Jangan Rasuah Sana Rasuah Sini..
Feb 26th, 2008 oleh Qaiyum
Kenapa Kita Rasuah?? Atau Dalam Erti Kata Lain Kenapa Hingga Kerajaan Mewujudkan Badan Pencegah Pencegah Rasuah Demi Membasmi Rasuah Di Negara Ini? Bukan Sahaja Di Malaysia, Tetapi Kebanyakan Negara Maju Dan Membangun Pasti Mempunyai Badan Sebegini Yang Diwujudkan Khas Bagi Membasmi Amalan Korupsi Dan Penyelewengan Oleh Individu Korporat Mahupun Pegawai Kerajaan Sendiri.
Hasil Googling Saya Bertajuk “most corrupt country”, Secara Rawak Saya Mendapati Banyak Kajian Bagi Menentukan Negara Mana Paling Korup Di Dunia Ini. Negara Seperti Bangladesh, Burma Dan Somalia Antara Negara Paling Korup Di Dunia. Namun Mengikut Laporan Ini, Chad (Tak Pernah Dengar Pun) Iaitu Salah Sebuah Negara Di Benua Afrika Adalah Negara Yang Paling Korup Di Dunia Yang Mana Ia Disenaraikan Pada Tangga Terakhir (#160) Sebagai Negara Yang Paling Bersih Rasuah. Bangladesh Negara Ke-2 Paling Korup (#159 Bersih) Dan Burma Ke-3 (#158 Bersih). Malaysia Pula Menduduki Tangga Ke-39 Paling Bebas Rasuah. Yang Mana Jika Kita Skopkan Pada Rantau Asia Tenggara, Malaysia Di Tangga Ke-2 Paling Bersih Rasuah Dan Berada Di Belakang Singapura Sebagai Negara Paling Bebas Rasuah Di Rantau Asia Tenggara. Manakala Thailand, Laos, Vietnam Masing² Menduduki Tangga Ke-3, Ke-4 Dan Ke-5 Bersih Di Asia Tenggara. Dan Mengikut Laporan Ini, Filipina Dikatakan Negara Paling Korup Di Asia. Untuk Mengetahui Perihal Negara Lain Anda Layanlah Laporan Terbabit Sendiri. Saya Malas Untuk Membuat Statistik Lebih Lanjut. :D=
Apa Itu Rasuah? Rasuah Diklasifikasikan Apabila Berlaku Pemberian Dan Penerimaan Imbuhan Atau Hadiah Yang Tiada Kaitan Dengan Urusan Kerja Atau Lebih Mudah Dikatakan Atas Kepentingan Peribadi Bagi Tujuan² Tertentu (Tak Sempat Nak Selak Dewan Bahasa. Ni Pakai Bantai Je Ni Bagi Maksud. Jangan Mare).
Namun Suasana Di Malaysia Hari Ini Saya Masih Merasakan Budaya Rasuah Sentiasa Wujud Di Mana². Lebih² Lagi Apabila Ia Melibatkan Undang² Jalanraya Mahupun Yang Melibatkan Penguatkuasa Yang Korup. Tidak Lupa Juga Yang Berada Di Peringkat Korporat Dan Kerajaan. Susah Untuk Lari Dari Budaya Rasuah Apabila Kita Sentiasa Berdepan Dengan Manusia² Yang Mementingkan Kepentingan Peribadi.
Saya Tidak Pasti Bagaimana Persepsi Saya Terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Kerana Ianya Berada Di Bawah Jabatan Perdana Menteri. Jika Ikut Teorinya, Pastilah Ia Akan Berada Di Bawah Tampuk Pimpinan Kerajaan Dan Bukannya Badan Bebas. Ini Bakal Menggugat Usaha Untuk Membasmi Rasuah Yang Melibatkan Pegawai Kerajaan. Ada Usaha Yang Dilakukan Untuk Meletakkan BPR Ini Dibawah DYMM Yang Dipertuan Agong. Tapi Tidak Dipastikan Bagaimana Hasilnya Terhadap Usaha Itu. Namun Saya Juga Pasti Di Bawah Kepimpinan Hari Ini, BPR Telah Membawa Ramai Muka² Daripada Badan Kerajaan Dan Juga Tokoh Korporat Yang Disyaki Memberi Atau Menerima Rasuah Ke Muka Pengadilan. Oleh Itu, Janganlah Kita Terlalu Meragui Badan Ini Walaupun Tidak Dapat Dipastikan Samada Ianya Telus 100% Atau Tidak.
Yang Penting Kita Muhasabah Diri Untuk Tidak Menjadi Pemberi Dan Penerima Rasuah Seperti Mereka Di Luar Sana.
Kenapa Saya Tiba-Tiba Bercerita Mengenai Rasuah? Kerana Sebentar Tadi Saya Telah Menerima Panggilan Telefon Daripada Staf Unit Pengurusan Sumber Manusia, Badan Pencegah Rasuah Meminta Saya Lapor Diri Pada Hari Isnin Ini (3 Mac 08) Di Pejabat BPR Di Putrajaya. Oh.. Dipanggil Juga Saya Akhirnya. Saya Sangkakan Saya Tidak Terpilih Hasil Temuramah Saya Yang Kurang Stabil Hari Itu. Hehe.. Oleh Itu Saya Dengan Rasminya Kini Adalah Seorang Anggota Badan Pencegah Rasuah Malaysia. Dan Saya Dengan Ini Bersumpah Untuk Tidak Sesekali Untuk Mengamalkan Budaya Rasuah. Saya Juga Akan Sering Membakai Badge Tertulis “Bersama Kita Hapuskan Rasuah”… Haha.. Sungguh Semangat Pula..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Gelombang Hantu Kuning (Bukan Maskot Digi)
- Hari-Hari Yang Penat Jugak La Rasa..
- Siang Hari Kurus, Malam Hari Gemok..
- Qaiyum Di Konti
- Ribut Petir Semenanjung
- Pengkorporatan
- BOOM!! Negaraku Malaysia..










Tahniah…. Tahniah… BPR, tugasnya amat berat… Tanggunjawab juga hebat…
Takpe.. Saya Hanya Mengelolakan Bahagian IT Mereka Sahaja. :D=
Tahniah..! Nanti leh jadi hackers tgk ade rasuah dalam internet ke x? Hehe..
Tahniah bro…aku salute..
Dlm hadis nabi ” Ar-raashi wal murtashi finnar..” - org yg beri rasuah dan terima rasuah dlm neraka.
Aku harap kamu bleh jadi pegawai yg ikhlas utk basmi rasuah di malaysia.. once again - salute!
wah, tahniah! besar juga ye tanggungjawab tu.
dahsyat juga eh rasuah ni.
tahniah!selamat datang ke-dunia realiti..
Ye, jangan lupe saye. Saye benci rasuah..
pss:// kalau ade keje kosong kat bpr sila roger.. haha…
#Dekan - Bidang IT Juga Salah Satu Kekuatan Untuk Membasmi Rasuah. :D=
#melayubuntu - Walau Dimana Juga Kita Bekerja, Hendaklah Ikhlas Sentiasa. Salute Kembali Kepada Bro Zul!! Haip..
#Aisyah - Rasuah Memang Dasyat.. Mungkin Dah Sampai Tahap Parah Dah.. Apepun Kita Kenala Main Peranan Masing² Untuk Sama² Membasmi Rasuah.
#kumb@ng - Realiti Yang Pahit Untuk Ditelan..
#Hawa - Boley Punye Roger.. Tak Bosan Ke Asik Lompat² Keje? Hehe.. Smangat Gomen La Ni Ek?
ko keje BPR? serius?..tahniah
so…kalo aku balik ni aku xleh la blanja ko,nanti org tuduh ko terima rasuah…solutionnye ko kena blanja aku….muahahahahha
#faiztaufik - Tak Kesah Faiz Oi.. Memember Aku Sanggup Belanja. Tapi Takleh Lebih RM7.20
yargh!!!!!
bro sudah dapat kerja!!!!
huhu,alhamdulillah..
bagus2…
semoga anda berjaya menghapuskan rasuah di sekitar malaysia~
Thanks Wish Itu.. Semoga Kita Sama² Dapat Membina Kerjaya Yang Mantap.. Yeehaa..
uhuh~
berdoa2 sgt,
takkan berputus asa sampai dpt buat sebuah filem isyaallah~
tapi takkan nak buat pasal BPR dan hero bro qaiyum..erk?
hehe
Yap. BPR banyak keje dan masih banyak lagi yg belum disiasatnya. SO, kenela faham dan bawa bersabar..