Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12 ???
Feb 16th, 2008 oleh Qaiyum
Huh.. Tiada Yang Ingin Diperkatakan. Rasanya Masing² Mempunyai Pendirian, Pegangan Dan Ideologi. Tak Guna Untuk Memperdebatkan Hal Sedemikian Kerana Susah Untuk Mencapai Kata Putus. Apatah Lagi Untuk Bersatu.
Cuma Satu.. Saya Sangat Rindukan Tun Dr Mahathir Mohamad. Rindukan Kepimpinannya. Rindukan Pemikirannya. Dan Rindukan Perjuangannya. Ketegasan Dalam Kepimpinan Beliau Amatlah Saya Kagumi Terutama Dalam Perjuangan Memartabatkan Dan Menjaga Anak Bangsa Melayu. Tapi Jelas Akhirnya Beliau Sendiri Kecewa Dengan Sikap Bangsanya Sendiri Yang Gagal Keluar Dari Mentaliti Kepompong Orang Melayu Itu Sendiri. Adakah Tun Seorang Yang Sangat Hebat & Terlalu Jauh Pemikirannya, Hinggakan Kita Sebagai Orang Melayu Tidak Mampu Untuk ‘Turut Serta’ Dalam Arusnya. Itulah Dilema Melayu..
Dan Kepada Anda Di Luar Sana Ini Membenci Beliau Atas Sebarang Jua Sebab. Saya Hanya Mampu Katakan Anda Tidak Layak Untuk Membencinya Selagi Mana Anda Tidak Berdampingan Dengannya. Beliaulah Idola Saya Dan Saya Merindui Saat Berada Di Bawah Kepimpinannya.. Maka Ini Adalah Entri Tribute Kepada Tun Dr Mahathir…
Video Tribute To Tun Mahathir
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
- Tun Dr Mahathir Mohamad (Mei 1996)
Video Kekaguman Tuan Guru Nik Aziz Kepada Tun Dr Mahathir
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod III)
- 1957 Hati Malaya
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)
- Perjuangan ProWaris
- Destinasi - Ijok (DUN Menteri Besar Baru)
- Gelombang Hantu Kuning (Bukan Maskot Digi)
- Sketsa Pilihanraya













… “Tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan,
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya”
walaupun aku xlayak membencinya…walaupun aku xprnah berdampingan dgnnya…cukuplah aku mnjadi saksi airmata pernah mengalir kerana beberapa kezaliman mahathir semasa dipuncak kuasa…aku membenci sifat yg zalim dan aku tak membenci mahathir krn dia mahathir..kalau dia insaf dan memohon maaf, aku dgn senang dpt memaafkan dia…bukan snang hndak menjadi pemerintah yg adil..disaat bumi dihancurkan, Allah akan berkata “Ainal Muluk?”Dalam ramai2 jenis manusia Allah bertanya kemanakah perginya orang yang pernah berkuasa diatas muka bumi…t’jwb pemimpin terlalu besar.Dalam tidak sedar dan dalam kehebatan seseorang pemimpin, ramai yg dizalimi dan tertindas.Aku harap Allah buka hati DrM utk bertaubat dan meminta maaf kepada semua yg dia zalimi semasa kepimpinannya…
kenapa pula TAK LAYAK membenci dia? kita cuma TIDAK LAYAK membenci ALLAH dan kekasihNYA …
Tun juga manusia macam kita, walaupun jasanya menggunung hingga ke langit dalamasa yang Tun juga melakukan kesilapan, menzalimi sesama manusia dan KITA LAYAK membencinya atas perbuatannya itu.
Aku sekali-kali tidak mengganggap Tun insan yang mulia. Mulianya dia hanya pada keluarga dan penyokong2nya. Bagi penentang dan pengkritik dia Tun akan menzalimi habis-habisan hingga tiada peluang membuktikan kebenaran.
Mungkin itu dulu…tetapi sekiranya dia sudah insaf dan meminta maaf atas perbuatannya dahulu…aku rasa masa itu aku TIDAK LAYAK lagi membenci dia….
Soal Dosa Pahala Di Atas Segala Kebaikan Dan Kemungkaran Yang Beliau Lakukan Kita Serahkan Pada Allah SWT Untuk Tentukan. Kita Sebagai Manusia Biasa, Jika Benar Kita Dizalimi, Allah SWT Sentiasa Akan Bersama Kita. Namun Bukanlah Manusia Itu Dijadikan Oleh Allah SWT Untuk Membenci Sesama Mereka..
walau apapun yg tuduhan dan kritikan yang dilemparkan, tidak boleh dinafikan sumbangan Tun yang amat besar dalam usahanya untuk memartabatkan bangsa dan negaranya. di dalam islam, kita tidak di ajar untuk membenci sesama umat. tidak ada bukti yg jelas tun menzalimi rakyat. selama 22 tahun lebih di bawah pemerintahan Tun, negara kita kekal makmur, berdaya saing dan berjaya. saya juga amat merindui kepimpinan Tun yang penuh berkarisma dan kelantangannya bersuara. orangnya dinamik dan progresif. orang yang membenci Tun adalah orang yang tidak mahu menerima serta tidak mengiktiraf segala usaha dan perjuangannya. namun, percayalah majoriti rakyat di negara ini telah membuktikan bahawa kepimpinan tun telah dapat diterima. Terima kasih Tun. Kepimpinan mu akan tetap menjadi simbol kepada kejayaan Malaysia.
walau apapun yg tuduhan dan kritikan yang dilemparkan, tidak boleh dinafikan sumbangan Tun yang amat besar dalam usahanya untuk memartabatkan bangsa dan negaranya. di dalam islam, kita tidak di ajar untuk membenci sesama umat. tidak ada bukti yg jelas tun menzalimi rakyat. selama 22 tahun lebih di bawah pemerintahan Tun, negara kita kekal makmur, berdaya saing dan berjaya. saya juga amat merindui kepimpinan Tun yang penuh berkarisma dan kelantangannya bersuara. orangnya dinamik dan progresif. orang yang membenci Tun adalah orang yang tidak mahu menerima serta tidak mengiktiraf segala usaha dan perjuangannya. namun, percayalah majoriti rakyat di negara ini telah membuktikan bahawa kepimpinan tun telah dapat diterima. Terima kasih Tun. Kepimpinan mu akan tetap menjadi simbol kepada kejayaan Malaysia. Mudah mudahan Allah akan merahmati perjuangan suci ini.
syia pun rindu zama Tun dulu
tapi kene bagi peluang pada Pak Lah.. kite tengok cam mana kemajuan atau erm.. ___ negara k
yep. kepimpinan tun sangat dirindui. ada yang menunding jari, tun punca gejala sosial. pembawakan internet dan sebagainya. tapi. sifat manusia memang suka akan hiburan. jangan jadikan orang lain sebagai alasan untuk berbuat mungkar. harap tun sihat dan di dalam keberkatan Tuhan.
Zaman Tun Lebih Tegas Dan Tiada Maaf Bagi Yang Membuat Masalah..Tapi Sekarang Pak Lah Lebih “Play Save” Yang Boleh Orang Ramai Membuat Penilaian Yang -Ve Padanya..Sokong Tun..Haha
this comment is purely a reply to ‘kumb@ang’s comment’ not on the content.
i’m going to be technical here:
ni la aku benci org melayu..suka sgt amik benda separuh2/x abis pastuh salah faham..penulis dah tulis ‘..Anda Tidak Layak Untuk Membencinya SELAGI MANA ANDA TIDAK BERDAMPING DENGANNYA.’. Baca sampai abis..jgn mcm sesetengah pihak tu amik separuh je ayat al-quran pastuh putar belit org lain..kena baca seluruh konteks. sekian!
Apa sekalipun, kenapa perlu lihat pada sayu titik, dari kertas putih yang besar…. Teori Titik Hitam, kamu tahukan Qaiyum
Yaa.. Tepat Sekali.. Tapi Mana Satu Yang Mewakili Kertas Dan Mana Satu Yang Mewakili Titik Hitam??