Hari-Hari Bersama Warga Emas..
Feb 28th, 2008 oleh Qaiyum
Huhu.. Telah Menjumpai Sambungan Ke Dunia Matrix Di Ruangan Lobby Resort Ini. Semalam Saya Cuba Untuk Menghubungkan Diri Saya, Tetapi Gagal. Entah Macammana Malamni Boleh Berhasil Pula.
Saya Agak Letih Malam Ini Walaupun Sebenarnya Tugas Yang Dilakukan Tidaklah Penat Mana. Cuma Saya Terkurangkan Tidur Bermula Semalam Apabila Perlu Melayan Penceramah Yang Datang Agak Lewat. Dan Penceramah Terbabit Juga Telah Diserahkan Kepada Orang Lain Kerana Pada Mulanya Beliau Tidak Ingin Menginap Di Resort. Nasib Baik Bilik Saya Mempunyai 2 Katil Dan Hanya Saya Seorang Merajai Bilik Itu. Dan Kesimpulannya Semalam Saya Telah Menjadi Roomate Kepada Penceramah Yang Juga Seorang Ustaz. Wah! Alim Pulak Rasanya Kejap.
Walaupun Tugas Saya Seperti Yang Disebutkan Dalam Entri Sebelum Ini Hanyalah Untuk Memastikan Kelancaran Kursus. Namun Sedikit Kekalutan Berlaku Apabila Saya Perlu Melayan Tiga Orang Penceramah Yang Ada Serentak Seadil²nya. Haha.. Kerana Hari Ini Sahaja Ada 3 Penceramah Yang Mengisi 6 Slot Ceramah Yang Disediakan. Dan Untuk Esok Pula Ada Lagi Penceramah Lain Yang Akan Hadir Bagi Menyempurnakan Slot Mereka. Begitu Juga Untuk Hari Sabtu Nanti. Maknanya Pada Kali Ini Saya Telah Mengenali 6 Orang Penceramah Sekaligus Yang Rata²nya Terdiri Daripada Orang² Yang Hebat. Hehe.. Saya Juga Dapat Berkongsi Sedikit Sebanyak Juga Pengalaman Bersama Dengan Mereka. Untung Juga Menjadi Koordinator Ini.
Dan Kekalutan Juga Berlaku Sebentar Tadi Dimana Saya Perlu Mencari Kedai Fotostat Untuk Fotokopi Helaian² Kertas Seperti Yang Dikehendaki Oleh Penceramah. Walaupun Saya Biasa Dengan Tugas Adhoc Sebegini, Tetapi Untuk Mencari Kedai Fotostat Di Kawasan Ayer Keroh Ini Bukanlah Mudah. Dan Hasil Kajian Saya Dengan Rakan Yang Berasal Dari Melaka, Bukit Beruang Adalah Lokasi Sesuai Untuk Mendapatkan Kedai Fotostat Murah Kerana Berdekatan Dengan Universiti Multimedia. Namun Usaha Saya Tadi Tidak Membuahkan Hasil. Mungkin Kerana Hari Sudah Larut. Dan Saya Akan Menyambung Usaha Itu Keesokan Hari Pula. Harap² Terjumpalah Kerana Saya Perlu Menyerahkan Helaian Itu Kepada Semua Peserta Sebelum Tamat Kursus Ini. Adeh.. Benda Kecik Kini Dirasakan Kompleks.. Huhu..
Apapun Itu Sahaja Coretan Saya Kali Ini. Jumpa Lagi Di Lain Siri. W’salam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Empat Hari Di Melaka
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Sketsa Pilihanraya
- 26 Disember
- Siang Hari Kurus, Malam Hari Gemok..
- Klebang Beach Resort
- Camar Yang Hilang









uih~
ok lagi tu ada kwn,
ni nak pg kedai fotostat naik apa?
ui…payah gak kan?
Kamu beruntung Qaiyum, belajar dari mereka… Moga kamu beroleh sesuatu yang hebat… Ilmu ni, kita kena pandai cari, bukan hanya menadah sahaja…..
Banyak Juga Dapat Ilmu Disana.. Penceramah Yang Hadir Pun Bukan Calang² Orang..