Bagaimana Rasanya Lega ?
Feb 21st, 2008 oleh Qaiyum
Macam Nie Rasa Die..

Fuh! Akhirnya Kini Saya Telah Pun Memperoleh Status Graduan Iaitu Status Mereka Yang Telah Tamat Pengajian Tetapi Masih Belum Melalui Majlis Konvokesyen. Harap Anda Tidak Keliru Dengan Istilah Graduan. Maksud Sebenar Istilah Ini Adalah Seperti Yang Tercatit Di Dalam Kamus Dewan Bahasa. Manakala Jika Kita Telah Menerima Segulung Ijazah Yang Di Dalamnya Tertulis Ijazah Sarjanamuda, Maka Pada Saat Itulah Anda Akan Digelar Sebagai Siswazah Ataupun Pemegang Ijazah. Huhu..
Yaa. Saya Adalah 100% Graduan. Sebelum Ini Hanya Mencapai Status 94% Graduan. Kerana Pagi Tadi Saya Telah Melalui Saat-Saat ‘Bahagia’ Saya Di Dewan Peperiksaan Yang Sangat Kecil Kerana Hanya Memuatkan Saya Seorang Sahaja. Dan Juga Dikelilingi Suhu Yang Dirasakan Sangat Rendah. Terasa Macam Berada Di Kutub Utara Apabila Berdampingan Dengan Penghawa Dingin Yang Sangat Banyak. Hampir-hampir Otak Saya ‘Hang’ Sebentar. Namun Nasib Baik Dengan Berbekalkan Tubuh Badan Dengan Intel Core 2 Duo, Segalanya Dapat Diatasi. Cuma Setelah Selesai Sahaja Menjawab Soalan Peperiksaan Subjek Terakhir Saya Itu, Kepala Terasa Sangatlah Puyeng. Hampir 5 Jam Untuk Ia Kembali Pulih. Bila Dah Pulih Ni Saya Terus Tulis Entri. Saya Memang Tak Tahan Sejuk.. :D=
Untuk Itu Kini Saya Hanya Menanti Untuk Menaiki Pentas Untuk Menerima Segulung Kertas Yang Dinanti-nantikan Selama 4 Tahun (Sepatutnya 3 Tahun.. Cis..) Tapi Di Sudut Hati Masih Terasa Sayang Untuk Meninggalkan UKM. Yang Telah Banyak Mengubah Saya Untuk Menjadi Lebih ‘Manusia’. InsyaAllah Jika Ada Rezeki Saya Mungkin Akan Menyambung Kembali Pengajian Saya Ke Peringkat Sarjana Di Sini. Tapi Teringin Pula Untuk Merantau Ke Negeri Orang Lain. Mungkin Nun Jauh Di Jepun Mahupun Venezuela. Haha.. Seronoknya Bila Tidak Lagi Perlu Memikirkan Soal Akademik. Tapi Menuntut Ilmu Itu Adalah Tuntutan Agama. Maka Kita Tidak Boleh Sekali-kali Untuk Tidak Menimba Ilmu. “Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China“… Begitulah Sabda Rasulullah.
Kisah Semalam..
Temuduga Berjalan Tidak Seperti Yang Dirancang. Disangkakan Sesi Tersebut Akan Habis Paling Lewat Pun Pukul 10. Tetapi Jangkaanku Meleset Sama Sekali. Giliran Saya Adalah Yang Terakhir Daripada 18 Calon Temuduga Lain. Saya Hanya Terlewat 2 Minit. First Come First Serve. Adeh.. Dipendekkan Cerita Jam Sudah Menunjukkan Pukul 12.15 tgh. Rasa Cemas Semakin Menghantui Diri. Pukul 1.00 pm Saya Perlu Berada Di UKM Untuk Temuramah Di Radio MIDAS. Di Depan Saya Masih Ada 5 Orang Yang Menanti Giliran. Nak Tak Nak Saya Nekadkan Diri Untuk Meminta Izin Dari Kelima-lima Orang Tersebut Supaya Giliran Saya Dapat Diawalkan. Atau Dalam Erti Kata Lain Potong Giliran Mereka. Hehe.. Alhamdulillah Mereka Tidak Ada Masalah. Tapi Dalam Hati Taktaula.. Saya Jumpa Pula Orang Yang Menyelia Temuduga Itu Untuk Diawalkan Giliran. Tidak Juga Menjadi Masalah. Makanya Pabila Loceng Dibunyikan Saya Melangkah Masuk Ke Bilik Temuduga Dengan Lagak Macho… Jeng Jeng Jeng..
Diingatkan Kepada Pembaca Sekalian Bahawa Ini Adalah Temuduga Kerjaya Pertama Saya Dalam Hidup. Tapi Perasaan Gemuruh Dan Senak Perut Masih Berjaya Dikawal. Cumanya Dalam Hati Dan Minda Waktu Itu Saya Mengharapkan Sesi Temuduga Akan Berakhir Pantas. Dihadapan Saya Ada 2 Orang Penemuduga. Mr Preshnan & Puan Maria Tercatat Di Atas Meja.
“Sila Ceritakan Latar Belakang Pendidikan Anda Dan Latar Belakang Keluarga.”
“Saya Telah Dibesarkan Di Dalam Keluarga Polis. Oleh Yang Demikian Saya Telah Bersekolah Sebanyak 13 Sekolah Semenjak Kecil Lagi. Saya Mengambil UPSR Di… Bla.. Bla.. Bla..”
“Apa Yang Anda Tahu Mengenai BPR?”
“Tidak Banyak Yang Saya Ketahui. BPR Adalah Bla.. Bla.. Bla”
“Wah.. Ni Mesti Awak Dah Tengok Laman Web Kami..”
“Ha’a. Pagi Tadi Sebelum Datang Saya Sempat Bukak Laman Web BPR Ni..” (Cam Silap Cakap Je).
.. Ketika Ini Dalam Hati Masih Berharap Agar Sesi Ini Cepat Habis..
“Apa Minat Anda?”
“Komputer.. Apa Sahaja Yang Berkaitan Dengan Komputer Saya Cuba Untuk Mahirkan Diri.. Bla..Bla..”
“Apa Kemahiran Yang Anda Ada Yang Berkaitan Dengan Bidang Anda?”
“Saya Mahir Membangunkan Perisian Dan Laman Web. Thesis Saya Adalah Berkaitan Dengan Aplikasi WAP Peranti Mudah Alih.. Bla Bla..”
.. Bile Nak Habis Ni..
“Apa Yang Anda Boleh Yakinkan Kami Untuk Menerima Anda Memandangkan Anda Tiada Pengalaman Bekerja Berbanding Dengan Calon-calon Sebelum Ini Yang Masing-masing Mempunyai Pengalaman Bekerja?”
.. Soalan Maut Ni..
“Walaupun Saya Tidak Pernah Bekerja Secara Rasmi Tetapi Pengalaman Menjalani Praktikal Selama Enam Bulan Di Jabatan Perdana Menteri Telah Cukup Untuk Saya Belajar Selok-Belok Alam Kerjaya. Saya Juga Seorang Yang Aktif Di Kampus Yang Mana Saya Sering Bekerja Dalam Keadaan Tekanan Dan.. Bla Bla Bla..”
(Ada Lagi Soalan Sebenarnya Tapi Tak Ingat. Sebab Saya Hanya Menjawab Sepatah Dua Sahaja. Haha..)
“Awak Ada Soalan Untuk Kami?”
“Tiada !” (Laju-laju Saya Jawab)
“Ok Terima Kasih! Cuma Satu Saya Ingin Komen. Jika Selepas Ini Di Dalam Sesi Temuduga Yang Lain, Pastikan Eye Contact Dengan Panel Sentiasa Berlaku Apabila Awak Sedang Menyatakan Sesuatu” Jelas Mr Preshnan.
“Baik. Terima Kasih Banyak Encik..” (Tula.. Tak Fokus Lagi.. Kan Dah Kena Komen.)
Saya Keluar Bilik Temuduga Lalu Melihat Jam Dan.. Ah! 15 Minit Dah Berlalu. Setelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Penyelia Temuduga Dan 5 Orang Yang Sanggup Mengorbankan Giliran Mereka Kepada Saya Sebentar Tadi, Dengan Lajunya Saya Bergegas Untuk Meninggalkan Bangunan BPR Terbabit. Namun Tidaklah Selaju Ato Baldon Yang Sedang Lari Pecut. Saya Menunggang Motosikal Seperti Orang Gila Meninggalkan Putrajaya. Jam Menunjukkan Sudah Pukul 12.45 pm Dan Janji Saya Untuk Berada Di Studio Radio Midas Adalah Pukul 12.55 pm. Manakan Mungkin Saya Tiba Ke UKM Dalam Masa 10 Minit. Mesej Ringkas Dihantar Kepada Rakan DJ Untuk Meneruskan Rancangan Tanpa Saya Sebentar Dan Minta Dia Meneruskan Slot Dengan Tetamu Jemputan Seorang Lagi. Iaitu Salah Seorang Pegawai HEP UKM.
Alhamdulillah Saya Tiba Ke UKM Tanpa Sebarang Kecederaan Ringan Mahupun Serius. Cuma Terlewat 9 Minit. Bergegas Ke Konti Dan Melihat Slot Sedang Dijalankan. Saya Dipanggil Dari Dalam Konti Untuk Terus Masuk Dan Pakai Headphone. Maka Bermulalah Sesi Temuramah Berselang-seli Dengan Putaran Lagu. Gambar Di Snap Berulang-ulang Kali Oleh Petugas Radio (Mahasiswi Dia Ni). Rasa Seperti Artis Pujaan Pula. Berborak-borak Kosong Ketika Mic Ditutup Dan Saya Menceritakan Suka Duka Saya Sebelum Sampai Ke Konti. Huhu.. Tepat Pukul 2.00 pm Segalanya Selesai. Terima Kasih Kepada Rakan Saya Seorang DJ Dan Petugas Serta Penerbit Radio MIDAS Kerana Sudi Menjemput Saya. Pengalaman Bercakap ‘Di-udara’ Sangat Bernilai Buat Diri Ini, Walaupun Banyak Kali Tersasul Cakap. Haha.. :D= Gambar Di Konti Akan Saya Paparkan Di Blog Ini Kemudian Hari. Ok!?
Dan Kini Saya Sudah Boleh Menarik Lafas Lega Kerana Segalanya Minggu Ini Yang Berat Telah Saya Selesaikan. Macamana Rasanya Lega? Seperti Gambar Di Atas La.. Namun Minggu Depan Masih Menanti Cabaran Yang Akan Menggugat Emosi Dan Mental Kita. Sama-sama Kita Nantikan Apa Akan Berlaku Minggu Depan. (Dah Macam Slot 360 TV3 Pula). Apa Jua Moral Dalam Kisah Saya Yang Panjang Kali Ini Anda Carilah Sendiri. Rasanya Banyak Benda Negatif Yang Dilakukan Saya. Tapi Anda Ambillah Yang Baik Untuk Diteladani Dan Tinggalkan Yang Buruk Itu Sendirian. Semoga Saya Masih Lagi Optimis Terhadap Situasi. :D=
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Ini Yang Agak Berlainan Dari Entri Terdahulu. Kerana Saya Buat Pertama Kalinya Telah Menyelitkan Dialog-Dialog Antara Saya Dan Individu Lain. Dan Juga Entri Ini Sangat Panjang. Sebelum Ini Tidak Begini. Apapun Terima Kasih Kepada Anda Yang Sentiasa Memberikan Galakan Dan Sokongan Kepada Saya. Jasa Anda Amat Saya Hargai..
Wassalam..
Qaiyum
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Jangan Rasuah Sana Rasuah Sini..
- Penormalan
- Apa Yang Kita Mampu Lakukan Sebagai Seorang Rakyat Biasa
- Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
- Alhamdulillah, Hari Ini Hujan Turun..
- Ribut Petir Semenanjung
- Gelombang Hantu Kuning (Bukan Maskot Digi)











Cuba Lagi Dalam Lain Interview..Jangan Putus Asa..Pengalaman Tu..Haha..
ngehe~
bro, pemalu ke?
napa tak tgk betul2 muke diorang tu?
alah..
tapi tak pe~
jadikan pengajaran,
deen pun baru gak bbrp kali pg temuduga~
dalam 2 kali..
heee… macam scary je interview thingy ni. haha. siap kena komen, tapi takpe, itu lagi baik dari dia marah2 ke apa kan, at least leh improvekan diri. huhu..
tahniah kerana menjadi graduan. huhu. (macam pelik je ayat ni. hehe)
Sejak bile kau jadik pemalu. Ke ko suke pakcik interviewer tuh?
congrats.. perr..dah nak grad.. syia mengidam lagi setahun huhu..
peerrr syia paling tension bab2 interview ni.. tak de teknik lain ke lagi advance dorang boleh uji someone tu ok ke tak eh?
PS: awk syia tag awk.. http://syia.blogspot.com
congrats,good luck,bla bla bla… (gaya xpuas ati,jeles,xmau layan)…
hahaha..lwk je..
hmmm pernahkah anda terfikir yg penemuramah tu maybe suka gak baca blog2 di internet..tetiba jumpa entri ni dan kata…’hey mamat yg au interview tadi,nape dia xpuji aku ensem/cun ke’…
hahahahah mengarut la aku pagi2 buta ni,..dah…nk tido.
aku suka temuduga org.. tapi aku tak suka kena temuduga.. hahaha.. memang senak perut.
#mrozaidi - Buat Pe Nak Pegi Interview Banyak2 Kali. Skali Dah La.. Haha..
#deennasour - Bukannye Pemalu. Tapi Tah. Mr Preshnan Tu Pandang Aku Sambil Sengeh2. Memang Gaya Dia Camtu Kot. Tapi Trase Laen Macam Lak. Huhu..
#Aisyah - Tula. Taktaula Cmane Prasaan Kalau Time Interview Kene Marah. Musti Moral Down Giler Kan.. Thanks. Haha. Ader Ke Orang Wish Jadi Graduan? Tahla.. :D=
#noris - Memang Pemalu Kot.. Kan Nampak Sopan Biler Kita Cam Malu2. Haha..
#syia - Setahun Lagi? Takpe. Kejap Je Tu.. Nak Teknik Lain? Ader.. Apply La Jadi Atlet Negara Ke Askar Rejimen DiRaja Melayu Ke. Diorang Test Fitness Ngan Fizikal Je.. Alaa.. Kene Tag. Huhu..
#faiztaufik - Elekla Encik Faiz The Germanish @ Germanian Guy.. Ko Tak Lame Lagi Kan? Sabo2 La Ye.. Heh.. Tu La. Risau Gak Aku. Dahla Mr Preshnan Tu Cam Expert Je Bab2 IT Nih. Tanya Banyak Pasal Computing, Programming Language Sume. Adeh.. Bahye Gak Kalu Dia Tjumpe Nama Dia Kat Sini. Haha..
#Noorizam Shah - Wah.. Musti Dah Expert Bab2 Temuduga Ni Kan? Leh La Bagi TIps Sket..
chaiyok3x…
Biasalah tu..
Mesti takut sedikit sebanyak .. Almaklumlah cuak berhadapan ngan panel kan??
Sekali Je..Pas Ni Ada Interview Tak Yah La Pegi..Haha..
hei…jangan ikut cakap rozaidi tuh…
pas ni klau ada intv kena gi lagi la selagi tak dapat keje ye Qai…
semoga berjaya dan berkerjaya…
kekadang intv ni agak membosankan…time tunggu turn tu la..tapi bila masuk, kena intv dalam 20-30minit jer. Masa nunggu…alahai. punya la lama dik oi…
hmm eyecontact? menarik topik ni…..sbb org barat eyecontact lagi kuat berbanding org timur yg kurang skit eyecontactnya dan lebih sopan.
walalupun sembang biasa2 ja,kadang2 ter’pressure’ dan kurang senang skit sbb diorg punya eyecontact lagi kuat dan fokus. sakit mata terjenggil tgk mata diorg,mcm ada laser kuar dr mata..hahaahah…hiperbola.
haih..teringat pesan ayah,’cakap tu tengok org dan yakin,jgn malu2′..ye la,ye la..aku ni malas tgk muka org time cakap~
#Azmi - Yah Ayoh..
#zool - Takla Cuak Sebenarnya. Tapi Otak Beku. Sebab Sejuk Sangat. Haha… Rasa Cam Nak Kancing Gigi Pon Ader..
#mrozaidi - Nak Duit Banyak Musti Pegi. Wah.. Cam Materialistik Lak.. Duit Penting Skang Ni Ye Tak? Hehe..
#adila - Betul Tu Kak.. Ish.. Tensen Tul Tunggu..
#faiztaufik - Mesti Ko Eye Contact Ngan Pompuan Kan? Tu Yang Raser Cam Ader Aura Tu.. Haa.. Ke Ko Eye Contact Ngan Laki? Ko Jangan.. Jangan Berubah Faiz.. Kan Dah Slalu Cakap. German Tu Ramai Gay. Hehe..
pengalaman yg menarik ni. hehehe
[…] Bagaimana Rasanya Lega ? […]
Salam Bro Qaiyum,
Bile gaknyer ACA nak recruit manpower….tak ader dengar cite tak? last month ACA director General cakap nak rekrut 500 new smp staff….minat abis nak keje ngan ACA nih….jika panjang rezeki ler….