Tiada Lagi Youtube ??
Mar 20th, 2008 oleh Qaiyum

Hasil perisikan yang saya terima daripada sumber tertentu mengkhabarkan bahawa kemungkinan pihak kerajaan Malaysia bakal menutup akses rakyat Malaysia negara ini ke atas laman web kegemaran ramai - Youtube. Memang sudah tidak menghairankan lagi jika tindakan sedemikian diambil, memandangkan laman web ‘berpuaka’ terbabit adalah salah satu faktor tumbangnya kerajaan Barisan Nasional di beberapa negeri dan beberapa kerusi Parlimen hasil pilihanraya umum yang lepas. Yang mana ia telah menjadi salah satu doktrin pihak pembangkang untuk menyerang pihak lawan. Tetapi platform itu juga turut digunakan jentera pihak Barisan Nasional bagi menyerang balas pihak lawan, tapi apakan daya. Kuasa cybertroopers pihak pembangkang lebih ‘tsunami’ berbanding jentera kerajaan Barisan Nasional. Hmm..
Apapun marilah kita perlihatkan sedikit implikasi kewujudan laman web YouTube ini terhadap pengaruhnya di negara Malaysia ini.
Implikasi 1
Sepertimana laman web perkhidmatan video lain seperti Google Video, Yahoo Video, Blogdigger, Revver, DailyMotion, blip.tv, dan Mefeedia, YouTube menjadikan pengguna internet negara ini selari juga dengan pengembangan jalur lebar telah mewujudkan satu budaya menonton video yang baru. Masa berjam-jam sanggup dihabiskan semata² bagi memenuhi tuntutan menghiburkan diri dan membunuh kebosanan harian. Malah masa lebih lama diperlukan bagi mereka yang tiada koneksi jalur lebar yang memuaskan.
Implikasi 2
Budaya serang-menyerang berleluasa. Implikasi ini adalah implikasi yang sangat membahayakan keharmonian negara. Terutama yang melibatkan keharmonian kepelbagaian kaum, YouTube telah dijadikan sebagai alat untuk menyerang sensitiviti sesetengah masyarakat negara ini. Lihat sahajalah contoh video ini - Heroes Hindraf Buletin Utama News Uncensored. Pengirim video berkenaan telah mengubahsuai siaran Buletin Utama yang melaporkan isu Hindraf suatu ketika dahulu. Namun cara penyampaiannya memang agak kurang hajar dan telah dimanipulasi secara melampau. Sekaligus menimbulkan ketegangan antara kaum India terhadap Kaum Melayu.
Begitu juga semasa nama Namewee begitu tersohor suatu ketika dahulu dengan lagunya “Negarakuku”. Kontroversi yang timbul telah ‘mengganggu-gugat’ kesejahteraan negara ini apabila timbul suara² beremosi yang sensitif yang mengutuk malah memaki-hamun beliau. Lihat sahajalah komen yang dilemparkan di dalam ruang komen Video Ini. Paling bahaya adalah komen yang dilemparkan bukan sahaja menyentuh sensitiviti antara kaum, malah apabila ada antara komen yang melemparkan najis terhadap kesucian agama Islam, apakah perasaan anda? Anda carilah sendiri komen yang ditulis oleh Islam4b***. Tidak sanggup untuk saya paste komen itu di blog ini.
*Beristighfarlah..
Implikasi 3
Menonjolkan budaya Malaysia yang ‘unik’. Memang sangatnya unik Malaysia ini apabila video gadis Melayu bercakaran dipertontonkan kepada tamadun lain. Video mat rempit yang ‘maha hebat’ di jalanraya menunjukkan semangat jihad berani mati dipertontonkan. Video hasil kreativiti pelbagai rakyat negara ini dipertontonkan. Samada untuk menunjukkan kebodohan diri ataupun kebodohan pentadbiran kerajaan ataupun kebodohan orang yang bodoh. Bagaimanakah persepsi orang luar terhadap negara kita? Adakah dengan penonjolan video² sebegini orang luar akan lebih kagum kepada Malaysia? Hakikat sebenarnya adalah kita yang memperbodohkan diri sendiri. Meludah ke langit lalu melepek ke muka sendiri. Lebih malang lagi bukan hanya air ludah yang singgah sama. Tetapi serentak dengan itu tahi burung gagak dan merpati turut ’singgah’ ke muka ini.
…
Oleh yang demikian anda sebagai antara orang yang waras, rasanya dimanakah kelebihan & kebaikan laman perkhidmatan video seperti YouTube ini ?? Adakah kerana hiburan kita sanggup menggadaikan maruah diri, bangsa, negara & agama? Berapakah peratus pengguna yang menggunakan platform ini untuk kebaikan dan pembelajaran? Tatkala rakyatnya sedang merosakkan negara dengan menyokong pembudayaan sebegini, tatkala rakyat bertelagah sesama rakyat kerana sensitiviti yang terganggu, tatkala gelak terhibur kita sebenarnya sedang meninggalkan virus kanser di dalam hati. Dan di atas ketatkalaan itu semua - YouTube telah untung Berbillion Dollar Amerika.
Siapa yang untung dan siapa yang rugi ??
Adakah jika kerajaan Malaysia ‘menutup‘ akses rakyat negara ini ke atas YouTube, rakyatnya akan berdemonstrasi di jalanan menuntut hak kebebasan bersuara ??
Fikir dulu sebelum buang…
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Unity Band
- Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12 ???
- Yuna - Dan Sebenarnya..
- Perjuangan Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee #2
- 10 Tahun Sebelum Merdeka..
- Pakat Kelik Ngundi..
- Joost - Tonton TV Online Percuma









‘mat rempit yang ‘maha hebat’ di jalanraya menunjukkan semangat jihad berani mati dipertontonkan’…perrghh! ayat ni memang kow. ko mesti dapat A untuk BM spm ataupun upsr kan??
rasa2nya yang membuat demonstrasi ni adalah blogger2 yang buat adsense menggunakan UTube sbg menarik melawat ke laman webnya.
Tu La.. BM Je Subjek Yang A Waktu UPSM. Hehe.. SPM BM Pun A1 Gak. Pergghh.. Pengaruh YouTUbe Terlalu Besar.. Macam Sebuah Empayar..
waaa..x beshnye kalau xde youtube.:(
tk meriah la intenet cam ne kalo tk de intenet..
huhu..memang mengemparkan..seperti duduk kat dlm u..segala benda yg ada streaming kena block..huhuhuu
“bangga” adalah salah satu faktor pendorong yang “maha kuat” untuk mendesak manusia kreatif negara kita untuk menonjolkan diri di youtube….
tetapi “bangga” yang berputik dalam hati itu telah didesak juga oleh akal yang “maha bodoh” untuk membuka pekung di dada sendiri apabila dengan “slumber kodok” nya mengupload video yang tidak langsung menuntungkan diri sendiri malah memalukan.
Malah tindakan mereka seperti meludah ke sebelah kanan, kene baju, dan berbau….huhu~
“Budaya serang-menyerang berleluasa” Budaya Kuning yang semakin menular tidak mustahil untuk dibendung. Huhu.. Jika YouTube ditutup.. mustahil untuk dibendung..Haha..
semoga negara tetap aman damai sejahtera sentiasa.. aminn
takdenya diorang tutup. klu tutup, kita pakai proxy. lepas tu, ramaila orang tahu pasal proxy..
kalau diorang tutup. 4 tahun lagi confirm bertambah negeri pembangkang. tak caya diorang buat la..
takutkan bayang2 sendiri..paranoia tak tentu pasal kerajaan sekarang ni.
kalau tak mau video buruk perangai tu keluar internet, tunjuklah akhlak yang baik sepanjang masa kan? rakyat sentiasa memerhatikan kelakuan pak2 menteri kita ni…
teringat masa sem lepas, lecturer tunjukkan demo jenis robot dan aplikasi penggunaan robot di kilang2, streaming dari youtube
Hehe.. Bagusla YouTube Digunakan kKe Arah Kebaikan. Lawati http://www.mohdismail.com Untuk Info Laman Perkhidmatan Video Berilmiah..
bg ak youtube xsalah.. tp kita la yg salah sbb menyalahgunakan kemudahan yg ada.. tp xbest la youtube xde.. xdpt tgk cite kartun lg.. huhu2
Mana boleh close access kita ke youtube.com Kalau gitu tak aci la semua nak block2 web nie..Tak demokrasi online langsung..hehe
Apesal lak nak tutup?bukan politik yang kebanyakkan rakyat cari.Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.Tak aci la.Cian la orang yang tak guna youtube untuk politik.
starline Telah Menulis Entri Terbarunya.. Mengenal CPU : Bahagian 2