Qaiyum Di Konti
Feb 19th, 2008 oleh Qaiyum

Buat Julung Kalinya Saya Akan Ke-udara. Yaa.. KE-UDARA. Tapi Bukan Ke Corong² Radio Anda. Tetapi Masih Di Corong Pembesar Suara Komputer Anda. Saya Telah Dijemput Oleh Rakan Seperjuangan Saya Di Kampus UKM (Saudari Nurul Ili) Yang Kini Menjadi DJ Separuh Masa Di Radio MIDAS. Radio MIDAS Adalah Salah Satu Produksi Para Pelajar Komunikasi Media, Pusat Pengajian Media Dan Komunikasi (MENTION), Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK) UKM. Namun Ianya Tidak Dipancarkan Untuk Menembus Setiap Radio Yang Ada Di Dunia Ini. Anda Hanya Boleh Mengikuti Siarannya Secara Atas-Talian (Online).
Slot Yang Perlu Saya Hadiri Adalah Slot Agenda Gender (Kalau Tak Silap La..) Kelolaan Rakan Saya Ini. Namun Skop Topik Yang Diberikan Kepada Saya Menyentuh Perihal Modal Insan Mahasiswa/i. Saya Bersama Seorang Lagi Pegawai HEP UKM Akan Ke-udara Secara Langsung Esok (Rabu) Pukul 1-2 Petang. Kepada Anda Yang Mempunyai Kelapangan Bolehlah Bersama² Mengikuti Siaran Ini.
Maaf Saya Tidak Mempunyai Kelapangan Untuk Lebih Menulis Minggu Ini Saya Sedikit Sibuk Untuk Menguruskan Beberapa Perkara. Esok Saya Juga Akan Ditemuduga Oleh Pegawai BPR (Bukan Kerana Kes Rasuah.. Hehe..) Tetapi Untuk Mengisi Kekosongan Jawatan Di Jabatan ICT Badan Itu Di Putrajaya. InsyaAllah Kali Ini Saya Tidak Akan Lari Lagi Dari Temuduga Seperti Kes² Yang Pernah Berlaku Sebelum Ini. Huhu.. :D= Petangnya Saya Perlu Ke UKM Untuk Slot Di Radio Midas. Manakala Lusa Pula Saya Akan Menduduki Peperiksaan Terakhir Di Kampus Untuk Saya Menamatkan Pengajian Ijazah Sarjanamuda Saya Di Kampus UKM Ini. InsyaAllah. Doakan Kejayaan Saya Wahai Rakan². Hingga Ketemu Lagi..
Wassalam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Bagaimana Rasanya Lega ?
- Ipoh & Tambun
- Genting View Resort Training..
- KONVOKESYEN UKM 2008
- Mangsa Ke-2 Dari E-bay - Gitar Akustik
- Memori Qaiyum
- Berehat Sebentar Demi Penyusunan











Exam2..Study2..
Yahhhhh, semoga berjaya!
Trime Kaseeeeeyyy !!
hohohoh,jauh sgtlah ukm bangi tu..biasa kat sini stesen university paling glamer ufm lah, milik uitm..ko rakamlah utk kami dgr erk qaiyum..jgn segan2..
Laa.. Boleh Dengar Online. Ader Link Saya Bagi Tu..
semoga berjaya gengg……
bro, tidakku tahu bagaimana hendek merespek kamoo bro!!
wow, dijemput sana sini memberi ceramah,
ya kamoo ada aura ya~
ngehe~
semoga berjaya,
tak nak pakai dj part time tambahan yg luar dari ukm ke?
ngehe~
#kita - Tq Kita..
#deenasour - Biasa, Biasa Sahaja. Bukanlah Sehebat Mana. Teringin Nak Jadi DJ Ke?
masuk radio .. walaupun online, menarik gak tu
untuk exam tu, insya allah, kalau dah prepare, tak perlu risau apa2 pun
taknak panggil mc dectar sebagai dj jemputan ke?
seterduweterdotblogspotdotcom
Alhamdulillah… naseb baek ko kotakan janji ko supaya x lari dr interview BPR tuh… huahaha.. Marilah berkerjaya di Putrajaya… =)
moga berjaya!
#azwanhadzree - Thanks Bro Azwan. Hehe.. Perlukan Nasihat Dari Otai2 Cam Bro Ni Slalu. Kalau Tak Jauh Menyeleweng. Haha..
#amar - Taraf Encik Amar Sudah Jauh. Lebih Seswai Berada di Konti Radio SEbenar. :D=
#azrinbasis - Tak Lari Dari Interview. Tapi Lari Dari Keje.. Haa.. Cane?
#ku ina - Tq Akak..
Tak Dengar Pun..Tak Macho Lak Lau Suara Kuar Ke Udara…Hhaa
bro!
masa temuduga kem,penerangan,
diorang siap suruh jadi dj dlm bilik tmuduga~
kata nak anta pg pahang,
alik2, kat logo rimau~ ngehe~
aaa.. jadi dj.. huh tak gementar ke??
Bukan Qai Jadi DJ. Jadi Tetamu Jemputan Untuk 1 Slot Kat Radio MIDAS Tu..
semoga berjaya..
hmmmm