Sketsa Pilihanraya
Feb 18th, 2008 oleh Qaiyum
Antara Situasi-Situasi Yang Dapat Kita Perhatikan Semasa Proses Berlangsungnya Pilihanraya Di Negara Ini :
-
SPR - Tugas 4 Atau 5 Tahun Sekali Pastinya Tugas Yang Mencabar. Kerana Pilihanraya Pastinya Tugas Yang Berat Untuk Diuruskan. Segalanya Hendaklah Dipastikan Berjalan Dengan Lancar Dan Yang Paling Penting Dilaksanakan Dengan Penuh Tulus Agar Tidak Dipersoalkan Kemudian. Dan Sudah Pastinya Selesai Sahaja Pilihanraya Ketua Pengarah BPR Pasti Akan Muncul Di Media Bagi Menjawab Soalan² Panas..
-
Politikus - Turun Padang Dan Berjabat Tangan Dengan Semua Orang Selagi Boleh. Memastikan Publisiti Diri Sentiasa Difokuskan Dan Diutamakan. Pastikan Media Sentiasa Bersama Sewaktu Berkempen. Mash Menunjukkan Kemesraan Sesama ‘Musuh’ Yang Bertanding Kerusi Yang Sama.
-
Jentera Parti - Menyusun Strategi Serangan Dan Pertahanan. Mengukuhkan Barisan Ketumbukan. Melaung-laungkan Slogan Semangat Setiap Masa Tanda Bersatu-padu. Mungkin Ada Yang Mengupah Ahli Bina Badan, Ahli Silat Gayung Patani, Ahli Alumni Taekwando Sekolah, Tukang Kebun Yang Mahir Menggunakan Sabit, Dan Juga Pakar² Senjata Dan Seni Mempertahankan Diri Lain.
-
Pemerhati Politik - Menilai Setiap Sudut Selok-Belok Situasi Politikus Dan Pengundi. Namun Tugas Analisis Kali Ini Tidaklah Terlalu Sukar Memandangkan Tiada Isu² Besar Yang Dimainkan Kecuali Kenaikan Harga Barang, Ketulusan Pilihanraya, HINDRAF, Kesamarataan Media Dan Lain-lain Isu Yang Sama Seperti Yang Lepas².
-
Media - Menambahkan Bilangan Tenaga Kerja Untuk Memastikan Setiap Ceruk Kawasan Berjaya Mendapat Liputan Agar Segala Berita Terkini Pada Sesuatu Kawasan Dapat Disampaikan Dengan Lancar. Namun Pasti Isu-isu Panas Akan Sentiasa Dinanti²kan Oleh Para Wartawan.
-
Anggota Keselamatan - Cuti Dibekukan. Perlu Berada Dalam Keadaan Bersiap-sedia Sepanjang Masa. Pilihanraya Dirasakan Terlalu Lama Berlangsung. Strategi Juga Perlu Disusun Bagi Memastikan Setiap Tingkah Laku Manusia Sewaktu Pilihanraya Akan Mampu Dikawal Sekaligus Mengelakkan Perkara Yang Tidak Diingini Berlaku.
-
Anak Muda - Platform Untuk Menambahkan Pendapatan Terutama Dalam Aktiviti Menampal Poster, Bendera, Bunting Dan Segala Benda Yang Berkaitan. Tidak Kisah Parti Mana Pun Yang Penting Alaun ‘Masyuk’..
-
Tauke Percetakan - Saat Paling Dinanti² Untuk Menambahkan Keuntungan Berlipat-kali Ganda. Tender Dicari Bersungguh-sungguh. Publisiti Untuk Mencetak Banner, Poster, Bunting, Flyers Dicanang-canang Dengan Sangat Meluas. Tahun Ni Pasti Bonus Dapat Lebih. :D=
-
Pengundi - Mungkin Ada Antara Mereka Yang Masih Keliru Siapa Calon Yang Perlu Dipilih. Parti Mana Yang Mampu Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik Di Kawasannya. Kerajaan Mana Yang Mampu Mentadbir Negara Ini Dengan Cemerlang. Keliru Betul Dengan Dakyah² Yang Dilemparkan Oleh Sekalian Jentera. Manifesto Masing² Kelihatan Sangat Manis. Tapi Yang Mana Mampu Dilaksanakan Seperti Yang Dijanjikan. Oh! Pengundi Dalam Dilema. Tapi Keputusan Harus Dilaksanakan Tibanya Sahaja Di Meja Pengundian.
-
Bukan Pengundi - Menggunakan Hari Cuti Dengan Sebaik²nya. Tidak Kisah Dengan Agenda Semasa. Mungkin Ada Yang Hanya Duduk Tergelak Membaca Gimik² Politik Di Dalam Akhbar. Namun Mungkin Juga Ada Yang Takut Untuk Keluar Rumah Bagi Mengelakkan Perkara Yang Tidak Diingini Berlaku Sewaktu Proses Pilihanraya. Dan Pastinya Bagi Usahawan, Waktu Ini Juga Masa Emas Untuk Menambahkan Pendapatan Dengan Membuka Gerai Jualan Di Kawasan Penamaan Calon, Bilik Gerakan Jentera, Pembuangan Undi, Pengiraan Undi Dan Tempat² Lain Yang Menjadi Tumpuan.
Itu Sahaja Antara 10 Aktor Yang Saya Fikirkan Melakonkan Watak Masing² Semasa Proses Pilihanraya Di Malaysia Ini. Jika Ada Penambahan Yang Saya Lupa Anda Sendiri Boleh Kongsi Bersama. Selamat Bersketsa..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod III)
- Esok Pulang
- Permatang Pauh
- Gelombang Hantu Kuning (Bukan Maskot Digi)
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod I)
- Destinasi - Ijok (DUN Menteri Besar Baru)











hehe macam2 aksi dapat ditonton…yg selama ini jahat jd baik, yg selama ini kedekut menjadi pemurah, yg selama ini malas menjadik rajin, yg selama ini pengecut menjadi berani…semua tidak dihiraukan asal dapat bergelar YB
bro ni pendapat aku berkenaan pembubran parlimen ni..kalo rajin baca la….dan tinggalkan komen kalo ada pendapat…heh!!!
http://apa-saje.blogspot.com/2008/02/parlimen-di-bubarkan-sandiwara-media.html
Pemblog, buat entri pilihanraya, dan tarik trafik… hahahhah
Tu La..Asyik Nak Trafik Jam Je..
betui tu azhar.. hehe..sokong2 tapi macam syia yang tak berape berilmu bab politik ni senyap je la jawapnye
haha mcm2 kejadian ye…
#Truckster - Hehe.. Yang Penting Kita Usahlah Jadi Rakyat Yang Emosi. Tetapi Jadilah Rakyat Yang Rasional.
#Azhar Ahmad - Trafik Bro Tinggi Ke? Hehehe..
#Mrozaidi - Manede Trafik Jem Kat Bangi Nih..
#Syia - Takpe Syia.. Takyahla Amik Tau Pasal Politik. Lagi Jauh Kita Terjerumus Dalam Politik. Lagi Kotor Jadinya Kita Terpalit Dengan Permainan Politik Orang Lain Yang Memang Sedia Terkotor.
#chot - Memang Macam².. :D=
pilihan raya merupakan satu proses penting bagi negara demokrasi seperti Malaysia. Semua pihak mesti terlibat, pihak yang menang, hendaklah menjadi pentadbir dan pemimpin yang baik..dan kepada yang tewas, usah putus asa, dan jgn pula suka menuding jari kepada org lain..terimalah dan hormatilah keputusan yang bakal dibuat oleh rakyat..satu pantun untuk semua..
kalau mencari tempat mandi,
pertama teluk kedua pantai,
kalau mencari pemimpin negeri,
pertama elok kedua pandai.
heheheheh, 4thn sekali..inilah namanya berkempen..
syia~
jgn lupa,anda layak mengundi,
wakaka,,deen blom cukup umo lagi,
tapi kene bertugas gak,
apakan daya,,media
#catzer - Tak Teringin Nak Berkempen Cik Catzer? Hehe..
#deenasour - Ye Ke Tak Cukup Umor Lagi? Hehe.. Selamat Bertugas..
Semua yg da cukup umur tu kena pastikan diri da mendaftar. Nanti terlepas peluang yang 4tahun sekali ni. Selama ni melaung2kan perjuangan di dalam blog masing2, kali ni gunakan pilihan yang ada pada tangan kita untuk menentukan masa depan negara. Jangan jadi orang yang cakap tak serupa bikin sudeyy~ POM PAM POM PAM cakap…time ngundi tidoq