Perjuangan Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee #2
Feb 7th, 2008 oleh Qaiyum
..Sambungan Dari Entri Semalam
PENDEKAR BUJANG LAPOK
Salah Sebuah Filem Arahan Beliau Kegemaran Saya. Mungkin Kerana Di Dalamnya Terdapat Alunan Lagu “Maafkan Kami” Yang Saya Rasakan Unik. Walaupun Jalan Ceritanya Agak Santai Dan Dipenuhi Dengan Unsur Komedi, Samada Anda Perasan Atau Tidak Banyak Penekanan Isu-Isu Berat Di Sepanjang Plot Cerita. Yang Utamanya Adalah Berkenaan Dengan Situasi Buta Huruf Di Kalangan Masyarakat Melayu Pada Waktu Itu. Rata-rata Memahami Bahawa Masyarakat Melayu Agak Jauh Ketinggalan Dalam Bidang Pendidikan Semasa Dan Selepas Zaman Penjajahan British. Kecuali Mereka Dari Kalangan Golongan Bangsawan.
Pada Era Itu (Mungkin 6o-70an) Kesedaran Peri Pentingnya Pendidikan Mungkin Masih Kurang Di Kalangan Masyarakat Melayu Terutama Mereka Yang Berada Di Kampung-Kampung. Mentaliti Masyarakat Melayu Sendiri Yang Lebih Gemarkan Cara Hidup Seperti Yang Selalu Mereka Amalkan (Hidup Kais Pagi Makan Pagi..) Dan Mungkin Juga Akibat Desakan Hidup Yang Memaksa Mereka Terpaksa Meminggirkan Pendidikan Untuk Anak-Anak. Dan Dari Situasi Itulah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Cuba Untuk Mengubah Pemikiran Dan Mentaliti Sebilangan Masyarakat Melayu Yang Tidak Mementingkan Pendidikan Ini Agar Keluar Dari Kepompong Mereka. Dan Perjuangan Untuk Menyedarkan Mereka Betapa Peri Pentingnya Pendidikan Itu Saya Rasa Telah Disampaikan Dengan Cara Paling Halus Dan Tidaklah Terlalu Sinis Seperti Apa Yang Kita Dapat Lihat Dalam Sesetengah Plot Di Dalam Kisah Ini.
“Oo.. Ini Saya Tau Ini.. Ini Huruf M..”
Atau Mungkin Adakah Ayat Seloroh Di Atas Membawa Maksud Kita Sedang Meminggirkan Bahasa Tulisan Ibunda Kita Iaitu Jawi ? Hinggakan Kita Lebih Mengenali Tulisan Rumi Berbanding Jawi Yang Mana Seperti Nenek Moyang Kita Telah Ciptakan Untuk Kegunaan Bangsanya ? Entahlah.. Kita Telah Ditelan Gelombang Masa..
ALI BABA BUJANG LAPOK
Ini Juga Sebuah Filem Yang Tidak Pernah Saya Bosan Untuk Menontonnya Berulang Kali. Terutama Adegan Dialog Buka & Tutup Pintu Gua. Membawa Filem Melayu Jauh Sedikit Dari Alamnya. Iaitu Berlatar-belakangkan Suasana Negeri Arab. Dan Macam Biasa, Tan Sri P. Ramlee Tiada Langsung Intipati Dialog Dan Pengisian Di Dalam Cerita P. Ramlee Yang Tiada Membawa Apa-Apa Makna. Samada Secara Halus Atau Secara Terus, Semuanya Adalah Berkaitan Dengan Masyarakat Melayu Kita Sendiri. Dalam ‘Menegur’ Atau Menilau Sebarang Unsur-Unsur Negatif Di Dalam Cara Hidup Dan Pemikiran Orang Melayu.
Tema Atau Nilai Yang Paling Sesuai Untuk Saya Kupaskan Berkenaan Dengan Filem Ini Tidak Lain Dan Tidak Bukan Adalah Sifat Tamak Kita Sendiri. Begitu Juga Pandangan Kita Terhadap Mencari Kekayaan Dunia Turut ‘Ditegur’ Di Dalam Cerita Ini. Manakan Tidak, Adegan Kassim Baba Membawa Lori Untuk Mengaut Segala Harta-Harta Penyamun Di Dalam Gua Menunjukkan Sifat Tamak Yang Sememangnya Hiperbola Itu. Dengan Sifat Kedekut Yang Amat Diserapkan Ke Dalam Watak Kassim Baba, Sifat Tamak Juga Tidak Kurang Hebatnya. Begitu Juga Dengan Keadaan Diri Orang Kaya Yang Cuba Lari Dari Bayar Hutang Seperti Yang Terdapat Dalam Sisipan Video Di Atas. Begitulah Juga Dengan Halnya Hari Ini. Kita Sanggup Berhutang, Bergadai Tanah & Bendang, Semata-mata Untuk Kelihatan Mewah Di Mata Orang Lain. Sanggup Meminjam Along Atau Ceti-Ceti Haram Di Luar Sana. Mempunyai Kad-Kad Kredit Yang Pelbagai Syarikat. Yang Mana Akhirnya Akan Disenarai-hitamkan Oleh Pihak Syarikat Dan Bank.
Ada Atau Tidak Situasi Itu Di Dalam Masyarakat Kita Hari Ini? Nilailah Sendiri..
Dan Masih Terdapat Banyak Lagi Filem-Filem Dan Lagu-Lagu Yang Menyentuh Situasi Masyarakat Kita Yang Sesuai Pada Zamannya Dan Zaman Sekarang. Menyentuh Bukan Sekadar Untuk Bersinis-sinis Sesama Kita, Tetapi Lebih Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita Dan Masyarakat Sekeliling Kita. Saya Tidak Nafikan Masih Ramai Lagi Karyawan Yang Berjuang Seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Namun Sememangnya Beliau Tiada Pengganti Sepertinya. Anda Nilailah Sendiri Selepas Sini Sejauh Mana Agungnya Setiap Karya Beliau. Dan Bukan Kita Ambil Sekadar Untuk Berhibur Kosong. Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Beliau Dan Rakan Seperjuangan Beliau Yang Lain Di Atas Perjuangan Mereka Dalam Bidang Seni.
Kita Sedekahkan Bacaan Umul Kitab Agar Rohnya Sentiasa Dicucuri Rahmat..
Al-Fatihah..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Perjuangan Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
- Sean Ghazi - Semalam
- Genting View Resort Training..
- Family Day UPSM Ke-22
- Kita Yang Terlupa Sejarah : Gerakan Islah Di Tanah Melayu
- Starcraft II : Permainan Lagenda Kembali
- Pelancaran Kempen Kita Mesti Bersatu











Uhummmm, kamu patut lihat bait lirik Lagenda, nyanyian Sheila Majid. Puitis dan menarik…
Aduh, salutasi buatmu kerna bisa menukilkan karya sebegini padat…
Ya Saudara Azhar. Kita Kena Melihat Sesuatu Perkara Itu Dalam Skop Yang Lebih Luas. Agak Rugi Jika Kita Hanya Nampak Sesuatu Perkara Itu Di Dasarnya Sahaja.
aku suka chorus lagu Jentayu-Nora,Sheila Majid..’patah sayap bertongkat paruh,patah paruh bertongkat siku,…’ best! mmg bagi semangat time2 exam ni utk trus berusaha..hehe . http://www.youtube.com/watch?v=r1GqPA7dUiA
ceh..baru sedar ..korg komen pasal P.Ramlee..post komen aku kat atas ni mcm xde kena-mengena plak..hehe maybe sbb aku ternmpak Sheila Majid
Tak Kesahla Faiz Ooi.. Selamat La Menjawab Exam. Dengarla Lagu² Malaya Untuk Sentiasa Dekatkan Diri Dengan Malaya Walaupun Berada Jauh Di Perantauan.. HEhe..
Tiada filem beliau yang sekadar syok sendiri…setiap filem yang diolah digarap dengan halus mesejnya…
Akan tetapi, kebanyakan pembikin filem kita hari ini pula terlalu terbuka dalam mengemukakan isu2 semasa sehinggakan filem itu dipotong sana-sini dan akhirnya bergaduh-gaduh dan saling tuding menuding jari…….
P.Ramlee sudah memberi dan menyumbang begitu banyak contoh untuk dijadikan ikhtibar dan panduan, dan dan ramai yang memahami apa yang ingin beliau sampaikan…
Tahniah bro! Anda berjaya mengaplikasikan mesej filem2 beliau di persada blog anda!! Semoga entri seperti ini dapat diteruskan….
Al-Fatihah………..
Assalamualaikum, bagus & menarik tulisan sdr ni. Tahniah. Teruskan menulis. Lebih lanjut, kaji & selami pemikiran & karya2 hasil peninggalan P. Ramlee di http://pemikir-pramlee.blogspot.com