biasa di semenanjung seperti Gunung Nuang atau Gunung Ledang kerana pihak Taman Negara telah menakik tanah-tanah untuk dijadikan tangga bagi memudahkan pendakian serta menyediakan pelbagai kemudahan lain. Namun tidak semua trek bertangga dan mudah untuk didaki. Cabaran sebenar Gunung Kinabalu adalah terletak pada keadaan ketinggian dengan cuaca sejuk dan udaranya yang nipis.
Kami berjalan dalam satu barisan lurus yang panjang dan berada di dalam kumpulan masing-masing. Setiap orang bertanggungjawab terhadap ahli kumpulannya. Perjalanan pendakian yang mulanya melewati tumbuh-tumbuhan hutan tropika, kawasan air terjun, hinggalah ke kawasan yang jarang kelihatan tumbuh-tumbuhannya. Pendakian melalui trek ini adalah sejauh 6 km pada hari pertama dan baki 2 km disambung pada keesokan harinya dalam perjalanan ke puncak. Destinasi kami adalah di resthouse tempat berehat kami iaitu Gunting Lagadan Hut. Di sepanjang perjalanan terdapat 7 pondok rehat yang menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan tangki penyimpanan air gunung yang tidak dirawat untuk minuman pendaki. Terdapat 3 jenis trek yang kami dapati di sini iaitu trek jenis rata, trek bertangga dan trek berbatu. Trek yang paling meletihkan adalah trek yang bertangga di mana setiap anak tangga memerlukan langkah yang besar antara satu sama lain.
Setiap 1 kilometer perjalanan kami rasakan suhu semakin dingin dan tekanan udara semakin rendah menyebabkan kami semakin tercungap-cungap. Tetapi apabila melihatkan pemandangan flora dan fauna di Gunung Kinabalu yang begitu indah, perasaan letih itu hilang serta-merta. Kumpulan pertama yang tiba di Gunting Lagadan Hut (2oo m dari Laban Rata Resthouse) tiba seawal jam 3.30 petang. Masa yang ada terus digunakan untuk berehat dan menyediakan makanan. Kami perlu mengumpulkan tenaga semula untuk pendakian kami keesokan harinya. Kami tidur seawal jam 8 malam setelah makan dan solat jamak.

1 SEPTEMBER 2005
Kami bangun tepat pukul 1 pagi untuk bersiap menyediakan kelengkapan pendakian ke puncak. Malangnya kali ini hanya 57 pendaki sahaja yang akan meneruskan cabaran kerana empat peserta lagi mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat meneruskan pendakian dan terpaksa tinggal di resthouse. Sekali lagi taklimat diberikan oleh para guide sebelum mendaki. Pendakian pada waktu malam gelap sememangnya sukar dan kami perlu menggunakan lampu suluh sepenuhnya. Segala pengalaman mendaki kami praktikan pada waktu ini kerana cabaran baki 2 km ke puncak Gunung Kinabalu kali ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi. Semangat kerjasama di antara ahli kumpulan sangat diperlukan kerana ada antara ahli kumpulan yang tidak mempunyai stamina dalam keadaan sejuk (mampu mencecah di bawah paras 0 darjah selsius), udara nipis menyebabkan kesukaran bernafas dan trek berbatu yang licin dan berbahaya. Pendaki perlu menggunakan tali yang disediakan untuk mendaki ke puncak.
Kumpulan pertama yang tiba di puncak tertinggi iaitu Low’s Peak adalah pada 5:50 pagi di mana matahari masih belum terbit. Manakala kumpulan yang terakhir adalah pada jam 7:20 pagi. Stelah mengambil gambar dan melihat pemandangan alam yang indah lagi luas terbentang menginsafkan kami mngenai betapa agungnya keindahan ciptaan Tuhan. Di sinilah pemandangan paling indah yang pernah kami lihat di mana kami seperti berada di syurga dunia. Setiap kumpulan hanya boleh berada seketika sahaja di puncak dan setelah guide mengambil tandatangan setiap ahli yang berjaya sampai ke puncak maka semua ahli kumpulan perlu turun bagi memberi laluan kepada kumpulan yang lain kerana keadaan puncak yang sempit dan bahaya. Setiap pendaki mesti bergegas turun sebelum kabus awan menyelubungi puncak dan menyebabkan jarak penglihatan semakin kurang yang boleh membahayakan pendaki.
Seramai 57 daripada 61 orang pendaki UKM telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu. Jumlah yang amat membanggakan kami kerana hanya 23 lelaki dalam kumpulan kami manakala bakinya adalah perempuan. Tahniah kepada gadis remaja UKM yang gigih dan dekal ini. Setelah semua peserta tiba ke resthouse pada pukul 11 pagi, segala barang perlu dikemas kerana kami perlu check-out dan turun ke Taman Negara Kinabalu dengan segera memandangkan hari kelihatan mendung. Perjalanan turun tidaklah semudah yang disangka kerana setiap antara kami mengalami kecederaan terutama di bahagian kaki. Walau bagaimanapun cabaran Gunung Kinabalu tetap kami sahut dan semua peserta berjaya sampai ke Taman Negara Kinabalu selewat jam 7 malam walaupun hujan di pertengahan jalan.
….

# Saya menamatkan penulisan artikel ini pada pukul 3 pagi. Dalam keadaan itu mental sebenarnya adalah agak kurang stabil. Lalu saya mengharapkan bahawa bahasa² yang saya gunakan ini akan di-edit oleh editor Majalah Remaja ini. Tetapi akhirnya artikel ini keluar 100% sepertimana karya asalnya. Tidak mengapalah.. Sekurang²nya ini adalah salah satu pentas untuk mengasah bakat penulisan bukan? :D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Kegilaan Manchester United
- Warisan
- EKSKLUSIF - LELAKI & NAFSU SEKS
- Ipoh & Tambun
- Genting View Resort Training..
- Memori Qaiyum
- Sebuah Singgahsana Di Pantai Port Dickson









bagus-bagus..satu aktivit yang menyeronokkan..saya yang membacanya boleh membayangkan apa yang berlaku..memang teliti.heheheh
bestnye..my classmates n i akan p KK bulan 6 ni klu xde aral melintang..dpt wat aktiviti yang sihat, plg pnting dpt rehatkan minda..
hafifi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Bagaimana Nak Tahu Lelaki Betul-Betul Sukakan Girls?
Qai nk pnjm majalah remaja tuh… jom tawan kinabalu lg…. best
qaiyum, anda telah di tag..
hafifi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Pokok Gharqad (POKOK YAHUDI)
wah…best…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Comey kan?
Wah bestnya jgk :E
PS: Sori gue x update blog lg hue hue hue
owh? itu kamu? penulisan yang menarik bro…. aku ada baca Remaja edisi itoo bah… Aku tidak tahu itoo kamu…
#Elliv - Hehe.. Ada Baca Eh Cik Elliv.. Jangan Buang Edisi Tu Tau. Khazanah Tu.. :D=
Dekan pula pernah muncul di dalam majalah Rakan Sains sewaktu dalam darjah 3. hehe.. First time la tuh.
dekan Telah Menulis Entri Terbarunya.. Pembulian siber dan tip-tip mengatasinya
wah! makin glamer la Qaiyum. haha.
respect la, diorang tak edit your writing. you are really good at it, so it’s expected.
Aisyah Telah Menulis Entri Terbarunya.. Slow Down!
#Dekan - Hehe.. Tahniah. Darjah 3 Lagi Dah Glemer.. :D=
#Aisyah - Rasanya Diorang Tak Edit Sebab Editor Tu Malas Nak Edit Kot. Huhu.. Lagi 1 Lupa Nak Bagitau. Saya Juga Ada Menghantar Artikel Ke Harian Metro Berkenaan Dengan Ekspedisi Ini. Dan Ianya Juga Keluar Pada Salah Satu Edisi Metro Ahad. Tapi Artikel Itu Hilang Dalam Simpanan Saya. Huhu..