Apa Yang Kita Mampu Lakukan Sebagai Seorang Rakyat Biasa
Mar 25th, 2008 oleh Qaiyum
Soalan di atas ditujukan sesudah tamatnya pilihanraya umum negara ini. Kuasa rakyat telah berjaya digegarkan hingga memberi goncangan kepada Dewan Parlimen kelak. Tetapi apa pula tugas sesudah semua itu? Tugas sebagai seorang rakyat biasa… Elakkan penulisan saya ini dikaitkan dengan suasana politik dan kepartian. Itu tidak perlu..
Mari kita mengimbau kembali 5 Prinsip Rukunegara :
- Kepercayaan Kepada Tuhan
- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-Undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Tak pastilah samada anda sebagai seorang rakyat biasa memahami kelima-lima prinsip Rukunegara itu dengan pemahaman yang terperinci atau sebaliknya. Semua itu terpulang kepada anda samada anda pernah ambil tahu, lupa untuk ambil tahu dan ambil tak kisah langsung mengenai perkara ini.
Apa yang ingin saya bincangkan kali ini adalah sejauhmana kita mampu untuk menilai situasi semasa hari ini dengan analisis rasionalisasi minda kurniaan Yang Maha Esa ini dengan sebaik-baiknya. Jika dilihat situasi hari ini adakah anda sebagai rakyat biasa mampu menarik nafas lega atau anda seringkali dibelengui permasalahan² yang merundung diri, keluarga, sahabat-handai atau kenalan anda? Apabila dilontarkan sahaja frasa GEJALA SOSIAL, apakah yang terlintas di sanubari anda? Pastinya benda² yang sama seperti apa yang saya fikirkan bukan? Tidak susah untuk menafsirkan gejala sosial sekaligus memberikan contoh yang maha super banyaknya. Mungkin ada antara anda yang sangat prihatin terhadap situasi itu. Mungkin ada yang hanya ambil tahu tetapi tiada tindakan dan mungkin juga ada yang mementingkan diri dan kaum keluarga sahaja. Asalkan keluarga selamat apa kisah kepada keluarga lain ye tak ?
Rasanya agak sukar untuk dikeluarkan kayu pengukur bagi mengukur tahap keruntuhan akhlak, moraliti dan rohaniah rakyat negara ini setakat hari ini. Statistik yang ada juga rasanya hanya menyentuh luaran sahaja. Tidak sehingga ke dasarnya. Yang pasti graf ‘keruntuhan’ ini berlawanan dengan zaman pasca merdeka pastinya menokok bukan menurun. Persoalannya sekarang adakah kita sebagai rakyat masih mampu untuk menarik nafas kelegaan? Atau sebenarnya nafas kita sering terganggu dengan fenomena sebegini. Mungkin di luar sana telah wujud ramai PEJUANG demi menyelamatkan tanah air ini dari pelbagai ancaman dan anasir luaran yang sering menghempas bumi Malaysia dengan ombak Tsunami yang deras. Mencengkam anak² muda dengan rakusnya. Dan melemahkan seramai mungkin tulang-belakang negara ini. Namun cukupkah PEJUANG² yang kini masih lagi terbakar api perjuangannya? Mampukah mereka menahan ombak besar Tsunami yang melanda negara ini tanpa kesatuan sewajarnya daripada seluruh rakyat yang lain? Mampukah kelompok² kecil pejuang ini membasmi nilai² jahanam yang membelengu?
Dan apakah peranan ANDA sebagai rakyat biasa ? Hanya tunggu dan lihat atau berniat kental untuk berjuang bersama kelompok² PEJUANG ini ?
Ni Entri Ke Sajak Ke Saya Pun Tak Pasti.. Selamat Memahami Tulisan Yang Penuh Suratan dan Siratan Ini.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Gelombang Hantu Kuning (Bukan Maskot Digi)
- Melayu
- Penyampaian Watikah MPP & Berehatnya Seorang Mantan
- Qaiyum.Net Ranap Sebentar..
- Wat Nak Prok
- Mari Berfantasi Menjadi Seorang Superhero
- Darah Juang & Parti Mahasiswa Negara (PMN)









kalau lihat pada al-kisah hang tuah dan jebat…
semua orang menyokong hang tuah kerana berada pada arus perdana yang penyokongnya amatlah kuat…kerana mentaati Sultan dan merupakan wira bangsa kononnya…
dan hang jebat pula terpekik terlolong melawan apa yang salah, berkorban demi sahabt tercinta….tapi keadaan hang jebat yg bukan di atas arus perdana langsung tidak di endahkan..
hakikatnya pun pada hari ini…
kelompok pejuang yang langsung tidak berada pada arus perdana,,siapa yg mendengar?
harap2 situasi ini berubah lah..takkan nak sama dgn sejarah sebelum merdeka..ye tak?
Kenkadang, kita macam menaiki mesin masa dan statik, Masih belum dapat berfikir secara lateral… Hummm…
senang cakap…aku sokong hang jebat. hang tuah tu bodoh…sebab tu dia ikut arus perdana…
#deennasour - Cuba Saya Alihkan Sikit Pemahaman Kita Antara Dulu Dan Kini. Hang Tuah Adalah Seorang Yang Sangat Setia Pada Sultannya. Hang Jebat Pula Sanggup Menderhaka Kepada Sultan Di Atas Perjuangan Kebenarannya. Adakah Ini Bermaksud Kita Perlu Mengikut Jejak Hang Jebat? Adakah UMNO Hari Ini Juga Ingin Mengikut Jejak Hang Jebat Dengan Mengingkari Kehendak Sultan? Kita Bagaimana? Dimanakah Taat Setia Kita??
#fiza -
#Azhar Ahmad - Kalau Begitu Paranormallah Jadinya..
#Hafizan - Kalau Dengar Pejuang Melayu & Anak Cucu Hang Tuah Ni Ngan Statement Ko Ni Boleh Mengundang Padah Tau. Hehe.. :D=
erm..agar berat untuk dihadam..Kita kena berfikir di luar pemikira kita dalam menangani masalah ini..Sesuatu yang terjadi ada maksudnya..terpulang kepada kita untuk mentafsirnya.jangan pandangan kita lari dari sunnah dan al-quran