Kisah Tragik : Kepulangan Dari Melaka
Mar 2nd, 2008 oleh Qaiyum
Memulakan Perjalanan Pulang Ke Bandar Baru Bangi Pada Pukul 3.30 Pm. Cuaca Redup Dan Tidak Terlalu Panas Akan Melancarkan Pemanduan Keseorangan Saya Pada Waktu Itu. Perjalanan Agak Lancar Dan Santai Sambil Melayan Lagu Dari Album Disagree. Sehinggalah Kereta Kembara Saya Tiba Di Sempadanan Melaka-Seremban. Kereta² Di Laluan Bertentangan Dengan Kerap Memberikan Lampu Flash. Yang Pada Saya Membawa Maksud Mungkin Di Hadapan Ada Road Block Ataupun Anggota Polis Sedang Menyorok Di Sebalik Semak-Samun Dengan Kamera Anti-Speednya. Saya Menukar Ke Laluan Tengah Dari Laluan Kanan. Dan Di Hadapan Saya Ada Kereta Bernombor Plat Singapura Dengan Tidak Semena² Membawa Perlahan.
Dalam Hati Saya Berkata..
“Eh! Takkan Tersaiko Dengan Lampu Flash Dari Kete Lane Sebelah Kot. C’mon La Singaporean. Speed La Sikit.. Potong Kereta Yang Slow Depan Tu..”
Hujan Mulai Renyai Dan Beberapa Saat Kemudian Begitu Lebat. Kereta Milik Rakyat Singapura Di Hadapan Semakin Perlahan. Dan Makin Lama Makin Slow Sehinggalah Betul² Memaksa Saya Untuk Lebih Kuat Menekan Brek Keret. Agak Gusar Dan Melihat Ke Cermin Pandang Belakang. Hmm.. Nasibbaik Kereta Di Belakang Sempat Berhenti. Sempat Pula Kereta Kenari Putih Di Belakang Memasang Lampu Kecemasan. Saya Kembali Memandang Ke Hadapan Dan Melihat Dalam Keadaan Samar² Hujan Lebat Rupanya Laluan Itu Sedang Berada Dalam Kesesakan Lalu Lintas Secara Tiba²..
Dua Saat Kemudian..
“GEDEGAANNGG!!!“
Terasa Seperti Sondolan Keras Golongan Homoseksual Dari Belakang..
Saya Mengaum, “Tooooooott !!!“
Saya Menoleh Ke Belakang. “Eh! Takde Pape Pun”. Cermin Belakang Tidak Retak Mahupun Pecah. Beg Laptop, Baju Dan Lain² Masih Berada Di Kedudukannya. Titisan Air Hujan Yang Melekat Di Cermin Menyukarkan Saya Melihat Apa Yang Berlaku Di Luar Sana. Keadaan Hujan Yang Agak Lebat Menidakkan Saya Untuk Keluar. Misi Seterusnya Adalah Untuk Memberhentikan Kereta Ke Laluan Kecemasan Di Sebelah Kiri. Setelah Misi Berjaya, Beberapa Kereta Juga Saya Lihat Sudah Berhenti Di Belakang Kembara Saya Yang Kemungkinan Sudah Cacat Itu. Dengan Selambanya Saya Redahkan Juga Hujan Untuk Melihat Apa Yang Telah Berlaku.
Keluar Sahaja Kereta Dengan Gaya Kool, Saya Lihat Kereta Kenari Putih Di Belakang Saya Telah Cacat Dengan Teruknya Di Bahagian Hadapan. Pemandunya Dan Seorang Penumpangnya Juga Turut Keluar. Dan Pada Waktu Itulah Saya Menangkap Bahawa Di Belakang Kereta Kenari Itu Ada Sebuah Lagi Kereta Yang Sedang Cacat Bahagian Hadapannya. Maka Saya Membuat Spekulasi Liar Bahawa Amoi Yang Membawa Kereta Wira Hijau Di Belakang Kenari Putih Itulah Yang Menjadi Punca Segalanya. Melakukan Aksi Golongan Homoseksual Itu Dengan Kereta Kenari Dihadapannya. Dan Secara Tidak Sengaja Juga Kereta Kenari Putih Itu Telah Terhomoseksual Dengan Kembara Saya Yang ‘Gagah‘. Kenapa Gagah? Kerana Keadaan Kembara Merah Saya Itu Tidaklah Secacat 2 Buah Kereta Yang Terlibat Dalam Kemalangan Itu. Kereta Kenari Paling Teruk Kerana Parah Di Bahagian Bonet Hadapan Dan Belakang. Kedua² Kereta Kenari Dan Wira ItuTidak Boleh Start Enjinnya. Saya Bersyukur Kerana Momentumnya Tidak Sehingga Kereta Saya Meng’homoseksual’kan Diri Dengan Kereta Singaporean Di Hadapan Saya Tadi. Kalau Tidak Lagi Parah Jadinya.
Pemandu Kedua² Kereta Itu Adalah Berbangsa Cina. Diorang ‘Cong Ceng Cong Ceng‘ Tanpa Sepatah Harampun Saya Paham. Kemudian Datang Seorang Berbangsa Cina Yang Lain Untuk Membantu Mangsa Kemalangan Itu. Saya Pun Buat² Sibuk Dengan Memeriksa Segala Kecacatan Yang Mereka Hadiahkan Kepada Kembara Saya (Bukan Saya Sebenarnya.. Ayahanda Saya Punya.. Hahaha). Nombor Plat Hanya Tinggal Perkataan WLS. Yang Lainnya Telah Hilang Tanpa Berjaya Dikesan. Sedikit Keretakan Juga Saya Lihat Pada Bahagian Tempat Simpan Tayar Ganti Di Bahagian Belakang Itu. Maka Saya Tidak Suspek Sebarang Lagi Kerosakan Lain Memandangkan Keadaan Hujan Lebat Dan Saya Sedang Tanpa Payung. Saya Membiarkan Kedua² Empunya Kereta Kenari Dan Wira Tadi ‘Berperang Mulut’ Ataupun Mungkin Mereka Berbincang Strategi Seterusnya.
Kemudian Baru Saya Menyampuk Dalam Berbahasa Melayu Dengan Mereka Membincangkan Habuan Ganti Rugi Untuk Saya. Amoi Yang Menjadi Punca Kejadian Itu Meminta Untuk Segala Ganti-rugi Dibayar Dengan Insuran Beliau. Saya Fikirkan Perkara Itu Sangat Leceh Untuk Dilaksanakan Kerana Perlu Membuat Laporan Polis, Menunggu Terlalu Lama Untuk Selesaikan Perkara² Lain Di Bengkel Dan Sebagainya. Saya Pun Mencadangkan Hanya Perlu Ganti Rugi Bagi Menggantikan Nombor Plat Saya Yang Hilang. Segala Calar-balar Dan Kemek Di Bahagian Bumper Tidak Perlu Beliau Cover. Memandangkan Juga Beliau Perlu Membayar Lebih Gantirugi Pada Kereta Kenari Yang Lebih Cacat Itu. Saya Mencadangkan Hanya Membayar Saya RM30. Haha.. Kenapalah Saya Begitu Pemurah.. Entahlah.. Mungkin Saya Rasa Saya Juga Bersalah Kerana Tidak Memberhentikan Kenderaan Dengan Lebih Lancar. Saya Rasa Saya Agak Kalut Semasa Memberhentikan Kenderaan Sebentar Tadi Sehingga Memberi Efek ‘Halus’ Pada Kereta² Di Belakang Saya. Itu Mungkin Satu Kemungkinan. Tapi Saya Tetap Pasti Bahawa Saya Telah Mengikut Jarak Yang Sesuai Semasa Pemanduan. Entahlah..
Setelah Amoi Itu Membayar Saya Dan Dalam Keadaan Basah Kuyup Akibat Hujan Itu, Saya Kembali Ke Kenderaan Dan Mengambil Baju Salinan Di Dalam Beg. Menukar Di Dalam Kembara Lalu Memberikan Panggilan Telefon ‘Maut’ Kepada Ayahanda Bagi Memberikan Laporan Terkini. Huhu.. Sedikit Kerisauan Terdengar Di Hujung Talian Dan Meminta Saya Untuk Terus Pulang Ke Rumah. Keadaan Jalan Raya Masih Lagi Sesak. Bukan Kerana Kemalangan Kecil Yang Melibatkan Kembara Saya. Tetapi Ada Sebuah Lagi Kemalangan Di Hadapan Yang Berlaku Terlebih Dahulu Dari Kemalangan Kecil Saya Itu. Saya Meneruskan Perjalanan Dengan Perasaan Sedikit Trauma Supaya Lebih Berhati² Semasa Memandu Di Dalam Keadaan Hujan Lebat. Beberapa Meter Dari Tempat Saya Disondol Saya Lihat Kemalangan Seperti Gambar² Di Bawah..


BMW Dan Sebuah 4WD Terlibat. Dan Beberapa Meter Disebelah Kiri Pula..

Maaf Tiada Gambar Saya Sempat Ambil Untuk Memberi Gambaran Kecacatan Kereta Kenari Dan Wira Tadi. Bukan Di Laluan Kiri Sahaja. Di Laluan Kanan Juga Berlaku Beberapa Kejadian Kemalangan Yang Agak Tragik. Sangat Tragik Apabila Beberapa Buah Kenderaan Lagi Dilihat Sedang Ber’asmara’ Di Dalam Longkang Di Luar Laluan Jalan Raya. Hmm.. Tidak Dapat Dipastikan Status Mangsa²nya. Tapi Mungkin Tidak Sehinga Membawa Maut. Kerana Hanya Remuk Dibahagian² Hadapan Dan Belakang Kenderaan Sahaja. Namun Laluan Dari Arah Utara Di Sebelah Kanan Lebih Teruk Kesasakan Lalu Lintasnya. Laluan Sebelah Kiri Sudah Lancar Setelah Berada Beberapa Ratus Meter Dari Kawasan Kemalangan Tadi.

Nampak Ke??
Setelah Beberapa Ketika Pemanduan Yang Agak Lebih Sopan Berbanding Sebelumnya Kerana Saya Lebih Banyak Berada Di Laluan Terkiri. Dengan Kelajuan Tidak Lebih 90km/j Menyebabkan Perjalanan Saya Kelihatan Agak Lambat. Hehe.. Lebih² Lagi Apabila Saya Sedang Membuat Kesalahan Lalulintas Kerana Ketidaksempurnaan Nombor Plat Belakang Saya. Hmm.. Alhamdulillah Perjalanan Saya Selamat Sehingga Tiba Di Rumah Di Kajang. Dan Bersama² Ayahanda Kembali Memeriksa Kecacatan Kembara. Dilihat Pula Kali Ini Kecacatan Hakikinya Adalah Lebih Ganas Berbanding Analisis Pertama Saya Tadi. Rupanya² Bonet Belakang Saya Telah Kemek Dengan Agak Teruk. Cumanya Tidak Terlalu Kelihatan Kerana Dilindungi Tayar Ganti Belakang. Kemalangan Tadi Telah Menolak Tayar Gantian Itu Kedalam. Dan Jika Dilihat Dengan Teliti Seolah² Pintu Bonet Belakang Itu Telah Sedikit Terperosok Ke Dalam. Haha.. Agak Jahanam Pula Kerana Kerugian Yang Dianggarkan Mungkin Lebih RM700. Dengan Keadaan Bumper Yang Juga Turut Cacat Dan Beberapa Kesan Lain Lagi. Aahh.. Inilah Takdir Namanya. Ayahanda Berkali² Melaungkan Bebelan Tanda Kasihnya Kepada Kembara Terbabit.
Sebelum Ini Juga Saya Pernah Mencacatkan Kenderaan Itu Tatkala Sedang Berundur Di Kawasan Letak Kereta Di UKM. Dengan Kool Saya Telah Menyondol Wira Kepunyaan Kawan Saya Sehingga Memecahkan Lampu Signal Sebelah Kiri Kembara Merah Itu. Dan Juga Mengemekkan Sedikit Hood Wira Kawan Saya Itu. Namun Cuma Itulah Sahaja Ancaman Yang Pernah Saya Timbulkan Ke Atas Kembara Terbabit. Dan Hanya Itu Sahajalah Sejarah Kemalangan Sepanjang Pengalaman Pemanduan Saya Selama 3 Tahun Lebih.
Apapun Saya Tetap Bersyukur Ke Hadrat Ilahi Kerana Dengan Limpah Dan Kurnianya Saya Masih Lagi Dikurniakan Nyawa Dan Kesihatan Yang Baik Untuk Saya Meneruskan Perjuangan Di Bumi Ini. Ini Mungin Adalah Salah Satu ‘Teguran’ Daripada Yang Maha Esa Agar Saya Lebih Berwaspada Selepas Ini Dalam Pemanduan. Anda Juga Bernasib Baik Kerana Masih Berpeluang Untuk Membaca Tulisan Saya Di Blog Ini. Kalau Tidak Hanya Tribute Dari Anda Sahaja Yang Tinggal.. Apapun Hidup Mesti Diteruskan. Tidak Sekali² Kejadian Itu Menghalang Saya Daripada Terus Memandu. Walaupun Melihat Beberapa Siri Kemalangan Tragis Di Lebuhraya Utara-Selatan Itu.


Wajah Hadapan Tidak Terusik. Masih Lagi Comel Seperti Tuannya. :D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Berakhirnya Syawal..
- Empat Hari Di Melaka
- Melayu, Sejarah & Islam
- Penghijrahan & Kisah Disebalik Yang Misteri
- Klebang Beach Resort
- Nurin Jazlin Jazimin (1999-2007)
- Cita-cita













Haha..Kena Tipu Dengan Hujan.. Haha..Hujan Mengaburi Mata Ko Tu..
“Terasa Seperti Sondolan Keras Golongan Homoseksual Dari Belakang..”..haha apa punya perumpamaan la ko ni…
hmmm aku rasa kembara mmg kuat dan gagah la. dulu kat shah alam,kembara roomate aku pon ter’sondol’ keta honda civic depan sehingga bonet belakang kemek teruk sgt (xnampak rupa bonet dah) dan kena byr ganti rugi rm1000 repair baru..keta kembara kwn aku tu rosak no plate je! menakjubkan..aku saksi duduk kat seat depan
#mrozaidi - Band Hujan Ke Tipu? Hehe..
#faiztaufik - Haa.. Kita Dah Terbuat Testimonial Produk Perodua Dalam Blog Ni.. Kene Mintak Sikit Royalti Dari Diorang Ni. Huhu.. Produk Malaysia VS Produk Jepun.
pergh!memang sempoi la bro punye gaya penyampaian. selama ni x penah nak baca artikel panjang2 kat blog orang lain tapi sini sanggup baca abes. bro, brape abes repair kenari tu?
alahai~
sbb itulah ibuku sering melarang menunggang atau memandu di tanah malaya ini~
aiyak!!
abes camtu jerk 700…
baik beli hp utk top comentator~
wakaka
Thanks Bro Beduz Puji Gaya Penyampaian Saya. Tapi Saya Tetap Rasa Masih Banyak Yang Perlu Saya Perbaiki. Terima Kasih Juga Kerna Sudi Baca Tulisan Saya Hingga Ke Akhirnya.. :D= Taktaula Kenari Tu Kena Berapa. Mau 3-4 ribu Ade Kot..
#deennasour - Hehe.. Tu La Pasal.. Tapi Takpela.. RM700 Akan Ditolak Dari Akaun Ayahanda. Kerana Tidak Ada Apa Yang Boleh Ditolakkan Jika Mnggunakan Akaun Anaknya Ini. Esok Baru Start Bekerjaya.. Adeh.. Mahu Tidur Dulu..
hui..punye dasat eksiden. sama gak cam kawan aku..tapi kat lebuhraya karak la..
wah,gagah dan perkasa sungguh kembara ko erk :p
Syukur anda terselamat. Saya juga pernah mengalami keadaan accident sandwich mcm tu di lebuhraya yg sama. Akibatnya kami bersama 17 drivers yg lain kena tunggu di Balai Polis Kajang selama beberapa jam! Tapi bunyi2 itu memang mengerikan.
salam.. saya ni abrar@cuakteam..sungguh dasyat sejali kemalangan yang telah qaiyum lalui..wah..mmg kental sekali kembara tu..mungkin akan masuk dalam senarai kereta yang ingin dimiliki.hehehe
Dari hati ke blog
“Terasa Seperti Sondolan Keras Golongan Homoseksual Dari Belakang..”..
aiiii…. abg nih cam dah biase jek… hehe…
#titan - Senang Betul Ek Eksiden Skang Ni? Memandu Di Lebuhraya Ibarat Berada Dalam Keadaan Nyawa Di Hujung Tanduk. Huhu..
#catzer - Gagah Macam Tuan Dia Gak. Heh…
#Sue - 17 Driver? Mak Aih.. Banyaknye.. Bunyi Ape Yang Mengerikan Ek?
#abrar - Takdela Dasyat Sangat Pun. Cumenye Pengalaman Baru Jugak La Terlibat Dalam Kemalangan Di Lebuhraya..
#azrinbasis - Bukan Bro Azrin Ke Yang Dah Bese?
hahaa…ciannyer kt abg…nsib baek kete 2 x jhnm..kn2..uih kire gmpk laa abg, xkne pape kecederaan…huhu…
pape pn thanks 2 allah coz slmtkn abg lg..kalo x xde laa mting pa 12hb ni..hehehe…
ok daa…
#helsi - Haa.. Tula.. Kalo Tak, Tak Wujudla Nanti Super Senior Yang Kacak Cam Abang Nie.. Huhu..
Aku konpius…. Kenapa ada banyak perkayaan homoseksual… Adehhhhh
#azhar ahmad - haha..tok sah layan qaiyum ni,mmg suka mengarut..hahahah. btw,selamat mengundi kepada semua!
sek baik tuan punya kembara selamat…tp seriusly gaya penulisanmu membuatkan aku terus baca hingga habis.. kerna aku msuk blog org len tgk gambar n baca yang fatut2 sajer
keta ku pon pernah kena sondol jgk, tp secara sopan, tp sebab takut sebab masa tu isu hindraf, kawan ku yang tolong gi tgk, sek baik takde ape, cuma calaran sopan jer…. tp napa la minta kt achi tu rm30 jer? sgt baik kamu ni…
Welcome to d club bro… tp xdpt di iktiraf sebagai golongan SPECIAL lg mcm aku n palong…. eksiden sampai koma…. so to all drivers out there PLEASE DRIVE SAFELY FOR UR OWN f***ING SELF.