Pakat Kelik Ngundi..
Mar 7th, 2008 oleh Qaiyum
Assalamualaikum..
Bagaimana? Telah Menetapkan Pendirian Untuk Hari Pembuangan Undi Esok? Ataupun Anda Ingin Berjuang Bersama² Parti Undi Rosak (Pundak)? Parti Ini Tidak Berproksikan Pihak Kerajaan Mahupun Pembangkang+ Berdiri Kukuhnya Dengan Kaki Sendiri+ Dan Menolak Kesemua Parti Lain Yang Wujud Di Perkarangan Politik Tanah Air Ini+ Hingga Membawa Revolusi Baru Kepada Bumi Malaysia+ Ada Berani?? Jika Anda Hingga Ke Saat Ini Masih Lagi Mengelirukan Diri Sendiri Terhadap Parti Mana Yang Ingin Di Pangkah Keesokan Hari, Undilah Parti Ini+ Tidak Perlu Lagi Pening Memilih Samada Parti Daripada Barisan Kerajaan, Pembangkang Mahupun Bebas+ Layanlah Video Kempen Bagi Parti Ini..
Rakan² Serumah Telah Beramai² Pulang Mengundi+ Ada Yang Ke Johor, Ada Yang Ke Melaka Dan Ada Yang Ke Kedah+ Hanya Tinggal Saya Dan Seorang Rakan Yang Tidak Pulang+ Bukan Kerana Tidak Ingin Mengundi+ Tetapi Kerana Rumah Berada Nun Jauh Di Pedalaman Sabah+ Bukanlah Pedalaman Sangat Kerana Kampungnya Berada Di Salah Sebuah Pulau Di Daerah Semporna, Sabah. Saya Pula Tidak Perlu Susah² Untuk Pulang Ke Kampung Halaman+ Kerana Pusat Mengundi Saya Hanya Selang 10 Minit Perjalanan Dari Rumah Sewa Yang Indah Ini+ Maka Aktiviti Hujung Minggu Pastinya Akan Sama Seperti Hujung² Minggu Yang Lain. Cumanya Ia Akan Dihiasi Dengan Suasana Panas, Tegang & Basah (Macam Lucah Je..) Pilihanraya Umum Ke-12 Kali Ini.. Cuma Harapnya Ia Tidak Akan Menjadi Tragedi Berdarah Negara Seperti Yang Berlaku Pada 1969+
Saya Agak Pasif Dalam Agenda Mewarnai Dunia Blog Buat Beberapa Ketika Ini+ Bukan Apa.. Cuma Mahu Menyesuaikan Diri Dengan Persekitaran Kerja+ Heh.. Untuk Percubaan, Saya Telah Menukar Cara Saya Menaip Bagi Menjadikannya Lebih Pelik Dari Biasa+ Tak Pastilah Samada Anda Dapat Mengikuti Cara Penaipan Saya Yang Sememangnya Berbeza+ Tapi Saya Memang Suka Bereksperimentasi Dengan Sesuatu+ Namun Jika Ianya Kelihatan Lebih Menyusahkan, Maka Saya Akan Kembali Menaip Perkataan Sepertimana Anda Menaip Menggunakan Keyboard Anda+ Maafkan Saya Kerana Membuat Mata Anda Lebih Juling+ Tapi Saya Juga Mengharapkan Keadaan Artikel Sebegini Akan Mendapat Keunikannya Sendiri
Apapun Saya Ucapkan Selamat Mengundi Kepada Saudara Saudari Sekalian.. Power To The Peoples. Hip Hip..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- No related posts











Ahahhahah…. Saya pun dah kembali ke pahang… Hummm… Terpulanglah kamu nak buat camner… Setiap org unik… Huhuhu, mata saya tak juling lagi taw
tak leh mengundi lagi, umo lom cukup,
haha, bleh ke kita cop kan org ya undi rosak tu kira pecah amanah?
kira berdosa tu sbb mengundi tu kira dah di amanahkan,,,
agama pun menuntut sbb utk memilih pemimpin…
kan?
penulisan bro ada ++ apa rasionalnya?
adei, aku balik ngundi serupa balik raya..maybe sbb pilihan raya..so asalkan ada term raya jln raya mesti serupa tak raya..kekekek..apa aku merapu ni..