Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) : Baik & Buruk
Mar 27th, 2008 oleh Qaiyum

Sudah pastinya sesiapa yang pernah melangkah ke alam Universiti mahupun Kolej Universiti suatu ketika dahulu tidak asing dengan Akta ini. Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang baru untuk menilai semula asas dan pelaksanaan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU 1971) mengundang pelbagai respon dari segenap perspektif masyarakat. Saya adalah antara graduan yang lahir hasil pada zaman di mana dasar AUKU ini dilaksanakan. Saya akan ulas mengikut daya optimistik saya dan sedikit pengalaman saya di kampus mengenainya dalam ruangan kecil ini.
Ada pihak dan juga di kalangan rakan satu kampus saya sendiri menganggap AUKU patut diteruskan. Namun ada satu pihak lagi menganggap AUKU mempunyai ‘kecacatannya’ tersendiri dan perlu dirawat atau digubal semula. Tapi jarang-jarang saya dengar daripada mulut rakan saya yang melaungkan supaya AUKU dihapuskan. Ini sebenarnya terpulang kepada individu terbabit bagaimana mereka mampu menjadi survival dan beradaptasi dengan situasi terikat dengan undang² AUKU ini.
Saya pernah membaca buku yang menerangkan berkenaan dengan undang² AUKU, tetapi tidak pula saya menghafalnya. Cuma apa yang boleh diulaskan di sini adalah AUKU bukan sahaja merangkumi undang² yang dikenakan ke atas mahasiswa/i sahaja, tetapi ia juga merangkumi setiap individu yang terlibat dan berjawatan di dalam sesebuah Institut Pengajian Tinggi. Termasuklah dari segi perlantikan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, undang² yang termaktub kepada pensyarah, staf² IPT yang lain dan akhir sekali tentulah aset utamanya iaitu Mahasiswa/i.
Isu yang dilaung²kan hari ini pada dasarnya mengatakan bahawa AUKU menyekat kebebasan mahasiswa. Tetapi persoalannya sejauh manakah ianya mampu memberikan kesan buruk terhadap mahasiswa IPT? Saya ambil sedikit ungkapan artikel daripada HarakahDaily bertajuk Pinda AUKU, jangan hanya janji manis - GAMIS. Setiausaha Agung Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendakwa seperti berikut :
“Mahasiswa dan ahli akademik menjadi lesu dan bersikap tidak mengambil tahu perkembangan sekeliling sebagai anggota masyarakat sekaligus menghapuskan sifat kreatif dan kritis yang menjadi budaya keilmuan mereka.”
Pada amatan saya kenyataan Setiausaha Agung GAMIS itu seolah-olah kebebasan warga kampus untuk bersuara disekat sama sekali akibat pelaksanaan AUKU ini. Namun adakah benar dakwaan itu? Pada saya tidak sama sekali. Jawapan saya mudah :
“Saya rasakan diri saya tidak pernah lesu dalam mengetahui dan menganalisis perkembangan semasa. Saya tidak merasakan daya kreativiti dan kritis saya terganggu dengan adanya AUKU. Saya sangat rasa bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk menyambung pelajaran ke peringkat Universiti kerana dari situ banyak ilmu pengetahuan yang telah saya timba yang mana ilmu dan api perjuangan bangsa itu tetap saya bawa dan tersemat di hati saya walaupun kini saya semakin meninggalkan dunia kampus.”
Apa yang boleh disimpulkan adalah adanya sesetengah pihak yang kurang ’selesa’ dengan sesetengah Akta yang terkandung di dalam AUKU. Mungkin penentangan utama sesetengah golongan adalah pada perenggan Seksyen 15 AUKU yang menyatakan :
“Pelajar atau Pertubuhan, Badan atau Kumpulan Pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan-persatuan dan sebagainya, kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah perlembagaan atau diluluskan oleh Naib Canselor.”
Frasa itu membawa maksud mahasiswa/i IPT dilarang sama sekali bergiat aktif di dalam mana² pertubuhan, parti politik, kesatuan buruh atau sekerja tidak kira samada dalam atau luar negara. Dan saya pasti inilah frasa yang ‘tidak digemari’ oleh sesetengah pihak dan sekaligus memaksa golongan ini bertindak mempertikaikan AUKU.
Apa yang membezakan mahasiswa/i tanpa AUKU pada masa dahulu dan mahasiswa/i dengan AUKU pada masa ini hanyalah ‘kebebasan suara’ mereka yang sedikit terbatas. Bukannya terbatas langsung. Mahasiswa/i dahulu bebas berdemonstrasi di jalanan dan tidak pada zaman sekarang. Mahasiswa/i dahulu bebas melontarkan pandangan dan idealisme masing² di kawasan umum di dalam kampus, tidak seperti hari ini.
Tetapi pada saya semua itu tidak menghalang proses pengembangan intelektual mahasiswa/i LANGSUNG. Mahasiswa/i masih bebas beraktiviti dan berpersatuan. Mahasiswa/i masih bebas mengasah bakat komunikasi dan kepimpinan di dalam bilik² persatuan, bilik² mesyuarat dan juga dewan² kuliah yang tertutup dengan izin. Jika mahasiswa ada isu yang dibawa keluar masih ada ruang yang lebih ’sopan’. Sewaktu saya menjadi antara Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM satu ketika dahulu, tidak sukar untuk kami melontarkan kebajikan, hak, suara dan idealisme rakan² lain yang telah mengamanahkan kami untuk berbuat demikian kepada pihak atasan Universiti mahupun kepada pihak Kementerian di bawah Kerajaan Malaysia. Adakah ini semua masih tidak mencukupi? Mahasiswa masih lagi tersekat?
Paling tidak pun jika AUKU tidak dipinda buat masa sekarang, mahasiswa/i masih boleh melontarkan idealisme mereka melalui laman² blog sepertimana yang sedang anda baca sekarang. Tiada dalam AUKU melarang mahasiswa berideologi menggunakan media alternatif ini. Apatah lagi jika mahasiswa itu menyamar dirinya. Tidak bebaskah itu?
Seperkara lagi yang perlu dibezakan adalah, perbezaan zaman dahulu dan sekarang. Mahasiswa/i dahulu bebas melakukan aktiviti seperti berdemonstrasi dan menjaga kebajikan masyarakat adalah kerana masa meraka yang agak terluang. Sistem dahulu mengamalkan sistem penggal yang bermakna setahun hanya sekali peperiksaan utama. Berbeza dengan hari ini yang mana setiap sesi telah dibahagikan dengan beberapa semester. Ada yang sampai 3 semester bagi satu sesi. Peperiksaan besar pada setiap hujung semester. Dengan projek, assignment, tutorial, kuiz dan makmal yang berduyun-duyun.
Mampukah mahasiswa hari ini mengikut jejak langkah mahasiswa dahulu yang mempunyai banyak masa terluang untuk membangunkan sahsiah dan kepimpinan diri?
Jika betul ada ’sesuatu’ yang perlu diubah bagi melahirkan mahasiswa/i yang benar² berdaya saing bukan sahaja dalam bidang akademik, maka cadangan saya adalah sistem semester dan silibus akademik yang padat itulah perlu diubah. Mana mungkin mahasiswa/i mengejar bidang aktiviti luar sekiranya bidang akademik mereka telah ‘mencuri’ 80% waktu mereka di dalam kampus. Betul Bukan ?? Atau anda tidak setuju dengan saya ?
Tidak mahu lagi saya panjang lebarkan tulisan saya, apapun bak kata pepatah “jangan salahkan lantai jika diri tidak pandai menari”. Mahasiswa sepatutnya muhasabah diri. Bukannya mencari alasan kononnya AUKU ini menyekat kebebasan mereka. Tetapi mahasiswa/i harus menilai diri adakah mereka sudah membawa diri mereka ke tahap yang sepatutnya. Jangan menggunakan alasan dengan menyatakan sesuatu perkara itu adalah buruk demi untuk menutup keburukan yang ada pada diri sendiri.
Bak kata Nabil “Haa.. Lu pikirlah sendiri !! Assalamualaikum..”
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Anda dan Pengurusan Di Universiti
- Selamat Datang Ke Universiti & Selamat Bergelar Mahasiswa/i
- Meneruskan Kehidupan & Soal Jawab Mahasiswa
- Posto Dari Teratak Nurani Dan Google Adsense
- Perjuangan ProWaris
- Suami Suri Rumah Sepenuh Masa ??
- Hyderabad, India











banyak lagi cabang untuk menyerlahkan diri..apa kata masuk khidmat masyarakat?MERCY ke?bukankah boleh berkhidmat kepada masyarakat? Demotrasi jalanan bukan satu-satunya jalan untuk menyuarakan pendapat..renung-renungkan dan perbetulkan niat itu..
abrar’s last blog post..Apabila Rasulullah datang menjengah ke chalet
#abrar - Yaa.. Betul Tepat Skali. Banyak Lagi Ruang Untuk Mewujudkan Diri Sendiri Yang Mapan Dan Berkualiti.
Yup setuju ngan pendapat nih.. org yg mengatakan AUKU menyekat perkembangan mahasiswa/i mmg xrelevent langsng.. mmg semata2 agenda politik.. sbb AUKU jugak lah org Melayu ramai melenjejakkn kaki ke Universiti.. cuma kt xperasan je.. yg pasti mngkn AUKU nih perlu diperhalusi utk membetulkan mana2 yg lompang.. tp ubah atau xubah ttp ada je yg tak kena.. ssh nk puas kn hati sume pihak..
Teruskan usha anda, saya menyokong penuh perjuangan menghapuskan AUKU! Tahniah, kita sekepala!
Kita Kena Baca Dasar Aku Yang Sebetul2nya.. Bukan Daripada Perkhabaran Atau Ringkasannya.. Itu Tidak Mencukupi.. Nak Baca Penuh Carilah Sendiri..Huuhu
mrozaidi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Warga Emas Terima Ijazah
Kita Kena Baca Dasar AUKU Yang Sebetul2nya.. Bukan Daripada Perkhabaran Atau Ringkasannya.. Itu Tidak Mencukupi.. Nak Baca Penuh Carilah Sendiri..Huuhu
#salah eja lak Auku..
mrozaidi Telah Menulis Entri Terbarunya.. Warga Emas Terima Ijazah
bak kata member kite..
AUKU tak menyekat kreativiti suara kebebasan mahasiswa/i…
setakat tak setuju disekat masuk mana2 kumpulan o persatuan..
byk lagi yang boleh di buat..
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. Muafakat Membawa Berkat
alamak!! camner aku boleh tak tau plak??
nampak sangat aku x amek port…
bg aku ada baiknya jika ia langsung x mengganggu prestasi akademik…
itu jer..
menteil Telah Menulis Entri Terbarunya.. Kosong!!!
wahhhh banyak komentar di sini. hehe
KNizam Telah Menulis Entri Terbarunya.. Majalah LIBUR April 2008 - Terasa Nak Pergi Perhentian Lagi Lah! Hehe
lupa nak tanya. pakai plug in apa nak letak comments gravatar tu ek?
KNizam Telah Menulis Entri Terbarunya.. Majalah LIBUR April 2008 - Terasa Nak Pergi Perhentian Lagi Lah! Hehe
#KNizam - Saya Pun Tak Ingat. Rasanya Saya Tidak Menggunakan Plugin Gravatar. Itu Adalah Pic Dari MyBlogLog. Hanya Coding Untuk Meletakkan Pic MyBlogLog Sahaja Diperlukan Dan Diletakkan Di Page comments.php
Qaiyum Telah Menulis Entri Terbarunya.. Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) : Baik & Buruk
i think there’s a thin line menyekat kebebasan n totally menghalang kebebasan
and people tend to step into d wrong side sbb mereka tak faham @ bebuat x faham~
i personally think student kena fokus pada stadi
politik n all tu u can concentrate lps abes stadi
student cuma perlu alert @ mengikuti perkembangan semasa
cuma jgn la terlalu radikal
igt, tanggungjwb student adalah belajar
huhuhuhu
that’s my point of view la~
iziana Telah Menulis Entri Terbarunya.. Minah Bunga~
#iziana - Thanks For The Opinion Iziana. :D=
Maybe i try to give an oppinion from a different perspectif. Actually bukan semua yg menggesa pembubaran AUKU demi kepentingan politik. Baru2 ini mula muncul suara2 dimedia massa dr pihak NGO serta bekas2 mahasiswa/i yg menyarankan agar AUKU dimansuhkan … ini kerana pd pendapat mereka AUKU menyekat proses pembangunan sahsiah serta kemahiran berkomunikasi dikalangan mahasiswa/i…. hasilnya graduan yg dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan dilabel sebagai LEMAH dr segi soft skill serta daya kepimpinan mereka. Undecided Maka disini aku menggesa kalian semua utk memberi pendapat masing2 mengenai isu yg pernah atau masih menambat sebahagian drpd kita…
Dan pd aku yg masih lagi termaktub dibawah akta tersebut kerna masih lg bergelar MAHASISWA. Pembubaran AUKU merupakan satu langkah baik dan progresif dlm pembangunan kemahasiswaan. Rasional aku berkata sedemikian krn pd aku, mahasiswa/i yg ada pd mase kini sudah ckp MATANG utk membezakan perkara2 dan aktvt yg RELEVAN dgn kehidupan mereka sebagai pelajar dgn perkara2 yg hanya sekadar membuang masa. X dilupakan jgk dlm era globalisasi ini mahasiswa/i perlu membuka ruang minda dan persepsi mereka ke dunia yg lebih LUAS bg melahirkan graduan yg blh bersaing dipersada antarabangsa dan bukan sekadar ‘JAGUH KAMPUNG’ shj.
Antara isi kandungan AUKU yg dilihat sebagai sekatan kpd perkembangan kemahasiswaan adalah berkaitan larangan penglibatan dlm organisasi2 bukan kerajaan, NGO. Tak disangkal bhw terdpt sesetengah pihak yg inginkan pembubaran AUKU demi kepentingan POLITIK mereka namun aku percaya mahasiswa/i sepatutnya diberi pilihan utk MEMILIH aspek halatuju akiviti diluar bilik kuliah mereka berdasarkan minat masing2. Bukan sekadar apa yg ditawarkan oleh pihak U shj.
Mungkin bg glgn yg bjk memanfaatkan segala peluang yg diberikan oleh pihak U tidak begitu terasa kekangan AUKU ini Cheesy. Namun bg mereka yg berkeinginan utk pergi lebih jauh serta bergelumangan dgn glgn professional di luar sana pasti mempunyai pendapat yg berbeza Angry… Jika dilihat kpd suasana aktvt luar pelajar2 di beberapa Universiti terkemuka dunia, aktiviti2 mereka tidak tertumpu kpd ruang skop aktiviti yg bertemakan ‘Oleh MAHASISWA, Utk MAHASISWA’ ttp merangkumi aktvt2 yg mempunyai kepentingan bersama spt keamanan dunia, hal ehwal sejagat dll. Dan AKTA UNIVERSITI dan KOLEJ UNIVERSITI dilihat oleh sebahagian pihak sebagai satu tembok besar yg menghalang penyemaian budaya tersebut dikalangan mahasiswa/i tempatan. This is just my personal oppinion but i think if we are moving towards devoloping 1sr class thinkers then AUKU should be away with =)
Saya Secara 100% Tidak Menyokong Jika AUKU Dibubarkan Sama Sekali. Adalah Molek Hanya Jika Ia Dipinda. Jika AUKU Dimansuhkan Maka Tiada Lagi Keistimewaan Orang Melayu. Antara Bahananya Kepada Orang Melayu Adalah :
1. Naib Canselor Di IPTA Kelak Boleh Terdiri Daripada Mereka Yang Bukan Melayu. Yang Mana Ini Bakal Menggugat Sedikit Sebanyak Secara Tidak Langsung ‘Keistimewaan Melayu’ Di IPTA Kelak. Frasa Pada Seksyen Pertama Lagi Telah Menerangkan Bahawa Naib Canselor Mestilah Terdiri Daripada Orang Melayu.
2. Perkataan ‘Kebebasan’ Yang Dituntut Itu Kalau Tak Banyak Sedikit Pun Akan Mengundang Padah. Adakah Pada Tahap Umur 18-22 Tahun Adakah Umur Yang Mencapai Kematangan? Berbeza Dengan Gerakan Mahasiswa Dahulu Yang Mana Rata² Aktivis Adalah Mereka Yang Terdiri Daripada Guru², Mereka Yang Telah Mendirikan Rumah Tangga, Dan Mereka Yang Kurang Terdedah Dengan Anasir Berunsur Hiburan. Adakah Sifat Radikal Mereka Yang Baru Masuk Ke Alam Belia Ini Mampu ‘Dikawal’ Oleh Mereka Sendiri Jika ‘Kebebasan’ Diberikan Sepenuhnya.
Hidup Tanpa Undang² Sedikit Sebanyak Mengundang Padah. Kajian Menyeluruh Perlu Dilakukan Oleh Pihak Kementerian. Memansuhkan ‘Undang²’ Ini GILA Sama Sekali.