Perjuangan ProWaris
Mar 22nd, 2008 oleh Qaiyum
Pasti nama organisasi ini pernah anda dengari dan perhati. Kemunculan organisasi ini memuncak pada Pilihanraya Umum Malaysia yang lalu. Di bawah kepimpinan presidennya saudara Feriz Omar telah muncul berkali-kali di kaca televisyen bagi berkongsi ilmu dan perjuangan mereka di samping menjadi pemerhati dan penganalisis politik tanahair. Namun perjuangan mereka hari ini bukan setakat untuk ‘memerhati’ sahaja. Perjuangan mereka lebih jauh dari itu.
Kumpulan ini sudah lama bertapak. Bermula dalam ruang linkup yang kecil yang terdiri daripada kumpulan Melayu Profesional yang bekerjaya sebagai akauntan, jurutera, ahli perniagaan, dan lain² bidang profesional yang wujud. Walaupun latar belakang organisasi ini seperti ‘agak’ berpihak kepada kerajaan BN dan UMNO melihat kepada pautan-pautan yang diletakkan di laman web mereka, namun ini tidak bermakna mereka sealiran dengan barisan itu. Perjuangan mereka adalah semata-mata nasib bangsa Melayu. Semangat cintakan tanah air adalah asas nombor satu diletakkan dan ideologi politik sebelah pihak tidak diutamakan. Mereka berjuang atas dasar kegemilangan bangsa dan negara Malaysia. Tiada ideologi golongan UMNO dan tiada ideologi PAS. Lihat sahajalah kritikan² yang dilontarkan oleh mereka kepada kerajaan hari ini. Mendesak PakLah supaya berundur, menyatakan kebenaran dengan lantang tanpa menghiraukan ISA atau ancaman yang datang.
Jika diperhatikan semasa analisis pilihanraya 8 Mac di TV3 yang lalu, saudara presiden ProWaris yang diundang bersama² ahli panel lain tidak berada di kerusinya hingga ke akhir rancangan. Nampak sudah bahawa ada antara ‘mereka’ di luar sana tidak senang dengan komen² beliau. Lantang, pedas namun jujur. Namun organisasi ini tidak mengkritik secara membabi-buta semata-mata. Sebarang kritikan atau komen yang dikeluarkan terhadap kerajaan atau dasar² kerajaan adalah hasil gigih analisis dan kajian mereka. Sebagai contohnya berkenaan dengan dokumen Merah-Hitam Tuntutan 20 ProWaris - Mapan terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah dokumen yang dikeluarkan ProWaris yang mengkaji kesan baik-buruk pembangunan wilayah itu di negeri Johor. Namun ianya telah ditolak mentah² oleh pihak Kerajaan.
Beberapa hari lepas juga laman web ProWaris.org telah disekat aksesnya oleh pihak tertentu. Siapa yang mensabotaj tidak dapat dipastikan. Hmm.. Begitulah antara ancaman dan halangan orang yang berjuang atas nama bangsa dan negara tercinta. Pasti ada yang mencantas dan memintas. Welcome to the real world..
Saya telah bersama² organisasi semasa di bangku Universiti lagi. Tetapi tidak secara aktif. Hanya sekadar menerima e-mel² dari pihak ahli² organisasi yang memberikan luahan idea dan pendapat kritikal mereka terhadap situasi politik, ekonomi, pendidikan, dan segala yang berkaitan dengan bumi Malaysia ini. Selamat berjuang kepada mereka. Saya masih lagi berada disini. Memikirkan adakah saya akan kembali berjuang di landasan atas nama Melayu ini lagi? Jika saya ingin kembali, maka perjuangan saya pastilah dengan organisasi ini.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Kita Yang Terlupa Sejarah : Gerakan Islah Di Tanah Melayu
- 10 Tahun Sebelum Merdeka..
- Minda Era Baru..
- 1957 Hati Malaya
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)
- Penyampaian Watikah MPP & Berehatnya Seorang Mantan
- Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12 ???










Wahhhh terima kasih atas link ni… Menarik seungguh laman web ni…. Hummmm… Jika disekat gunakan penyulitan proxy. kompom berjaya….
guna proxylah ek,,erm kan ku coba~
sukarnya nak berjuang atas nama jujur dan demi bangsa kan?
ada saja yang jelik dilihat oleh org yg jeles..
dunia2..hiduplah Melayu selagi ada yang berjuang..
gunalah apa cara asalkan masih di landasan yang benar.
aku setuju ngan deenasour pasal perjuangan melayu dilandasan yang benar. U got a nice Blog bro….
sebab tu kita kena tali bertali dan sandar menyandar(kt2 PM Mlysia Pertama)
first time masuk web Pewaris…
rupanya perjuangan melayu xkan habis sebab tu la hang tuah cakap xkan melayu hilang di dunia…(erm…ada kaitan ke..huhu)
#Azhar Ahmad - Tak Pastila Yang Haritu Disekat Ke Atau Digodam. Tapi Semuanya Telah Seperti Sedia Kala..
#deennasour - Kena Buat Kempen Melayu Bersatu Ni. Hehe..
#aidil - Thanks Aidil
#hafifi - Tali Dah Putus. Semua Dah Sombong Taknak Bagi Tumpang Sandar Kat Bahu..
#Beduz - Bukan Pewaris Tapi ProWaris. Huhu..
ai, boleh jek aku bukak?
#Affuan - Dah OK Dah. Dia 2,3 Hari Lepas Down..
tp tol la nk perjuangkan sesuatu dgn ikhlas dan jujur mmg payah.. tp jgn pandai ckp je tp no action.. tuh yg xbagus..
Saya menyokong perjuangan Prowaris untuk mengembalikan kegemilangan Melayu semasa era Tun Dr. Mahathir
Semua orang melayu perlu membaca buku Malays Dilemma, baru boleh jadi melayu sejati. Kita hormati Tun M sebab seorang pemimpin yang telah mengenalpasti masalah orang Melayu dan cuba selesaikannya tetapi pemimpin yang lain terutamanya pemimpin sekarang , seolah-olah tiada pendirian, bagaimana nak menyelesaikan masalah orang melayu. pemimpin yanng tiada agenda.