Perjuangan Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Feb 6th, 2008 oleh Qaiyum

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Telah Lama Meninggalkan Kita. Namun Hasil Seni Beliau Tetap Menjadi Hiburan Kita Hingga Ke Hari Ini. Hasil-Hasil Titik Peluhnya Suatu Ketika Dahulu Dilihat Telah Menjadi Sebuah Karya Agung @ ‘Masterpiece‘ Yang Banyak Mempengaruhi Peminat-Peminatnya Dan Sesiapa Sahaja Yang Mengikuti Hasil Kerja Beliau. Untuk Entri Kali Ini Saya Hanya Akan Menceritakan Antara Hasil Karyanya Dalam Dunia Seni Perfileman Beserta Pembawaannya Dalam Khidmat Sosial Terutama Yang Menyentuh Bangsa Melayu. Skop Perbincangan Kita Akan Meliputi Filem² Arahan & Lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Sendiri Yang Agak Diminati Ramai, Terutamanya Filem² Komedi Beliau.
Namun Sejauh Mana Anda Menilai Setiap Filem² Yang Mempunyai Kaitan Dengan Beliau Ini? Walaupun Genre Komedi Menjadi Fokus, Tetapi Nilai Kemasyarakatan Dan Perjuangan P. Ramlee Dalam Mengubah Mentaliti Dan Pemikiran Orang² Melayu Pada Zamannya. Dapat Kita Saksikan Dan Nilaikan Sendiri Betapa Unsur² Yang Meliputi Keluarga, Masyarakat Sekitarnya, Politik, Ekonomi, Pendidikan Dan Sebagainya Di Dalam Cerita²nya. Genre Filem Yang Serius Seperti Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Anakku Sazali, Dan Lain-Lain Telah Berjaya Mengupas Antara Permasalahan Yang Berlaku Pada Lapisan Keluarga. Dan Secara Jujurnya Ia Menyentuh Realiti Kita Sendiri. Dan Sejauh Mana Kita Mengambil Iktibar Terhadap Peristiwa Itu.
Saya Pendekkan Cerita, Entri Ini Akan Memberi Sedikit Ulasan Terhadap 3 Judul Filem P. Ramlee Antara Yang Popular Iaitu Tiga Abdul, Pendekar Bujang Lapok & Ali Baba Bujang Lapok. Namun Diharapkan Filem² Lain Dapat Kalian Teroka Dan Nilai Sendiri Intipati² Yang Boleh Dijadikan Tauladan Suatu Masa Nanti.
TIGA ABDUL
Antara Salah Satu Filem Kegemaran Saya. Walaupun Dikategorikan Filem Berunsur Komedi, Tapi Filem Inilah Yang Paling Menyentuh Hati Saya Dalam Memahami Konsep Kekeluargaan & Masyarakat. Temanya Mudah. Kisah 3 Beradik Yang Pelbagai Sifat Tetapi Ada Antara Mereka Yang Memiliki Sifat Tamak Dan Sayangkan Harta. Hinggakan Harta Itu Nanti Yang Menjadi Bahana Mereka Kelak. Seperti Kata “Air Dicincang Tidak Akan Putus..” Begitulah Akhirnya Filem Ini Ditamatkan.
Namun Ada Sesuatu Yang Saya Khuatirkan Apabila Menonton Suatu Babak Di Dalam Filem Ini. Iaitu Tatkala Lagu ‘Tolong Kami‘ Yang Didendangkan Oleh Sebilangan Anak Yatim Di Kaki² Jalan Bagi Memohon Derma. Irama Lagu Ini Jika Dihayati Sangat Menusuk Kalbu. Terasakah Anda? Tidakkah Terasa Seperti Mahu Berlinangan Air Mata? Saya Merasakan Begitu. Melodi Yang Mendayu² Meraih Simpati Orang Ramai Dan Sekaligus Menyampaikan Kesusahan Yang Mereka Alami. Yang Saya Khuatirkan Adakah Sampai Begitu Sekali Masyarakat Kita Hari Ini? Menjaga Anak Yatim Adalah Fardhu Kifayah Bagi Kita Semua. Banyak Ayat² Al-Quran Mengingatkan Umat Islam Untuk Menjaga Kebajikan Anak² Yatim Di Muka Bumi Ini. Dan Hukum² Syarak Juga Banyak Yang Memberi Kelebihan Kepada Anak Yatim Terutama Yang Berkaitan Dengan Harta. Namun, Adakah Anak² Yatim Kita Sekarang Ini Ada Yang Sampai Ke Tahap Turun Ke Jalanan Untuk Meminta Derma? Harap Dijauhkan. Tetapi Kalau Ianya Berlaku, Dimanakah Peranan Masyarakat Hari Ini Hingga Sanggup Kita Mengabaikan Para Anak Yatim. Dan Kita Terlalu Leka Dengan Urusan Duniawi.
Rasanya Selalu Sahaja Kita Terserempak Dengan Mereka Yang Mendakwa Anak Yatim Ini Di Kaki² Lima, Pusat Membeli Belah, Menyinggah Di Restoran Makan Dan Beberapa Tempat Tumpuan Lain Dengan Niat Untuk Meminta Derma Mahupun Menjual Sesuatu. Tapi Adakah Kita Memberikan Bantuan Kepada Mereka? Atau Sekadar Buat Tak Tahu Sahaja Dengan Kehadiran Mereka Ini. Bahkan Ada Yang Menghalau Mungkin. Nah! Sungguh Sombong, Bongkak Dan Kedekutkah Masyarakat Kita? Saya Berkata Begini Bukanlah Saya Juga Selalu Membuat Amal Jariah. Kadang² Mereka Yang Datang Kepada Saya Ingin Sangat Saya Bantu. Tetapi Memandangkan Keadaan Diri Juga Tidak Mengizinkan Untuk Membantu Mereka, Saya Terpaksa Mengatakan “Tidak Dapat Bantu..” Kepada Mereka. Membuatkan Hati Terasa Sangat Bersalah. Dan Oleh Itu Saya Ingin Mengingatkan Diri Sendiri Selepas Ini Untuk Lebih Mengambil Berat Terhadap Para Anak Yatim Ini Yang Sedang Berusaha Untuk Teruskan Kehidupan. Lupakan Teori Mereka Didalangi Sindiket Atau Sebagainya. Bantulah Mereka Jika Mereka Mendakwa Mereka Adalah Anak Yatim. Tiada Salahnya Membantu. Pahala Sentiasa Menanti.
Harapan Saya Adalah Untuk Tidak Lagi Ingin Melihat Anak² Yatim Terus Berada Di Jalanan Meraih Simpati Masyarakat. Sepatutnya Masyarakat Yang Pergi Kepada Mereka Dan Menghulurkan Bantuan. Kemanakah Peranan Masyarakat Dalam Menunaikan Fardhu Kifayah Mereka? Allahu’alam.
Silalah Mendengar Lagu “Tolong Kami..” Dalam Video Youtube Yang Telah Saya Sediakan Di Atas. Hayatilah Lirik Dan Melodi Lagu Tersebut. Semoga Kita Akan Sama² Insaf Dan Sentiasa Memandang Tanggungjawab Kita Kepada Mereka. Tan Sri P. Ramlee Telah Berjaya Mencetuskan Fenomena Masyarakat Dengan Gayanya Tersendiri. Sungguh Agung Lagenda Ini.
Entri Ini Akan Bersambung…
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Perjuangan Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee #2
- Sean Ghazi - Semalam
- Genting View Resort Training..
- Starcraft II : Permainan Lagenda Kembali
- Kita Yang Terlupa Sejarah : Gerakan Islah Di Tanah Melayu
- Perjuangan ProWaris
- 10 Tahun Sebelum Merdeka..









org hanya melihat pada bakatnya sahaja..tak ramai yg mahu melihat pada masej yg cuba disampaikannya
Terjemahan yang tepat untuk ‘Masterpiece‘ adalah Mahakarya….
Apapun, saya tak thu doploh kali saya tengok cerita P Ramlee dari kecil2 dahulu, sehingga kini saya masih gelak2… Heshhhh
Eh lupa nak ingatkan. Kamu, ya kamu, salah seorang penghantar maklumbalas terkerap di Teratak Nurani. Ada hadiah menanti kamu. Tolong, hantarkan alamat dan nama penuh kamu ke ubie79[at]gmail[dot]com dengan segera ya. Lepas itu kamu tinggalkan maklumbalas karya terkini di blog saya menyatakan kamu dah hantar. TQ.
arwah nenek i suka tgk cerita p ramlee nie. bila nampak p ramlee atau mana2 cerita yg dier buat, mesti teringat kat nenek
aku peminat lagu2 p ramlee..hahah..
lagu anak yatim ni dinyanyikan kmbali oleh bro akhil hayy…best gilerr…
#Farhan - Kita Perlu Sentiasa Memikirkan Apa Yang Terkandung Di Sebalik Sesuatu. Bukannya Hanya Melihat Di Dasarnya Sahaja.
#Azhar Ahmad - Wah.. Mahakarya. Lupa Pula Saya. Hehe.. Eh! Bukan Saya Sudah Send Ke? Nanti Saya Send Lagi.
#IcedNyior - Nyai @ Nenek Saya Pun Sukakan P.Ramlee. Tapi Kadang Cucu-Cucu Dia Rebut TV Nak Tengok Citer Lain. Sian Nyai. Huu..
#melayubuntu - Sememangnya Beliau Tiada Pengganti.
filem pramlee adalah satu-satunya filem yang tak lapok lagi…filem baru nie, kalo tgk skali dah boring.. huhu
Betul. Sukar Dirungkaikan Dimana Aura Kekuatan Filem Dan Hasil Karya Beliau Yang Lain. Mungkin Itulah Bakat Seni Yang Ada Pada Diri Beliau.
sedih bila tengok anak yatim ni.. nak lagi yang dikepalai sindiket tu. nasib dorg kurang baik, tak dapat nak pergi sekolah, tak dapat nak jumpa kawan2 kat sekolah. sekolah adalah nikmat paling besar bagi seorang kanak2. berlinang air mata bila fikir zaman kecil dorg dah terpaksa lalui hidup camtu, yang dorg masih belum berkuasa untuk memilih..
Ya, sesungguhnya Tan Sri P.Ramlee ialah lagenda terbilang terutama bukan sahaja dalam dunia seni tanah air tetapi juga peranannya dalam menyedarkan masyarakat Melayu pada zamannya sehingga sekarang…semoga rohnya dicucuri rahmat..amiin
Masyarakat hari ini sering memberi alasan anak2 yatim yang meminta derma didalangi oleh sindiket atau kumpulan samseng, tetapi cuba kita tolak tepi semua itu, kerana jika kita menderma, kita tetap juga peroleh pahala tidak kira siapa peminta derma itu asalkan nawaitu kita untuk menderma ikhlas keranaNya….. Allah sudah memberi kita rezeki melimpah ruah, mungkin tak terhitung banyaknya, adakah sekadar memberi Rm1 atau Rm10 daripada wang beribu2 kita ada amatlah sukar? Sedangkan secebis roti yang kita sedekahkan sudah cukup untuk menyelamatkan kita daripada api neraka…wallahualam.
Tapi kalo kat Astro tuh (tak ingat channel ape), memanjang dok main citer² P. Ramlee ni, sampai kita orang tua ni takleh nak tukar channel langsung, sampai nak tengok berita tak boleh, nak tengok citer lain tak boleh, geram jugak kadang2 tu.
Nak ditegah kang, budak2. Nak dimarah kang, memang tak patut. Nak tutup TV terus kang, nampak sangat kita yang jeles, keh keh keh!
Las2, tengok kot laptop. Gambar huduh pun huduh lah, janji boleh dengar berita.