Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Mar 12th, 2008 oleh Qaiyum
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi antara kaum, dan di antara wilayah di Malaysia.
OBJEKTIF
- Matlamat unggul Dasar Ekonomi Baru ialah perpaduan antara kaum yang merangkumi program 20 tahun.
- Rancangan-rancangan pembangunan DEB bertujuan:
- membasmi kemiskinan bagi semua rakyat tanpa mengira kaum
- menyusun semula masyarakat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Petikan Utusan Malaysia >> Tiada lagi DEB - Antara langkah awal kerajaan DAP, PKR Pulau Pinang
Kaum Melayu hari ini membesar dengan DEB dan dasar² kerajaan yang rata² memberi keistimewaan kepada golongan bumiputera terutama dalam ekonomi dan pendidikan. DEB diperkenalkan sejuruh kemuncak ketidaksabaran Orang Melayu terhadap Kaum Cina hingga meninggalkan sejarah 13 Mei di dalam diari sejarah Malaysia. Tekanan yang memuncak dihadapi orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi membawa kepada pertumpahan darah. Maka lahirlah DEB bagi menyeimbangkan semula ekonomi masyarakat. Yang mana membawa maksud juga memberikan imuniti kepada Orang Melayu dalam banyak aspek.
Kenapa orang Melayu memerlukan imuniti ini? Mudah dijawab adalah kerana Melayu waktu itu tidak mampu bangkit, berlari, bersaing, hidup, bernafas dengan senang hati berbanding kaum lain. Mereka tidak mempunyai kekuatan dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Hinggakan orang Melayu sangat jauh ketinggalan dalam bidang² terbabit. Bagi mengelakkan respon amarah orang Melayu terhadap situasi ini berlaku lagi selepas 13 Mei, DEB adalah penyelamat keadaan
Kini sudah tahun 2008. Bagaimanakah situasi orang Melayu hari ini? Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional diperkenalkan bagi menambahbaik DEB pada tahun 1990. Yang mana lebih banyak fokus dalam industri, pertanian dan pembangunan negara. Namun dapat disumpulkan walau telah ramai wujud orang Melayu yang boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lain dalam bidang ekonomi, tetapi masih ramai peniaga dan usahawan melayu yang masih bertatih dan belum mampu menarik nafas lega. Kalau ada yang naik pun pastinya dengan bantuan kerajaan dan bukannya atas usaha sendiri semata².
Adakah kita ingin menyimpulkan bahawa DEB telah gagal sama sekali? Pada saya tidak gagal secara 100%. Imunti yang diberikan kepada orang Melayu telah banyak merubah cara hidup orang Melayu hari ini. Lebih ramai orang muda Melayu memperoleh pendidikan yang sepatutnya mereka peroleh. Malah ramai yang telah hidup mewah dengan apa yang telah mereka capai atas usaha mereka dan dengan bantuan kerajaan.
Namun imuntiti yang diberikan ini dipandang sebagai musuh oleh kaum lain. Musuh ketidakadilan sebagai rakyat Malaysia kata mereka. Dalam fikiran mereka orang Melayu tidak sepatutnya mendapat imuniti sedemikian kerana Orang Melayu sememangnya kaum yang MALAS BERUSAHA. Begitulah hakikatnya. Kaum lain yang rajin berusaha tidak mendapat faedah yang sepatutnya. Manakala mereka yang lebih malas dan hanya tunggu ‘rezeki yang jatuh dari langit’, mendapat pula faedah yang berkali-ganda berbanding kaum lain.
Ah.. Entahlah. Susah untuk saya kupas perkara ini kali ini. Pada sebelah pihak saya memandang DEB adalah survival Melayu di bumi Malaysia ini. Namun dengan adanya DEB lebih ramai mereka yang tidak menghargainya terutama golongan muda. Malah mereka yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab memanfaatkan DEB kepada rakyat seolah² menyeleweng dengan tugas mereka. Itu tidak perlu saya kupas.
Kepada Melayu Pulau Pinang adakah anda dapat menerima situasi ini? Pada saya tidak ada bezanya situasi ini dengan dahulu sewaktu berada di bawah pemerintahan Gerakan. Orang Melayu Pulau Pinang tetap tersisih. Tetapi kini mungkin akan lebih parah lagi apabila kerajaan DAP memansuhkan DEB. Mungkin inilah salah satu proses ‘pengasingan’ kaum Melayu. Atau adakah terus ‘menghalau’ Orang Melayu?? Pastinya dengan pemansuhan ini mereka akan lebih mengutamakan kaum lain berbanding kaum Melayu. Tiada lagi imuniti kepada Melayu Pulau Pinang. Bolehkah mereka Survive dengan kedudukan sama-rata bersama dengan kaum lain? Atau mungkin lebih parah lagi mereka tidak diutamakan langsung oleh kerajaan.
Akhir kata dari saya diharapkan kerajaan Pulau Pinang telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka menjaga kebajikan semua kaum. Walaupun dahulunya kerajaan Barisan Nasional mengutamakan lebih kepada golongan bumiputera. Gantikanlah Dasar Ekonomi Baru dengan dasar baru yang lebih adil dan saksama. Sebagai contoh yang diberikan oleh Pazuzu selaku Presiden Parti Undi Rosak (PUNDAK) untuk memperkenalkan Dasar Ekonomi Terbaru Sekali (DETS) bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) … Semoga 13 Mei versi baru tidak akan berlaku lagi akibat desakan yang melampau sekali lagi kepada golongan Melayu.
Allahu’alam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












aha~
Topik ini yang saya kupas dalam blog saya, pada masa itu saya melayari Utusan dan berita terkini ialah Pulau Pinang bebas DEB.
Terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan BA di P. Pinang.
Terfikir di mana Melayu selepas ini.
Akan tetapi pemimpin Melayu kita yang memegang tampuk pemerintahan dahulu tidak menggunakan DEB itu dengan sepenuhnya, ia menyebabkan berat sebelah dan kaum lain tidak puas hati. Padahal pada hemat saya, jika ia dilakukan dengan baik, semua rakyat di Malaysia akan merasainya.
Sedih dengan apa yang berlaku, tapi inilah kehendak pengundi. Saya berharap Melayu kita akan sedar dengan perkara yang berlaku di sekeliling, jangan kita ditindas.
Jangan lupa hak orang Melayu dan Agama Islam yang kita pertahankan selama ini.
Jangan biar peristiwa 13 Mei 1969 berulang.
aha~
Topik ini yang saya kupas dalam blog saya, pada masa itu saya melayari Utusan dan berita terkini ialah Pulau Pinang bebas DEB.
Terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan BA di P. Pinang.
Terfikir di mana Melayu selepas ini.
Akan tetapi pemimpin Melayu kita yang memegang tampuk pemerintahan dahulu tidak menggunakan DEB itu dengan sepenuhnya, ia menyebabkan berat sebelah dan kaum lain tidak puas hati. Padahal pada hemat saya, jika ia dilakukan dengan baik, semua rakyat di Malaysia akan merasainya.
Sedih dengan apa yang berlaku, tapi inilah kehendak pengundi. Saya berharap Melayu kita akan sedar dengan perkara yang berlaku di sekeliling, jangan kita ditindas.
Jangan lupa hak orang Melayu dan Agama Islam yang kita pertahankan selama ini.
Jangan biar peristiwa 13 Mei 1969 berulang..
Terima Kasih Kepada Saudara Azmi Yang Sudi Meninggalkan Komen Di Blog Ini. Apapun Kita Perlulah Bersiap-sedia Untuk Menghadapi Perubahan Itu. Sejarah Sudah Tertulis. Payah Untuk Mengubahnya. Oleh Itu Diri Sendiri Yang Perlu Diubah Untuk Membolehkan Kita Survive Di Dunia Sementara Ini. Dan Yang Paling Penting Sekali Jangan Melenting.. Tetapi Bersiap Sedia Untuk Menjadi Berani..
Saya setuju dengan Azmi. BN dahulu tidak mengikut DEB yang digariskan sepenuhnya. Siapa yang merana? Rakyat juga…
selama kerajaan memerintah penang saya lihat pembangunan yang pesat berlaku. tapi kaum orang melayu disana tetap disisihkan. banyak tanah2 mereka dibolot oleh kaum cina.adakah masa tu terdapat inisiatif kerajaan untuk membantu bumiputra disana? tiba-tiba bila kerajaan kalah, isu DEB digemparkan balik. saya rasa memang patut DAP berbuat demikian kerana utk melindungi kepentingan dan hak mereka.
secara waras,jika kerajaan jujur memelihara hak orang melayu,org melayu di penang tidak menjadi seperti skg.
Pelbagai kesan akan timbul jika pihak yang bertanggungjawab tidak melakukan amanah yg diberi dengan sebaik-baiknya.Selepas ini,diharapkan semua pihak sedar akan kesilapan masing-masing.bukan masanya untuk memerhati tapi marilah bertindak.
macm-macam boleh jadi sebagai anak melayu penang risau gak
#Azhar Ahmad - Apepun Sebenarnya DEB Telah Banyak ‘Menyelamatkan’ Melayu. Kita Tetap Perlu Menghargai DEB Sebagai Seorang Anak Melayu..
#beduz - Walaupun Kerajaan BN Memerintah Penang Dulu, Tetapi Sangatlah Susah Untuk Memajukan Melayu Yang Sebagai Kaum Minoriti Di Sana. Mungkin Sebab Itulah Melayu Terpinggir..
#abrar - Semoga Kita Sentiasa Menyedari Dimanakah Kita Hari Ini..
#aliff mustakim - Setiap Yang Manis Perlu Ada Pahitnya..
Setiap yang bernyawa akan mengurangkan usaha kalau sesuatu ada untuk membantu, contoh; Abu selalunya pergi kerja jalan kaki, satu hari Ali menumpangkan Ali ke tempat kerja setiap hari. Sejak itu, Abu tidak akan pergi kerja kalau Ali tidak menumpangkannya, kerana fktor malas. Sedangkan dulu dia begitu rajin pergi kerja berjalan kaki.
Begitu juga situasi ini. Apabila bangsa Melayu di bantu, tiadalah usaha yang gigih dan usaha pun siminimum yang mungkin.
Jika DEB ini diperuntukkan juga kepada kaum lain seperti Cina dan India sperti yang dibuat kepada Melayu, situasi sama tetap berlaku. Usaha yang minimum. Sifat manusia selagi ada nafsu menguasai.
Hari ini, melayu pulau pinang kelihatan akan “pupus” di bumi sendiri, orang melayu pulau pinang terpaksa menerima hakikat ini kerana pemilihan pembangkang sebagai peneraju pada penggal kali ini adalah pilihan kuasa veto yang mereka lakukan semasa hari mengundi. Telanlah hakikat ini.
DEB oh DEB..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sahabat sekalian,
Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) merupakan sebuah akta yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi membendung kegiatan mahasiswa daripada terlibat dgn mana2 pertubuhan serta badan politik di Malaysia. Saya akui bahawa akta ini sedikit sebanyak menyekat mahasiswa daripada terlibat dgn pertubuhan politik malah pertubuhan bukan kerajaan NGO… kalau hendak diikutkan, penglibatan mahasiswa dalam GPMS pun adalah salah disisi AUKU kerana GPMS merupakan NGO. Akan tetapi didalam AUKU ada memperuntukkan bahawa seseorang
mahasiswa itu boleh menjadi ahli mana2 NGO hanya dengan mendapat kebenaran daripada Naib Canselor, maka dgn ini mahasiswa tdk ada masalah utk menjadi ahli GPMS. Secara tidak langsung GPMS Cawangan Khas boleh diwujudkan di mana2 kampus dengan kebenaran Naib Canselor.
Ini dapat kita lihat bahawa AUKU sebenarnya memperuntukkan kuasa penuh kepada Naib Canselor dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan penglibatan mahasiswa dalam kampus. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, Hampir kesemua Naib Canselor di Malaysia ini adalah Melayu dan ini merupakan peluang kepada mahasiswa Melayu utk terus terlibat dalam mana2 NGO Melayu ataupun pertubuhan Mahasiswa di kampus. Bukan bermakna kebebasan mahasiswa itu disekat, biar kena dengan caranya, saya sendiri semasa di kampus dahulu terlibat dalam kes ini, semasa ingin bertanding utk jawatan Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan. Saya telah mendapatkan persetujuan drp Timbalan Rektor (HEPA)UIAM untuk bertanding jawatan tersebut. Pihak universiti ada mengeluarkan satu surat yang menyatakan pihak universiti menyokong dan memberi kebenaran.
Namun, apa yang selalu diperkatakan oleh kebanyakkan mahasiswa adalah apabila mereka terlibat dgn pertubuhan yang berpaksikan pembangkang dan sebagainya. Ini adalah salah kerana pertubuhan2 seperti ini banyak menjalankan aktiviti2 bagi menggalakkan mahasiswa terlibat dgn aktiviti yang tdk mendatangkan faedah spt Demonstrasi Haram, Mengecam kerajaan dan sbgnya… perkara seperti ini hanya akan memburukkan keadaan ekonomi negara dan pandangan dunia yang negatif
terhadap Malaysia.
Untuk makluman sahabat sekalian,
Semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, pernah diadakan satu lawatan ekonomi Malaysia ke Jepun bagi membincangkan projek kerjasama yang akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada negara, Kerajaan Jepun amat berminat dengan projek tersebut, akan tetapi pihak kerajaan Jepun memohon agar kerajaan Malaysia dapat menyediakan keputusan Pilihanraya kampus dari tahun 1998 hingga 2002. Ternyata keputusan tersebut tidak memihak kepada Kerajaan. Disebabkan keputusan PRK itu, pihak kerajaan Jepun tidak berminat untuk menjalankan kerjasama ekonomi dgn Malaysia. Inilah kesan negatif hasil daripada kegiatan mahasiswa sekiranya tidak dibendung. saya juga merupakan graduan universiti yang dahulunya mahasiswa… saya juga aktif dengan pertubuhan belia. tidak ada masalahnya… namun gunakan cara yang betul
Seandainya AUKU ingin dipinda, saya mencadangkan agar hanya meminda AUKU bagi membolehkan penglibatan mahasiswa dalam Pertubuhan Belia dibawah MAJLIS BELIA MALAYSIA sahaja bagi menggalakkan golongan belia yang majoritinya adalah mahasiswa seperti GPMS, GB4B dan MAYC. Saya sendiri telah terlibat dengan badan2 belia ini dan ianya cukup baik seandainya golongan mahasiswa dapat menyertainya. Saya dapat melihat kesan daripada AUKU yang agak tidak menggalakkan penglibatan Mahasiswa dalam pertubuhan Belia ini.
Semoga gerakan mahasiswa & belia di Malaysia akan bertambah dan maju kehadapan bersama dalam merencana modal insan yang berkualiti serta mancapai tahap minda kelas pertama bagi golongan muda Malaysia.
Sekian, Wassalam.
AHMAD YAKQUB BIN NAZRI
Ahli Majlis Tertinggi
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
AUKU,
berdasarkan keterangan Sdr Ahmad Yakqub, saya menyuokong penuh dengan penjelasan tersebut. saya juga merupakan graduan kini sedang melanjutkan pelajran di peringkat sarjana. AUKU sebenarnya memberi manfaat kepada mahasiswa agar terus memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran. mahasiswa boleh terlibat dalam NGO-NGO atau persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh Naib Cancelor, tapi pelajaran perlu diutamakan. Tun Dr. Mahathir telah menjelaskan kenapa beliau mewujudkan AUKU. ia bertujuan bukanlah untuk menyekat kebebsan mahasiswa dalam bersuara, tetapi supaya mengingatkan mahasiswa agar berjaya dahulu dalam pelajaran kemudian baru lah kita bersuara. Ini yang cuba ditekankan oleh Tun. kita perlu melengkapkan dahulu diri kita dengan Ilmu kemudian barulah kita boleh melakukan apa yang kita fikir benar. Ilmu adalah lebih penting, jika kita menyertai atau menyokong mana2 parti politik secara membuta tuli tanpa Ilmu, maka kita takkan ke mana. kita hanya akan bertindak mengikut perasaan dan tidak berfikir dengan waras. lengkapkan dahulu diri dengan seberapa banyak ilmu yag boleh kemudian kita nilai sendiri apakah kewujudan AUKU itu menghalang dari mahasiswa bersuara atau tidak.
Hai sume…. Slam perkenalan!!! Sy ngah wat asgment tntg dasar ekonomi baru nie.. Susah gak ah. X tau nk cri bhan dri mne g tp blog nie mmg best, dpt gk tlg sy kmpul mklmat. Byk idea siot…. Gempak ah. Thanks bebyk!!! Hope u all succes… SLMAT MYAMBT RAMADHAN AL MUBARAK
thanks bnyak information i tgh wat asgmt pasal deb
arap2 dpt markah lebih degn gunakan information from this blog
So narrow minded people…