Kafarah Dosa
Jan 29th, 2008 oleh Qaiyum
Saya Agak Tidak Sihat Beberapa Hari Ini. Serangan Virus Rasanya Bermula Apabila Saya Mula Bersin² Pada Sebelum Permainan Futsal Yang Dicarekakan Pada Entri Sebelum Ini. Dan Kemudian Melarat² Sehingga Badan Terasa Lemah, Sedikit Selesema Dan Batuk². Nasib Baik Tempoh Peralihan Antara Selesema Ke Batuk Itu Tidak Memakan Waktu Yang Panjang. Kerana Saya Benci Selesema. Penyakit Yang Memang Akan Sangat Menyusahkan Saya. Terutama Untuk Bernafas. Dan Seperkara Lagi Saya Orang Yang Jenis Tidak Suka Bergantung Kepada Ubat. Cuba Apabila Keadaan Betul² Memaksa Baru Saya Akan Mengambil Ubat. Itupun Makan Mana Yang Lebih Utama Sahaja. Biasanya Panadol & Panadol Soluble (Pastinya Bukan Yang Bewarna Merah.) :D= Dan Jika Saya Cukup Tidur, Esok Pagi InsyaAllah Saya Akan Sihat Walafiat. Jarang Saya Terkena Virus Demam Sehingga Berhari².
Teringat Saya Satu Siri Demam Teruk Saya Pada Tahun Lepas. Kombinasi Penyakit Yang Agak Banyak Tercantum Di Dalam Tubuh Saya. Sakit Kepala Berdenyut², Demam Panas, Selesema Teruk Lalu Menyebabkan Hidung Tersumbat & Sukar Bernafas, Batuk Teruk, Tak Boleh Menerima Sebarang Makanan, Loya Tekak & Muntah² Yang Terangkum Menjadi Ketidakselesaan Tahap Maksimum. Proses² Ini Bermula Dari Awal Sehingga Sembuh Adalah Selama 3 Hari. 3 Hari Itu Telah Menjadi Hari Yang Begitu Menyeksakan Dan Mengganggu Jiwa. Tapi Disitu Jugalah Dapat Kita Kenal Para Sahabat Yang Boleh Kita Harapkan Pada Saat² Kita Memerlukannya. Terima Kasih Kepada Housemate²ku Yang Memberikan Perhatian Sewaktu Itu. Alhamdulillah Penyakit Itu Tidak Lagi Berulang Sehingga Hari Ini. Yang Datang Dan Pergi Pun Hanyalah Demam² Biasa Yang Muncul Secara Tiba² Tetapi Tidak Terlalu Agresif Untuk Mengganggu Tubuhku Yang Kurus Ini. Huhu..
Tapi Kenapa Penyakit Datang? Kenapa Virus Boleh Masuk. Kita Salah Makan Ke? Kita Berada Di Dalam Situasi Atau Keadaan Yang Tidak Sesuai Atau Tidak Tepat Pada Waktu² Tertentu Ke? Kita Tidak Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri Ke? Tak Pasti Mana Satu Yang Betul. Wujud Pelbagai Faktor Dan Penyebab.
Namun Dikatakan Juga Segala Penyakit Yang Datang Itu Adalah Sebagai Pembaiki Iman Kita. Dan Juga Bagi Mengkafarahkan Dosa Kita Yang Telah Lalu. Cara Teguran Allah S.W.T Yang Paling Halus Ke Atas Diri Kita. Untuk Membolehkan Kita Lebih Melihat Diri. Muhasabah Diri Sendiri. Kerana Sememangnya Allah S.W.T Lebih Mengenal HambaNYA. Tatkala Ramai Hamba²NYA Yang Hanya Mendekatkan Diri KepadaNYA Hanya Apabila Dia Ditimba Musibah. Seperti Dilanda Penyakit, Kemalangan, Bencana Dan Sebagainya.
Oleh Itu Saya Ingin Mengingatkan Diri Saya Dan Sahabat Sekalian Untuk Tidak Sesekali Menunggu Saat Sebegini Untuk Lebih Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T. Sentiasalah Muhasabah Diri Dan Memperbaiki Kelemahan Dan Dosa Diri Yang Wujud. Adakah Anda Ingin Tunggu Sehingga Datangnya Penyakit Mahupun Bencana Baru Anda Akan Menginsafi Kejadian Diri?
Segala Yang Berlaku Ada Hikmahnya..











bagusla bermuhasabah diri…
Ya, betul. Tahun lepas saya banyak kali jatuh sakit… Alhamdulillah, saya banyak muhasabah diri…. Memang betul, ia peringatan dari Allah….
Insaf ak qai =) tq la dah lama xdengar tazkirah..
itulah yg patut kita lakukan…mudah-mudahan..insaflah kita semua..salam perkenalan qaiyum..
Salam Perkenalan Juga..
herm…bagus2..perlu sntiasa muhasabah..huhu