Borak-Borak Politik
Mar 11th, 2008 oleh Qaiyum
Darah Rakyat
Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim
Ayuh! ayuh!
Bergerak! Sekarang!
Merah Putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Darah Rakyat merupakan lagu perjuangan rakyat yang lahir semasa Revolusi Indonesia 1945. Seperti lagu “Indonesia Raya” yang merupakan lagu Kebangsaan PKMM, perjuangan kemerdekaan rakyat Indonesia banyak mempengaruhi pemikiran rakyat di Malaya. Lagu ini selalu dinyanyikan semasa perbarisan dan perhimpunan PKMM dan API untuk menaikkan semangat pemuda-pemudi pada zaman kebangkitan gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya selepas perang dunia kedua (1945-1948).
- Di petik dari laman blog 10 Tahun Sebelum Merdeka
Di pejabat seharian tadi, sekalian umat staf kerajaan sentiasa tidak lari dari berbual² soal politik. Di mana² juga begitu. Bermula dari waktu pengiraan undi hingga ke hari ini, saya sentiasa dihubungi oleh rakan² melalui YM dan juga telefon menanyakan pendapat saya mengenai situasi politik tanah air. Hebat sangatkah saya ini sehingga mampu memberikan pendapat seperti penganalisa politik di luar sana? Apapun mungkin mereka inginkan pendapat selaku bekas seorang mahasiswa yang mempunyai semangat kemelayuan yang tinggi.
Jika dilihat sebelum ini saya kelihatan lebih berpihak kepada kerajaan, dan juga menjadikan Tun Dr Mahathir Sebagai Idola Pemimpin. Dan juga latarbelakang penglibatan saya di dalam bidang politik kampus seolah-oleh saya sentiasa mengharungi arus perdana bersama-sama dengan kerajaan bagi membangunkan mahasiswa/i sendiri. Tetapi itu tidak melambangkan saya hanya menjadi ‘pak turut’ bagi sesuatu perkara. Pendirian saya sangat kukuh terutama dalam soal perjuangan. Perjuangan yang suci seperti memartabatkan bangsa Melayu adalah perjuangan saya. Tetapi tidak akan sekali-kali saya memihak mereka yang mencampur-adukkan perjuangan itu dengan sesuatu yang tidak suci lagi murni. Mencampurkannya dengan sesuatu yang lari dari konsep Islam dan isi kandungannya. Sehinggakan sewaktu di kampus dahulu saya terpaksa menyingkirkan seorang sahabar seperjuangan daripada organisasi, hanya kerana beliau mencampurkan nilai perjuangan itu dengan sesuatu yang diluar moraliti murni. Sungguh perit…
Saya bukanlah seorang yang suka mengkritik orang lain. Apatah lagi saya juga seorang yang optimis. Penglibatan di dalam politik kampus tidak sesekali saya campurkannya dengan politik luar. Apatah lagi membincangkannya secara terang-terangan. Saya skopkan diri saya agar lebih mempersoalkan dengan persoalan “dimanakah Melayu hari ini?” berbanding mempersoalkan “kenapa kurangnya subsidi dari kerajaan?”. Mahasiswa mempunyai suara yang sangat luas. Terutama bagi mempersoalkan isu semasa. Tetapi saya lebih suka membincangkan sesuatu masalah itu menggunakan rasional dan logikal sesama rakan seperjuangan yang lain, mencari penyelesaian dan menyampaikannya kepada pihak atasan. Itulah hiererakinya. Tidak akan kedengaran suara lantang saya menghentam kerajaan atas kekurangan hak mahasswa. Kalau adapun rakan seperjuangan lain yang akan melantangkannya. Bukan saya.
Saya lebih gemar menganalisa politik luar. Mengkaji mana yang baik yang boleh dijadikan tauladan dan mana yang buruk dijadikan sempadan. Perjuangan saya bukan untuk menuntut hak rakyat. Seperti yang saya katakan di atas, saya lebih gemar merintihkan nasib bangsa sendiri. Saya lebih suka mengasingkan antara Melayu dan Politik mereka walaupun sepatutnya ia tidak dipisahkan. Tetapi kerana politiklah Melayu Berpecah dan kerana Politik jugalah Melayu masih mempunyai tempat di Bumi Malaysia ini.
Kini situasi politik tanahair telah berubah. Mereka katakan “revolusi rakyat”. Seperti lagu di atas, begitulah kaitannya dengan situasi hari ini. Bila rakyat dirasakan tertindas dan hak mereka dirampas. “Kuasa” mereka mampu merevolusikan negara ini. Banyak faktor yang menyumbang kepada fenomena politik selepas pilihanraya umum yang lalu. Anda sendiri pasti telah mengetahui sedikit sebanyak mengenainya. Apa yang saya mampu untuk ulas sedikit adalah berkenaan dengan apa yang dikatakan ‘barah’ di dalam UMNO sendiri yang telah menjadi punca segalanya. Barah yang telah menjadikan segolongan pemimpin² lupa diri dan lupa perjuangan asal mereka. Sehingga pada akhirnya mereka sendiri dikhianati oleh orang bawahan yang dirasakan diri mereka tertindas. Walaupun duduk di atas bangku parti politik yang sama, tapi tidak semestinya mereka sehaluan dalam sesuatu perkara. Pergolakan akan sentiasa berlaku. Dan jika ‘barah’ ini tidak dirawat di dalam UMNO oleh pemimpin mereka sendiri, maka tidak hairanlah kisah ‘duri dalam daging’ sebegini boleh wujud. Tapi yang pastinya mereka bukanlah mengkhianat negara. Tetapi mereka mengkhianat pemimpin kerana sayangkan negara.
Begitulah sandiwara politik kita. Kebangkitan BA adalah perlu pada masa ini. Bagi memastikan check & balance yang saksama. Bagi memberikan amaran yang jelas kepada pemimpin yang ‘terlupa’. Terlupa untuk ‘menjenguk’ rakyat. Terlupa untuk lebih ‘prihatin’ kepada rakyat. Moga tiada lagi penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Apa yang dijanjikan oleh pihak BA pastinya perlu ditunaikan tidak kira berapa lama masa yang diambil. Bukan hanya janji manis di mulut sahaja. Pastinya inilah waktu kebangkitan Islam jika perjuangan PAS seperti pada dasarnya. Memang saya sangat menantikan kebangkitan Islam yang lebih teguh hingga ke naluri sanubari rakyatnya. Tunjukkan bahawa pemimpin PAS mampu merealisasikan hasrat rakyat berkenaan dengan keIslaman dan konsep²nya.
Namun saya masih rasakan kegusaran pada revolusi ini. Iaitu nasib yang akan menimpa Melayu kelak. Harapnya tidak ada yang drastik akan men-dilemakan orang Melayu dengan revolusi ini. Saya takut dan saya gusar. Adakah DAP akan mampu dikawal oleh kelompok pemimpin Melayu yang berada di dalam BA sekarang? Karpal Singh pernah melaungkan “Langkah Mayat Saya Dahulu Kalau Nak Wujudkan Negara Islam.” di dalam Parlimen. Adakah perkara itu akan terbawa² dalam perjuangan DAP. Pecahan dari parti serpihan pimpinan Lee Kwan Yew ini menggusarkan saya. Harapan saya hanya satu. Melayu itu pasti perlu bersatu hari ini atau akan datang.
.. Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Diarus Zaman ..
- Warisan, Dr. Nordin Kadri
Dan juga kepentingan perpaduan kaum itu juga sesuatu yang sangat penting. Situasi politik hari ini dilihat isu perkauman itu sentiasa dilaga²kan. Sentimen perkauman sentiasa menjadi isu yang sensitif. Keharmonian sangat sukar dicapai jika keadaan ini berterusan. Masing² memandang kaum lagi dengan penuh sangsi dan ketidakpercayaan yang tinggi. Pada saya walaupun kita perlu kuatkan barisan Melayu itu sendiri, tetapi konsep perpaduan kaum hendaklah sentiasa dititikberatkan. Supaya kelak Malaysia mampu membawa diri lebih jauh kehadapan. Dan bukannya kebelakang. Dengan revolusi ini juga diharapkan tiada lagi mereka yang sekaum mengamuk di jalanan. Meminta hak yang pelik lagi bukan².
Tahniah saya ucapkan kepada pihak Barisan Alternatif (jika pakatan ini masih wujud). Usaha kalian selama beberapa tahun ini telah membuahkan hasil. Dan pastinya usaha itu juga ingin dilihat oleh sekalian rakyat dalam membantu mereka melalui hari² yang penuh liku. Janganlah usaha itu hanya wujud demi azam untuk merampas negeri² lain di Malaysia pada pilihanraya umum akan datang. Tetapi usaha itu adalah atas dasar keikhlasan hati berjuang untuk rakyat. Dan jika kalian mampu diterima majoriti rakyat Malaysia atas usaha dalam 4 @ 5 tahun ini, sehingga mampu memperoleh kuasa di tampuk kepimpinan Kerajaan Pusat kelak, berjuanglah seperti anda berjuang menuntut kuasa itu. Jangan biarkan api perjuangan itu terpadam setelah mempunyai kuasa kelak.
Dan kepada kepimpinan Barisan Nasional. Tamparan telah diterima. Rasanya kesan merah lebam 5 jalur jari manusia telah terlakar di pipi anda. Tidak guna merintis & menyepi diri. Api perjuangan itu sepatutnya masih membuak² lagi. Berjuanglah lagi demi bangsa dan demi maruah anda sekalian yang telah tercalar. Rekod buruk itu boleh dipadam dan dilupakan rakyat sekiranya pemimpin yang wujud kelak pemimpin yang benar² ikhlas dalam perjuangan dan tidak bertindak kurang rasional. Jangan campurkan perjuangan kalian dengan sesuatu yang “Lagha”. Muhasabah lagi diri selepas ini. Dan kepada kepimpinan UMNO. Selesaikan krisis yang timbul dengan profesional. Tidak perlu menghunus keris menikam sesama sendiri. Samada dari depan mahupun belakang. Politik wang adalah dalam senarai paling atas untuk dirawat. Denganlah kritikan Tun M walaupun beliau sendiri pernah melakukan kesalahan. Jika semua virus kritikal dapat diselesaikan, berusahalah untuk satukan kembali Melayu ini. Melayu perlu diperbetulkan lagi. Pemimpin seperti anda sangatlah diperlukan oleh orang Melayu untuk melihat bangsa ini terus maju.
p/s : Mampukah kita melihat UMNO + PAS bersatu di dalam politik negara ?? Sama²lah kita nantikan. Pasti akan muncul hari itu kelak.. Pasti..
Saya yang membanteras Rasuah,
Qaiyum.Net
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- 1957 Hati Malaya
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod III)
- Bagaimana Rasanya Lega ?
- BABI : Antara Politik Dan Sensitiviti Masyarakat
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #1
- Atas Nama Perjuangan
- Perjuangan ProWaris













Satu pandangan yg sgt menarik dan mantap.. tu pasal org suka tanya pendapat ko coz ko nih leh dikatakan seorang yg neutral..
ak harap PAS leh betul2 menegakkan Islam kat negara nih.. tp sbnrnye ak sentiasa ragu2 ngan konsep dan cara perjuangan diorg.. tp sbb ak nih bkn penulis yg hebat mcm ko ak xleh nk sampikn secara penulisan.nn t kalu ak tulis nmpk ak condong pd pihak lain…
ape pn teruskn perjuangan dan penulisn ko.. hopefully satu hari nnT ko leh jd pejuang utk bangsa Melayu…
kita menulis sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.Biarlah luahan bersandarkan pada fakta dan kewarasan akal.Yang itu saya respect kat Abg Qaiyum.huhuhu
“Langkah Mayat Saya Dahulu Kalau Nak Wujudkan Negara Islam.”kata2 penuh makna ini menjadikan cabaran kpd kita semua supaya bersatu hati utk menegakan agama islam. cukuplah berpecah belah kerana yang tergadai bukan saje maruah bangsa tapi juga agama. diharapkan kepimpinan tertinggi memahami situasi skg. terbunyi keluhan peniaga melayu pasar mlm di sg nibong,penang mengenai nasib mereka. adakah tanah untuk mereka meraih rezeki sjg akan kekal selama2nya??
P/S: penulisan bro kali ni mmg senang utk difahami..
terbaiklah penulisan ni..ape2 yg kita nak buat mstilah berteraskan Islam dan aku rasa aku tahu ape yang akan aku pangkah bila boleh mengundi pada pilihan raya akan datang..
Abg Qaiyum (uweekkk!!)..
REspek ar kat abg qaiyum.. bagus penulisan ni.. (uwekkk!!)
Weh, aku bosan la. Tak habis2 orang ofis aku cite pasal politik.
Ko dah tengok Duyung? Ulas sikit dalam blog ko ni..
HEHE!
***LARI!!!**
#herda - Doa²kanlah Sekali Kesejahteraan Negara. Semoga Rakyat Tidak Sekali Lagi Dipermainkan. Yang Penting Jangan Sekali² Kita Lupa Siapa Kita.. Che Lem Biler Nak Blanje??
#abrar - Hmm.. Manusia Memang Tak Dapat Lari Dari Beremosi. Tapi Emosi Tu Mampu Dikawal. Optimiskan Minda :D= Sama²lah Kita Respek Merespek Sesama Manusia. Tapi Jangan Agungkan Saya. :D=
#beduz - Ketentuan Nasib Melayu P.Pinang Ditangan DAP Sekarang Ini. Jika Mereka Tidak Ingin Memperjudikan Nasib DAP Pada Pilihanraya Akan Datang. Pastinya Mereka Akan Jaga Kebajikan Semua Golongan. Dan Jika Mereka Bertindak Bodoh Dengan Mengenepikan “Ketuanan Melayu” Maka Bersiap-sedialah Mereka Untuk Menerima Hayunan Keris Dari Orang Melayu.
#hafifi - Saya akan cuba kekalkan gaya penulisan sebegini supaya lebih mudah difahami. Dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Terima kasih di atas sokongan.
#Hawa - Eleh.. Ade gaya² jeles nampak. Haha.. Nak buat cemana. Kita kena ikut arus perdana. Kalau orang tengah sibuk cerita politik, takkan kita nak cerita pasal cara² buat wau. Tak masyukla.. Apepun macam² ada dalam blog ini. :D=
Saya, akui ini kupasan yang terbaik, setakat ini… Hummmm….
aku perasan sekarang ramai penyokong ekstrimis BN seperti; sama ada mendiamkan diri sambil membuat kerja-kerja harian seperti biasa, tak pun tiba-tiba berdiri di atas pagar, neutral.
macam /tut\
vantage point mantap!
Ya.. Begitulah Resam Dunia. Pengkhianat Lahir Kerana Dikhianati..
Umno hunus keris tangan kanan, tangan kiri duit kat blkg,
Pas bertakbir, takut2 ada syaitan bertopeng manusia berbisik di telinga,
PKR tampak kuat, tapi takut kalau2 ada sokongan lain di belakang….
ehem,
Semua orang suka akan orang yang menepati janji,
Tidak mahu lagi mendengar janji melayu yang didefinisikan sebagai tak tepati janji,
tapi janji melayu yang tepat dan pasti!!
Menang atau kalah, pejuang suara rakyat sebenar akan terus berkhidmat utk rakyat..
Politik hanyalah salah satu landasan sahaja, kita juga pemimpin di bumi allah ini tanpa perlu menjadi ahli politik. Lihat sekitar anda yg memerlukan bantuan, bantulah mereka kerana membantu golongan2 yg memerlukan bukan kerja kerajaan semata-mata. Ini khidmat social selagi masih bernyawa. Aku tak amik port sgt pasal politik sbb byk sandiwara dunia. So, biarlah kita semua jadi pemimpin utk diri sendiri,keluarga dan rakan2.
memang sy sokong dan akan terus sokong qaiyum..