Empat Hari Di Melaka
Feb 27th, 2008 oleh Qaiyum
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Kepada Pembaca Sekalian..
Hari Ini Saya Akan Bertolak Ke Selatan Tanahair. Namun Tidaklah Terlalu Selatan Kerana Destinasi Saya Kali Ini Adalah Ayer Keroh, Melaka. Saya Akan Mengelolakan Satu Lagi Kursus Di Sana. Yang Moleknya Kali Ini Saya Hanya Menjadi Koordinator Sahaja Yang Membawa Maksud Saya Tidaklah Akan Terlalu Letih Seperti Sebelum Ini. Koordinator Bertindak Untuk Memastikan Perjalanan Kursus Berjalan Lancar. Mudahkan? Tidak Perlu Lagi Saya Tunggang-Terbalik Untuk Naik Turun Bukit-Bukau Untuk Aktiviti Jungle Tracking. Ataupun Panjat² Tali Di Atas Pokok Untuk Aktiviti High Rope Demi Membina Keyakinan Diri Peserta. Yaa.. Tiada Modul Yang Akan Saya Kelolakan.
Tetapi Yang Pedihnya Saya Akan Berada Selama 4 Hari Di Sana. Keseorangan Tanpa Teman². Hanya Saya, Trainer Yang Tersangatlah Senior Dari Saya Dan Juga Para Peserta Yang Sememangnya Terserlah Keseniorannya. Kerana Kursus Kali Ini Adalah Kursus Untuk Pegawai² Dari Kementerian Belia & Sukan. Tajuk Kursus Ini Juga Saya Rasakan Pelik Iaitu “Kursus Persediaan Persaraan”. Nak Pencen Pun Ade Kursus Ke? Tak Paham Betulla. Nak Kena Bersedia Dulu Rupanya Sebelum Kita Pencen. Mungkin Kita Khuatir Mereka² Yang Akan Berhenti Berkhidmat Ini Kelak Akan Hilang Halatuju Apabila Mereka Tidak Lagi Bertugas. Mungkin Juga Untuk Memberi Pendedahan Kepada Mereka Apa Yang Boleh Dilakukan Apabila Pencen Kelak.
Kita Tidak Ingin Lihat Malaysia Berlaku Kes Seperti Di Sesetengah Negara Seperti Jepun Dan Amerika Syarikat. Yang Mana Apabila Warga² Pencen Ini Tidak Lagi Tugas Dan Terpaksa Duduk Di Rumah, Pelbagai Masalah Akan Timbul. Salah Satunya Apabila Si Suami Yang Pencen Ini Tidak Tahan Mendengar Leteran Si Isteri Di Rumah, Lalu Membunuh Diri. Dan Juga Ada Yang Membunuh Diri Kerana Terlalu Bosan Tidak Buat Apa² Ketika Di Rumah. Tidak Punya Anak Dan Isteri Mungkin. Walaupun Sebenarnya Banyak Lagi Kerja Harian Yang Boleh Dilakukan, Mungkin Kerana Kudrat Dan Juga Pemikiran Yang Sedikit Lemah Menghalang Mereka Daripada Diterima Berkerja. Uish.. Tertekan Jugak Eh Jadi Warga Pencen Ni?
Apepun Pengisian Kursus Kali Ini Tidak Dapat Saya Kongsikan Bersama Anda Buat Masa Ini. InsyaAllah Jika Ada Kelapangan Saya Akan Kongsikan Kemudian Beserta Gambar Yang Merakamkan Aksi² Warga Bakal Berstatus ‘Pencen’ Ini. Tetapi Yang Pasti Sayalah Yang Akan Terbosan Dalam Masa 4 Hari Ini. Lainlah Jika Saya Dapat Menghubungkan Diri Saya Ke Dunia Matrix (Internet) Ketika Di Sana Nanti. Harap² Adalah Demi Untuk Membunuh Kebosanan Saya. Saya Akan Rindukan Anda Sekalian Yang Sentiasa Memberi Sokongan Ke Atas Saya.. :D=
Sehingga Kita Ketemu Lagi. Doakan Saya Selamat Pergi & Kembali. Wassalam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Berakhirnya Syawal..
- Rumahku Syurgaku Lagi..
- Klebang Beach Resort
- Melayu, Sejarah & Islam
- 10 Januari
- Hari-Hari Bersama Warga Emas..
- Memori Langkawi …











Ahahahaha, tak tahan tang leteran isteri tu lah… AHahahhaha
Ui.. Kesah Benar Tu.. Jangan Memain.. Hhee..
haha..lawak lah plak bila baca nama kursus itu wahai bro!!
apa2 pun,
beli2 lah keychain kurang2 pun utk disedekahkan kpd rakan bloggers..ngehe~
Tak Sempat La Deen Nak Shopping.. Kalau Ada Masa Nanti InsyaAllah Adala Hadiah Untuk Para Blogger.. Hehe..
ngeh ngeh ngeh~
alah, ayer keroh dgn melaka parade tu jauh tak?
takkan tak sempat riadah kejap..hehe
apa2 pun,,all the best~
enjoy
Woi..Nak Kamera..Tangkap Gambar Pong… Sabtu Malam