Pendedahan : Kisah Malam Tahun Baru Yang Tragis
Jan 20th, 2008 oleh Qaiyum

Gambar Di Atas Adalah Kontra Bagi Kisah Yang Akan Saya Dedahkan Sebentar Nanti.
Kisah Ini Sepatutnya Saya Kisahkan Pada 20 Hari Yang Lepas. Tetapi Tidak Sanggup Rasanya Untuk Saya Dedahkan Kepada Umum Berkenaan Dengan Kisah Tragis Saya Pada Malam Tahun Baru. Namun Kini Dirasakan Segala Gangguan Emosi Rakan² Atau Boleh Dikatakan Mangsa Yang Terlibat Sudah Stabil (Saya Dikecualikan Kerana Saya Sememangnya Sudah Biasa Dengan Tekanan). Maknanya Jika Mangsa² Tersebut Membaca Entri Ini, Mereka Masih Boleh Mengawal Emosi Daripada Kembali Trauma Seperti Apa Yang Berlaku Pada Malam Antara 31 Disember 2007 Hingga 1 Januari 2008.
Kisahnya Bermula Begini.
Saya Menerima Panggilan Telefon Pada Petang 31 Disember 2007 Jam 4.30 Petang Daripada Salah Seorang Rakan Satu Fakulti Di UKM. Saya Terpaksa Rahsiakan Identiti Beliau Dan Menamakannya Dengan Nama Subjek A. Niat Utamanya Adalah Untuk Menuntut Hadiah Sempena Hari Lahirnya Beberapa Bulan Lepas Yang Tidak Saya Tunaikan Lagi Seperti Yang Telah Saya Janjikan. Hadiahnya Adalah Untuk Belanja Subjek A Ini Makan. Subjek A Dan Seorang Lagi Rakannya Dan Juga Merupakan Rakan Saya Akan Saya Gelarkannya Sebagai Subjek B Akan Terlibat Dalam Kisah Ini. Disamping Niat Subjek A Untuk Menuntut Hadiah, Malam Itu Akan Diisi Dengan Program² Lainnya Bagi Menyambut Tahun Baru Yang Subjek A Dan Subjek B Sendiri Telah Susunkan. Antaranya Melihat Pertunjukkan Bunga Api, Menonton Wayang & Beberapa Program Lain Yang Saya Tidak Pasti Kerana Tidak Sempat Untuk Dilaksanakan. Saya Hanya Bertindak Sebagai Follower Sahaja Pada Malam Itu.
Tragis 1
Pukul 8.30 Malam Seperti Masa Yang Telah Dijanjikan, Sepatutnya Subjek A & B Menjemput Saya Di Rumah Sewa Saya Di Seksyen 7 BBB. Berbekalkan Kenderaan Rasmi Pada Malam Itu Iaitu Kancil Berwarna Putih. Namun Entah Kenapa, Arah Panduan Ke Rumah Sewa Saya Menemui Cacat Celanya Pada Malam Itu. Samada Penerangan Saya Bercelaru Atau Pemahaman Subjek A & B Yang Bermasalah, Hampir Setengah Jam Masa Dihabiskan Untuk Mereka Mencari Rumah Saya Yang Sepatutnya Tidaklah Terlalu Kompleks Jalannya Kerana Tidak Besar Manalah Bandar Baru Bangi Ini. Hinggakan Saya Telah Memberikan Panduan Untuk Masuk Ke Simpang Yang Di Depannya Ada Stall Burger. Namun Malangnya Malam Itu Stall Burger Itu Tidak Buka. Maka Tersesatlah Mereka Ke Beberapa Blok Di Hadapan Akibat Salah Jumpa Stall Burger. Hingga Akhirnya Saya Terpaksa Berjalan Kaki Beberapa Ratus Meter Ke Simpang Besar Untuk Memudahkan Pencarian Mereka. Waduh! Waduh! Sukar Bangat. Itulah Kisah Tragis Episod 1.
Tragis 2
Kami Meruskan Perjalanan Ke Damansara. Untuk Mencari Salah Sebuah Restoran Di SS2. Dah Lupe Pulak Nama Kedai Tu.. Subjek A Sering Berkunjung Ke Restoran Itu Dan Dikatakan Mempunyai Menu Spaghetti Yang Maha Lazat. Penceritaan Mengenai Spaghetti Itu Tidak Lari Dari Pendengaran Dari Awal Hinggalah Ketibaan Kami Ke SS2. Sungguh Bersemangat Subjek A & B Bertukar² Cerita Mengenai Menu² Yang Lazat Di Restoran Itu. Dan Betapa Ketagihnya Subjek A Terhadap Spaghetti Yang Biasa Menjadi Menu Rutinnya Di Restoran Terbabit. Hinggakan Fantasi Menghirup Spaghetti Begitu Terbayang² Dalam Fikiran Mereka. Apa Pula Lagi Makan Malam Mereka Pada Malam Itu Akan Dibelanja Oleh Seorang Jejaka Kacak. Haha! Saya Hanya Mendengar. Tetapi Fantasi Mereka Seperti Terformat Secara Tiba² Apabila Mendapati Restoran Terbabit TUTUP! Kedengaran Suara² Kecewa Namun Masih Tidak Berputus Asa Kerana Restoran Terbabit Mempunyai Cawangan Di Sekitar SS45. Maka Bertungkus Lumus Kenderaan Kecil Ini Mencari Hala Tuju Ke SS45.
Tragis 3
Perjalanan Mencari SS45 Malam Itu Begitu Mencabar Sekali. Dengan Kereta Berduyun² Entah Kemana Tak Dapat Dipastikan Destinasi Mereka. Mungkin Hendak Menuju Ke Destinasi Melihat Bunga Api Ataupun Mungkin Pulang Bercuti Ke Kampung Halaman. Dengan Arah Tuju Yang Hanya Berpandukan Kepada Signboard, Semangat Untuk Menghirup Spaghetti Masih Membuak² Menyebabkan Segala Traffic Jam & Tekanan Pada Waktu Itu Tidak Diendahkan. Namun Seperti Biasa, Salah Masuk Simpang, Salah Faham Pandu Arah Signboard, Kenderaan Merangkak², Dan Salah Simpang Lagi Dan Lagi… Sesat Beberapa Kali. Padahal Kami Hanya Berpusing² Sekitar SS43, SS44 Dan SS45. Tapi Masih Gagal Menemui Destinasi Yang Diperkatakan Oleh Subjek A. Perut Berbunyi² Dan Berdengung². Tiba² Saya Merasakan Suasana Semacam ‘Panas’. Mungkin Keadaan Perut Kami Yang Panas Telah Memanaskan Suasana. Keadaan Tak Selesa Ini Menyebabkan Kami Seperti Ingin Cepat² Keluar Dari Kenderaan Terbabit. Tapi Masing² Masih Lagi Mampu Bersabar Dan Berlagak Cool. Setelah Berkali² Lagi Pusing Di Arena Yang Sama, Kekecewaan Mula Terpapar. Bayangan Spaghettin Semakin Menghilang. Maka Misi Untuk Mencari Cawangan Restoran Itu Terpaksa Dibatalkan. Dan Kini Bertukar Pula Mencari Destinasi Singgahan Yang Baru.
Tragis 4
Tapi Sebenarnya Kami Kembali Berpusing² Di Sekitar Damansara Untuk Mencari² Destinasi Untuk Mengisi Perut Yang Baru. Tidak Ada Destinasi Yang Sesuai Berjaya Dijumpai. Kekecewaan Akibat Tidak Jumpa Primary Target Telah Banyak Mengaburi Pemikiran Subjek A & B. Restoran Seafood, Pizza Hut, Restoran² Tepi Jalan Yang Biasa, Restoran Fast Food Yang Lainnya Semua Kelihatan Tidak Menyelerakan Oleh Subjek A & B. Saya Tak Kisah Pun Bab² Makan Ni. Blasah Je La Ape Yang Ade. Tapi Malam Itu Saya Hanya Follower. Huhu.. Dan Tiba² Keputusan Dibuat Untuk Ke Restoran Seafood Yang Telah Kami Lalu Lalang Di Depan Restoran Itu 3,4 Kali. Dan Setibanya Di Hadapan Restoran Terbabit, Terpapar Iklan Carlsberg Di Merata². Tiada Satupun Wajah Melayu Yang Kelihatan. Maka Status Restoran Itu Pun Telah Me-was²kan Kami. Apa Lagi. Destinasi Baru Dicari Lagi. Nah!! Jam Hampir Menunjukkan Pukul 11.45 pm. Perut Masih Belum Diisi. Bunga Api Hampir Terletus. Kami Masih Di Dalam Kenderaan Mencari Hala Tuju Di Dalam Kesesakan Lalu Lintas.
Tragis 5
Bergerak Ke One Utama Untuk Mencari Nasib. Manatahu Ada Restoran² Menarik Yang Masih Dibuka. Sambil Tu Bolehla Sambil² Isi Perut Tengok Bunga Api. Tapi Harapan Kian Tipis Kerana Jalan Sesak. Akibat Tumpuan Masyarakat Petaling Jaya Rata² Di Kawasan Itu. Ada 2 Pusat Membeli-Belah Yang Meraikan Malam Tahun Baru Di Area Situ. Masakan Boleh Untuk Mencari Kekosongan Tempat Letak Kereta. Haha.. Tekanan Kian Bertambah. Tension Dan Lapar Mula Ditunjukkan Sedikit Demi Sedikit. Walaupun Sebenarnya Masing² Senyap. Tapi Tekanan Di Dalam Kenderaan Itu Dapat Dirasakan Auranya. Akibat Kesesakan Yang Melampau. Maka Akhirnya Keputusan Dibuat Untuk Keluar Daripada Pusat Tekanan Itu. Kami Mula Bergerak Ke Lebuhraya. Seperti Merasakan Diri Penuh Dengan Kekecewaan. Spaghetti Entah Ke Mana Bunga Api Entah Kemana.
Tragis 6
Kemuncak Kisah Tragis Kami Adalah Pada Waktu Ini. Dimana Secara Tiba² Kereta Kancil Yang Sedang Bergerak Tersengguk² Secara Tiba². Subjek A Mula Menunukkan Kerisauan (Dan Sedikit Gelabahan). Begitu Juga Subjek B. Saya? Saya Senderi Pun Tak dapat Melempiaskan Apa Yang Saya Rasakan. Huhu. Gear Ditukar Dari 4 Ke 2. Melihat Apa Yang Akan Berlaku Seterusnya. Lancar. Nampak Macam OK. Tapi Masing² Masih Lagi Cuak. Stesen Minyak Dicari Untuk Berhenti Sambil Memikirkan Apakah Tindakan Kami Seterusnya. Terjumpa Shell Beberapa Ratus Meter Dihadapan. Berhenti Dan Brainstorming Apa Masalah Yang Sedang Berlaku Ke Atas Kancil Ini. Masing² Termasuk Saya Agak Cetek Pengetahuan Berkenaan Dengan Kenderaan Ini. Saya Motor Bolehla². Kereta Gitu² Jela. Tapi Dengan Machonya Saya Membuka Hood Kereta Dan Mengkaji Keseluruhan Perkara Asas Enjin. Air, Minyak Hitam, Minyak Gear, Timing Belt Dan Lain². Kelihatan Baik Segalanya Tetapi Tak Dapat Dipastikan Apakah Punca Utamanya Masalah Itu Berlaku. Maka Telefon Masing² Adalah Aset Penyelamat Utama Ketika Itu. Melihat Di Dalam Senarai Contact List Untuk Mencari Siapakah Yang Mampu Menjadi Penyelamat Kami Waktu Itu. Namun Setelah Beberapa Panggilan Dibuat, Tidak Ada Kata Putus Masalah Ini Dapat Diselesaikan. Pilihan Yang Ada Waktu Itu Tidak Banyak. Samada Meninggalkan Kenderaan Itu Di Stesen Minyak Itu Dan Kami Menumpang Kenderaan Rakan² Lain. Atau Cuba Memandu Kembali Kancil Terbabit Ke Jalanan. Kami Memilih Pilihan Kedua. Kerana Merasakan Masalah Itu Berlaku Mungkin Berlaku Kerana Enjin Yang Panas Akibat Perjalanan Kami Yang ‘Panjang’ Semenjak Awal Lagi.
Tragis 7
Hanya Beberapa Ratus Meter Sahaja Kenderaan Kami Bergerak. Sebaik Ditukar Ke Gear Yang Lebih Tinggi. Masalah Tersengguk² Kembali Menular. Masing² Kembali Cuak (Tapi Saya Relek Je Sbnanyer. Haha). Maka Akibat Tiada Hentian Yang Sesuai Ketika Itu, Kami Meneruskan Perjalanan Dengan Halaju Tidak Lebih 20km/j. Hon² Bertalu² Dibelakang Apabila Melalui Jalan Yang Hanya 2 Lane. Apakan Daya Kami. Hanya Pasrah Dan Bermuka Tebal.. Mencari Kawasan Hentian Yang Seterusnya. Tempat Paling Strategik Berjaya Ditemui. Kawasan Stesen Minyak Yang Dah Tutup Tetapi Dihadapannya Ada KFC. Rasanya Kalau Tak Silap Kami Berada Berdekatan Area Universiti Malaya. Apalagi, KFC Itulah Yang Menjadi Tempat Kami Melempiaskan Nafsu Makan Yang Sebenarnya Telah Pudar. Hanya Tinggal 20% Sahaja Nafsu Untuk Makan. Tertekan & Kecewa Sahajalah Yang Kuat Menguasai Diri. Sambil Menenangkan Diri Untuk Mencari Jalan Penyelesaian. Jam Menunjukkan Hampir Pukul 1 Pagi. Siapakah Yang Boleh Membantu Kami Pada Waktu Itu? Tidak Ramai. Dengan Tiada Nombor Mekanik Mahupun Bengkel Yang Berdekatan. Masalah Ini Kelihatan Sukar Untuk Diselesaikan. Tetapi Akhirnya Berjaya Juga Kami Untuk Mendapatkan Nombor Seorang Mekanik Yang Tinggal Di Area Berdekatan (Cheras Sebenarnya). Sambil Menjamah Makanan Yang Sepatutnya Enak Tetapi Telah Hilang Nafsunya, Kami Menanti Penyelamat Kami. Penyelamat Kami Sampai Setengah Jam Kemudiannya. Enjin Dirongkah Dan Setelah Menghulurkan Derma Ikhlas Kami, Kenderaan Kembali Boleh Dipandu Seperti Biasa. Hoorey!!
Tragis 8
Kenderaan Dipandu Berhati² Lagi Bersopan-Santun. Destinasi Adalah Untuk Menghantar Saya Pulang. Subjek A & B Pula Akan Pulang Ke Bandar Bukit Mahkota. Setibanya Di Seksyen 7, Didapati Ada Road block Dihadapan. Kenderaan Ditahan Oleh Encik Polis Yang Kacak. Subjek A Mula Mengeluarkan Dompet Dari Beg Dan Menguis² Segala Kad² Yang Ada Di Dalamnya. Lesen Berjaya Dijumpai Namun IC Beliau Tidak Kelihatan Di Dalamnya. Saya Yang Selaku Co-Pilot Mencari Dan Menggodek Segala Isi² Dompet Itu. Tetapi IC Gagal Dijumpai. Encik Polis Mula Menjeling Ganas Beserta Soalan Berbau Provokasi. Subjek A Kembali Menggelabah. Namun Seperti Ada Magik Macam Dalam Cite Sabrina The Teenage Witch, Muncul IC Beliau Yang Sebenarnya Memang Berada Di Dalam Begnya. Tapi Beliau Sendiri Gagal Memastikan Bagaimana Kad Pengenalannya Boleh Berada Di Dalam Beg Itu Dan Bukannya Di Dalam Dompet. Kami Dilepaskan Untuk Bergerak. Dan Saya Selamat Sampai Dirumah. Fuhh!! Alhamdulillah.
Tragis 9
Kisah Tragis Tidak Berakhir Disitu. Beberapa Minit Kemudian Saya Menerima Msg Dari Subjek A Yang Mengatakan Masalah Kenderaannya Telah Berulang Seperti Tadi. Namun Akhirnya Beliau Sempat Sampai Ke Rumah Dengan Membawanya Tidak Lebih Daripada Halaju Kucing Berlari.
…..
…..
Dan Itulah Kisah Tragis Malam Tahun Baru Yang Akan Jadi Memori ‘Manis’ Kami Sepanjang Hidup Ini. Adakah Itu Satu Petanda? Atau Permulaan Bagi Satu Kehidupan Yang Penuh Mencabar? Entahlah. Segala²nya Yang Ditentukan-NYA Sememangnya Ada Hikmah Disebaliknya. Selamat Melalui Tahun 2008 Kepada Anda Semua Yang Telah Berjaya Membaca Cerita Tragis Ini Sehingga Habis. Syabas Kepada Anda!!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Sebuah Singgahsana Di Pantai Port Dickson
- Penghijrahan & Kisah Disebalik Yang Misteri
- Kisah Sebuah Akuarium
- Futsal Dan Kasut
- Selamat Tahun Baru Cina
- Pengkorporatan
- Kisah 3 Sahabat Karib Di Arena W.P. Labuan













wah bro!!
kisah tragis no.7 itu begitu megelikan perut..
tapi ada gak menyentuh hati…
kesian..
cuba join je kitorang dok kat apartment bangi mlm tu,,
hehe,,tgk bunga api klcc dari jauh..
nak tgk dekat bukak astro~
Aku rasekan, mungkin sebab ko tak ikhlas nak belanje diorg. Tu yang terhangguk hangguk.
#deen - Tu Ah. Housemate Sumer Pakat Bahan Sebab Tak Join Diorang Sambut New Year. Hahaha..
#noris - Tu Ah.. Memang Tak Ikhlas Pon. Haha..
sungguh tragis kisah anda.. heheeh… kasihan. kenangan yang tak dapat dilupakan la gamaknya. Kelakar sungguh bila terpaksa memandu kereta umpama “Membawanya Tidak Lebih Daripada Halaju Kucing Berlari”…
Haha.. Entah Kenapa Sampai Begitu Sekali Perjalanan Hidup Kami Malam Tu. Tula.. Rasanya Sebab Tak Baca Doa Naik Kenderaan Kot. :D=
Huhhhhh memang tercabar sunggguh….
Hehe.. Takpela. Bagus Jugak Biasakan Diri Dengan Tekanan..
Tu La..Hanya untuk belanja..Tapi Kena Redah Masalah Yang tidak Sepatutunya…
Tula.. Dugaan Tu Leh Datang Biler² Masa Dan Walau Dimana Situasi Pun. Huhu..
kepada pembaca sume..selaku subjek A di atas sy ingin membuat beberapa correction terhadap kisah di atas..
tragis 1 : keta kancil aku kaler silver la..bkn putih.
tragis 3 : destinasi berikutnya ss25 la..manada ss45, 43 mahupon 42 dlm peta pj. pepandai je kuyum ni create peta sendri huhu.
tragis 6 : alaa kuyum tade la macho sgt time check kete tu..dia pon tatau pape psl kete..lgsg! nk bukak hood kancil pon tak reti haha dlm erti kata lain buta keta gak la.
Ui.. Subjek A Dah Bersuare.. Haha..
Tragis 1 : Tipula Silver. Putih Je Aku Nampak.. Haha..
Tragis 3 : Tula. Pusing² Jalan Tu Sangat Sampai Jalan Pun Aku Dah Tak Ingat.
Tragis 6 : Mane Aku Bese Bukak Hood Kancil. Hood Kembara, Mazda Lantis Dan Camero Slalu La Bukak. Hahaha..