Ubuntu VS Vista
Jan 31st, 2008 oleh Qaiyum

Assalamualaikum..
Saya Hampir Baik Dari Demam. Alhamdulillah Walaupun Kalah Boling Malam Tadi Kerana Berada Dalam Keadaan Kurang Bertenaga Namun Hari Ini Keadaan Semakin Baik. Dan Disamping Mengisi Masa Lapang Saya Bermaustatin Di Rumah. Saya Telah Membuat Keputusan Untuk Format Laptop Yang Disayangi Ini Dan Membuat Beberapa Pembaharuan Ke Atasnya. Ini Juga Kerana Saya Merasakan Prestasi Laptop Ini Yang Berada Dibawah Platform Windows Vista Ultimate Semakin Hari Semakin Menurun. Dengan Kata Mudah Semakin ‘Lembab’ Dan Bengong. Maka Keputusan Nekad Saya Untuk Format Laptop Ini Telah Di Ambil Dan Kini Saya Sudah Boleh Menarik Nafas Lega Kerana Prestasinya Yang Kembali Normal.
Antara Pembaharuan Utama Yang Telah Saya Lakukan Adalah Memasang Windows Vista Dan Ubuntu Gusty Gibbons Serentak Ke Dalam Laptop Ini Dan Menjadikannya Dual Boot. Cuma Bezanya Kali Ini Saya Memasang Vista Business Dan Bukannya Ultimate. Kerana Merasakan Ultimate Agak Berat Dan Saya Tiada License Key Yang Original Dan Sah. Windows Vista Business Yang Saya Pasang Ini Mempunyai License Key Yang Sah Sempena Dengan Pelancaran Windows Vista Dan Office 2007 Peringkat UKM Satu Ketika Dahulu. CD Instalasi Ubuntu 7.10 Atau Gutsy Gibbons Ini Saya Peroleh Terus Daripada Pengeluarnya Dari Belanda. Cerita Lebih Lanjut Ada Dalam Entri Ini. Dan Anda Boleh Dapatkan Ubuntu Ini Di Sini.
Agak Lama Juga Masa Yang Saya Ambil Untuk Memasang Dan Mengkonfigurasi Segala Perisian², Update² Dan Belajar Fungsi² Yang Terdapat Di Dalam Ubuntu Ini. Namun Hasilnya Sangat Memuaskan Saya. Saya Dapat Merasakan Perbezaan Yang Agak Ketara Antara Kedua Sistem Operasi (OS) Ini. Ubuntu Dilihat Lebih Lancar, Ringan Dan Selesa Berbanding Dengan Keadaan Vista Yang Kadang² Sangkut², Lembab Dan Kerap ‘Hang‘. Fungsi² Kedua-dua OS Ini Juga Agak Berbeza. Ubuntu Mempunyai Pelbagai Fungsi Yang Tidak Terdapat Dalam Vista. Seperti Efek² Grafik Yang Canggih. Walaupun Vista Mempunyai Teknologi Aero Tetapi Saya Menganggap Efek² Grafik Yang Terdapat Dalam Ubuntu Sangat Menarik Ngan Mengujakan. Jika Anda Berminat Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Berkenaan Dengan Ubuntu Gutsy Gibbon, Silalah Ke Blog Melayubuntu Yang Telah Menjadi Rujukan Saya Dalam Usaha Saya Untuk Memasang Ubuntu Ini. Disana Juga Terdapat Pautan² Ke Laman² Komunti Ubuntu Yang Sentiasa Membantu Para Penyokong Perisian Sumber Terbuka. Macam Saya. Yay! :D=
Lihatlah Previu Antara Sistem Operasi Ini

Screenshot Desktop Windows Vista Business Saya

Screenshot Desktop Ubuntu Gutsy Gibbons Saya

Efek Wobble - Anda Boleh Menggoyang²kan Window Anda Seperti Anda Menggoyang Agar² Yang Lembik. Seronok Efek Ni.

Efek Magic Lamp - Salah Satu Efek Yang Saya Setkan Apabila Minimize Window. Seperti Ginnie In A Bottle Masuk Balik Ke Dalam Lampu Ajaibnya :D=

Efek Mosaic- Efek Bila Anda Close Window. Seperti Kaca Yang Sedang Meletup.
Salah Satu Perbezaan Ubuntu Dengan Vista Yang Paling Ketara Adalah Anda Boleh Memecahkan Desktop Anda Kepada Beberapa Sektor.Maknanya Anda Boleh Mempunyai Lebih Daripada 1 Desktop Dalam Satu² Masa. Fungsi Ini Amat Memudahkan Anda Untuk Mengorganisasi Kerja² Anda Menggunakan Komputer. Jika Anda Adalah Antara Mereka Yang Suka Membuka Banyak Perisian Atau Tetingkap Window Dalam Satu² Masa, Anda Akan Merasakan Skrin Anda Sangat Semak Dengan Window² Yang Terbuka. Dengan Ubuntu Segalanya Mudah. Anda Boleh Meletakkan Kerja² Anda Ke Dalam Bahagian² Desktop Yang Berlainan. Sebagai Contoh Anda Boleh Meletakkan Kerja Untuk Menyiapkan Assignment Menggunakan Word, Powerpoint Dan Excel Dalam 1 Desktop. Kerja Membuat Carian Menggunakan Internet Dalam Desktop Yang Lain, Membuka Lagu² Atau Memuat Turun Sebarang Fail Dalam Desktop Yang Lain Pula. Ini Dapat Mengelakkan Anda Stres Dengan Keadaan Desktop Yang Bersepah. Menarik Bukan?

Fungsi Expo - Efek Untuk Memilih Desktop
Banyak Lagi Efek, Fungsi Dan Perkara² Menarik Berkaitan Yang Tidak Sempat Saya Kongsi Bersama. Jika Anda Berminat Usahakanlah Untuk Mencari Jawapan Di Atas Sebarang Persoalan Anda Terhadap OS Ubuntu. Jangan Ragu² Dengan Ubuntu Kerana Anda Sentiasa Bebas Dengan Ubuntu.
Wassalam.













Kau mesti dapat beribu keping cd kan? Passing la aku satu. Aku punya ubuntu lama. Malas nak order baru.
Sekeping Je.. Mane Ade Banyak. Order Saja. Tak Sampai 2 Minit Proses Tempahan. 2 Minggu Sampaila CD. Hehe..
Tu La..Nak Tempah Jugak La..Macam Best Je..
Cisss nihhh cobaan untuk meracun orang guna ubuntu. Baru sampai dua ari pas, cd ubuntu, kubuntu, dan edubuntu…
semua software yg kita guna kat windows support x? cara nak install sama mcm cara kita install xp ke?
#mrozaidi - Tempah Jangan Tak Tempah. Haha..
#Azhar Ahmad - Ui.. Order 3 CD Skali? Hehe.. Berjaya Tak Rasanya Aktiviti Meracun Orang Gune Ubuntu Ni?
#firdee - Apa Contoh Software Die? Senang Cerita Nak Install Software Yang .exe Agak Kompleks Sikit. Tapi Still Banyak Cara Boleh Install. Tapi Macam Game Susah Sket La Kot. Kalau Takleh Install Jangan Risau, Open Source Sentiasa Memberikan Kebebasan Untuk Anda Memilih Software Yang Lebih Kurang Sama Macam Yang Leh Install Dalam Windows. Malah Ader Yang Lagi Best Berbanding Yang Ade Dalam Windows.
aku pun macam dah diracuni oleh virus ubuntu ni je.haha..tempahan tu free ka?
cam semat lah pulak tgk dia nye interface…lagi semat dari window.
Free Je Tempah. Open Source Software Sememangnya Percuma Dan Bebas Untuk Semua.
Anda Tidak Akan Bosan Dengan Ubuntu. Pelbagai Pembaharuan Yang Tak Terdapat Dalam Windows Ader Dalam Ubuntu.
wahh…nampak mcm dh expert..bagus2..
dakwah kat orang ramai supaya guna ubuntu..hehe
aku order je,dah benda free,amik je..xtau nk install ke tak.
syia baru sesat2 jumpe blog ni..
best gak eh blog ni..
nanti2 syia komen besh2 hehe
#melayubuntu - Takla Expert Lagi. Kene Rujuk Sifoo Gak Lagi. Hehe..
#faiztaufik - Install La Jangan Tak Install. Rugi Woo..
#syia - Maceh Syia Sudi Lawat Blog Ni. Jangan Lupe Datang Lagi.
wohooo~
ada 2 dalm satu,
screeshot tu membuat kan deen telan air liur basi pagi2 ni,,wargk!!!
hebat lah bro!!