Hari-Hari Yang Penat Jugak La Rasa..
Mar 14th, 2008 oleh Qaiyum

Cukuplah.. Tiada politik untuk hari ini? Mungkin lain hari kerana saya tidak berada pada tahap 100% optimis pada ketika huru-hara politik tanah air hari ini. Tunggulah sehingga saya kembali stabil untuk menceritakan hal yang lebih serius. Kali ini kembali ke dunia realiti saya.
Semalam saya ‘dikerah’ untuk mengikuti kursus latihan yang disediakan pihak pembekal perkhidmatan rangkaian dalaman pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia di Menara Telekom, KL. Latihan ini adalah kesinambungan usahasama antara pembekal perkhidmatan dengan pihak BPR dalam menambahbaik perkhidmatan rangkaian dalaman BPR. Rangkaian yang baik meliputi seluruh negara Malaysia adalah perlu bagi menjamin prestasi rangkaian yang menyambungkan ibu pejabat dengan cawangan² seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak berjalan dengan lancar dan sekaligus mengurangkan masalah kritikal yang melibatkan sambungan rangkaian.

Ini adalah produk yang digunakan untuk projek terkini BPR bersama dengan GITN Sdn Bhd. Exinda Network - Peranti yang mampu mengawal fungsi bandwidth sesuatu rangkaian dan seterusnya memaksimakan prestasi rangkaian itu sepenuhnya. Dan banyak lagi fungsi yang rasanya tidak perlu saya menulis di sini kerana kemungkinan anda akan terpelentok seperti saya sewaktu menjalani latihan ini. Heh.. Cuma apa yang boleh dikongsi perkakasan ini mampu menjana laporan yang diperlukan bagi kita memantau prestasi rangkaian yang sememangnya luas. Kita juga boleh mengetahui akses² setiap IP yang menghubungkannya dengan rangkaian dan boleh mengetahui apa yang dilakukan oleh pengguna sesuatu PC itu pada masa nyata (real time)..
Ada satu kisah menarik sewaktu latihan ini. Sewaktu sesi demo yang menunjukkan penggunaan perkhidmatan produk Exinda Network ini daripada HQ ke salah satu cawangan BPR di utara semenanjung. Didapati salah satu laporan analisis penggunaan rangkaian BPR menunjukkan bahawa pada awal pagi semalam sekitar pukul 2.00 am, rangkaian sedang sibuk beroperasi sekitar waktu itu. Masakan masih ada manusia yang bekerja hingga larut malam? Kecuali pihak keselamatan yang menjaga premis cawangan BPR terbabit atau pegawai perisikan @ siasatan yang sedang beroperasi mendapatkan laporan rasuah. Apabila diperhalusi analisis rangkaian pada waktu terbabit, dapatlah dilihat apa yang diakses oleh pengguna salah satu pc yang berada di cawangan BPR itu seperti di gambar bawah :

Jika mata anda rabun, tidak mengapalah. Kerana apa yang dipaparkan adalah analisis akses ke laman web lucah sekitar jam 2.00 am hingga 3.00 am semalam. Haha.. Terkantoi sudah mereka di sana. Sungguh memalukan kaum apabila perkara ini berlaku sewaktu sesi demo produk. Adeh.. Namun apa yang lebih merunsingkan adalah bagaimana pengguna terbabit boleh menembusi Firewall yang sememangnya akan memintas segala cubaan masuk ke laman web berunsur lucah, permainan mahupun chatting. Mungkin pengguna yang terkantoi itu pakar perihal rangkaian dan juga proxy. Apapun cumanya disini saya ingin mengingatkan saudara dan saudari sekalian agar tidak menggunakan kemudahan pejabat untuk sesuatu perkara yang bukan². Walaupun anda berada di luar waktu pejabat. Kerana sebenarnya diri anda sentiasa diperhatikan oleh mereka² diluar sana. Hahaha… Anda sudah tidak bebas lagi untuk melayari internet terutamanya di pejabat. :D= Jangan sampai terkantoi.
Itu sahajalah yang sempat saya kongsikan untuk hari ini. Masih lagi terasa penatnya. Hujung minggu ini pun saya ada misi. Demi pengalaman saya relakan penat menerjah diri. Yeaaahh !!! (Mengeluh tanda semangat..)

Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Bom Rantai
- Hari-Hari Bersama Warga Emas..
- Sistem Aduan Pelajar dan Informasi PMUKM Mudah Alih (m-PMUKM)
- Indonesia Raya
- Empat Hari Di Melaka
- Mari Berfantasi Menjadi Seorang Superhero
- Genting View Resort Training..











hehehee..kantoilah pulak!
camner orang tu leh tembus ek? pakar betul erk~
ngiah ha ha….. anda diperhatikan!
amanahlah ketika bekerja,
anda diperhatikan!!
moralnya..jgn buat jahat..hehehe
La cmner nih ak slalu je akses internet time xbyk keje… haha.. kalu boss ak tau mesty kena tarik pas nih…
Berusahalah… kata orang Melayu… Orang jepun cakap… Ganbatteeee!!!! Dengan semangat….
wahhhh menara tm. tempat aku keje dulu2. haha
Wah web fav aku tuh. Ala koyum, ko ni pun. Kat opis internet tahap dewa, kat umah cam hanjing. Tu yang layan kt opis. Lagipun line clear. Software tu menyekat kebebasan kami (peminat video yang menghargai keindahan ciptaan tuhan).
jangan ban aku sudah.
sori ,mcm spam la plak kat sini.
minta vote utk video ‘I Am A Muslim’ under Inspirational Category untuk Youtube 2007 Video Award. http://www.youtube.com/ytawards07 kepada yg belum tgk,video ni ttg pandangan org terhadap muslim dan lain2..and lawak too.. please sebar2 kan kepada org lain.
Winners will be announced after March 19, 2008. They will get bragging rights, a trophy, and a special invitation, along with VIP treatment, at an event later this year. kalo menang lagi byk chances org akan tgk video tuh..kan bagus tuh!
sori..yg dpt trophy,etc..semua tuh kepada creator video tu,bukannye voters.
Video info:The New Jersey Chapter of MAS (Muslim American Society) put together this message dispelling some of the stereotypes of Muslims, calling for peace and unity and encourages Muslims to be proud of their faith. This informative and very entertaining message is brought to you by the Muslim American Societies Media Foundation.
lama x komen sini. tiba2 je blog aku jadi cam hampeh.
malaysia kini x bebas krn diperhatikan oleh geng2 BPR..haha
bro, alat pengesan tu agak2 bape ribu?
hahaha..kekantoian sungguh mereka2 d BPR…malunye
bypass firewall adalah sofware yang bes untuk melawat website2 sebegitu..opss..aku tak melawat sana.haha