Cuti-Cuti Keluarga, IT & Kerjaya Lagi
Feb 2nd, 2008 oleh Qaiyum
Hanya Ada Beberapa Minit Untuk Menulis Entri. Kerana Sebentar Nanti Saya Akan Pulang Ke Rumah Untuk Bersama-sama Keluarga Bercuti-cuti Malaysia Di Pantai Port Dickson. Sudah Lama Rupanya Saya Tidak Meluangkan Masa Bersama Keluarga. Sibuk Dengan Rakan-Rakan Hingga Kadang-Kadang Terlupa Tanggungjawab Untuk Bersama Keluarga Terchenta. Oh! Maafkan Anakmu Wahai Ayahanda Dan Bonda.
Oh! Sekali Lagi. Pertama Kali Saya Menulis Entri Menggunakan Platform Ubuntu. Entri Sebelum Ini Saya Masih Menggunakan Vista Untuk Menulis Entri. Kiranya Entri Ini Akan Masuk Dalam Buku Sejarah “Guiness Book Of Records” Kehidupan Seorang Qaiyum. Masih Teruja Untuk Belajar Banyak Lagi Berkenaan Dengan Ubuntu. Tapi Saya Merasakan Masih Kurang Masa Terluang Untuk Mengadap Laptop Sejak Akhir-Akhir Ini. Terutama Di Hujung Minggu. Dan Juga Di Universiti Kebangsaan Malaysia Akan Mula Bercuti Selama Seminggu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Dan Macam Biasa Saya Dan Sahabat-Sahabat Di UPSM Tidak Akan Merasakan Nikmat Cuti. Walaupun Saya Sepatutnya Sudah Akan Melangkah Ke Dunia Kerjaya, Tapi Semangat Mahasiswa Masih Lagi Membara Dalam Diri. Terutama Untuk Menjalankan Aktiviti-Aktiviti Pelajar & Mengelolakan Kursus-Kursus. Ahad Ini Juga Akan Berlangsungnya Kursus Fasilitator Pertengahan Untuk Para Junior Kami. Saya Juga Mungkin Akan Turun Sebaik Sahaja Pulang Dari PD, Kerana Beberapa Orang Super Duper Senior Dari Persatuan Ini Akan Turun Memberikan Ceramah. Makanya Sebagai Pengerusi Persatuan Kenalah Tunjuk Muka Ye Tak? :D=
Dan Bercakap Soal Kerjaya, Isnin Ini Saya Diminta Untuk Membawa Resume Ke UKM Pakarunding - Sebuah Konsultan Di Bawah UKM Holdings. Sebuah Kompeni Separa Swasta Yang Menjalankan Kerja-Kerja Korporat UKM. Saya Ditawarkan Untuk Menjawat Jawatan Pegawai IT Di Sana. Namun Yang Menggusarkan Saya Macam Dalam Entri Ini, Kerana Saya Masih Lagi Belum Bersedia 100% Untuk Menjawab Peperiksaan Khas Saya Itu. Heh. Dan Juga Yang Saya Kurang Senang Adalah Untuk Kembali Bekerja Dengan Kod-Kod Aturcara. Pegawai HR Di UKM Pakarunding Itu Mengatakan Saya Pasti Akan Bergelumang Kembali Dengan JAVA. Waduh! Saya Sebenarnya Kurang Meminati Bab Pengaturcaraan Perisian. Saya Lebih Molek Dalam Pengaturcaraan Web. Saya Lebih Selesa Dengan PHP. Tapi Sebagai Orang IT Saya Kena Cuba Memberikan Tembakan Terbaik Saya (My Best Shot). Makanya Saya Pasti Akan Cuba Untuk Mendapatkan Jawatan Itu. Di Samping Dalam Lubuk Hati Kecil Saya Mengatakan Sudah Tiba Masanya Saya Bekerjaya. Yah! Mari Qaiyum Cuba Yang Terbaik !!!
Terima Kasih Kerana Anda Sudi Membaca Ringkasan Cerita Saya (Ringkas Ke?) Hingga Saat Ini. Sudah Lama Rasanya Blog Ini Tidak Mendapat Sentuhan Ilmiah Dari Saya. InsyaAllah Lepas Ini Saya Akan Kembali Menulis Isu-Isu Berat Dan Ilmiah Untuk Pembaca Saya Yang Setia. Dan Akan Kurang Bercerita Mengenai Diri Sendiri. Kecuali Jika Ada Permintaan :D= Encik Ismail Juga Menyarankan Para Bloggers Untuk Menambahkan Nilai Kualiti Kepada Blog Masing-Masing Agar Menulis Sesuatu Yang Ilmiah Kepada Seluruh Masyarakat. Saya Sahut Seruan Itu. Bangkitlah Para Blogger Melayu.
Ayuh Lagi Sekali!!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Rumahku Syurgaku Lagi..
- Sketsa Pilihanraya
- 26 Disember
- Memori Keluarga
- Perodua Kancil & CJ7
- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008











Betul tu.
PHP gak best.
Sekali lagi sama, saya juga tak suka JAVA…
Saya gatal satu badan kalau mandi di Port Dickson
wah!!
good job,,,,bro terer ler bab2 it ni ek!
bagus2,,sebarkn ilmu!!
mari bangun blogger melayu,
deen dah bangun sikit dgn blog baru..
nak bgn plak dgn posting yg tak bosan dan mcm budak2,,,hehe,,esok hari baru masuk 20,,erk
#noris - Best Kan Jadi Web Developer? Bosan Sket La Bab² Software Nie..
#Azhar Ahmad - Tapi Sebenarnya JAVA Banyak Membangunkan Teknologi Dunia. Dimana² Sahaja Ada JAVA. Oleh Itu Janganlah Membenci Beliau. Hehe.. Saya Pun Tak Mandi Jugak Waktu Trip Ni. Sebab Malas. Haha.
#deennasour - Penulisan Akan Mematangkan Kita Dan Bolehlah Kita Nak Explore Pemikiran Kita Lebih Jauh. Dan Rajin Juga Membaca. Hidupkanlah Blog² Melayu Dengan Sesuatu Yang Berilmiah.
I wish I were good in PHP myself. *sigh…*
enjot cuti tu puas2 k.. nanti nak kene bersengkang mate depan pc
blog saya tak da nilai.

ia cuma playground.
tempat bersuka dan bersukan.
Jika saudara Qai taknak jawatan tu, takpe..
Bagi saye! hehe..
Anyway.. this is my
ym id : shanmea
msn id : sha_mazma@hotmail.com
Add yer~
Jika saudara Qai taknak jawatan tu, takpe..
Bagi saye! hehe..
Anyway.. this is my
ym id : shanmea
msn id : sha_mazma@hotmail.com
Add yer~
#Aisyah - Takpe. Blajar Slow2. Code Is Poetry. Hehe.
#syia - Tidaakk.. Taknak Bersengkang Mata.. Hehe..
#Chika - Tidak Mengapa. Asalkan Ia Menghiasi Dunia BLog Dengan Penuh Keindahan. Hehe..
#Hawa - Nak Ke? Kalau Ade Kawan2 Yang Nak Jadi Programmer Kat UKM Pakarunding Bagitaula.. Nanti Saya Promote Dekat Manager IT Pakarunding Tu.
Bagus blog ni tapi kenapa taip entry semua perkataan mula huruf besar? Bugs ke?
Bukanlah. Inilah Gaya Penulisan Saya Yang Mencemar Duli Dewan Bahasa & Pustaka. :D=
mamat ni sejak kat sekolah lagi taip mcm tu..dr zaman mIRC lagik..start huruf besar ..kecacatan sejak lahir kot…hahahahahk.
Ape Plak. Tu Keunikan Tersendiri Tu. Hahaha..