Yuna - Dan Sebenarnya..
Feb 13th, 2008 oleh Qaiyum
Parlimen Dah Bubar.. Pilihanraya Dah Dekat.. Hmm..
YUNA - DAN SEBENARNYA
Oh bulan
yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku
Ku enggan
berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku
[Bridge]
Di saat kau merenung matanya
ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku
Lagu Ini Telah Menjadi Lagu Kegemaran Saya Tatkala Ini. Bukan Sahaja Saya Tetapi Juga Dia Dan Dia. Berbezanya Entri Saya Dengan Mereka Adalah Kerana Saya Mengenali Penyanyi Dan Pencipta Lagu Ini - Yuna @ Yunalis. Saya Telah Diperkenalkan Dengan Video Lagu Ini Oleh Salah Seorang Rakan Saya Sewaktu Bersekolah Di Utara Semenanjung Iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Perlis Suatu Ketika Dahulu. Dan Sudah Pastinya Saya Masih Ingat Lagi Akan Diri Penyanyi Lagu Ini Tatkala Namanya Di Sebut & Riak Wajahnya Dipertontonkan.
Yunalis Adalah Junior Saya Setahun. Tapi Yang Uniknya Saya Tidak Terlalu Rapat Dengan Beliau. Tetapi Saya Lebih Rapat Dan Lebih Mengenali Bondanya Yang Pada Ketika Itu Turut Mengajar Di Sekolah Yang Sama. Subjek Kimia. Gaya Dan Pembawaan Puan Anum (Bonda Yuna) Membuatkan Saya Lebih Bersemangat Untuk Mempelajari Kimia Jika Dibezakan Dengan Guru Sebelumnya Yang Berbangsa Cina. (Tak Paham Sepatah Pon… Huhu). Puan Anum Juga Seorang Yang Sangat Kool. Rasanya Beliau Adalah Guru Feveret Kami Semua. Puan Anum Lebih Lewat Masuk Mengajar Ke Sekolah Itu Berbanding Saya. Namun Banyak Pembaharuan Yang Beliau Canangkan Untuk Sekolah. Terutamanya Dalam Penubuhan Kelab Boling Sekolah. Yaa.. Beliau Adalah Jurulatih Boling Juga. Hebat Kan Wanita Ini. Dan Yang Sedihnya Beliau Adalah Guru Terakhir Menghubungi Saya Dan Berbual-bual Tatkala Saya Berpindah Kembali Ke Kajang Apabila Ayahanda Saya Menamatkan Tugas Di Perlis Dan Saya Juga Telah Selesai Peperiksaan SPM. Puan Anum Memang Kool Walaupun Saya Selalu Buat Lawak Bodo Dengannya. Haha..
Kembali Kepada Cik Yuna Kita. Beliau Yang Saya Kenali Dahulu Merupakan Seorang Yang Agak Pendiam. Mungkin Kerana Mengalami Perubahan Budaya Apabila Beliau Terpaksa Mengikuti Keluarganya Berpindah Ke Perlis Dari Kehidupan Kota Di USJ. Imbauan Perlis - Sebuah Negeri Yang Terperosok Ke Utara Dan Dihamparkan Dengan Hamparan Padi Yang Luas. Juga Sebuah Negeri Yang Tenang, Aman Dan Damai Jauh Dari Kesibukan Hiruk-Pikuk Kota. Sesuai Untuk Mereka Yang Inginkan Kehidupan Harmoni Kerana Kurangnya Hiburan Di Sana. Tiada Panggung Wayang (Tak Pastila Sekarang) Dan Juga Hiburan Lain Yang Melalaikan. Cik Yuna Juga Dahulunya Dikenali Dengan Nama Alis Dan Mempunyai Blog Sendiri Menggunakan Nama Pena Aleese. Saya Tidak Pasti Sekarang Samada Beliau Masih Lagi Aktif Menulis Blog. Saya Pernah Bersama-sama Dengan Beliau Dalam Menjayakan Sebuah Projek Sekolah Dalam Pertandingan Berunsurkan Teknologi Maklumat Peringkat Negeri Perlis. Beliau Juga Pemain Boling Profesional Pada Kategorinya. Itu Sahaja Yang Boleh Saya Ungkapkan..
Dan Kini Dikhabarkan Beliau Berada Di UiTM Shah Alam Dalam Meneruskan Pengajiannya Dalam Undang-Undang. Mungkin Mengikuti Jejak Langkah Ayahandanya. Dan Dengan Wujudnya Video Lagu Ini Di YouTube Menunjukkan Beliau Mempunyai Band Sendiri Dan Statusnya Pastilah Independent Artist Yang Belum Menerbitkan Sebarang Album Lagi. Suaranya Memang Menawan. Kebanyakkan Lagu² Yang Dimainkan Mereka Adalah Lagu Ciptaan Mereka Sendiri. Sila Tonton Video Di Bawah Dan Kalau Anda Rajin Cari Lagi Di Laman YouTube. Dan Yang Paling Menarik, Apabila Saya Melihatkan Kehebatan Beliau Bermain Gitar, Makanya Saya Kini Juga Telah Bergiat Aktif Untuk Menuntut Ilmu Bermain Gitar Dari Rakan Serumah Saya, Bro Azrin. Hahaha..
Akhir Kata Selamat Maju Jaya Diucapkan Kepada Saudari Yuna Dalam Menempuhi Kehidupannya Dan Kepada Cikgu Anum, Anak Muridmu Ini Sangat Merinduimu. Sesiapa Kenalan Saya Atau Sebarang Watak Yang Saya Kisahkan Di Dalam Entri Ini Yang Ingin Membantu Saya Untuk Kembali Menghubungi Cikgu Anum Mahupun Saudari Yuna, Silalah Bantu. Macam Jejak Kasih Pulak.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Alhamdulillah, Hari Ini Hujan Turun..
- Melayu Mudah Lupa
- Keluargaku Yang Besar
- Sean Ghazi - Semalam
- Wat Nak Prok
- Hingga Akhir Disember Ini…
- Pesta Ang Pow













hebat gak minah ni ye..aku pun xreti main gitar beb!
Tu Ah.. Jeles Tul..
perlis takde panggung wayang. pasti. hehe
Yaa.. Dulu Ada. Sekarang Dah Tutup. Tapi Sbenarnya Dah Lama Jugakla Tutup..
Bayarla… Ingat ako wat kelas gitar free ke utk ko… haha.. gurau jek… Ko blaja rerajen men gitar pasni bley la letak video ko sendiri yg men gitar.. Takkan asyik nak letak video org laen jek.. Betol tak kengkawan..?? haha… Gua sasport lu brader…
power ar yuna ni.
saya pun tau pasal yuna ni dari kawan saya.kwn saya tu sangat kagum dengan si Yuna ni. x sangka Qaiyum kenal dia eh.
hehee
laa..aku xbaca entri ni sbb igtkan pasal band mana2 yg kuyum minat.terlepas pandang,rupa2nya pasal anak cikgu anum ka.
aku baru tau pasal yuna ni hari ni. menariknya melalui kwn aku. semalam kami jumpa dan sembang2. dia ada kata dia minat sgt dgn sorg minah ni reti main gitar dan pakai tudung dan popular,dia jeles..hehe.
dr satu topik ke satu topik..dia ada kata dia tgh dilema,mungkin nk tulis blog dlm bahasa melayu sbb senang nk sampaikan mesej dan lebih mudah ,dan aku pon cadangkan tengok2kan blog ni sbb dlm bahasa melayu,mungkin menarik dibaca. pastuh dia terjumpa entri ni dan baru tau si Yuna yg dia minat ni junior aku,..dia pon excitedly inform aku…haha what an interesting day!
aku harap dia berjaya..
hmm aku cuba juga nk cari gamba cikgu anum..kot2 ada gamba latest ke..tapi kat myspace Yuna pon xde..
Saper Member Ko Tu Faiz?? Hehe.
hi qayum. apa khabar. thanks for your support! nanti next performance saya bagitau. hari tu kat mmu ada gak budak2 derma datang, tapi tu classmate la. mat dgn nurul..
anyway.. THIS IS A NICE BLOG. i like it, because you blog about serious stuff, trying to make a difference. i mean it. keep it up!
thanks again.
keep in touch =)
ps-mama yang habaq pasal blog ni. =D haha!saja drop by to say hi..
Waahh.. Yunalis aka Indie Artist Yang Kian Popular Telah Singgah Ke Blog Ini.. :D= Thanks 4 Ur Support To This Blog Too Yuna. Rasa Bangga Pulak. Hnnff Hnfff :8)
Yes! Let Me Know For Your Next Performance. If Tak Bz Laa.. Kalau Tak Saya Pandai² La Carik SEndiri :D= And I’d Love To Give Full Support To You. Till Then Gud Luck For Your Dream Miss Aleeze.. Mane Satu Ek Nama Glemer??
ps : Say Hi To Your Mama. Dia Memang Sentiasa Kool! :D=
hebat gak akak ni ek~
sekarang datin anum di sabs
err.. what i know is.. yuna ni budak usj4..kan???
sedap gile lagu ni.
dah lama knal dia tp tak sanka dia menyanyi.
yela “not updated” aku ni.
sedap sedap.great work.
Tula.. Makin Meningkat Naik Nama Yuna Ni.. Kenalilah Beliau Sebelum Beliau Glamor. Hehe..
tumpang popular tuuuu..
hahhahaha
[…] Lagi pula saya sudah berkobar² untuk menonton persembahan Artis Indie kita iaitu Saudari Yuna pada Ahad ini. Terpaksa juga saya batalkannya. Hmm.. Mungkin jodoh kami adalah pada lain pertemuan […]
hyep..
can i have dis songs uRL?
Sorry.. That song isn’t available for download.